Kemahiran Forum

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Forum yang berkesan dan bermutu berhubung kait dengan peranan setiap pihak

yang terlibat. Pengerusi dan ahli panel khususnya, perlulah menguasai kemahiran-
kemahiran tertentu dalam pengendalian forum. Terdapat lima kemahiran mengendalikan
forum antaranya adalah kemahiran mempengerusikan forum, kemahiran mengawal forum,
kemahiran melahirkan pendapat, nada dan intonasi, dan kemahiran menutup forum.

Kemahiran yang pertama adalah kemahiran mempengaruhi forum. Terdapat tiga


bahagian dalam kemahiran mempengerusikan forum, iaitu sebelum forum, semasa forum
dan akhir forum. Sebelum forum bermula, biodata ahli panel mestilah diambil, audiens perlu
dianalisis, peruntukan masa ditentukan, soalan perlulah disediakan dan kepakaran ahli
panel perlulah dikenal pasti. Seterusnya adalah, semasa forum berlangsung, pengerusi
perlulah mengambil alih majlis daripada juru acara, menghuraikan tajuk forum,
memperkenalkan ahli pandel, menerangkan syarat dan peraturan forum, bersoal jawab
dengan ahli panel, mengawal perbincangan supaya tidak menyeleweng dan mengemukakan
soalan mengikut kepakaran ahli panel. Pada akhir forum pula, pengerusi akan
menggalakkan penonton mengemukakan soalan dan pandangan, pengerusi merumuskan
keseluruhan forum dengan keseluruhan forum dengan mengutip isi-isi penting dan
menyampaikan ucapat penutup dan menyerahkan semula majlis kepada juru acara.

Kemahiran yang kedua adalah kemahiran mengawal forum. Masa setiap


pembentangan kertas kerja atau pendapat oleh ahli panel perlulah sentiasa dikawal.
Seterusnya, perbincangan juga perlu dikawal agar tidak menyeleweng daripada tajuk.
Pengerusi juga perlu mengelakkan ahli panel daripada mengganggu ahli panel yang lain
ketika pembentangan. Ahli panel juga perlu dikawal agar tidak terlalu beremosi. Pengerusi
perlu memastikan penonton supaya lebih menjaga tatasusila majlis dan menghormati ahli-
ahli panel. Kemudian, penonton perlulah dikawal daripada mengemukakan soalan yang
menyentuh isu sensitif dan mengawal soalan penonton supaya tidak kabur. Akhir sekali,
pengerusi perlu memberi peluang terakhir kepada mana-mana ahli panel untuk memberi
pendapat dan menjawab soalan.

Kemahian yang ketiga adalah kemahiran melahirkan pendapat. Ahli panel perlu
menguasai kemahiran untuk melahirkan pendapat yang meliputi tiga aspek iaitu
menentukan jenis pendapat dengan menganalisi audien untuk menentukan aspek isi dan
laras bahasa. Aspek yang kedua adalah cara melahirkan pendapat iaitu dengan
mengemukakan pendapat yang disokong dengan fakta, bukti statistik dan contoh supaya
hujah lebih konkrit, berkaitan dan meyakinkan. Aspek yang ketiga adalah cara
mempengaruhi audien iaitu dengan menyelitkan ayat-ayat soalan untuk mewujudkan
rangsangan di kalangan audien. Ahli panel juga perlu menggunakan bahasa yang sesuai
dengan audiens termasuk teknik retorika dan ahli panel perlu menyelitkan unsur kecindan.

Kemahiran yang keempat adalah nada dan intonasi. Nada ialah keadaan bunyi yang
menarik atau menurun sewaktu sesuatu perkataan atau suku kata itu dilafazkan. Intonasi
pula merupakan keadaan bunyi yang menaik atau menurun sewaktu ayat diucapkan. Pada
permulaan forum, nada intonasi pengerusi biasanya mendatar dan lembut ketika mengalu-
alukan kedatangan penonton dan memperkenalkan ahli-ahli panel. Apabila tajuk forum
dinyatakan, nada suara akan dinaikkan sedikit untuk menarik minat dan perhatian para
penonton.

Kemahiran yang terakhir adalah kemahiran menutup forum. Cara untuk menutup
forum adalah dengan mengucapkan terima kasih kepada semua ahli panel. Seterusnya
membuka majlis kepada penonton untuk soala dan pandangan. Kemudian, bertindak
sebagai fasilitator sewaktu sesi soal jawab. Pengerusi jugaperlu merumus keseluruhan idea
yang telah diforumkan. Kemudian, pengerusi perlu menyampaikan kata-kata penutup
dengan ucapat terima kasih dan menyatakan harapan. Akhir sekali adalah pengerusi perlu
memohon maaf andai ada terkasar bahasa sepanjang forum berlangsung.

You might also like