2017 PAK Kenaikan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

RAHSIA PEPERIKSAAN

PEPERIKSAAN KENAIKAN PANGKAT LEFTENAN KE KAPTEN BERTULIS


TAHUN 2017

PENGETAHUAN AM KETENTERAAN
(Masa dibenarkan – 3 Jam)

Markah Penuh: 1000 Markah Lulus : 500

ARAHAN PEPERIKSAAN

1. Kertas ini dibahagikan kepada DUA (2) bahagian. BAHAGIAN 1 bernilai 900
Markah dan BAHAGIAN 2 bernilai 100 Markah.

a. BAHAGIAN 1. Bahagian ini mengandungi TUJUH (7) soalan subjektif.


Jawab SOALAN 1 (WAJIB) dan EMPAT (4) soalan lain dalam Buku Jawapan
(BAT G 1) yang disediakan. Soalan boleh dijawab mengikut mana-mana
susunan. Namun begitu, soalan yang menjadi sebahagian dari soalan utama
hendaklah dijawab mengikut susunan.

b. BAHAGIAN 2. Bahagian ini mengandungi DUA PULUH (20) soalan


objektif. Jawab SEMUA soalan pada kertas jawapan yang disediakan.

2. Kertas soalan adalah berdasarkan kepada bahan rujukan ”Sukatan Pelajaran


Peperiksaan Kenaikan Pangkat Lt Ke Kapt (Bertulis) – Pengetahuan Am Ketenteraan”
yang dikeluarkan oleh MK PLDTD.

3. Markah bonus akan diberikan kepada jawapan-jawapan yang bersih dan


kemas.

4. Masa tambahan selama 10 minit dibenarkan untuk membaca kertas soalan.

5. Kertas soalan ini mengandungi SEBELAS (11) muka surat bercetak.

a. BAHAGIAN 1. Muka surat 2 hingga 6.

b. BAHAGIAN 2. Muka surat 7 hingga 11.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

PENGETAHUAN AM KETENTERAAN
BAHAGIAN 1

SOALAN 1 (WAJIB)

1. Latihan merupakan satu fungsi pemerintahan yang sangat penting. Kegagalan


melaksanakan latihan yang mencukupi akan mengakibatkan sesebuah organisasi
tentera itu tidak dapat melaksanakan tugas operasinya dengan berkesan dan boleh
menjejaskan kuasa tempur Tentera Darat secara amnya.

a. Berikan definisi serta penerangan ringkas mengenai istilah berikut:

(1) Tactical Exercises Without Troops (TEWT).


(2) Latihan Individu (Individual Training).
(3) Latihan Kolektif (Collective Training).
(4) Latihan Fizikal (Physical Training).
(80 markah)

b. Apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam Arahan Latihan


bagi melaksanakan eksesais medan?
(100 markah)

c. Dalam merancang sesuatu aktiviti latihan di pasukan, apakah perkara-


perkara penting yang perlu diberi perhatian. Nyatakan TUJUH (7) perkara-
perkara tersebut berserta penerangan ringkas.
(70 markah)

d. Anda telah dilantik sebagai wasit (umpire) dalam satu eksesais yang
dilaksanakan di peringkat briged. Nyatakan LIMA (5) sahaja bidang tugas
wasit yang utama.
(50 markah)

SOALAN 2

2. Laporan Penilaian Prestasi untuk pegawai dan anggota digunakan untuk


pelbagai perkara seperti kenaikan pangkat, pergerakan gaji, penempatan tugas,
pertukaran jenis tauliah, pencalonan kursus, penganugerahan pingat dan hal-hal lain
yang berkaitan dengan perkhidmatan dalam ATM.

a. Huraikan penjelasan mengenai skala nilaian bagi Laporan Penilaian


Prestasi berikut:

(1) Cemerlang.
(2) Baik.
(3) Memuaskan.
(4) Tidak Memuaskan.
(60 markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

b. Terdapat 4 Jenis borang Laporan Penilaian Prestasi. Nyatakan jenis-jenis


borang serta kumpulan anggota bagi setiap borang tersebut.
(60 markah)

c. Nyatakan keadaan-keadaan yang memerlukan Laporan Penilaian Prestasi


di buat terhadap pegawai dan anggota LLP.
(30 markah)

SOALAN 3

3. Akaun Perkhidmatan di pasukan hendaklah dikendalikan dengan baik dan


sempurna mengikut peraturan-peraturan sepertimana yang telah digariskan di dalam
perkhidmatan. Pemerintah dan Pemegang Akaun seharusnya mempunyai
pengetahuan yang baik di dalam aspek pengendalian akaun supaya dapat
membantu pasukan dalam melaksanakan tindakan pembetulan dan
penambahbaikan jika diperlukan.

a. Pemegang Akaun hendaklah sebaik-baiknya telah menghadiri dan lulus


kursus Akaun Perkhidmatan atau kursus akaun yang lain yang boleh
membantunya mengendalikan akaun tersebut dengan baik. Jelaskan ENAM
(6) tugas dan tanggungjawab Pemegang Akaun.
(60 markah)

b. Akaun tabung hendaklah diimbangkan pada setiap hujung bulan.


Pengimbangan akaun dibuat untuk memastikan segala kemasukan dalam lejar
dan penyata/sijil/buku-buku subsidiari bagi bulan berkenaan adalah betul,
kemas kini dan seimbang. Huraikan perkara-perkara yang perlu ditentukan
sebelum pengimbangan akaun dibuat.
(60 markah)

c. Kes-kes penipuan akaun agak sering berlaku di pasukan. Berdasarkan


pemerhatian dan pendapat anda, nyatakan TIGA (3) sebab dan TIGA (3)
cadangan penyelesaian.
(30 markah)

SOALAN 4

4. Sebagai seorang pegawai ATM, pengetahuan dalam perkara-perkara yang


melibatkan perkhidmatan termasuk peranan dan tugas semasa perang dan semasa
aman mengikut Kor, Sistem Pemerintahan Rejimental dan tatacara peradaban
adalah penting dalam menentukan keseimbangan dan moral setiap anggota di
bawah pemerintahan.

a. Batalion Infantri Standard (BIS) merupakan elemen tempur yang utama di


dalam TD. Ia adalah tunggak kepada kekuatan tempur sebuah Briged Infantri
dan berupaya untuk bertempur sebagai elemen utama dalam sebuah kumpulan

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

gabungan tempur yang mungkin terdiri dari elemen-elemen lain dari pasukan
Bantuan Tempur dan Bantuan Perkhidmatan. Apakah tugas-tugas yang boleh
dilaksanakan oleh BIS.
(50 markah)

b. Dalam melaksanakan SPR, Perbarisan SMR, Ajutan dan Pegawai


Memerintah merupakan sesuatu yang amat ditekankan untuk menentukan
disiplin anggota terus cemerlang. Berikan LIMA (5) perkara yang perlu
dilakukan oleh setiap pegawai dan anggota LLP sebelum pelaksanaan
perbarisan tersebut.
(50 markah)

c. Nyatakan LIMA (5) peradaban yang perlu dilaksanakan oleh pegawai


dan anggota LLP semasa menaiki kenderaan sendiri (Kereta atau Motosikal).
(50 markah)

SOALAN 5

5. Cuti merupakan antara elemen moral kepada setiap peringkat, sama ada
pegawai mahupun anggota Lain-lain Pangkat dalam ATM. Oleh yang demikian,
pengurusan rekod cuti hendaklah dikendalikan dengan baik dan teratur.

a. Dalam perkhidmatan ATM, pelbagai jenis cuti dikenal pasti untuk


kemudahan setiap anggota. Senaraikan DUA BELAS (12) jenis cuti yang
terdapat dalam perkhidmatan ATM.
(60 markah)

b. Nyatakan tempoh kelayakan bagi Cuti Tahun setiap peringkat seperti


berikut:

(1) Semua anggota LLP.


(2) Leftenan dan Leftenan Muda (Sabaltan).
(3) Kapten.
(4) Mejar dan ke atas.
(20 markah)

c. Nyatakan Borang Angkatan Tentera (BAT) yang dinyatakan di bawah:

a. BAT D 68.
b. BAT D 97.
c. BAT D 191.
(15 markah)

d. Terangkan dengan ringkas dan nyatakan berapakah kelayakan hari cuti


yang dibenarkan untuk kategori cuti yang dinyatakan di bawah:

a. Cuti Rekrut.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

b. Cuti Penugasan Semula.


c. Cuti Bersalin.
d. Cuti Isteri Bersalin.
e. Cuti Tanpa Gaji.
(55 markah)

SOALAN 6

6. Lembaga Siasatan adalah salah satu daripada pengurusan pentadbiran yang


sering digunakan bagi mengenal pasti sesuatu punca kejadian di dalam Tentera
Darat. Laporan Lembaga Siasatan akan dijadikan asas utama di dalam proses
penyelesaian sesuatu kejadian dan digunakan bagi membantu pemerintah-
pemerintah di dalam menetapkan sesuatu keputusan yang bersesuaian.

a. Apakah perkara-perkara yang termasuk dalam tugas dan kewajipan


utama Lembaga Siasatan.
(30 markah)

b. Sila nyatakan dalam keadaan apakah Lembaga Siasatan perlu disidangkan


bagi menyiasat sebarang kehilangan dan kekurangan Harta Awam atau Harta
Perkhidmatan yang berlaku.
(40 markah)

c. Sila nyatakan Pihak-pihak Berkuasa yang boleh memerintahkan sesuatu


Lembaga Siasatan untuk bersidang.
(60 markah)

d. Nyatakan keanggotaan sesebuah Lembaga Siasatan bagi kes THTC.


(20 markah)

SOALAN 7

7. Tidak Hadir Tanpa Cuti (THTC) dan Tinggal Tugas sering berlaku dalam
kalangan anggota TD. Sebagai seorang pegawai tentera, anda harus memahami
urusan dokumentasi dan tindakan yang harus diambil.

a. Terangkan tindakan yang harus diambil jika seseorang anggota tentera


didapati THTC.

(1) Hari Pertama.


(2) Hari Kedua.
(3) Hari Kelapan.
(4) Hari Kedua Puluh Dua.
(60 markah)

b. Jelaskan EMPAT (4) keadaan THTC dianggap tamat.


(40 markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Terangkan tindakan yang harus diambil apabila diisytiharkan Tinggal


Tugas.
(30 markah)

d. Nyatakan DUA (2) keadaan di mana sesuatu Lembaga yang diadakan


untuk menyiasat kes Tinggal Tugas boleh dibatalkan atau dibubarkan di bawah
Seksyen 5 (2) Kaedah-kaedah Angkatan Tentera (Lembaga Siasatan) 1976.
(20 markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

BAHAGIAN 2

ARAHAN PEPERIKSAAN

Tandakan jawapan yang betul pada kertas jawapan yang disediakan.

SOALAN-SOALAN

1. Panglima Tentera Darat ke-26 telah menekankan lima teras utama dalam
Perintah Ulung beliau setelah mengambil alih tugas. Manakah antara berikut
BUKAN teras yang ditekankan oleh beliau.

A. Perkasakan Kesiagaan Angkatan.


B. Profesional, Terampil dan Berkemahiran.
C. Pemantapan Pengurusan Organisasi.
D. Peningkatan Kualiti Hidup.
(5 markah)

2. Berapakah kaliber senjata sekunder pada kereta kebal PENDEKAR yang baru
diperoleh oleh TD Malaysia?

A. 12.7 mm.
B. 7.62 mm.
C. 125 mm.
D. 25 mm.
(5 markah)

3. Format PERBAH DUA dibahagikan kepada tiga bahagian KECUALI:

A. Butiran Atas.
B. Kandungan.
C. Penjenisan Keselamatan.
D. Butiran Bawah.
(5 markah)

4. Apakah unit tembakan terkecil dalam Artileri Medan?

A. Seksyen.
B. Bateri.
C. Rejimen.
D. Terup.
(5 markah)

5. Apakah yang dimaksudkan dengan Senggaraan Kecemasan?

A. Senggaraan yang kerap berlaku seperti kerosakan kipas, membaiki


longkang pecah, kerosakan lantai dan sebagainya.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

B. Senggaraan yang perlu diambil tindakan pembaikan segera bagi


mengelakkan kerosakan yang lebih buruk dan membahayakan penghuni-
penghuni.
C. Senggaraan yang perlu akibat ribut, banjir dan bencana yang lain.
D. Senggaraan yang telah dijadualkan seperti cat bangunan, kerja-kerja
pendawaian dan senggaraan alat-alat jentera.
(5 markah)

6. Pemegang Akaun hendaklah menyerahkan akaun pertubuhan dengan


sempurna berdasarkan panduan-panduan yang dinyatakan dalam peraturan kepada
seseorang pegawai yang dilantik apabila ia berada dalam salah satu daripada
keadaan-keadaan berikut. Antara keadaan berikut, manakah BUKAN merupakan
keadaan yang dimaksudkan?

A. Ia bertukar ke unit lain.


B. Ia bercuti, berkursus atau bertugas di luar unit bagi satu tempoh tidak
melebihi 30 hari.
C. Ia tidak lagi menjadi Pemegang Akaun.
D. Bersara, berhenti atau diberhentikan daripada perkhidmatan.
(5 markah)

7. Apakah jenis senjata yang tidak membunuh yang boleh digunakan sebagai self
protection dalam operasi KA?

A. Penyembur Lada.
B. Lastik.
C. Bayonet.
D. Riot Shield.
(5 markah)

8. Berikut adalah antara dokumen yang perlu ditandakan sebagai eksibit di dalam
kes Kematian.

i. Sijil Kematian. A. ii, iii, v.


ii. Permit Penguburan. B. i, ii, iii dan iv.
iii. Salinan Sijil Nikah. C. i, ii, iii, iv dan v.
iv. Laporan PDRM. D. i, ii, iv dan v.
i. Laporan Bedah Siasat.
(5 markah)

9. Agihan Laporan Lembaga Siasatan yang perlu dimajukan ke MK TD – CSM


adalah seperti berikut, KECUALI :

A. Sel Kewangan.
B. Sel Rejimental.
C. Sel Undang-Undang.
D. Sel D&P. (5 markah)

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

10. Di antara pertimbangan berikut, yang manakah BUKAN pertimbangan asas


untuk pertahanan kawasan?

A. Pertahanan Keliling.
B. Keselamatan.
C. Penggunaan Tanah.
D. Perlindungan Rusuk.
(5 markah)

11. Bekalan Tempur terdiri daripada:

i. Rangsum. A. i, ii dan iv.


ii. Air. B i, iii, iv dan v.
iii. Minyak. C. ii, iii, iv dan v.
iv. Ubat. D. i, ii, iii dan v.
v. Peluru.
(5 markah)

12. Bilakah Perintah Bersidang Lembaga Penyiasatan THTC perlu dikeluarkan oleh
Peg Pem/Mem?

A. Hari ke-2.
B. Hari ke-7.
C. Hari ke-21.
D. Hari ke-22.
(5 markah)

13. Berdasarkan kepada PMAT Bil 1 Tahun 2013, seseorang Leftenan Gred ZA16
atau setaraf layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke Kapten Gred ZA18
apabila telah mematuhi syarat-syarat berikut KECUALI:

A. Mencapai tahap prestasi yang ditetapkan.


B. Diperakui layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelakuannya oleh
Ketua Perkhidmatan.
C. Menyempurnakan tempoh perkhidmatan sebagai leftenan Gred ZA16 atau
setaraf mengikut syarat-syarat yang diluluskan oleh Majlis Angkatan
Tentera.
D. Telah melaksanakan tugas sebagai ketua di peringkat Platun atau setaraf
di pasukan.
(5 markah)

14. Di antara kenyataan berikut, yang manakah TIDAK BENAR mengenai kategori
Senarai LPK.

A. Latihan 4 (L 4) – Latihan Rekrut dan Kadet.


B. Kontingensi 1 (K 1) – Pegawai-pegawai dan anggota-anggota dalam
tawanan musuh.

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

C. Peralihan 2 (P 2) – Anggota yang mengikuti Latihan Peralihan kurang


daripada 12 bulan.
D. Kontingensi 12 (K 12) – Cuti tanpa gaji.
(5 markah)

15. Jenis-jenis Senggaraan berikut TIDAK dilaksanakan dalam ATM KECUALI:

A. Senggaraan Tahunan, Senggaraan Pencegahan dan Senggaraan


Mengejut.
B. Senggaraan Berjadual, Senggaraan Tahunan dan Senggaraan Kecemasan.
C. Senggaraan Baik Pulih, Senggaraan Tidak Diduga dan Senggaraan
Segera.
D. Senggaraan Bencana, Senggaraan Tahunan dan Senggaraan Pencegahan.
(5 markah)

16. Faedah Kematian adalah faedah yang dibayar kepada orang tanggungan
seseorang anggota tentera yang meninggal dunia. Berikut adalah senarai orang
tanggungan KECUALI:

A. Balu atau Duda.


B. Anak – sehingga berumur 21 tahun atau sehingga mendapat ijazah
pertama; atau berkahwin. Jika anak itu cacat fizikal atau otak; layak
seumur hidup.
C. Ibu atau bapa tidak berapa umurnya yang memerlukan wang.
D. Adik-beradik seibu sebapa.
(5 markah)

17. Di dalam situasi Ketenteraman Awam, terdapat beberapa keadaan di mana


kehadiran tentera diperlukan bagi melaksanakan tugas-tugas tertentu membantu
agensi-agensi awam yang lain. Di antara berikut, manakah BUKAN merupakan
jenis bantuan yang boleh diberikan oleh pihak tentera?

A. Menyuraikan Perhimpunan.
B. Menguatkuasakan Perintah Berkurung.
C. Mengawal Sasaran Penting.
D. Mengendalikan Perbicaraan.
(5 markah)

18. Borang Laporan Penilaian Prestasi bagi Mejar atau setaraf dan ke bawah
adalah:

A. BAT D 11B (Warna Biru).


B. BAT D 11A (Warna Oren).
C. BAT D 30A (Warna Putih).
D. BAT D 30B (Warna Biru).
(5 markah)

10

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN

19. Pemberian wang tunai FGCR adalah dihitung berdasarkan kepada 1/30
daripada gaji akhir yang diterima. Pilih jawapan yang paling tepat berkaitan gaji
akhir yang diterima:

i. Gaji Pokok Hakiki dalam pangkat sebenar anggota.


ii. Elaun Imbuhan Tetap Perumahan.
iii. Elaun Perkhidmatan.
iv. BIS/BISS.

A. i dan ii.
B. i, ii dan iv.
C. i, iii dan iv.
D. i, ii dan iii.
(5 markah)

20. Keanggotaan suatu Lembaga Siasatan hendaklah terdiri daripada seorang


Yang DiPertua dan tidak kurang dari dua lagi Ahli yang terdiri daripada Pegawai
Bertauliah. Yang manakah kenyataan yang TIDAK BENAR mengenai keanggotaan
Lembaga Siasatan:

A. Yang DiPertua hendaklah berpangkat tidak rendah daripada pangkat


Kapten.
B. Seorang Peg Waren boleh dilantik menjadi salah seorang Ahli Lembaga
Siasatan bagi kes THTC sahaja.
C. Pihak Berkuasa hendaklah melantik Yang DiPertua Lembaga Siasatan atas
nama pegawai itu sendiri.
D. Seorang Kuartermaster/Peg Log tidak boleh dilantik menjadi Yang
DiPertua Lembaga Siasatan.
(5 markah)

D:MKPLDTD/DRIVERED/DRRADZI3937

11

RAHSIA PEPERIKSAAN
RAHSIA PEPERIKSAAN
SKEMA JAWAPAN

SKEMA JAWAPAN 2017


PENGETAHUAN AM KETENTERAAN

BAHAGIAN 1

SOALAN 1 (WAJIB)

1. Latihan merupakan satu fungsi pemerintahan yang sangat penting. Kegagalan melaksanakan latihan yang
mencukupi akan mengakibatkan sesebuah organisasi tentera itu tidak dapat melaksanakan tugas operasinya dengan
berkesan dan boleh menjejaskan kuasa tempur Tentera Darat secara amnya.

a. Berikan definisi serta penerangan ringkas mengenai istilah berikut:

(1) Tactical Exercises Without Troops (TEWT). Latihan taktikal tanpa trup adalah bertujuan untuk
mengaitkan keadaan tanah sebenar dengan teori, yang telah diajar di dalam kelas. Ia adalah latihan
yang sesuai dilaksanakan di peringkat pegawai dan PTT Kanan. Ia membolehkan penuntut-penuntut
dari pelbagai kepakaran dan latarbelakang mengkaji masalah secara bersama bagi mencapai
matlamat operasi. Bagi mendapatkan nilai taktikal yang berkesan, tanah yang sama boleh digunakan
berulang kali. Kaedah ini sangat sesuai untuk mempelajari subjek taktikal seperti prosedur tempur,
menyeberangi sungai dan tahap-tahap peperangan konvensional.

(2) Latihan Individu. Latihan yang dilaksanakan ke atas individu sama ada pegawai atau
anggota, sama ada di institusi latihan atau di pasukan. Ia bertujuan bagi membolehkan pegawai serta
anggota berkenaan menjalankan tugas mengikut peringkat serta jawatannya. Latihan ini juga
bertujuan meningkat tahap keyakinan diri, disiplin, meningkatkan kecergasan fizikal serta mental,
meningkatkan motivasi serta mempersiapkan mereka dengan kemahiran tertentu bagi membolehkan
mereka mengharungi situasi sebenar dengan berkesan.

(3) Latihan Kolektif. Latihan yang dilaksanakan sama ada di institusi latihan atau di pasukan
yang melibatkan penglibatan dua atau lebih anggota atau detasmen, sub-unit atau formasi bagi
melaksanakan latihan operasi taktikal atau bukan taktikal bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.
Tiada had ke atas jumlah anggota yang terlibat. Latihan kolektif boleh dibahagikan kepada Latihan
Special to Arm (khusus untuk pasukan tertentu),Combined Arms (latihan gabungan bersama pasukan
lain) dan Joint/Interagency (latihan bersama perkhidmatan lain atau agensi luar).

(4) Latihan Fizikal (Physical Training). Dilaksanakan bagi memastikan semua pegawai dan
anggota mencapai dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang dikehendaki oleh perkhidmatan.
Semua pegawai dan anggota perlu melaksanakan Ujian Kecergasan Asas dan untuk pasukan-
pasukan tempur dan bantuan tempur, melaksanakan Ujian Kecergasan Tempur. Ini bagi memastikan
semua anggota memiliki fizikal yang dikehendaki, mematuhi BMI yang ada ia merupakan criteria
penting di dalam kerjaya tentera.
Rujukan: MD 7.0 TD Latihan

b. Apakah perkara-perkara yang perlu dimasukkan di dalam Arahan Latihan di dalam melaksanakan
eksesais medan?

(1) Tujuan eksesais.


(2) Jangka masa eksesais.
(3) Nama khusus bagi eksesais.
(4) Markas, formasi dan unit yang terlibat (Order of battle).
(5) Masa-masa yang penting. Masa pergerakan, masa berada di kedudukan, masa latihan
bermula, masa eksesais tamat.
(6) Waktu bila arahan khas akan dikeluarkan.
(7) Kaedah kawalan eksesais.
(8) Arahan kepada wasit.
(9) Arahan keselamatan semasa eksesais.
(10) Pentadbiran dan logistik termasuk pengangkutan, sajian dan penginapan.
(11) Arahan semboyan/ komunikasi.
(12) Senarai kata jodoh/ nama samara.
(13) Arahan berkaitan dengan pergerakan kenderaan.

12
RAHSIA PEPERIKSAAN
(14) Nama dan nombor telefon personality penting seperti PengarahLatihan, Ketua Wasit dan
sebagainya.
(15) Arahan khas kepada trup jika ada.
(16) Cara melaporkan kerosakan atau kemalangan.
(17) Arahan kepada media jika ada.
(18) Organisasi eksesais.
(19) Arahan mengenai kasualti semasa eksesais dan kasualti sebenar.
(20) Skala serta pengeluaran peluru dan bahan letupan.
(21) Arahan untuk bersurai.

Rujukan: MD 7.0 TD Latihan mukasurat 2E-2

c. Di dalam merancang sesuatu aktiviti latihan di pasukan, apakah perkara-perkara yang perlu diberi
perhatian. Nyatakan TUJUH (7) perkara-perkara tersebut beserta penerangan ringkas.

(1) Jenis Latihan. Objektif latihan yang berbeza hanya boleh dicapai melalui perlaksanaan jenis
latihan yang pelbagai. Adalah amat penting untuk menganalisa objektif latihan supaya ia bersesuaian
dengan jenis latihan yang ingin dilaksanakan.

(2) Tempoh Masa. Tempoh masa latihan perlulah mencukupi dan bersesuaian dengan matlamat
yang ingin dicapai terutamanya apabila melibatkan pendedahan terhadap situasi peperangan
sebenar. Ada ketikanya, tempoh masa yang panjang sukar diperolehi dan wujud keperluan untuk
membahagikan latihan kepada fasa-fasa tertentu.

(3) Peringkat Penglibatan. Peringkat penglibatan trup bergantung kepada tujuan serta objektif
latihan. Ia biasanya mengikut susunan tertentu bermula dari latihan individu hingga kepada latihan
secara kolektif. Perancangan jangka masa panjang perlu dilakukan jika melibatkan latihan di
peringkat formasi.

(4) Kekerapan Latihan. Kekerapan latihan bergantung kepada prestasi latihan yang
dilaksanakan oleh pasukan. Ada ketika, latihan perlu dilaksana lebih kerap untuk mencapai standard
tertentu. Kekerapan latihan juga perlu selaras dengan kemahiran serta bidang tugas anggota, di
mana kemungkinan latihan lebih kerap perlu untuk mengelakkan pengurangan pada kemahiran
anggota tersebut.

(5) Relevansi Latihan. Latihan yang dilaksanakan perlu relevan dengan bidang tugas serta
bentuk operasi yang dilaksanakan oleh pasukan. Latihan tidak perlu dilaksanakan jika hanya
semata-mata mahu memenuhkan jadual.

(6) Perkembangan Latihan (Progression). Latihan perlu dikembangkan dari segi tahap dan isi
kandungannya. Walau bagaimana pun, ia perlu sesuai dengan tahap yang telah dicapai pada latihan
yang sebelumnya. Mungkin wujud keperluan untuk ulangkaji dan pemahaman semula di mana
mungkin pengetahuan lalu telah menjadi lapuk.

(7) Realistik Dalam Latihan. Realism adalah aspek yang sukar dalam latihan, di mana
sememangnya kita sukar mengsimulasi situasi sebenar operasi ketika dalam latihan. Walau
bagaimana pun, dengan daya imaginasi serta teknologi yang ada, realism pada tahap-tahap tertentu
mungkin boleh dicacapi bagi mewujudkan sikap yang positif terhadap latihan yang dilaksanakan.

Rujukan: MD 7.0 TD Latihan mukasurat 3-13

d. Anda telah dilantik sebagai wasit (umpire) di dalam satu eksesais yang dilaksanakan di peringkat
briged. Nyatakan LIMA (5) sahaja bidang tugas wasit yang utama:

(1) Mencipta persekitaran operasi dengan menjelmakan simulasi visual serta bunyi sepertimana
peperangan sebenar.

(2) Menentukan hasil keputusan sesuatu pertempuran dan menilai kasualti anggota dan
peralatan.

13
RAHSIA PEPERIKSAAN
(3) Mempengaruhi pemerintah dan anggota untuk bertindak seperti mana yang diperlukan
dengan menerangkan ancaman tembakan sama ada dari darat atau udara.

(4) Memastikan wasit yang terkanan maklum mengenai keputusan sesuatu pertempuran, hasrat
pemerintah, dan kedudukan trup agar eksesais dapat dilaksanakan dengan lancar dan realistik.

(5) Memastikan peraturan keselamatan dipatuhi.

(6) Memerhati dan merekodkan tindakan pelaku yang terlibat dan memajukan laporan bagi
tujuan penambahbaikan eksesais akan datang.

Rujukan: MD 7.0 TD Latihan mukasurat 3-21

SOALAN 2

a. Huraikan penjelasan mengenai skala nilaian bagi Laporan Penilaian Prestasi berikut:

(5) Cemerlang. Digunakan hanya berkecuali untuk anggota-anggota anggota yang ulung sahaja.
Mempunyai nilai peribadi yang terpuji. Nilaian perlaksanaan tugas di tahap maksimum yang ditentukan.
Penilaian harus berasaskan kepada perbandingan dengan anggota lain dalam satu perkhidmatan tidak hanya
dengan anggota lain dalam sesuatu unit.

(6) Baik. Digunakan secara berhati-hati untuk anggota-anggota yang mempunyai mutu yang lebih
tinggi dan layak diberi penilaian yang lebih baik dari “Memuaskan” tetapi tidak mencukupi untuk diberi
penilaian “Cemerlang”. Mempunyai nilai peribadi yang lebih dari sederhana. Nilai pelaksanaa tugas hampir ke
tahap maksimum yang diperlukan.

(7) Memuaskan. Kebanyakan anggota berada dalam kategori ini. Mempunyai nilai peribadi yang
sederhana. Nilai pelaksanaan tugas mencapai tahap minimum yang diperlukan.

(8) Tidak Memuaskan. Penilaian ini diberi kepada anggota-anggota di bawah darjah yang
diperlukan. Mempunyai nilai peribadi yang rendah. Nilai pelaksanaan tugas dibawah tahap minimum yang
diperlukan.

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 2


b. Terdapat 4 Jenis borang Laporan Penilaian Prestasi. Nyatakan jenis-jenis borang serta kumpulan
anggota bagi setiap borang tersebut.

(1) BAD D 11 A - Lefternan Kolonel atau setaraf dan ke atas.


(2) BAD 11 B - Mejar atau setaraf dan ke bawah.
(3) BAD D 30 A - Koperal atau setaraf dan ke atas.
(4) BAD D 30 B - Lans Koperal dan Prebet atau setaraf.

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 1

14
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Nyatakan keadaan-keadaan yang memerlukan Laporan Penilaian Prestasi di buat


terhadap pegawai dan anggota LLP.

(1) Apabila anggota itu dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat penempatan


tugas, pertukaran jenis tauliah dan pencalonan kursus (apabila dikehendaki oleh
pihak atasan).

(2) Apabila seseorang anggota menjalani tugas ditempat lain dari unit/pasukan
asalnya selama tempoh kurang dari empat bulan, laporan ini hendaklah dibuat oleh
unit/pasukan asalnya.

(3) Apabila diperlukan oleh pihak-pihak berkuasa atasan dari masa ke semasa
untuk tujuan tertentu.

Rujuk: PMAT BIL 4 Tahun 2003 m/s 6

SOALAN 3 – AKAUN PERKHIDMATAN

3. a. Tugas dan Tanggungjawab Pemegang Akaun adalah seperti berikut :

(1) Menentukan akaun tabung diuruskan dengan sebaik-baiknya berdasarkan peraturan-


peraturan semasa.

(2) Memberikan nasihat kepada Peg Mem dalam hal-hal berkaitan kewangan termasuk
pendapatan dan perbelanjaan wang tabung.

(3) Memberitahu Peg Mem jika timbul apa-apa masalah dalam segi kewangan dan
penyelenggaraan akaun yang dihadapi oleh tabung.

(4) Menguruskan kutipan yuran, hasil atau hutang yang perlu dibayar oleh mana-mana
pihak kepada tabung.

(5) Membayar apa-apa sewa, levi, hutang, elaun atau perbelanjaan/tanggungan lain
kepada mana-mana pihak seperti yang diluluskan, ditetapkan atau dipersetujui.

(6) Membuat imbangan duga pada setiap hujung bulan.

(7) Menutup akaun pada setiap hujung penggal untuk diaudit dan menjalankan tugas-
tugas lain yang bersangkutan dengannya.

(8) Menjalankan tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan kepadanya semasa seran


dan ambil alih akaun.

(9) Menjalankan tugas-tugas lain yang diberikan kepadanya dari masa ke semasa.

Rujukan : Buku Panduan Urusan Gaji – Bab G (Tabung Perkhidmatan); m/s : 9 – 10.

b. Sebelum imbang duga dibuat, perkara-perkara berikut perlu ditentukan :

(1) Imbangkan buku akaun Pungutan Balik dan Kontra (R&C). Jumlah baki akaun
Pungutan Balik dan Kontra hendaklah dipindahkan ke dalam akaun Siberhutang dalam lejar
dan buku-buku subsidiari.

(2) Imbangkan buku Wang Runcit. Jumlah perbelanjaan wang runcit hendaklah
direkodkan dalam lejar dengan merekodkan jumlah perbelanjaan di sebelah kredit akaun
subsidiari tersebut dan mendebitkan pecahan belanja ke dalam akaun-akaun subsidiari yang
terlibat.

(3) Semak semua bil atau resit siberhutang dan sipiutang untuk menentukan ia sudah
direkodkan ke dalam lejar dan buku-buku subsidiari.

15
RAHSIA PEPERIKSAAN

(4) Semua teguran dan cadangan Lembaga Audit, Mesyuarat AJK dan Mesyuarat Ahli-
Ahli yang telah diluluskan telah diambil tindakan.

(5) Pelupusan harta, susutan nilai harta, penilaian semula harga harta dan sebarang
pelarasan mengenai harta yang dibenarkan telah diambil tindakan.

(6) Semua bayaran bank sama ada untuk buku cek, perkhidmatan atau bayaran-bayaran
lain yang dikenakan oleh pihak bank telah direkodkan dalam lejar.

(7) Semua pendapatan dan perbelanjaan sama ada yang nyata atau anggaran telah
direkodkan ke dalam lejar dan buku-buku subsidiari.

(8) Sekiranya pertubuhan menjalankan perniagaan, tentukan semua transaksi


mengenainya seperti pembelian, penjualan, pemulangan kembali, derma, pelupusan dan lain-
lain bersangkutan dengannya telah direkodkan di dalam lejar, buku stok, buku siberhutang
dan/atau buku sipiutang.

(9) Semak penyata bank untuk menentukan adakah apa-apa hasil atau bayaran yang
telah dikreditkan atau didebitkan terus ke akaun bank. Sekiranya ada, rekodkan transaksi
berkenaan dalam lejar.

Rujukan : Buku Panduan Urusan Gaji – Bab G (Tabung Perkhidmatan); m/s : 28.

c. Soalan bonus. Jika sebab dan cadangan calon logik dan rasional, boleh diterima.

SOALAN 4 – KHAS UNTUK PASUKAN (Sukatan Pelajaran Peperiksaan Kenaikan Pangkat Lt ke


Kapt (Bertulis) 2014

4a. Apakah tugas-tugas yang boleh dilaksanakan oleh BIS:

a. Memusnah dan menawan musuh.


b. Menawan dan menduduki kawasan untuk satu jangka masa tertentu.
c. Menyediakan pengkalan tetap untuk elemen lain Divisyen.
d. Sebagai sebahagian dari kumpulan mara.
e. Melaksanakan lain-lain operasi selain dari peperangan (Operations Other Than War).

Catatan:Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 50 markah.

b. Berikan LIMA (5) perkara yang perlu dilakukan oleh setiap pegawai dan anggota LLP
sebelum pelaksanaan perbarisan SMR, Ajt atau Peg Mem:

a. Menentukan rambut pendek mengikut arahan ATM dan pakaian bergosok, kemas
dan bersih.
b. Menentukan kasut berkilat dan bersih.
c. Menentukan MyTentera/BAT C 10 dan disc pengenalan diri dibawa bersama.
d. Berada di tempat perbarisan 10 minit sebelum waktu berbaris.
e. Berbaris mengikut kumpulan masing-masing.
f. Melakukan latihan kawad selepas pemeriksaan jika diarahkan.
g. Mengambil tindakan pembetulan ke atas sebarang teguran oleh pemeriksa.
h. Membaca Ikrar Kesatria jika diarahkan.
i. Menyanyi lagu Negaraku dan Kor masing-masing jika diarahkan.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 50 markah.

c. Nyatakan LIMA (5) peradaban yang perlu dilaksanakan oleh pegawai dan anggota
LLP semasa menaiki kenderaan sendiri (Kereta atau Motosikal):

a. Kenderaan di dalam keadaan baik dan mematuhi peraturan jalan raya.


b. Mematuhi panduan keselamatan jalan raya.

16
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Penunggang hendaklah memakai luminous jacket jika menunggang


motorsikal, mana kala pembonceng juga digalakkan memakai luminous jacket.
d. Mempunyai cukai jalan/perlindungan insuran yang sah.
e. Mesti mempunyai lesen memandu yang sah.
f. Perintah Pergerakan yang ditandatangani oleh pegawai.
g. Tidak dibenarkan menggunakan telefon bimbit dan merokok semasa
memandu/menunggang.
h. Memakai topi keledar dengan kemas dan ketat atau memasang tali pinggang
keselamatan sebilang masa.
i. Tidak memandu dalam keadaan khayal atau mabuk dan tidak meminum
minuman keras.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 50


markah.

SOALAN 5 – DOKUMENTASI REKOD CUTI PERKHIDMATAN (BAT D 191) (Sukatan Pelajaran


Peperiksaan Kenaikan Pangkat Lt ke Kapt (Bertulis) 2014

5a. Senaraikan DUA BELAS (12) jenis cuti yang terdapat dalam perkhidmatan ATM:

a. Cuti Rekrut.
b. Cuti Tahun.
c. Cuti Ehsan.
d. Cuti Pertugasan Semula (Sambung Perkhidmatan).
e. Cuti Bertugas di Luar Negara (Embarkation Leave).
f. Cuti Setelah Bertugas di Luar Negara (Disembarkation Leave).
g. Cuti Sakit.
h. Cuti Menunaikan Fardhu Haji.
i. Cuti Bersalin.
j. Cuti Isteri Bersalin.
k. Cuti Menjaga Anak.
l. Cuti Tanpa Gaji.
m. Pulang Balik Bercuti ke Malaysia Bagi Anggota Angkatan Tentera Yang Menghadiri
Kursus Panjang di Luar Negara.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 5 markah dan markah penuh adalah sebanyak 60 markah.

b. Nyatakan tempoh kelayakan bagi Cuti Tahun setiap peringkat seperti berikut:

(1) Semua anggota LLP – 30 hari.


(2) Leftenan dan Leftenan Muda (Sabalten) – 30 hari.
(3) Kapten – 36 hari.
(4) Mejar dan ke atas – 42 hari.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 5 markah dan markah penuh adalah sebanyak 20 markah.

c. Nyatakan Borang Angkatan Tentera (BAT) yang dinyatakan di bawah:

a. BAT D 68 – Pas Cuti Anggota LLP.


b. BAT D 97 – Pas Cuti Pegawai.
c. BAT D 191 – Rekod Cuti Perkhidmatan.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 5 markah dan markah penuh adalah sebanyak 15 markah.

d. Terangkan dengan ringkas dan nyatakan berapakah kelayakan hari cuti yang
dibenarkan untuk jenis-jenis cuti yang dinyatakan di bawah:

17
RAHSIA PEPERIKSAAN

a. Cuti Rekrut – Cuti apabila seseorang menamatkan latihan rekrut. Kelayakan


cuti selama 14 hari.

b. Cuti Pertugasan Semula – Cuti apabila seseorang anggota LLP menyambung


perkhidmatan atau bertugas semula untuk kali pertama (Sambung khidmat 10 ke 15
tahun). Kelayakan cuti selama 28 hari.

c. Cuti Bersalin – Cuti apabila seseorang anggota wanita melahirkan


anak/bersalin dan hanya ditetapkan kepada 5 kali sahaja sepanjang tempoh
perkhidmatannya. Kelayakan cuti selama 60 hari setiap kali bersalin.

d. Cuti Isteri Bersalin – Cuti kepada peg atau anggota LLP apabila isterinya
bersalin untuk membantu urusan semasa isteri bersalin. Kelayakan cuti selama 7
hari dan dihadkan kepada 5 kali sahaja sepanjang tempoh perkhidmatannya.

e. Cuti Tanpa Gaji – Cuti sepanjang tempoh mengikuti pasangan berkhidmat


atau berkursus di luar negara melebihi 6 bulan. Kelayakan cuti adalah tertakluk
kepada tempoh pasangannya bertugas atau berkursus di luar negara tetapi
hendaklah tidak melebihi 3 tahun.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 11 markah dan markah penuh adalah sebanyak 55


markah.

SOALAN 6 – LEMBAGA SIASATAN (Sukatan Pelajaran Peperiksaan Kenaikan Pangkat Lt ke


Kapt (Bertulis) 2014

6a. Apakah perkara-perkara yang termasuk dalam tugas dan kewajipan utama Lembaga
Siasatan:

a. Jika diarahkan, untuk menyatakan pendapatnya mengenai apa-apa perkara yang


disiasat ataupun apa-apa soal yang berbangkit dari perkara itu.

b. Mendapatkan bukti-bukti dan seterusnya menganalisa bukti-bukti tersebut bagi tujuan


mendedahkan fakta sebenar yang berlaku.

c. Menjalankan siasatan dengan sejujur mungkin tanpa wujud sebarang perasaan takut,
benci ataupun prasangka.

Catatan: Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 30 markah.

b. Nyatakan dalam keadaan apakah Lembaga Siasatan perlu disidangkan bagi menyiasat
sebarang kehilangan dan kekurangan Harta Awam atau Harta Perkhidmatan:

a. Kehilangan disebabkan kecuaian, penipuan atau kecurian.


b. Pembayaran yang salah.
c. Hutang dan tunggakan hasil yang tidak didapati balik.
d. Kehilangan disebabkan kemalangan atau semasa dalam perjalanan.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 40 markah.

c. Nyatakan Pihak-pihak Berkuasa yang boleh memerintahkan sesuatu Lembaga Siasatan


untuk bersidang:

a. Majlis Angkatan Tentera (MAT).

b. Panglima Tentera Darat (PTD) atau mana-mana peg yang memangku jawatan PTD
semasa ketiadaan beliau.

18
RAHSIA PEPERIKSAAN

c. Panglima-panglima Divisyen dan Briged atau mana-mana peg yang memanku


jawatan tersebut.

d. Pemerintah-pemerintah Garison ataupun sesuatu pengkalan yang berpangkat tidak


rendah dari Lt Kola tau mana-mana peg yang memangku jawatan tersebut.

e. Peg Mem sesuatu pasukan atau mana-mana peg yang memangku jawatan tersebut.

f. Peg Pem sesuatu pasukan atau mana-mana peg yang memangku jawatan tersebut.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 10 markah dan markah penuh adalah sebanyak 60 markah.

d. Nyatakan keanggotaan sesebuah Lembaga Siasatan bagi kes THTC:

a. Lembaga hendaklah dianggotai oleh seorang Yang DiPertua (YDP) dan tidak
kurang dari dua lagi Ahli yang terdiri daripada Pegawai Bertauliah.

b. YDP dan Ahli-ahli Lembaga mestilah seorang yang tertakluk kepada Akta AT
1972.

c. Jika perkara yang dirujuk itu adalah THTC, maka seorang Ahli Lembaga
bolehlah dilantik dari kalangan Peg Waren.

d. YDP dan Ahli-ahli Lembaga mestilah bebas daripada sebarang hubung kait
dengan perkara yang dirujuk ataupun dengan mana-mana anggota yang bakal
disiasat.

Catatan:Setiap jawapan diberikan 5 markah dan markah penuh adalah sebanyak 20


markah.

SOALAN 7 – THTC DAN TINGGAL TUGAS

7a. Tindakan yang harus diambil jika seseorang anggota tentera didapati THTC adalah seperti
berikut :

(1) Hari Pertama.

(a) Cari keliling Kem, RSAT/PPAT, Hosp Awam dan Balai Polis yang
berhampiran dengan lokasi pasukan. Utusan THTC tidak dihantar lagi.

(b) Sediakan 4 salinan Laporan THTC (BAT D 109) dan edarkan seperti berikut :
i. Satu salinan ke Balai Pengawal.
ii. Satu salinan ke Pejabat Odeli Pasukan.
iii. Satu salinan ke SMR.
iv. Satu salinan untuk difailkan.

(c) Sediakan 4 salinan BAT L 79 (Record of Kit Handed into Store) dan edarkan
seperti berikut :

i. Satu salinan ke KMSR.


ii. Satu salinan ke PTT yang menyemak barang-barang.
iii. Satu salinan dimasukkan dalam beg barang-barang.
iv. Satu salinan untuk difailkan.

(2) Hari Kedua.

(a) Buat Laporan THTC (Absentee Report) dan pembahagian kepada yang
berkenaan.

19
RAHSIA PEPERIKSAAN

(b) Hantar utusan THTC ke Jabatan Arah UGAT, salinan ke JRP dan pihak
atasan yang berkenaan.

(3) Isytiharkan dalam PERBAH Dua berkenaan THTC hari kedua mengikut
arahan ARKTUJA No 2 seperti berikut :

Pada Hari Kedua

Tidak hadir tanpa cuti mulai jam …………………


(tarikh)
dan masih menghilangkan diri.

(4) Kumpulkan semua alat kelengkapan pakaian dan barang-barang yang


ditinggalkan dan disimpan di satu tempat khas khususnya anggota bujang.

(3) Hari Kelapan.

(a) Majukan utusan „ABSEIGHT‟ ke Jabatan Arah UGAT nyatakan perkataan


„MASIH THTC HARI KELAPAN‟, salinan ke JRP dan pihak berkuasa atasan.

(b) Isytiharkan dalam PERBAH Dua okeransi THTC hari kelapan mengikut
arahan ARKTUJA No 2 seperti berikut :

Tidak hadir tanpa cuti mulai jam ………………


(tarikh)
Hingga jam ………… dan masih menghilangkan diri.

Salinan laporan kepada pihak yang berkenaan dikepilkan untuk JRP.

(c) Satu salinan utusan dikepilkan dengan PERBAH Dua kepada Pegawai Gaji
Pasukan.

(d) Membuat Laporan THTC (Absentee Report) dan edarkan.

(4) Hari Kedua Puluh Dua.

(a) Majukan utusan ke Jabatan Arah UGAT, salinan ke JRP dan pihak berkuasa
atasan menunjukkan „MASIH TIDAK HADIR TANPA CUTI‟.

(b) Isytiharkan dalam PERBAH Dua okeransi THTC hari yang ke-22 mengikut
arahan ARKTUJA No 2 seperti berikut :

Pada Hari Kedua Puluh Dua

Tidak hadir tanpa cuti mulai jam ……………..


(tarikh)
Hingga jam ……….. dan masih menghilangkan diri.

(c) Antara hari yang ke-22 hingga hari ke-24, perintah mengadakan Lembaga
Siasatan oleh Pegawai Memerintah hendaklah dibuat sama ada surat atau dalam
PERBAH Satu.

(d) Hari yang ke-25, Lembaga Siasatan hendaklah diadakan.

Rujukan : Panduan Dokumentasi Pasukan No 9; Dokumentasi Tidak Hadir Tanpa Cuti dan
Tinggal Tugas ; MK TD – CSM (Sel D&P), m/s : 3 – 5.

20
RAHSIA PEPERIKSAAN

7b. Keadaan THTC dianggap tamat apabila :

(1) Jika di dalam tangkapan tentera (Military Custody) (Sek 55 (1) (e) (i)).

(2) Apabila ditangkap oleh konstabel kerana disyaki THTC mengikut Sek 174 Akta
Angkatan Tentera 1972 (Sek 55 (1) (e) (ii)).

(3) Menyerah diri sebagai THTC kepada seorang pegawai polis tentera atau seorang
konstabel (Sek 55 (1) (e) (iii)).

(4) Pegawai atau LLP yang THTC atau tinggal tugas tidak lagi dikira THTC setelah
menyerah diri atau ditangkap oleh pihak berkuasa awam atau tentera kecuali apabila
menyerah diri atau ditangkap oleh pihak berkuasa negeri asing (Sek 55 (1) (e)).

Rujukan : Panduan Dokumentasi Pasukan No 9; Dokumentasi Tidak Hadir Tanpa Cuti dan
Tinggal Tugas ; MK TD – CSM (Sel D&P), m/s : 2.

7.c. Tindakan apabila diisytiharkan tinggal tugas adalah seperti berikut :

(1) Setelah Lembaga Siasatan mengesahkan sebagai TINGGAL TUGAS, pasukan


hendaklah membuat pengisytiharan dalam PERBAH Dua mengikut ARKTUJA No 2 seperti
berikut :

Tinggal Tugas

Diisytiharkan tinggal tugas oleh Lembaga Siasatan yang telah diadakan di


……………… pada …………………. KKA pasukan ini pada
(tempat) (tarikh)
……………… ………..PERBAH Dua No …….. Perenggan……………
(tarikh mula THTC)
bth ………………… dirujukkan.
BAT D 76 dan BAT D 85 serta dokumen persendirian dikepilkan ke JRP.

(2) Majukan Lembaga Siasatan ke JRP berserta dengan BAT D 85. Pasukan
dikehendaki juga memajukan semua dokumen-dokumen persendirian kepunyaan anggota
yang berkenaan ke JRP seperti yang dikehendaki oleh Panduan Dokumentasi Pasukan No 5.

Rujukan : Panduan Dokumentasi Pasukan No 9; Dokumentasi Tidak Hadir Tanpa Cuti dan
Tinggal Tugas ; MK TD – CSM (Sel D&P), m/s : 6 - 7.

7.d. Di bawah Sek 5 (2) Kaedah-Kaedah Angkatan Tentera (Lembaga Siasatan) 1976 sesuatu
Lembaga yang diadakan untuk menyiasat kes tinggal tugas boleh dibatalkan atau dibubarkan dalam
keadaan berikut :

(1) Jika Lembaga belum bersidang dan anggota yang berkenaan telah tamat THTC
mengikut perenggan 3.

(2) Jika sesuatu Lembaga sedang berjalan dan anggota yang berkenaan telah tamat
THTC.

Rujukan : Panduan Dokumentasi Pasukan No 9; Dokumentasi Tidak Hadir Tanpa Cuti dan
Tinggal Tugas ; MK TD – CSM (Sel D&P), m/s : 6.

21

You might also like