Nota Sains Tahun 5 Unit 5 Tenaga (Dalam BM)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

Nota Sains Tahun 5 Unit 5: Tenaga

(A) Sumber Tenaga
1. Tenaga ialah kebolehan untuk membuat kerja.
2. Hidupan memerlukan tenaga untuk menjalani proses hidup dan
menjalani aktiviti seharian.
3. Benda bukan hidup memerlukan tenaga untuk berfungsi dan
menjadikannya boleh digunakan.
4. Matahari ialah sumber tenaga utama.
(B) Pelbagai Bentuk Tenaga
1. Terdapat pelbagai bentuk tenaga di sekeliling kita. 

(C) Perubahan Bentuk Tenaga


1. Tenaga boleh diubah daripada satu bentuk kepada bentuk
yang lain.
2. Simbol (->) bermaksud “berubah kepada”, (+) bermaksud
“dan”. 
(D) Sumber Tenaga Boleh dan Tidak Boleh Diperbaharui
1. Sumber tenaga yang boleh diperbaharui ialah:
1. Sumber tenaga yang boleh dijana daripada sumber yang
sentiasa ada secara berterusan.
2. Sumber tenaga yang boleh diganti selepas
habis digunakan.
3. Contoh: Matahari, Air, Ombak, Angin, Makanan,
Biojisim.
2. Sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui ialah:
1. Sumber tenaga yang tidak boleh dijana daripada sumber
kerana sumber ini terhad atau tidak boleh diperoleh
secara berterusan.
2. Sumber tenaga yang tidak boleh diganti selepas
habis digunakan.
3. Contoh: Petroleum, Gas Asli, Arang Batu, Bahan
Nuklear, Bateri.
3. Tenaga elektrik dapat dijana daripada sumber bahan api
fosil dan nuklear. Caranya:
1. Bahan api/ nuklear dibakar.
2. Air menjadi stim.
3. Menggerakkan turbin.
4. Generator menjana elektrik.

 (E) Berhemah Menggunakan Tenaga


1. Kita perlu berhemah menggunakan tenaga kerana kebanyakan
tenaga dihasilkan oleh sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui.
2. Kita perlu menggunakan tenaga secara bijaksana untuk:
1. Menjimatkan kos penjanaan tenaga elektrik.
2. Mengelakkan pembaziran sumber tenaga.
3. Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
3. Langkah-Langkah menjimatkan tenaga:
1. Tutup peralatan elektrik apabila tidak digunakan.
2. Gunakan peralatan yang kurang menggunakan tenaga.
3. Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kereta.
4. Kitar semula bahan yang terbuang. 

You might also like