Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 38

UNIT PENDIDIKAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
SESI OKTOBER 2018

TUGASAN KUMPULAN

GMGF 2013
PENTADBIRAN KEWANGAN

TAJUK :
“KAJIAN KES-KES PEROLEHAN DAN KUTIPAN HASIL
KERAJAAN”

DISEDIAKAN UNTUK :
PUAN KHADIJAH BINTI MOHD KUDUS

DISEDIAKAN OLEH :

NAMA NO MATRIK
YUSOF BIN MAN 243544
HAMID BIN YAHAYA 243565
MOHD NIZAM BIN GHAZALI 243587
ISI KADUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT


1 KES PERTAMA “PROJEK PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI 1-5
DARI SUBANG JAYA KE TERMINAL SKYPARK, SUBANG”
PENGENALAN 2
PENEMUAN AUDIT 3
SYOR AUDIT 4
CADANGAN 5
2 KES KEDUA “PROJEK PENGURUSAN PENSWASTAAN 6-11
PENYENGGARAAN JALAN NEGERI JOHOR"
PENGENALAN 7
PENEMUAN AUDIT 9
SYOR AUDIT 10
CADANGAN 11
3 KES KETIGA “PENGURUSAN HASIL TANAH PEJABAT 12-16
TANAH KULAI”
PENGENALAN 13
PENEMUAN AUDIT 14
SYOR AUDIT 15
CADANGAN 16
4 KES KEEMPAT “PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA 17-22
PEDA, BESUT, TERENGGANU”
PENGENALAN 18
PENEMUAN AUDIT 19
SYOR AUDIT 20
CADANGAN 22
5 KES KELIMA “PENGURUSAN CUKAI PENDAPATAN 23-28
SYARIKAT”
PENGENALAN 24
PENEMUAN AUDIT 26
SYOR AUDIT 27
CADANGAN 28
6 KES KEENAM “PENGURUSAN PROJEK PEMBETUNGAN 29
NEGARA”
PENGENALAN 30
PENEMUAN AUDIT 31
SYOR AUDIT 33
CADANGAN 34
7 RUJUKAN 35
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

KES PERTAMA

“PROJEK PEMBINAAN LANDASAN KERETAPI DARI SUBANG JAYA KE TERMINAL

SKYPARK, SUBANG”

DI BAWAH KEMENTERIAN PENGANGKUTAN MALAYSIA (MOT)

1
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENGENALAN

Projek Pembinaan Landasan Keretapi dari Subang Jaya ke Terminal Skypark Subang (Projek

Pembinaan Landasan Skypark) merupakan satu projek di bawah Kementerian Pengangkutan

Malaysia (MOT). Pembinaan landasan ini bermula dari KM 17.37 di Seksyen Subang Jaya-Batu

Tiga dan berakhir di Terminal Skypark yang terletak di hadapan Terminal 3 Lapangan Terbang

Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) sepanjang 8.157 km dengan kos projek keseluruhan

berjumlah RM521.06 juta. Skop projek meliputi kerja infra (pembinaan stesen), kerja landasan

dan kerja sistem.

Objektif utama pembinaan projek adalah untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam

berasaskan rel kepada pengguna LTSAAS ke Kuala Lumpur Sentral, mewujudkan jaringan

sistem KTM Komuter dengan sistem LRT di Subang Jaya dan sistem MRT di Sungai Buloh

pada masa hadapan serta menjadi sebahagian jajaran pintas bagi perkhidmatan kereta api barang

dari Utara ke Pelabuhan Klang tanpa melalui Pusat Bandaraya.

Pegawai Penguasa (SO) bagi projek ini adalah Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian

Pengangkutan Malaysia manakala Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilantik sebagai

Wakil Pegawai Penguasa (SOR). Emenea Engineering Services Sdn. Bhd. (EES) pula dilantik

secara rundingan terus sebagai independent checking consultant (ICC) dengan kos RM17.67

juta. Projek ini dilaksanakan oleh Konsortium Skypark Link Sdn. Bhd. - Lion Pacific Sdn. Bhd.

(KSPLP) yang juga dilantik secara rundingan terus. Projek ini dimulakan pada 21 Februari 2013

dan sepatutnya siap pada 20 Februari 2016. Bagaimanapun projek ini telah diluluskan tiga

Lanjutan Masa (EOT) dan yang terakhir tamat pada 14 Jun 2017.

2
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENEMUAN AUDIT

Secara keseluruhannya pengauditan yang dijalankan antara bulan Oktober 2016 hingga Januari

2017 mendapati objektif projek tidak dapat dicapai akibat daripada projek masih belum

disiapkan mengikut perancangan. Berdasarkan lima bidang utama yang dinilai, pihak Audit

merumuskan pelaksanaan pengurusan Projek Pembinaan Landasan Keretapi dari Subang Jaya ke

Terminal Skypark Subang adalah tidak memuaskan. Antara kelemahan yang ditemui adalah

seperti berikut:

1. Penyaluran sejumlah RM142.75 juta kepada Perbadanan Aset Keretapi (PAK) pada bulan

Januari 2012 masih tidak dibelanjakan sehingga sekarang dan tiada bukti peruntukan

tersebut dipulangkan semula kepada MOT

2. Tiada kajian kemungkinan secara terperinci dilaksanakan semasa Kerajaan meluluskan

cadangan projek pada bulan September 2011. Selain itu, objektif cadangan oleh syarikat

untuk menyediakan landasan pintas kereta api barang sukar dicapai

3. Pengurusan nilai yang dijalankan tidak mencapai objektif sepenuhnya apabila aspek

penting seperti kerja pengalihan kabel dan kos pelantikan ICC tidak diperhalusi untuk

dibincangkan yang akhirnya kos asal perancangan telah meningkat sejumlah RM21.07

juta

4. Aspek kerja pembinaan yang kurang memuaskan antaranya banyak kerja pecah

(hacking), reka bentuk yang tidak mesra pengguna, kerja tidak mengikut spesifikasi dan

kerja elektrikal yang tidak mengikut peraturan serta tahap pemantauan yang rendah.

3
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

SYOR AUDIT

Bagi memastikan Projek Pembinaan Landasan Skypark diuruskan dengan cekap, berhemat dan

Kerajaan mendapat best value for money terhadap perbelanjaan yang telah dilakukan, adalah

disyorkan pihak MOT mempertimbangkan perkara berikut

1. Mengutip balik sepenuhnya RM142.75 juta yang dipindahkan kepada PAK termasuk

faedah

2. Menjalankan siasatan terhadap kecuaian ketika proses tuntutan oleh ICC

3. Mengambil tindakan tegas terhadap kontraktor dengan mengenakan LAD sepenuhnya

berhubung pengurusan isu di tapak yang tidak memuaskan, antaranya kegagalan

menyiapkan projek mengikut jadual, kerja pembinaan yang tidak sempurna dan tidak

mengikut piawaian

4. Meningkatkan tahap pemantauan terperinci terhadap kualiti kerja kontraktor yang banyak

melakukan kerja-kerja pecah binaan (hacking) akibat kesilapan.

Rajah 1 : lawatan kerja KSU MOT ke tapak pembinaan terminal skypark

4
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

CADANGAN

Setelah pengkaji membuat kajian dan penelitian terhadap projek ini dan mendapati beberapa

cadangan yang boleh dikemukakan sebagai cadangan penyelesaian bagi kerajaan mendapat nilai

yang terbaik (best value for money) antaranya adalah

1. Projek ini adalah lebik baik jika dibuat secara tender terbuka berasaskan prakelayakan

atau tender terhad berbanding dengan kaedah rundingan terus. Ini kerana pihak kerajaan

terutamanya MOT mempunyai pilihan yang terbaik untuk dipilih sekaligus dapat menilai

yang terbaik dan menguntungkan kerajaan dan rakyat.

2. Bagi mendapat nilai yang terbaik untuk kerajaan, kerajaan kursusnya MOT perlu

membuat kajian impak serta hasil dapatan dari projek ini. Seterusnya suatu jawatankuasa

penilain projek perlu diwujudkan untuk menilai projek ini secara terperinci.

3. Menetapkan syarat-syarat tertentu terhadap kontraktor bagi membolehkan pihak tertentu

seperti audit dalaman, JKR dan lain-lain membuat pemantauan dari semasa ke semasa

5
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

KES KEDUA

“PROJEK PENGURUSAN PENSWASTAAN PENYENGGARAAN JALAN NEGERI”

(Di bawah Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor, Jabatan Kerja Raya Negeri Johor)

6
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENGENALAN

Jalan negeri bererti mana-mana jalan awam dan jalan lain selain daripada jalan persekutuan yang

diwartakan mengikut Akta Jalan Persekutuan 1959 serta boleh dilalui oleh orang ramai. Unit

Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPENJ) bertanggungjawab mencadangkan pelantikan

syarikat konsesi, juru perunding dan menyediakan term of reference bagi kerja penyenggaraan

jalan raya Negeri Johor kepada Kerajaan Negeri. Pada tahun 2015, Kerajaan Negeri telah

membuat keputusan kerja penyenggaraan jalan negeri yang di bawah seliaan JKR diserahkan

kepada dua (2) syarikat konsesi iaitu Amona Infra Care Sdn. Bhd. (Amona) dan Teto

Engineering Sdn. Bhd. (Teto) dengan tempoh konsesi selama 5+2 tahun dan semakan semula

harga berserta kontrak akan dibuat setiap tiga tahun. Panjang jalan yang disenggara oleh Amona

dan Teto seperti yang terkandung dalam Perjanjian Konsesi adalah sepanjang 1,995.34

kilometer. Penswastaan penyenggaraan jalan negeri adalah bertujuan untuk mengurangkan beban

kewangan dan pentadbiran kerajaan, meningkatkan produktiviti serta merangsang usahawan dan

pelaburan bagi menyumbang ke arah peningkatan aktiviti ekonomi dan kemakmuran Negeri

Johor. Pengurusan penswastaan penyenggaraan jalan negeri dijalankan dengan menggunakan

peruntukan yang diterima daripada Kerajaan Persekutuan di bawah Pemberian Jalan Negeri dan

diakaunkan di bawah Kumpulan Wang Amanah Penyenggaraan Jalan Raya Negeri Johor.

Berdasarkan perjanjian konsesi, kerja penyenggaraan jalan negeri dibahagikan kepada tiga (3)

kategori utama iaitu penyenggaraan rutin (berjadual), berkala (pavement dan bukan pavement)

dan kecemasan.

7
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

Pengauditan yang telah dilaksanakan antara bulan Februari hingga Jun 2018 merumuskan

objektif pengurusan penswastaan penyenggaraan jalan negeri masih belum dapat dicapai

sepenuhnya. Terdapat kelemahan daripada prestasi pelaksanaan kerja di mana terdapat kerja

yang tiada dalam perancangan telah dilaksanakan atas keperluan segera pada tahun semasa.

Selain itu, sebanyak 69 aduan yang diterima berkaitan jalan negeri mengambil masa antara 10

hingga 61 hari untuk diambil tindakan. Pengurusan penswastaan penyenggaraan jalan negeri juga

belum mencapai kecekapan yang optimum kerana terdapat kelemahan daripada aspek pelantikan

syarikat konsesi yang tidak berpengalaman, pembayaran interim yang tidak mengikut peraturan

dan penetapan kadar harga bagi kerja yang tiada dalam SOR mengambil masa lama.

Rajah 1 : proses penyelenggaraan sedang dijalankan

8
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENEMUAN AUDIT

 Sebanyak 18 (26.1%) daripada 69 aduan lewat diambil tindakan daripada akuan

penerimaan sehingga tempoh maklum balas seharusnya dibuat antara dua (2) hingga 53

hari

 Aset milik JKR berjumlah RM2.31 juta di Bahagian Jalan tidak digunakan

 Pembayaran bagi kerja penyenggaraan rutin telah dibuat sebanyak 14 kali dengan kos

berjumlah RM52.96 juta sebelum kontrak formal ditandatangani pada 4 September 2016

 Sebanyak 23 kerja bagi tahun 2016 dan 2017 dengan kos berjumlah RM4.88 juta

mempunyai butiran kerja yang tiada dalam senarai SOR menyebabkan bayaran berjumlah

RM0.52 juta tidak dapat dijelaskan kepada syarikat konsesi walaupun kerja telah selesai

dilaksanakan

 Tempoh bayaran diselesaikan mengambil masa antara satu (1) hingga 318 hari bermula

daripada tarikh perakuan Jurutera Daerah hingga ke baucar bayaran disediakan. Kos kerja

bagi 486 perakuan tersebut adalah berjumlah RM246.30 juta

 Sebanyak 128 kerja dengan kos berjumlah RM52.12 juta bagi Amona dan 82 kerja

dengan kos berjumlah RM47.09 juta bagi Teto lewat dimulakan antara satu (1) hingga

223 hari daripada tarikh sepatut mula

 Sebanyak 38 kerja dengan kos berjumlah RM25.87 juta bagi Amona dan 79 kerja dengan

kos berjumlah RM33.69 juta bagi Teto telah lewat disiapkan daripada tarikh sepatut siap

antara empat (4) hingga 356 hari

 Kerja penyenggaraan jalan kurang berkualiti seperti jalan rosak dan belum dibaiki serta

garisan jalan sementara tidak ditanggalkan selepas kerja disiapkan.

9
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

SYOR AUDIT

 Menyemak semula kadar harga agar lebih realistik dengan mengambil kira kadar harga

syarikat konsesi lain dan anggaran jabatan

 Keperluan kajian semula terhadap pusingan kerja yang realistik dan pragmatic

 Membuat pemantauan dan pengawasan dengan lebih kerap bagi memastikan kerja yang

dilaksanakan berkualiti dan mengikut standard yang ditetapkan

 Menggunakan aset yang ada bagi tujuan sewaan kepada jabatan/agensi/syarikat atau

diserahkan kepada JKR negeri lain.

Rajah 2 : lawatan pemantauan pelaksanaan oleh YAB Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

10
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

CADANGAN

Setelah pengkaji membuat penelitian terhadap projek ini, beberapa syor telah dikemukakan bagi

memastikan setiap perbelanjaan yang di belanjakan akan memberikan keuntungan yang paling

maximum kepada kerajaan seperti dalam prinsip (best value for money).

1. Sebelum memulakan pelaksaan atau sebelum menanda tangani kontrak, satu

jawatankuasa penilaian perlu diwujudkan untuk membuat penilaian terhadap setiap

perkara yang termaktub dalam kontrak. Ini termasuklah harga, terma-terma perjanjian

dan lain-lain agar pihak kerajaan mendapat nilai yang terbaik.

2. Projek ini boleh juga dilaksanakan dengan membuat tawaran terbuka kepada pihak

kontraktor yang berkelayakan supaya kerajaan mempunyai pilihan dalam membuat

perbandingan antara pekej-pakej yang akan ditawarkan oleh pihak kontraktor.

3. Membuat pemeriksaan berkala terhadap kerja yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor

bagi memastikan hasil kerja menepati speksifikasi yang telah ditetapkan.

4. Memastikan perolehan kerajaan digunakan sepenuhnya untuk memastikan bahawa setiap

perolehan kerajaan akan memberikan nilai yang maksimum.

5. Pihak kerajaan kursusnya kerajaan negeri johor perlu mengetatkan terma kontrak dimana

kerajaan boleh mengenakan denda terhadap kontraktor sekiranya terdapat kelewatan dan

sebagainya.

11
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

KES KETIGA

“PENGURUSAN HASIL TANAH PEJABAT TANAH KULAI”

12
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENGENALAN

Hasil Pejabat Tanah terdiri daripada hasil cukai dan hasil bukan cukai. Hasil cukai merangkumi

cukai tanah semasa, tunggakan cukai dan denda lewat. Manakala, hasil bukan cukai ialah

bayaran premium tanah, lesen, permit, notis, denda dan bayaran perkhidmatan yang lain

mengikut Kaedah Tanah Johor. Setiap Pentadbir Tanah adalah bertanggungjawab dalam

mengutip cukai tanah dan mengurus tunggakan hasil tanah di kawasan pentadbiran masing-

masing. Mengikut Seksyen 94(2) KTN, cukai tanah hendaklah dijelaskan oleh pemilik tanah

sebelum 1 Jun setiap tahun. Pemilik tanah yang gagal membayar cukai tanah seperti ditetapkan

akan dikenakan denda ke atas jumlah keseluruhan yang perlu dibayar dan sekiranya ia gagal

dibayar sehingga 31 Disember tahun tersebut ia akan dianggap sebagai tunggakan cukai.

Manakala, bagi hasil bukan cukai bayaran hendaklah dibuat mengikut tempoh yang telah

diluluskan. Sehingga 31 Disember 2017, sebanyak 106,628 hakmilik telah didaftarkan di daerah

Kulai yang terdiri daripada 20,603 hakmilik daerah dan 86,025 hakmilik pendaftar (Pejabat

Tanah dan Galian). Kutipan hasil cukai dan bukan cukai Pejabat Tanah Kulai (PTK) bagi tempoh

tahun 2015 hingga 2017 adalah berjumlah RM241.99 juta

13
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENEMUAN AUDIT

 Prestasi Pencapaian Kutipan Hasil Tanah

Prestasi pencapaian kewangan/kutipan hasil tanah di PTK telah dilaksanakan dengan

cekap kerana mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri pada tahun 2017

iaitu kutipan cukai tanah semasa melebihi 90% anggaran tahunan dan kutipan tunggakan

cukai tanah melebihi 25% jumlah tunggakan. Bagaimanapun, kutipan hasil bukan cukai

boleh dipertingkatkan kerana kutipan mengalami penurunan yang ketara iaitu RM25.10

juta dan RM48.95 juta pada tahun 2017 dan 2016 berbanding RM79.95 juta pada tahun

2015.

 Pengurusan Kutipan Hasil Tanah

Pengurusan hasil tanah di PTK adalah kurang cekap dan perlu ditambah baik kerana

terdapat kelemahan dari segi pengurusan notis tuntutan tunggakan cukai tanah serta

bayaran premium tidak dijelaskan oleh pemohon menyebabkan kerugian hasil kepada

Kerajaan Negeri.

 Perkara yang perlu diberikan perhatian serius.

1. Sebanyak 72 permohonan pemberimilikan tanah yang diluluskan pada tahun 2016

dan 2017 tidak menjelaskan Borang 5A - Notis Bahawa Hasil Tanah Harus

Dibayar berjumlah RM13.48 juta dan telah tamat tempoh antara tiga (3) hingga

17 bulan

14
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

2. Bayaran premium secara ansuran berjumlah RM11.19 juta tidak mengikut jadual

yang ditetapkan dengan kelewatan antara dua (2) hingga 74 bulan

3. Sebanyak 17 Borang 7G - Notis Bahawa Pembayaran Kena Bayar (Perubahan

syarat-syarat/sekatan-sekatan/kategori-kategori) berjumlah RM2.09 juta tidak

dijelaskan dan telah tamat tempoh antara 11 hingga 32 bulan

4. Kelemahan pemantauan dan penguatkuasaan.

SYOR AUDIT

 Memantau laporan hasil bulanan dan tahunan yang disediakan bagi mengetahui

kedudukan tunggakan cukai tanah dan jumlah kutipan semasa

 Mengutamakan tindakan kepada pemilik tanah yang mempunyai tunggakan cukai tanah

yang tinggi seperti tapak industri dan komersial

 Menyusun semula tugas pegawai berdasarkan keutamaan bagi tujuan meningkatkan hasil

menambahbaik prosedur kutipan dan penguatkuasaan bagi memastikan ketirisan dapat

dikurangkan

 Menyusun strategi pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tegas dan kerap supaya

pelanggaran peraturan dapat diatasi seperti menetapkan sasaran aktiviti penguatkuasaan

yang dijalankan.

15
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

CADANGAN

Berdasarkan laporan audit yang telah dikemukan oleh Jabatan Ketua Audit Negara. Pengkaji

telah mengemukan beberapa cadangan menambahbaikan bagi pihak Pejabat Tanah Daerah Kulai

dapat meningkatkan hasil kutipan hasil tanah.

1. Mengadakan promosi seperti kaedah memberi diskaun kepada mereka yang membuat

bayaran awal.

2. Mengadakan hari pertemuan pelanggan untuk memberi pejelasan kepada orang ramai

terhadap permasalahan dan prosedur pejabat tanah

3. Mengenakan tindakan yang tegas terhadap mereka melanggar peraturan yang telah

ditetapkan.

4. Membuat semakan semula terhadap prosedur yang sedia ada agar tidak berlaku keadaan

“red tab” terhadap pelanggan.

16
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

KES KEEMPAT

“PROJEK PEMBANGUNAN EMPANGAN PAYA PEDA, BESUT, TERENGGANU”

DIBAWAH KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

17
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENGENALAN

Projek Pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu telah dicadangkan pada tahun

1995 di bawah RMKe-7. Peruntukan berjumlah RM4.50 juta diluluskan untuk kos perkhidmatan

juru perunding bagi kerja reka bentuk terperinci empangan ini. Peruntukan sejumlah RM150 juta

hanya diluluskan dalam RMKe-9 bagi kerja-kerja seperti kajian geoteknik, bancian, topografi

dan rekabentuk yang bermula pada tahun 2007 dan dilakukan oleh syarikat-syarikat yang dilantik

oleh Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (MOA). Pelantikan kontraktor bagi

pembinaan projek ini pula adalah secara rundingan terus. Kementerian Kewangan (MOF) telah

melantik syarikat JAKS Resources Berhad dan Pembinaan Sujaman Sdn. Bhd. secara usaha sama

melalui surat kelulusan MOF bertarikh 12 September 2008. Kementerian Kewangan telah

meluluskan harga kontrak berjumlah RM333.10 juta kemudian dipinda kepada harga RM343.55

juta melalui satu perjanjian tambahan. Tempoh projek ini bermula 1 Jun 2010 hingga 30

November 2013. Pengarah Bahagian Pengairan Dan Saliran Pertanian (BPSP), MOA telah

dilantik sebagai wakil pegawai penguasa dan pengerusi mesyuarat rundingan harga pada 19 Mei

2009. MOA dengan kelulusan Kementerian Kewangan telah melantik Jurutera Perunding Zaaba

Sdn. Bhd. sebagai perunding projek. Skop kerja yang ditetapkan bagi syarikat ini adalah

termasuk kerja reka bentuk terperinci, kajian kejuruteraan/teknikal, penyediaan dokumen tender

dan penyeliaan pembinaan. Kajian Environmental Impact Assessment (EIA) telah dibuat oleh

syarikat Wiranda (M) Sdn. Bhd. pada Januari 2010 dan pada Mei 2010.

18
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan dari bulan Julai hingga September 2013 mendapati secara

umumnya Pembangunan Empangan Paya Peda adalah kurang memuaskan kerana setakat bulan

Julai 2013 prestasi pembinaan empangan lewat 18.49% daripada jadual kontrak (status kemajuan

kerja adalah 65.12% berbanding jadual kontrak 83.61%). Kelewatan ini adalah disebabkan oleh

kegagalan kontraktor untuk mematuhi terma kontrak yang ditetapkan. Kesan daripada kelewatan

ini akan menjejaskan pencapaian objektif projek dalam tempoh yang ditetapkan. Selain itu,

terdapat beberapa kelemahan dalam Projek Pembangunan Empangan Paya Peda seperti berikut

1. Klausa kontrak tidak dipatuhi sepenuhnya.

2. Berlaku lebihan bayaran (improper payment) kepada Jurukur Jitu Runding (ukur tanah)

sejumlah RM0.53 juta.

3. Pemilihan kontraktor yang tidak berkelayakan dan tidak berpengalaman

4. Syor laporan EIA tidak dipatuhi sepenuhnya.

5. Kurang engagement dengan penduduk sekitar.

19
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

Rajah 1 : kecacatan pembinaan empangan paya peda

SYOR AUDIT

Bagi mengatasi kelemahan yang dibangkitkan dan memastikan pengurusan pembinaan

Empangan Paya Peda dilaksanakan dengan cekap dan teratur untuk mencapai objektif yang

ditetapkan, adalah disyorkan supaya pihak Kementerian/Jabatan/Agensi dan

kontraktor/perunding yang terlibat mengambil tindakan penambahbaikan seperti berikut:

1. MOF dan MOA hendaklah memastikan asas pemilihan kontraktor dibuat secara

komprehensif dari segi kewibawaan, kelayakan, keupayaan dan pengalaman terutama

sekali bagi projek berskala besar dan yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggi.

2. MOA pada masa akan datang hendaklah memastikan pemeteraian kontrak pada awal

projek dibuat tanpa kelewatan. Selain itu, keseluruhan proses rundingan harga

diselesaikan dalam tempoh tidak melebihi 2 minggu dan memuktamadkan rundingan

dalam tempoh 6 bulan bagi projek kerja pembinaan bernilai melebihi RM10 juta.

20
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

3. kontraktor hendaklah memastikan pelantikan subkontraktor mendapat kelulusan Pegawai

Penguasa terlebih dahulu. Segala pelanggaran syarat-syarat kontrak hendaklah diambil

tindakan yang sesuai oleh MOA.

4. MOA hendaklah memastikan Jurukur Jitu Runding menyelesaikan baki amaun yang

terlebih bayar dalam tempoh masa yang dipersetujui. Selain itu, MOA perlu memastikan

lebihan bayaran tidak berulang.

5. MOA dan perunding hendaklah memantau bilangan loji dan peralatan asas di kawasan

pembinaan seperti mana yang disyaratkan dalam kontrak dan memastikan projek

disiapkan seperti mana dalam tempoh lanjutan masa nombor 1 iaitu pada 16 Jun 2014.

6. MOA dan perunding hendaklah membuat pemantauan yang berterusan bagi memastikan

kelancaran dan keberkesanan projek serta stok bahan binaan sentiasa berada dalam

keadaan baik dan mematuhi Laporan EIA serta lain-lain laporan kajian.

7. MOA, perunding dan kontraktor hendaklah mengambil pendekatan dan langkah yang

lebih efektif seperti penubuhan pusat informasi bagi meningkatkan engagement serta

menyediakan Emergency Response Plan (ERP) yang lengkap dengan kadar yang segera.

ERP ini perlu diuji dari semasa ke semasa untuk memastikan keberkesanannya.

21
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

Rajah 2 : bantahan penduduk besut terhadap pelaksanaan projek ini

CADANGAN

Bagi memaksimumkan nilai kepada kerajaan, pengkaji telah membuat beberapa cadangan

terhadap Projek Pembangunan Empangan Paya Peda di Besut, Terengganu ini, antaranya.

1. Pihak kerajaan kursusnya kementerian pertania dan industrian asas tani perlu membuat

pemantauan berkala termasuklah mengadakan lawatan ke tapak projek bagi melihat

perkembangan pelaksanaan projek.

22
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

2. Projek seperti ini mengkin boleh ditawarkan melalui kaedah tawaran terbuka bagi

kontraktor yang berkelayakan kerana kaedah tawaran terbuka lebih efisyen.

3. Memastikan pihak kontraktor mematuhi setiap klausa kontrak.

KES KELIMA

23
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

“PENGURUSAN CUKAI PENDAPATAN SYARIKAT”

DI BAWAH LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA.

PENGENALAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) melaksanakan Sistem Taksir Sendiri (STS)

bagi syarikat mulai tahun 2001. Pelaksanaan sistem ini bertujuan untuk menggalakkan syarikat

melapor dan membayar cukai yang dikenakan/baki cukai kena dibayar secara sukarela. Bagi

mengesahkan ketepatan cukai pendapatan yang dilaporkan oleh syarikat melalui sistem ini,

LHDNM menjalankan aktiviti audit cukai untuk mengesan tahap pematuhan syarikat terhadap

24
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

undang-undang percukaian dan mendidik syarikat ke arah pematuhan cukai secara sukarela.

Sehubungan ini, LHDNM menjalankan 2 jenis pengauditan cukai seperti berikut

Audit Luar : pengauditan cukai dijalankan oleh Unit Audit Luar, LHDNM di premis

perniagaan syarikat selepas syarikat dimaklumkan terlebih dahulu. Audit luar

dilaksanakan terhadap kes yang telah mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan

Syarikat (Borang C) dan kes yang tidak mengemukakan Borang C. Pemeriksaan terhadap

rekod perniagaan dan hal ehwal kewangan pembayar cukai dilaksanakan untuk

memastikan sama ada pendapatan yang sepatutnya dilapor, cukai yang sepatutnya dikira

dan dibayar adalah mengikut undang-undang dan peraturan percukaian. Ianya melibatkan

pemeriksaan dan pengesahan maklumat berisiko kepada pengiraan cukai.

Audit Meja : Pengauditan cukai dijalankan oleh Unit Audit Meja, LHDNM di pejabat

LHDNM. Audit meja melibatkan isu pelarasan cukai yang mudah dan dikendalikan

melalui surat-menyurat. Bagaimanapun, pembayar cukai boleh dipanggil ke pejabat

LHDNM untuk ditemu duga bagi tujuan mendapatkan dokumen sokongan dan maklumat

lanjut. Bagi kes syarikat yang telah mengemukakan Borang C, penyemakan audit meja

dibuat untuk menentukan ketepatan maklumat percukaian syarikat. Manakala bagi kes

yang tidak mengemukakan Borang C, taksiran anggaran dikeluarkan kepada syarikat.

Pemilihan kes audit luar dijalankan oleh Jabatan Pematuhan Cukai (JPC) LHDNM di Ibu Pejabat

melalui Tax Audit & Compliance Systems (TACS) berasaskan analisis risiko manakala pemilihan

kes audit meja pula melalui „Event Triggered’. Bagaimanapun, Pengarah Cawangan LHDNM

dibenarkan memilih kes tambahan audit luar dan audit meja di mana bagi kes tambahan audit

luar, perlu dikemukakan kepada JPC LHDNM di Ibu Pejabat untuk kelulusan sebelum audit luar

25
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

dimulakan. Bagi kes tambahan audit meja, Pengurus Audit boleh mencadang dan mengagihkan

kes kepada Pegawai Audit Meja.

Pada umumnya, audit luar lebih berkesan berbanding audit meja bagi mengesan pengelakan

cukai dan seterusnya dapat meningkatkan pematuhan cukai kerana audit luar dapat menjejaki

dokumen sumber dan buku rekod untuk pengesahan terhadap ketepatan pengiraan cukai yang

dikemukakan oleh syarikat. Bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012, Unit Audit Luar di 31

Cawangan LHDNM telah menyelesaikan pemeriksaan terhadap 10,347 fail syarikat. Hasil cukai

tambahan dan penalti yang dibangkitkan oleh audit luar syarikat bagi tempoh 3 tahun tersebut

adalah berjumlah RM1,391.02 juta.

Rajah 1 : orang ramai sedang berurusan dengan kakitangan LHDNM

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan September 2012 hingga Januari 2013 mendapati pada

keseluruhannya pengurusan cukai pendapatan syarikat adalah memuaskan. Berdasarkan

persampelan audit, sungguhpun prestasi pencapaian Key Performance Indicators (KPI)

Cawangan bagi audit luar terhadap syarikat adalah baik, namun terdapat beberapa kelemahan

dalam pelaksanaan aktiviti taksiran dan pungutan cukai seperti berikut

26
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

1. Sebanyak 1,422 kes audit luar lewat diselesaikan antara 1 bulan hingga 5 tahun

melibatkan cukai tambahan dan penalti berjumlah RM189.82 juta

2. Senarai semak audit tidak diisi bagi 656 syarikat di mana cukai tambahan dan penalti

dikenakan berjumlah RM61.74 juta

3. Notis peringatan tidak dikeluarkan kepada 87 syarikat yang gagal menyimpan rekod

dengan lengkap

4. Pemantauan integriti Pegawai Audit Luar melalui lawatan mengejut adalah kurang

memuaskan bagi Jabatan Cukai Korporat dan 8 cawangan lain

5. Notis taksiran anggaran berjumlah RM3.52 juta tidak dikeluarkan terhadap 44 syarikat

6. Tunggakan cukai bagi 147 syarikat berjumlah RM54.03 juta

7. Kenaikan cukai (denda) berjumlah RM4.25 juta tidak dikenakan terhadap tunggakan

cukai dan kegagalan mematuhi skim anggaran cukai yang mengakibatkan kerugian

kepada Kerajaan

8. Tindakan guaman sivil dan kaveat hartanah tidak dikenakan terhadap syarikat yang tidak

menjelaskan tunggakan cukai.

SYOR AUDIT

Bagi mempertingkatkan lagi pengurusan cukai pendapatan syarikat, adalah disyorkan supaya

LHDNM mempertimbangkan perkara berikut

1. Pemantauan terhadap kemajuan kerja bagi setiap kes syarikat perlu dipertingkatkan

27
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

2. Mengambil tindakan pendakwaan pembayar cukai ke mahkamah atau mengenakan

penalti di bawah peruntukan ACP 1967 terhadap syarikat yang tidak mengisi kod

perniagaan/mengisi kod perniagaan yang tidak tepat

3. Memastikan prosedur kerja dipatuhi seperti mewajibkan pengisian senarai semakan

Audit, notis peringatan dikeluarkan kepada syarikat yang gagal menyimpan rekod dengan

lengkap dan Notis Taksiran Cukai Tambahan dikeluarkan segera

4. Pemantauan secara berterusan hendaklah dilaksanakan oleh Ibu Pejabat dan Cawangan

LHDNM bagi memastikan status data kerja di CMS adalah utuh pada masa nyata

(realtime)

5. Mengkaji semula format Daftar Lawatan Mengejut, kekerapan lawatan minimum dan

kriteria pemilihan sampel lawatan mengejut seperti kategori pembayar cukai, bilangan

pasukan serta Pegawai Audit Luar

6. Mengkaji untuk menambahbaik keupayaan sistem automasi seperti Case Management

System (CMS), Sistem Taksir Sendiri Syarikat (STSC) dan Revenue Management System

(ReMS) bagi mempertingkatkan keberkesanan pengurusan cukai pendapatan syarikat

7. Mempertingkatkan pemeriksaan dalaman ke atas aktiviti audit cukai dan pemungutan

cukai di cawangan LHDNM dari semasa ke semasa. Selain itu, memastikan tindakan

segera diambil terhadap isu-isu ketidakpatuhan yang dibangkitkan dan memantau supaya

isu yang sama tidak berulang.

CADANGAN

Untuk memastikan bahawa hasil kutipanl LHDNM meningkat secara konsisten. Pengkaji

bercadang supaya LHDNM

28
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

1. Mewujudkan unit khas untuk memantau kemajuan kes-kes yang belum diselesaikan.

2. LHDNM perlu bertindak tegas terhadap terhadap syarikat yang tidak mengisi kod

perniagaan/mengisi kod perniagaan yang tidak tepat berdasarkan peruntukan undang-

undang yang sedia ada.

3. Mengadakan hari pertemuan pelanggan supaya pihak LHDNM dalam memberi

penjelasan kepada pembayar cukai terhadap permasalahan yang wujud.

4. Menyemak dan membuat penambahbaikan terhadap prosedur yang sedia ada.

Rajah 2 : kes mahkamah melibatkan LHDNM dan jutawan kosmetik terkenal

29
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

KES KEENAM

“PENGURUSAN PROJEK PEMBETUNGAN NEGARA”

DI BAWAH JABATAN PERKHIDMATAN PEMBETUNGAN, KEMENTERIAN TENAGA,

TEKNOLOGI HIJAU DAN AIR

PENGENALAN

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA) telah diluluskan peruntukan

berjumlah RM3.162 bilion di bawah RMKe-9 dan sejumlah RM464 juta di bawah RMKe-10

30
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

untuk melaksanakan Projek Sistem Pembetungan Negara. Objektif pelaksanaan projek ini adalah

untuk mengurangkan pencemaran kumbahan dan memperbaiki perkhidmatan pembetungan

melalui pembinaan infrastruktur pembetungan baru dan menaik taraf serta membaik pulih sistem

pembetungan sedia ada. Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) telah ditubuhkan pada tahun

1994 di bawah Akta Perkhidmatan Pembetungan 1993 (Akta 508) dan berfungsi sebagai kawal

selia pembetungan (regulator). Pada 1 Januari 2008, tugas kawal selia ini telah diambil alih oleh

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berdasarkan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air

Negara (Akta 654) dan Akta Industri Perkhidmatan Air Negara (Akta 655). Dengan

penguatkuasaan Akta 654 dan Akta 655, Akta 508 tidak lagi diguna pakai di Semenanjung

Malaysia. Selaras dengan itu, JPP telah disusun semula pada tahun 2008 di mana fungsi dan

tanggungjawab JPP telah ditetapkan seperti berikut:

 Sebagai pelaksana projek pembetungan di bawah Rancangan Malaysia, Tabung Amanah

Sumbangan Kapital Pembetungan dan projek khas di seluruh Semenanjung Malaysia

 Penasihat teknikal projek pembetungan di Sabah dan Sarawak

 Penasihat kepada KeTTHA dalam hal-hal pembetungan.

PENEMUAN AUDIT

Pengauditan yang dijalankan antara bulan Julai hingga Disember 2012 terhadap Pengurusan

Projek Pembetungan Negara mendapati pencapaian kewangan projek pembetungan negara bagi

31
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

tempoh tahun 2010 hingga 2012 secara keseluruhannya adalah baik memandangkan

perbelanjaannya telah mencapai sehingga 95.6% setakat 4 Januari 2013. Bagaimanapun,

pencapaian fizikal secara keseluruhannya adalah kurang memuaskan kerana hanya 35 (56.5%)

daripada 62 projek yang dilaksanakan di bawah RMKe-9 dan RMKe-10 telah disiapkan

mengikut jadual. Pengauditan terhadap prestasi dan pengurusan projek pembetungan bagi 13

sampel Audit mendapati masih terdapat beberapa kelemahan yang boleh menjejaskan objektif

pelaksanaan projek seperti berikut:

 Sebanyak 8 (80%) daripada 10 projek tidak dapat disiapkan mengikut jadual asal dan

telah diluluskan antara satu hingga 5 lanjutan masa [Extension of Time (EOT)]

melibatkan tempoh antara 34 hingga 989 hari. Selain itu, dua projek yang masih dalam

pelaksanaan telah melepasi jadual penyiapan yang asal dan diluluskan masing-masingnya

2 EOT. Terdapat juga satu projek sakit yang mengakibatkan peningkatan kos

 Objektif pelaksanaan projek pembetungan di Pulau Langkawi dan Port Dickson masih

belum tercapai sepenuhnya memandangkan penyambungan daripada premis yang dikenal

pasti ke rangkaian paip pembetungan awam tidak dilaksanakan secara menyeluruh

 Kualiti efluen bagi 9 (56.2%) daripada 16 STP yang dianalisis tidak mencapai standard

pelepasan efluen yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar;

 Sebanyak 3 (21.4%) daripada 14 kontrak yang diaudit telah lewat ditandatangani antara

69 hingga 153 hari dari tarikh yang sepatutnya; dan

 Terdapat kes kecurian peralatan besi dan tembaga yang telah dilaporkan di Stesen Pam Si

Rusa, Sunggala, Port Dickson; STP Taman Seri Inderapura, Kuantan dan STP Cheras

Makmur, Kuala Lumpur.

32
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

Rajah 1 : proses pembinaan Projek Pembentungan Langgat, Selangor

SYOR AUDIT

Bagi menambah baik pengurusan pelaksanaan projek, adalah disyorkan supaya KeTTHA/JPP

mengambil tindakan terhadap perkara seperti berikut:

33
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

1. Mengenal pasti dan menuntut jumlah kos kerugian daripada kontraktor asal Projek

Rangkaian Paip Pembetungan Di Kuala Sawah yang gagal menyiapkan projek dalam

tempoh yang ditetapkan, sebaik sahaja projek ini disiapkan oleh kontraktor penyelamat

yang dilantik

2. Menyenarai hitam kontraktor yang gagal menyiapkan kerja pembinaan mengikut syarat

kontrak.

3. Bagi projek lain yang dilaksanakan di masa hadapan, JPP disyorkan supaya mengambil

kira kos penyambungan dari premis pengguna ke paip pembetungan awam dalam projek

rangkaian paip pembetungan yang baru supaya sistem pembetungan dapat beroperasi

secara menyeluruh

4. Memastikan loji rawatan kumbahan sedia ada dinaiktarafkan atau digantikan dengan loji

baru supaya dapat mematuhi standard kualiti efluen yang ditetapkan oleh Jabatan Alam

Sekitar. Langkah ini perlu bagi memastikan objektif projek pembetungan yang ditetapkan

oleh JPP iaitu untuk mengawal pencemaran kumbahan ke atas sumber air negara dapat

dicapai.

5. Bekerjasama secara bersepadu dengan agensi penguatkuasaan terlibat seperti

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, Jabatan Alam Sekitar dan Pihak Berkuasa

Tempatan bagi menangani masalah pencemaran yang berpunca daripada pelepasan efluen

oleh premis perumahan/hotel yang tidak mematuhi standard ditetapkan.

CADANGAN

Bagi memaksimumkan nilai kepada kerajaan, pengkaji telah membuat beberapa cadangan

berkaitan dengan projek ini bagi memberi nilai yang terbaik kepada kerajaan. Antaranya adalah

34
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

1. Pikak KeTTHA perlu membuat pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan

projek ini dilaksanakan mengikut perjanjian yang dipersetujui.

2. Mengambil tidakan tegas terhadap kontraktor yang didapati melanggar terma-terma

perjanjian. Ini termasuklah mengenakan fee penalti terhadap kelewatan projek.

3. Membuat kajian secara menyeluruh terhadap sesuatu projek yang akan dilaksanakan pada

masa akan dating.

4. Pemberian kontrak perlu diberikan berdasarkan keupayaan dan kelayakan kontraktor.

RUJUKAN

Jabatan Audit Negara Malaysia, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2016 “Aktiviti

Kementerian/Jabatan Kerajaan Persekutuan Dan Badan-Badan Berkanun Persekutuan

Tahun 2016 Siri 2”

35
Pentadbiran Kewangan GMGF2013

Jabatan Audit Negara Malaysia, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2017 “Pengurusan Aktiviti

Jabatan/Agensi Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Negeri Johor Siri 2”

Jabatan Audit Negara Malaysia, Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2013 “Aktiviti

Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 1”

Jabatan Audit Negara Malaysia, Laporan Ketua Audit Negara 2012 “Aktiviti

Kementerian/Jabatan Dan Pengurusan Syarikat Kerajaan Persekutuan Siri 2”

36

You might also like