Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

DT50502

PENGURUSAN DAN
PENGELOLAAN KOKURIKULUM

TUGASAN: MINIT MESYUARAT

PREPARED BY:
NO MATRIC NAME SEKSYEN
PP1912055T AG MOHD RIDHWAN BIN DAUD 2

PREPARED TO:
LECTURER DR. DG NORIZAH AG. KIFLEE

FACULTY OF PSYCHOLOGY AND EDUCATION


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TAKISS PAPAR
MINIT MESYUARAT AGUNG KELAB BADMINTON BIL 1/2019

Tarikh : 16 Januari 2019 (Rabu)


Masa : 7.30 pagi – 8.30 pagi
Tempat : Kelas 4 Amanah, SMK Takiss Papar
Kehadiran : Encik Faizal Tahir (Ketua)
Pn. Siti Nurhaliza Tarudin
Kehadiran Murid: Rujuk Lampiran Senarai Nama Ahli Kelab Badminton

1.0 PERUTUSAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran murid-murid ke Mesyuarat
Agung Kelab Badminton 2018. Pengerusi mengharapkan Kelab
Badminton pada tahun ini dapat melahirkan pemain badminton
sekolah yang layak bertanding hingga ke peringkat zon dan daerah.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Mohd Ramli Bin Sarip mencadangkan agar Minit Mesyuarat Agung
Kelab Badminton 2018 disahkan serta disokong oleh Muhammad
Aiman Tino. Minit mesyuarat diterima secara sebulat suara tanpa
pindaan.

3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT


Tiada perkara berbangkit.

4.0 LAPORAN AKTIVITI TAHUN 2018


4.1 Aktiviti Kelab Badminton 2018 telah dijalankan sepanjang tahun.
Kelab Badminton telah menghantar beberapa orang wakil ke
Kejohanan Badminton MSSD Daerah Papar. SMKT telah berjaya
mendapat Johan Individu, Tempat Ke-2 Berpasukan Lelaki Bawah
18 tahun dan Tempat Ke-2 Berpasukan Lelaki Bawah 15 tahun.
Tiga orang murid daripada sekolah telah terpilih untuk mewakili
daerah Papar ke Kejohanan Badminton MSS Sabah.

5.0 MEMBUBARKAN JAWATANKUASA 2018


5.1 Jawatankuasa 2018 telah dibubarkan dengan rasminya.
6.0 PELANTIKAN AHLI JAWATANKUASA 2019
Guru Penasihat : Faizal Tahir (Ketua)
: Siti Nurhaliza Tarudin
Pengerusi : Alif Bin Satar (5 Amanah)
Naib Pengerusi : Siti Sarah Bte Raisudin (4 Sains 1)
Timb. Pengerusi 1 : Misha Binti Omar (4 Ibnu Sina)
Timb. Pengerusi 2 : Ramli Bin Sarip (4 Ibnu Sina)
Setiausaha : Ag Mohd Ridhwan Bin Daud (5 Amanah)
Bendahari : Neelofa Bte Meletop (4 Vokasional 1)

AJK 1 : Aznil Nawawi (5 Bestari)


AJK 2 : Azwan Ali (5 Bestari)
AJK 3 : Siti Fazura (4 Sains 1)
AJK 4 : Fattah Bin Amin (4 Sains 1)
AJK 5 : Elfira Bte Loi (3 Bestari)
AJK 6 : Sufian Bin Suhaimi (3 Bestari)
AJK 7 : Aiman Bin Tino (1 Efisien)

7.0 RANCANGAN AKTIVITI TAHUNAN KELAB BADMINTON TAHUN


2019
Rujuk Lampiran Rancangan Tahunan Kelab Badminton 2019

8.0 HAL-HAL LAIN.

8.1 Pengerusi memberitahu latihan dan perjumpaan akan diadakan


dengan merujuk papan kenyataan kelab Badminton sekolah atau
dimaklumkan kepada AJK tingkatan masing-masing.

9.0 PENUTUP

9.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada murid-


murid yang hadir dalam mesyuarat ini dan berharap bersama-sama dapat
meningkatkan prestasi kelab badminton sekolah.

9.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 8.29 pagi.

Disediakan oleh,

………………………………….
(AG MOHD RIDHWAN BIN DAUD)
Setiausaha Kelab Badminton,
SMK Takiss Papar.

You might also like