Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 43

NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

ESEI (25%) : KEGUNAAN ELEKTROLISIS DALAM KEHIDUPAN HARIAN

PENGENALAN:

Elektrolisis adalah perkataan yang berasal dari ‘elektro’ dan ‘lisis’.


‘Elektro’ memberi maksud elektrik yang dibekalkan melalui sel kering atau
sumber lain. Manakala ‘lisis’ pula bermaksud penguraian. Oleh hal yang
demikian, elektrolisis boleh didefinisikan sebagai satu proses untuk
menguraikan sebatian kepada unsurnya dengan mengalirkan arus elektrik
ke dalam larutan atau leburan sebatian ionik. Selain itu, elektrolisis juga
boleh dikatakan sebagai proses penguraian bahan kimia dalam larutan
akueus atau leburan kepada juzuknya dengan menggunakan arus elektrik.

Seperti yang diketahui semua, sel kering atau lebih dikenali sebagai
bateri merupakan antara salah satu bahan yang membekalkan tenaga
elektrik untuk menguraikan bahan kimia kepada juzuknya. Di dalam
proses elektrolisis, tenaga elektrik akan berubah kepada tenaga kimia.
Proses perubahan tenaga ini dapat dituliskan seperti berikut.

Tenaga Elektrik → Tenaga Kimia

Komponen penting dalam proses elektrolisis ini adalah elektrod dan


elektrolit. Elektrod yang digunakan dalam proses elektolisis dapat
dibahagikan kepada dua iaitu elektrod ‘inert’ dan elektrod aktif. Elektrod
‘inert’ adalah seperti kalsium (Ca), potasium, grafit (C), platinum (Pt) dan
emas (Au). Manakala elektrod aktif pula adalah seperti zink (Zn), tembaga
(Cu), dan perak (Ag).

Elektrolit merupakan sebatian yang mengalirkan arus elektrik sama


ada dalam keadaan larutan atau leburan. Antara contoh elektrolit yang
berupa larutan di mana biasa digunakan dalam proses elektrolisis ialah
larutan asid, larutan alkali dan larutan garam. Elektrolit yang berupa

1
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

leburan pula ialah leburan garam halida dan leburan oksida. Manakala
sebatian yang tidak boleh mengalirkan arus elektrik pula dikenali sebagai
bukan elektrolit. Gula, glukosa, alkohol dan sebatian molekul lain
merupakan antara contoh bahan bukan elektrolit. Kombinasi antara
elektrolit dan elektrod akan menghasilkan tiga kategori penting elektrolisis
iaitu elektrolisis larutan dengan elektrod ‘inert’, elektrolisis larutan dengan
elektrod aktif dan elektrolisis leburan dengan elektrod ‘inert’.

Dalam proses elektrolisis, katod merupakan kutub negatif dan akan


disambungkan kepada terminal negatif bateri manakala anod pula
merupakan kutub positif dan akan disambungkan kepada terminal positif
bateri. Di katod akan berlakunya tindak balas penurunan manakala di
anod pula berlakunya tindak balas pengoksidaan. Kedua-dua tindak balas
ini iaitu pengoksidaan dan penurunan berlaku secara spontan.

Ion-ion negatif bergerak ke anod manakala ion positif bergerak ke


katod.

Elektrolisis hanya berlaku apabila arus elektrik mengalir melalui


suatu elektrolit. Sesuatu elektrolit akan mempunyai ion-ion yang bebas
bergerak di dalamnya. Semasa proses elektrolisis berlaku, ion-ion positif
akan bergerak ke katod iaitu elektrod negatif manakala ion-ion negatif
pula akan bergerak ke anod iaitu elektrod positif. Di anod, ion-ion negatif

2
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

dinyahcaskan dengan menderma elektronnya. Elektron-elektron itu


mengalir ke katod melalui wayar. Di katod pula ion-ion positif menerima
elektron-elektron dari elektrod dan dinyahcaskan. Proses ini menyebabkan
elektrolit diuraikan.

KEGUNAAN ELEKTROLISIS

Elektrolisis banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita.


Antara kegunaan elektrolisis ialah penyaduran logam. Penyaduran logam
dilakukan bertujuan untuk melapisi logam dengan logam yang lain agar
tidak mudah terhakis dan berkarat (Tan On Tin & Loh Wai Leng, 2012).
Sebagai contoh, penyaduran perak sering kali dilakukan pada peralatan
rumah seperti senduk, garfu dan pisau. Di dalam proses elektrolisis,
logam yang hendak disadur akan dijadikan sebagai katod manakala logam
yang menjadi penyadur akan diletakkan di anod. Larutan yang
mempunyai logam penyadur akan digunakan sebagai larutan elektrolit.

Antara contoh penyaduran logam yang boleh dilakukan ialah


penyaduran senduk besi oleh logam perak (Ag). Senduk besi akan
bertindak sebagai katod manakala logam perak pula bertindak sebagai
anod. Larutan elektrolit yang akan digunakan ialah larutan argentum
nitrat, AgNO3.

Bateri

Gambar penyaduran perak pada senduk besi

3
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Logam argentum (Ag) yang terletak di anod bertindak sebagai


elektrod aktif. Oleh hal yang demikian, logam argentum (Ag) tersebut
akan teroksidasi. Persamaan yang menunjukkan berlakunya oksidasi
terhadap logam argentum adalah seperti berikut.

Anod : Ag → Ag+ + e

Manakala ion Ag+ yang terdapat dalam larutan argentum nitrat akan
bergerak menuju ke katod iaitu kutub negatif dan seterusnya akan
tereduksi. Akhir sekali, logam argentum (Ag) yang terhasil akan terenap di
senduk besi. Persamaan yang menunjukkan berlakunya reduksi di katod
adalah seperti di bawah.

Katod : Ag+ + e → Ag

Selain itu, penulenan logam juga merupakan antara kegunaan


elektrolisis dalam kehidupan seharian. Logam yang diekstrakkan daripada
mana-mana sumber mineral mungkin mengandungi logam lain sebagai
bendasing. Oleh hal yang demikian, logam tersebut perlulah ditulenkan
terlebih dahulu sebelum mendapat logam asli. Penulenan logam boleh
didefinisikan sebagai proses menulenkan logam yang tidak tulen melalui
proses elektrolisis (Ramli bin Ibrahim, 2000). Logam tulen akan dijadikan
sebagai katod manakala logam tidak tulen pula akan dijadikan sebagai
anod. Elektrolit yang digunakan hendaklah terdiri daripada larutan garam
bagi logam itu.

Antara contoh penulenan logam yang biasa dilakukan ialah


penulenan logam kuprum. Kepingan kuprum tidak tulen perlulah
diletakkan di anod manakala kepingan kuprum tulen pula diletakkan di
katod. Larutan kuprum (II) sulfat digunakan sebagai elektrolit. Larutan
kuprum (II) klorida atau larutan kuprum (II) nitrat merupakan antara
larutan lain yang boleh dijadikan elektrolit semasa proses penulenan
logam kuprum dijalankan.

4
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Penulenan logam kuprum

Kepingan kuprum tidak tulen akan larut untuk membentuk ion


kuprum (II) di anod. Semasa kepingan kuprum tidak tulen melarut,
bendasing yang tidak diperlukan akan tertanggal dan tertinggal di dasar
bikar. Oleh hal yang demikian, kepingan tidak tulen akan menjadi nipis
selepas suatu tempoh. Persamaan yang berlaku di anod adalah seperti di
bawah.

Anod : Cu → Cu2+ + 2e

Manakala ion kuprum (II) pula akan bergerak ke katod untuk


menerima elektron dan dinyahcaskan. Akibat daripada pergerakan
tersebut, logam kuprum terbentuk dan terenap. Persamaan yang berlaku
di katod dinyatakan seperti di bawah.

Katod : Cu2+ + 2e → Cu

Proses penulenan logam kuprum ini berlaku secara berterusan dan


lama-kelamaan katod menjadi semakin tebal. Hal ini demikian kerana
kuprum tidak tulen akan terenap pada kepingan kuprum tulen yang mana
berada di elektrod katod. Dengan melalui proses ini, kuprum tidak tulen
dapat ditulenkan. Tambahan lagi, larutan elektrolit masih kekal berwarna
biru kerana kepekatan larutan tersebut masih sama dari awal sehingga
akhir proses elektrolisis.

5
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Di akhir proses penulenan logam kuprum ini, didapati bahawa


kuprum tidak tulen melarut dan anod menjadi semakin nipis. Manakala di
katod pula kuprum tulen terenap pada kepingan di bahagian elektrod.
Oleh hal yang demikian, kuprum tulen juga menjadi semakin tebal.

Di samping itu, kegunaan elektrolisis juga adalah dalam


pengekstrakan logam. Logam yang lebih reaktif daripada karbon dalam
siri kereaktifan logam perlu diekstrak daripada bijihnya melalui proses
elektrolisis (Tan Yin Toon, Loh Wai Leng & Tan On Tin, 2011). Antara contoh
logam tersebut adalah aluminium, magnesium dan natrium. Berikut
merupakan contoh pengekstrakan aluminium daripada bauksit.

Pengekstrakan aluminium

Di dalam proses pengekstrakan ini, elektrod karbon telah digunakan


sebagai anod manakala lapisan karbon pula dijadikan sebagai katod. Anod
dan katod ini akan disambungkan ke sumber tenaga elektrik. Sepanjang
proses pengekstrakan aluminium, leburan aluminium oksida iaitu bauksit
dan elektrod karbon telah digunakan.

Langkah-langkah pengekstrakan aluminium adalah seperti berikut.


Langkah pertama ialah aluminium oksida dengan kriolit dipanaskan
sehingga melebur. Kriolit dalam proses pengekstrakan ini berfungsi
sebagai bahan yang merendahkan takat lebur aluminium oksida.
Kemudian, aluminium oksida ini akan terurai kepada ion-ion aluminium
iaitu kation dan ion-ion oksida iaitu anion. Seterusnya, ion aluminium di

6
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

katod akan menerima elektron dan dinyahcas. Oleh hal yang demikian,
leburan aluminium terbentuk dan termendap di dasar sel elektrolisis.

Katod: Al3+ + 3e → Al

Manakala di anod pula ion oksida membebaskan elektron dan


dinyahcas. Oleh hal yang demikian, atom oksigen akan terbentuk.
Gabungan dua atom oksigen akan membentuk molekul oksigen. Dengan
itu, gas oksigen terbebas.

Anod: 2O2- → O2 + 2e

Berdasarkan pemerhatian yang telah dilakukan, hasil yang didapati


di katod ialah terbentuknya leburan aluminium dan termendap di dasar
sel elektrolisis. Manakala di anod pula gas oksigen terbebas.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, terdapat pelbagai kegunaan elektrolisis dalam


kehidupan seharian seperti penyaduran logam, penulenan logam dan
pengekstrakan logam. Oleh hal yang demikian, sewajarnya masyarakat
pada hari ini perlulah mempelajari dan mendalami kimia lebih-lebih lagi
tajuk elektrolisis kerana terdapat pelbagai manfaat daripadanya. Melalui
penyaduran logam, logam-logam yang terhasil adalah tidak mudah
terhakis dan berkarat manakala melalui proses penulenan logam pula,
logam-logam yang dihasilkan adalah tulen dan tidak mempunyai
campuran daripada bendasing lain. Melalui pengekstrakan logam, logam
yang lebih reaktif daripada karbon dalam siri kereaktifan logam perlu
diekstrak daripada bijihnya untuk mendapatkan hasil yang baik. Ketiga-

7
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

tiga kegunaan elektrolisis ini dapat membantu dalam penghasilan logam


yang mempunyai kualiti dan mutu yang tinggi di dalam pasaran.

Elektrolisis tidak hanya terhad kepada aktiviti di dalam makmal


sahaja malahan proses ini juga digunakan dalam industri. Lebih-lebih lagi,
industri pada hari ini sering mendapat permintaan yang tinggi daripada
masyarakat mengenai peralatan logam dan bukan logam. Oleh hal yang
demikian, industri menggunakan proses elektrolisis bagi membantu
mereka menjaga kualiti peralatan-peralatan tersebut agar masyarakat
berpuas hati dengan perkhidmatan peralatan yang disediakan.

RUJUKAN

Tan Y. T., Loh W. L. & Tan O. T. (2011). Success Chemistry SPM.


Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Tan O. T. & Loh W. L. (2012). Eksplorasi Kimia Tingkatan 4. Selangor:


Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Lok, W. L., Yap, S.P. (1995). Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5.
Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Norazila Mustafa (1999). Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia.


Selangor: Preston Corporation Sdn. Bhd.

Ramli bin Ibrahim (2000). Asas Kimia. Puchong, Selangor: Uni-Ed


Publications Sdn.Bhd.

8
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

http://dwiwahyunanti.blogspot.my/2015/10/kegunaan-elektrolisis-dalam-
kehidupan.html

http://perpustakaancyber.blogspot.my/2013/07/aplikasi-kegunaan-sel-
elektrolisis-dalam-kehidupan-sehari-hari.html

https://noviakimiapasca.wordpress.com/kelas-xii/reaksi-
redokselektrokimia-dan-elektrolisis/materi-2/sel-elektrolisis/

http://www.ilmukimia.org/2013/04/penggunaan-elektrolisis.html

Elektrolisis adalah perkataan yang berasal dari ‘elektro’ dan ‘lisis’.


‘Elektro’ memberi maksud elektrik yang dibekalkan melalui sel kering atau
sumber lain. Manakala ‘lisis’ bermaksud penguraian (John, 2014). Melalui
elektrolisis ion-ion positif dan ion-ion negatif tertentu akan ditukarkan
kembali kepada atom masing-masing. Iaitu melalui penerimaan dan
pendermaan elektron. Ia dapat dinyatakan dalam bentuk persamaan
setengah (Ahmad dan Abu, 2012). Kaedah juga bertujuan untuk
mendapatkan unsur yang dikehendaki daripada sesuatu sebatian.
Sebatian yang digunakan untuk elektrolisis biasanya berbentuk akues dan
leburan. Sebatian berbentuk akues dan leburan boleh mengalirkan
elektrik (Neo L. C., 2015).

Elektrolisis digunakan dalam kehidupan harian seperti penyaduran


dan penulenan (Sahibin A.R. et. al., 2008).
………………………….rajah…..persamaan….jangan lupa perenggan akhir
penutup penulisan seperti buku teks.

9
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

LAPORAN 1 (14%): MENENTUKAN ANION DAN KATION DALAM SATU


SEBATIAN

LAPORAN 1.1

TAJUK: Ujian pengesahan anion.

TUJUAN: Untuk menguji kehadiran anion.

SENARAI ALAT RADAS: Tabung uji, penitis, salur penghantar dengan


penyumbat

getah.

SENARAI BAHAN: Larutan natrium karbonat, larutan natrium klorida,


larutan natrium

sulfat, larutan natrium nitrat, asid hidroklorik cair, asid nitrik cair,
larutan argentum nitrat, larutan barium klorida, larutan plumbum (II)
nitrat, larutan ferum (II) sulfat, asid sulfurik cair, asid sulfurik pekat,
air kapur.

PROSEDUR:

1. Aktiviti untuk menguji kehadiran anion-anion dijalankan seperti


berikut.
2. Hasil pemerhatian dan inferens dicatatkan dalam jadual.

10
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

AKTIVITI 1 (UJIAN ION KARBONAT, CO32-)

1. 2 cm3 larutan natrium karbonat dimasukkan ke dalam satu tabung


uji.
2. Sedikit asid hidroklorik cair ditambahkan kepadanya.
3. Gas yang terhasil dilalukan ke dalam air kapur.

PEMERHATIAN INFERENS

 Pembuakan berlaku.  Gas karbon dioksida


 Gas yang mengeruhkan air dibebaskan.
kapur terbebas.  Ion karbonat disahkan hadir.

AKTIVITI 2 (UJIAN ION SULFAT, SO42-)

1. 2 cm3 larutan natrium sulfat dimasukkan ke dalam satu tabung uji.


2. Asid hidroklorik cair ditambah sehingga berlebihan.

11
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

3. Beberapa titik larutan barium klorida ditambah ke dalam tabung uji


tersebut.
4. Aktiviti tersebut diulangi dengan menggunakan asid nitrik cair
diikuti dengan larutan plumbum (II) nitrat.

PEMERHATIAN INFERENS

 Mendakan putih terbentuk.  Ion sulfat disahkan hadir.

AKTIVITI 3 (UJIAN ION KLORIDA, Cl-)

1. Kira-kira 2 cm3 larutan natrium klorida dimasukkan ke dalam satu


tabung uji.
2. Asid nitrik cair ditambah sehingga berlebihan.
3. Beberapa titik larutan argentum nitrat ditambah ke dalam tabung uji
tersebut.
4. Aktiviti tersebut diulangi dengan menggunakan asid nitrik cair
diikuti dengan larutan plumbum (II) nitrat.

PEMERHATIAN INFERENS

 Mendakan putih terhasil.  Ion klorida disahkan hadir.

AKTIVITI 4 (UJIAN ION NITRAT, NO3-)

12
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

1. Kira-kira 2 cm3 larutan natrium nitrat dimasukkan ke dalam sebuah


tabung uji.
2. Kira-kira 2 cm3 asid sulfurik cair ditambah ke dalam tabung uji
tersebut diikuti dengan kira-kira 2 cm3 larutan ferum (II) sulfat.
3. Tabung uji dicondongkan dan dituang (jangan goncang) sedikit asid
sulfurik pekat dengan perlahan-lahan ke dalam larutan.

PEMERHATIAN INFERENS

 Satu cincin perang terbentuk.  Ion nitrat disahkan hadir.

KESIMPULAN:

Anion-anion dapat ditentukan dengan cara yang berikut:

13
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

UJIAN
PENGESAHA
N ANION

Ion nitrat +
Ion klorida + H2SO4 +
Ion karbonat Ion sulfat +
+ asid HCl + BaCl22 HNO33 + FeSO44 +
AgNO33 H22SO44
(pekat)

PERBINCANGAN:

LAPORAN 1.2

TAJUK: Ujian pengesahan kation.

TUJUAN: Menjalankan ujian untuk mengenal pasti kehadiran kation.

SENARAI ALAT RADAS: Tabung uji.

SENARAI BAHAN: Larutan magnesium klorida, larutan kalsium nitrat,


larutan zink

14
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

sulfat, larutan aluminium nitrat, larutan plumbum (II) nitrat, larutan


kuprum (II) sulfat, larutan ferum (II) nitrat, larutan ferum (III) klorida,
larutan ammonium nitrat, larutan natrium hidroksida, larutan
ammonia, kertas litmus merah.

PROSEDUR:

1. 1 cm3 larutan magnesium klorida dimasukkan ke dalam sebuah


tabung uji.
2. Larutan natrium hidroksida ditambah sedikit demi sedikit sehingga
berlebihan sambil goncang.
3. Pembentukan mendakan, keterlarutan mendakan dalam berlebihan
larutan natrium hidroksida dan perubahan warna bagi kation
tertentu diperhatikan.
4. Langkah 1 hingga Langkah 3 diulangi dengan menggunakan larutan
akueus kation seperti yang disenaraikan dalam jadual.
5. Kemudian, Langkah 1 hingga Langkah 4 diulangi dengan
menggunakan larutan ammonia akueus.
6. Bagi larutan ammonium nitrat, campuran dengan larutan natrium
hidroksida dipanaskan secara perlahan-lahan dan gas yang terbebas
diuji dengan kertas litmus merah lembap.

PEMERHATIAN:

LARUTAN AKUEUS LARUTAN NATRIUM


LARUTAN AMMONIA
KATION HIDROKSIDA

Mendakan putih, tidak


Mendakan putih, tidak
larut dalam NH3
Ion magnesium, Mg2+ larut dalam NaOH
berlebihan.
berlebihan.

15
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Mendakan putih, tidak


Tiada perubahan.
Ion kalsium, Ca2+ larut dalam NaOH
berlebihan.

Mendakan putih, larut Mendakan putih, larut


Ion zink, Zn2+ dalam NaOH dalam NH3 berlebihan.
berlebihan.

Mendakan putih, larut Mendakan putih, tidak


Ion plumbum (II), Pb2+ dalam NaOH larut dalam NH3
berlebihan. berlebihan.

Mendakan putih, larut Mendakan putih, tidak


Ion aluminium, Al3+ dalam NaOH larut dalam NH3
berlebihan. berlebihan.

Mendakan biru, larut


Mendakan biru, tidak
dalam NH3 berlebihan
Ion kuprum (II), Cu2+ larut dalam NaOH
dan menghasilkan
berlebihan.
larutan biru tua.

Mendakan hijau, tidak Mendakan hijau, tidak


Ion ferum (II), Fe2+ larut dalam NaOH larut dalam NH3
berlebihan. berlebihan.

Mendakan perang,
Mendakan perang,
tidak larut dalam NH3
Ion ferum (III), Fe3+ tidak larut dalam NaOH
berlebihan.
berlebihan.

Apabila dipanaskan
Ion ammonium, NH4+ akan menghasilkan gas Tiada perubahan.
ammonia.

16
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

KESIMPULAN:

Kehadiran kation tertentu dalam suatu larutan akueus dapat dikenal pasti
melalui tindak balas kation itu dengan larutan natrium hidroksida atau
larutan ammonia.

PERBINCANGAN:

TAJUK: Menentukan anion dan kation dalam satu sebatian.

TUJUAN: 1. Mengenalpasti pemerhatian kehadiran anion dan kation


tertentu

menerusi kaedah eksperimen.

2. Mengenalpastikan anion dan kation di dalam sesuatu


sebatian.

SENARAI ALAT RADAS: Tabung uji,

SENARAI BAHAN: Larutan natrium hidroksida

PEMBOLEHUBAH DIMANIPULASI: Jenis anion dan kation

PEMBOLEHUBAH GERAKBALAS: Pemerhatian warna, pembentukan gas,

PEMBOLEUBAH MALAR: Kepekatan reagen, isipadu larutan anion dan


kation, suhu bilik

PROSEDUR:

17
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

1. Larutan ……,….. ml dimasukkan (ayat pasif)

2.

3.

1.

2.

3.

KEPUTUSAN:

Boleh buat bentuk jadual….. pastikan dalam jadual ada tajuk


pemerhatian, inferens, kelaskan mana anion dan kation

Dan seterusnya

KESIMPULAN:

Eksperimen ini telah dapat membuktikan ramalan anion dan kation seperti
di bawah

18
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Sebatian X terdiri daripada kation…..

Sebatian Y terdiri daripada kation….

Sebatian Z terdiri daripada anion….

Sebatian W terdiri daripada anion…..

PERBINCANGAN:

…………….cari dari buku, tulis persamaan kimia dari nota/ buku-buku, ayat
sikit….

………………rajah-rajah gambar set radas penyulingan etanol contoh –


label-label…..jelaskan sikit tentang rajah……….

…………….. nyatakan kelebihan yang ditemui…………..

…………….. nyatakan kekurangan yang dihadapi…………

………..yang diambil dari rujukan buku/ jurnal/ tesis senior/ jurnal pdf/
………. Buat ayat bernotasi (nama, tahun) masukkan juga ke rujukan dan
lampiran……..

19
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

LAPORAN 3 (14%): PENYEDIAAN ETANOL DAN MENGKAJI SIFAT KIMIANYA

LAPORAN 3.1

TAJUK: Penyediaan etanol di dalam makmal.

TUJUAN: Menghasilkan etanol asli menerusi proses penapaian dan


penyulingan.

SENARAI ALAT RADAS: 250 cm3 kelalang kon, tabung uji, penutup getah
dengan

tiub penghubung, bikar, spatula, kelalang dasar bulat, kasa dawai,


tungku

kaki tiga, penunu Bunsen, termometer, kondenser Liebig, tiub


getah, kaki

retort.

SENARAI BAHAN: Larutan glukosa, yis, air kapur, air paip, kepingan
porselin.

20
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

PROSEDUR:

1. 100cm3 glukosa telah dituang ke dalam kelalang kon.


2. Kemudian, sebanyak dua spatula yis dimasukkan ke dalam larutan
glukosa tersebut.
3. Susunan radas disediakan seperti yang terdapat dalam Rajah (a).
4. Bahan dan radas tersebut ditinggalkan dalam suhu bilik selama dua
hingga tiga hari.
5. Perubahan yang berlaku pada akhir aktiviti diperhatikan.
6. Hasil daripada proses penapaian itu dituang ke dalam kelalang
penyulingan dan kemudiannya dipanaskan.
7. Cecair jernih yang telah disuling keluar dari kondenser Liebig
dikumpulkan.
8. Suhu direkodkan apabila cecair jernih disuling keluar.
9. Cecair jernih dan keadaan fizikal sulingan telah diperhatikan.

KEPUTUSAN:

1. Pemerhatian

PEMERHATIAN
AKTIVITI LARUTAN DI DALAM KELALANG KON AIR KAPUR
Permulaan

21
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

aktiviti Larutan tanpa warna dengan tiada bau Jernih

Akhir aktiviti Larutan keruh dengan bau alkohol Keruh

2. Cecair jernih disuling keluar pada suhu 78°C.


3. Hasil penyulingan adalah larutan tanpa warna.

KESIMPULAN:

1. Etanol boleh disediakan melalui tindakbalas yis terhadap larutan


glukosa semasa proses penapaian.
2. Etanol asli boleh didapati daripada hasil tapaian melalui proses
penyulingan.

PERBINCANGAN:

1. Proses penapaian telah berlaku di dalam kelalang kon apabila yis


ditambah kepada larutan glukosa.
2. Yis telah bertindak balas dengan larutan glukosa apabila enzim
zimase yang terdapat di dalam yis memecahkan glukosa tersebut.
3. Gas karbon dioksida telah menyebabkan air kapur bertukar warna
menjadi keruh.
4. Cecair sulingan yang telah dikumpul dalam kelalang kon adalah
etanol.
5. Berikut merupakan persamaan kimia yang menunjukkan proses
penapaian glukosa, C6H12O6.

C6H12O6 → 2C2H5OH + 2CO2

6. Jus nanas dan air tebu merupakan antara bahan yang boleh
menggantikan larutan glukosa di dalam aktiviti makmal tersebut.
7. Prinsip saintifik yang digunakan untuk mengasingkan etanol
daripada air melalui proses penyulingan ialah takat didih etanol
hendaklah lebih rendah berbanding takat didih air.

22
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

8. Kepingan porselin berfungsi untuk mengelakkan gelembung udara


di dalam campuran cecair semasa mendidih.
9. Kondenser Liebig pula berfungsi untuk menyejukkan dan
memeluwap wap kepada cecair.
10. Air memasuki kondenser Liebig dari bawah dan bukannya dari
atas kerana untuk memastikan kondenser tersebut dipenuhi dengan
air serta mengelakkan haba daripada terperangkap di dalam
kondenser dan proses penyejukkan dapat berlaku dengan lebih
berkesan.
11. Etanol (alkohol) digunakan dalam kehidupan seharian kita
dalam pembuatan kosmetik dan perisa tiruan serta menyediakan
larutan antiseptik.

LAPORAN 3.2

TAJUK: Ciri-ciri fizikal etanol.

TUJUAN: Untuk mengkaji ciri-ciri fizikal etanol.

SENARAI ALAT RADAS: Tabung uji, mangkuk pijar.

SENARAI BAHAN: Etanol, air, serpihan kayu, kertas turas, mancis.

PROSEDUR:

1. Beberapa aktiviti telah dijalankan untuk mengkaji ciri-ciri fizikal


etanol.
2. Hasil pemerhatian telah direkodkan di dalam jadual.

AKTIVITI 1

23
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Warna dan keadaan fizikal etanol diperhatikan serta bau etanol


ditentukan.

AKTIVITI 2

Tabung uji yang mengandungi etanol dan air digoncang.

AKTIVITI 3

Lapisan nipis etanol telah dilap ke atas jubin putih dan ditinggalkan untuk
seketika.

AKTIVITI 4

1. Sedikit etanol dituang ke dalam mangkuk pijar dan dinyalakan api.


Warna api yang menyala itu diperhatikan.
2. Sehelai kertas turas diletakkan dan dilalukannya di atas api tersebut
dengan cepat. Keadaan kertas turas tersebut diperhatikan.

AKTIVITI PEMERHATIAN
Etanol ialah cecair tanpa warna yang mempunyai bau
1
yang tajam.
2 Etanol larut dalam air.
3 Etanol mengewap dengan cepat.
4 Etanol terbakar dengan mudah di udara dan

24
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

menghasilkan api biru berjelaga.

KESIMPULAN:

Etanol merupakan cecair tanpa warna pada suhu bilik, mempunyai bau
yang tajam, larut di dalam air, mengewap dengan cepat dan mempunyai
takat didih yang rendah.

LAPORAN 3.3

TAJUK: Sifat-sifat kimia etanol.

TUJUAN: Untuk mengkaji sifat-sifat kimia etanol dari aspek

a) Pembakaran
b) Oksidasi
c) Dehidrasi

SENARAI ALAT RADAS: Serpihan kayu, tabung didih, tabung uji, tiub
penyambung

dengan penutup getah, kapas kaca, basin, bikar.

SENARAI BAHAN: Etanol, C2H5OH, larutan kalium dikromat (VI), K2Cr2O7, air

bromin, Br, larutan kalium manganate (VII) berasid, KMnO 4 / H+, asid
sulfurik pekat, H2SO4, kertas anhydrous kobalt (II) klorida, kertas
litmus biru, air kapur, serpihan porselin.

PROSEDUR:

25
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

1. Aktiviti pembakaran, dehidrasi dan pengoksidaan etanol dijalankan


seperti berikut.
2. Hasil pemerhatian direkodkan di dalam jadual.

AKTIVITI 1 (PEMBAKARAN ETANOL)

1. 2 cm3 etanol telah dituang ke dalam tabung uji.


2. Etanol dinyalakan api dan gas yang terhasil disambungkan ke air
kapur dengan cepat.
3. Titisan cecair yang terhasil di mulut tabung uji diuji dengan kertas
anhydrous kobalt (II) klorida.

AKTIVITI 2 (DEHIDRASI ETANOL)

1. Satu ketulan kapas kaca direndam dengan etanol dan diletakkan di


dalam tabung didih.
2. Bahagian tengah tabung didih dipenuhkan dengan serpihan
porselin.

26
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

3. Tabung didih diapit secara melintang dan ditutup dengan penutup


getah bersama tiub penyambung.
4. Serpihan porselin tersebut dipanaskan dengan kuat.
5. Kapas kaca yang telah direndam dengan etanol dipanaskan.
6. Gas yang terbebas dikumpul dengan menggunakan kaedah sesaran
air.
7. Tabung yang mengandungi gas terkumpul digoncang dengan
sedikit air bromin dan larutan kalium manganate (VII) berasid,
kemudian perubahan warna direkodkan.

AKTIVITI 3 (TINDAK BALAS PENGOKSIDAAN)

1. 5 cm3 larutan kalium dikromat (VI) dituang ke dalam tabung didih.


2. Lima titis asid sulfurik pekat ditambah ke dalam larutan kalium
dikromat (VI) (untuk mengasidkannya).
3. Campuran tersebut dipanaskan dengan berhati-hati sehingga
larutan itu hampir mendidih.
4. 2 cm3 etanol dituang ke dalam campuran panas tersebut.
5. Penutup getah dengan tiub penyambung dipasang seperti yang
ditunjukkan di dalam gambar rajah.
6. Campuran tersebut dipanaskan dengan perlahan.
7. Cecair yang telah disuling keluar dikumpul ke dalam tabung uji.
8. Warna dan bau bahan yang terhasil direkodkan. Hasil yang
terbentuk diuji dengan kertas litmus biru.

KEPUTUSAN:

27
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

AKTIVITI PEMERHATIAN

 Air kapur menjadi keruh.


1  Warna kertas kobalt (II) klorida berubah
daripada biru kepada merah jambu.

Gas yang terhasil menyahwarnakan warna perang


2 air bromin dan warna ungu larutan kalium
manganate (VII) berasid.

Warna jingga larutan kalium dikromat (VI)


bertukar menjadi hijau.
 Hasil yang terbentuk berbau masam (cuka)
3
dan warna biru kertas litmus bertukar menjadi
merah.

KESIMPULAN:

1. Etanol terbakar sepenuhnya dalam oksigen berlebihan untuk


membentuk karbon dioksida dan air.
2. Etanol dehidrasi oleh serpihan porselin ke dalam etena.
3. Etanol dioksidakan oleh larutan berasid kalium dikromat (VI)
menjadi asid etanoik.

PERBINCANGAN:

Tindak Balas Pembakaran Etanol

1. Pembakaran etanol akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air.


2. Berikut merupakan persamaan kimia yang menunjukkan tindak
balas pembakaran etanol.

C2H5OH (g) + 3O2 (g) → 2CO2 (g) + 3H2O (l)

28
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Tindak Balas Dehidrasi Etanol

1. Gas yang terhasil dalam tindak balas dehidrasi etanol ialah etena.
2. Persamaan kimia bagi tindak balas dehidrasi etanol adalah seperti
berikut:

C2H5OH → C2H4 + H2O

3. Tindak balas yang berlaku antara gas etena dengan air bromin ialah
tindak balas penambahan atau brominasi.
4. Persamaan kimia yang menunjukkan berlakunya tindak balas
brominasi ialah:

C2H4 + Br2 → C2H4Br2

5. Tindak balas yang berlaku antara gas etena dengan larutan berasid
kalium manganate (VII) ialah tindak balas oksidasi.
6. Persamaan kimia yang menunjukkan berlakunya tindak balas
oksidasi dalam dehidrasi etanol adalah seperti berikut.

C2H4 + H2O + [ O ] → C2H4(OH)2

7. Serpihan porselin bertindak sebagai pemangkin untuk


meningkatkan kadar tindak balas.
8. Aluminium oksida dan silikon oksida merupakan antara bahan yang
boleh digunakan untuk menggantikan serpihan porselin.

Tindak Balas Oksidasi Etanol

29
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

1. Larutan berasid kalium dikromat (VI) bertindak sebagai agen


pengoksidaan.
2. Berdasarkan pemerhatian ke atas kertas litmus, antara ciri produk
yang terhasil ialah bersifat asid.
3. Hasil yang terbentuk daripada tindak balas oksidasi etanol ialah asid
etanoik.
4. Persamaan kimia yang menunjukkan tindak balas antara etanol
dengan larutan berasid kalium dikromat (VI) adalah seperti berikut.

C2H5OH + 2[O] → CH3COOH + H2O

5. Larutan berasid kalium manganate (VII) boleh menggantikan larutan


berasid kalium dikromat (VI). Warna ungu larutan berasid kalium
manganate (VII) akan bertukar menjadi larutan tanpa warna.

6. P
Serpihan porselin, ∆

Etanol Etena
(alkohol) Q
(alkena)

Larutan 300°C, 60 tekanan atmosfera,

K2Cr2O7 / H+, R H3PO4

Asid
etanoik

Proses P : Dehidrasi

30
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Proses Q : Hidrasi

Proses R : Oksidasi

Setelah dibiarkan 4-5 hari, terdapat buih-buih terbentuk pada


campuran dalam kelalang kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung
didih juga menjadi keruh. Hal ini menunjukkan bahawa gas karbon
dioksida dihasilkan semasa proses penapaian.

Kemudian, kandungan kelalang kon dituras. Hasil turasan telah


disuling menggunakan kondenser Liebeg. Hasil sulingan yang diperolehi
merupakan etanol. Etanol mempunyai bau seperti alkohol. Oleh itu,
penapaian glukosa, kentang masak, nanas lenyek, nasi dan pisang lenyek
menghasilkan etanol dan gas karbon dioksida. Persamaan kimia yang
dapat mewakili penapaian glukosa adalah:

Zimase dari yis

C6H12O6 (ak) → 2C2H5OH (ak) + 2CO2 (g)

35°C

Etanol akan dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol


dikumpulkan pada takat didih 78 – 80°C. Etanol terbakar dengan mudah
dalam udara. Warnanya biru pucat dan tiada jelaga. Persamaan kimia
yang dapat mewakili pembakaran etanol adalah:

C2H5OH (ak) + 3O2 (g) → 2CO2 (g) + 3H2O (ce)

31
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Etanol juga boleh dioksidakan oleh kalium dikromat (IV). Apabila


campuran kalium kalium dikromat (IV) dan asid sulfurik pekat dipanaskan
perlahan-lahan, warna jingga kalium kalium dikromat (IV) berubah
menjadi hijau. Hal ini menunjukkan bahawa telah berlakunya
pengoksidaan etanol. Hasil sulingan yang dikumpulkan adalah cecair tidak
berwarna dan berbau cuka. Oleh hal yang demikian hasil pengoksidaan
etanol adalah sejenis asid iaitu asid etanoik. Persamaan kimia yang dapat
mewakili pengoksidaan etanol adalah:

pengoksidaan

CH3CH2OH (ce) + 2(O) → CH3COOH (ce) + H2O (ce)

asid etanoik

Kelemahan yang berlaku semasa menjalankan eksperimen tersebut


adalah masa pemanasan agak terlalu lama. Tenaga haba yang tinggi dan
masa yang lama diperlukan untuk memecahkan molekul-molekul yang
tersusun kompleks. Proses turasan juga memakan masa yang agak lama.
Alternatifnya adalah menyediakan lebih daripada satu penuras.dan kertas
turas diganti apabila air turasan agak perlahan turun. Semasa api
menyala di dalam mangkuk pijar, percikan-percikan api telah berlaku. Hal
ini demikian kerana bara dari lidi telah termasuk ke dalam mangkuk pijar
tersebut. Oleh itu, semasa menyalakan hasil sulingan perlulah dipastikan
bahawa bara daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar tersebut.
Selain itu, kekotoran yang terhasil semasa eksperimen sudah lama
disimpan. Sepatutnya kekotoran-kekotoran yang terdapat pada condenser
liebig hendaklah dibersihkan supaya tidak menganggu keputusan
eksperimen.

Cadangan eksperimen lain yang boleh dilakukan dengan


menggunakan buah-buahan yang telah dihancurkan adalah seperti nenas,

32
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

pisang, betik dan sebagainya bagi menggantikan glukosa dengan


mengikut semula langkah-angkah eksperimen yang telah dijalankan.

RUJUKAN

Buni bin Sunade, Eng Nguan Hong. (2001). Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah Kimia Tingkatan 5. Batu Pahat, Johor: Zeti
Enterprise.

Eng Guan Hong. (1988). Kimia Moden Tingkatan 5. Johor Bahru, Johor:
Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

John McMurry. (2004). International Student Edition Organic Chemistry.


Singapura: Bookcole.

Ramli bin Ibrahim. (2000). Asas Kimia. Puchong, Selangor: Uni-Ed


Publications Sdn.Bhd.

Kho, C.H. (2002). Pendekatan Komprehensif Kimia Organik STPM.


Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Lok, W. L., Yap, S.P. (1995). Fakta Bersepadu SPM Kimia Tingkatan 4,5.
Kuala Lumpur: Pustaka Sistem Pelajaran Sdn. Bhd.

Norazila Mustafa. (1999). Tingkatan 4 & 5 Nota Komprehensif SPM Kimia.


Selangor: Preston Corporation Sdn. Bhd.

http://www.nuffieldfoundation.org/practical-chemistry/fermentation-
glucose-using-yeast

http://environment.about.com/od/ethanolfaq/f/what_is_ethanol.htm

http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol

http://id.wikipedia.org/wiki/Bahan_bakar_etanol

33
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

http://en.wikipedia.org/wiki/Ethanol_fuel#Fermentation

Tujuan eksperimen yang dijalankan adalah untuk menyediakan sampel


etanol dan menguji sifat kimia etanol. Bahagian A iaitu menyediakan
sampel etanol. Bahan dan radas telas disediakan.bahan yang digunakan
adalah 20g sebuk glukosa dan dicampurkan dengan 150cm3 air suling di
dalam kelalang kon. 10g yisdicampur dengan air suam yang bersuhu
37ᵒC.Air bersuhu 37ᵒC digunakan kerana suhu tersebut adalah paling
sesuai untuk tidakbalas yis. Sukatan yis dan gula ditimbang dengan
berhati-hati . Langkah berjaga-jaga juga dibuat semasa menyukat isipadu
yis dan glukosa.seterusnya campuran larutan glukosa dan yis di tutup
dengan penutup getah yang disambung dengan salur kaca ..Hujung salur
kaca di sambung pada sebuah tabung uji yang mengandungi air kapur..Air
kapur digunakan kerana ia adalah penguji karbon dioksida.Langkah
berjaga-jaga dilakukan dengan memastikan bahawa hujung salur
penghantar sentiasa direndam dalam air kapur

Setelah dibiarkan seketika didapati gelembung-gelembung udara keluar


daripada salur kaca pada air kapur.Warna air kapur berubah dari jernih
menjadi keruh. Ini menunjukkan bahawa karbon dioksida telah dihasilkan
akibat pengoksidaan yis dan glukosa.Seterusnya radas disimpan selama
beberapa hari untuk melengkapkan proses penapaian. Hasil penapaian
dihidu dan di dapati bau nya masam seperti cuka. Seterusnya hasil
penapaian dituras menggunakan kertas turas dan corong turas. Langkah
berhati-hati dilakukan semasa menuang campuran larutan ke dalam
corong turasan dengan memastikan bahagian bawah yang ditinggalkan.
Ini adalah untuk mengelakkan proses turasan dan penyulingan mengambil
masa yang lama untuk dijalankan.kertas turas hendaklah dilibat dengan
sempurna sebanyak 8 kali lipatan untuk mendapatkan hasil yang baik.
Basahkan kertas semasa meletakkan kertas turas di dalam corong turas
untuk memastikan kertas turas dalam keadaan yang baik.

Hasil turasan seterusnya digunakan untuk penyulingan


berperingkatetanol.. Langkah berhati-hati dilakukan dengan menyediakan
bikar 500 cm³ untuk mengisi air kukusan bagi tujuan meletakkan kelalang
kon iaitu hasil kutipan etanol.dan air kukusan bagi meletakkan kelalang
bulat yang diisi dengan etanol daripada pemanaasan secara terus
memandangkan larutan tersebut mudah terbakar. Radas kemudian
dipasang dengan berhati-hati kerana radas radas-radas terdiri dari bahan

34
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

yang mudah pecah. Salur getah dipasang dengan betul pada condenser
liebig iaitu, bahagian bawah adalah saluran air masuk dan dibahagian
atas adalah laluan air keluar. Air di pasang berterusan sepanjang
eksperimen dijalankan untuk menyejukkan wap air dan mengelakkan wap
air terbebas keluar dan mengurangkan hasil etanol yang dikumpul.
Pastikan bahawa air telah air telah penuh dalam kondenser,sebelum api
penunu bunsen dinyalakan.Kondenser digunakan adalah untuk
menukarkan wap hasil peringkat kepada cecair. Air yang dialirkan
berterusan akan menyejukkan condenser dan membolehkan proses
kondensasi iaitu perubahan wap air kepada cecair.

Termometer yang dipasang pada kelalang bulat adalah bertujuan untuk


menyukat suhu mengikut bacaan yang telah ditentukan pada 78ᵒC
hingga 80ᵒC.. Semasa memasang thermometer tersebut, langkah berhati-
hati dibuat agar termometer tidak pecah dan memastikan bahawa bebuli
termometer berada betul-betul di bahagian mulut salur kondenser. Ini
adalah kerana wap air yang di hasilkan daripada pemanasan etanol
betul-betul terkena pada bebuli termometer.Hasil kutipan adalah etanol
yang tulen adalah jernih dan tidak berwarna. Baunya manis dan
harum.Hasil etanol tulen seterusnya hendaklah segara di tuang untuk
ujikaji pembakaran etanol, kerana ia cepat terbakar dan meruap di dalam
udara.

Pada eksperimen seterusnya, mengkaji pembakaran etanol, 10cmᶟ .


Langkah berjaga-jaga perlu dilakukan kerana etanol adalah mudah
terbakar. Untuk mendapatkan hasil dan keputusan yang tepat, ujian
pembakaran sebaik-baiknya dilakukan pada tempat yang gelap. Dan
bebas daripada angina.Langkah berjaga-jaga juga dilakukan dengan
memastikan bara kayu uji tidak termasuk ke dalam larutan
etanol.Pemerhatian terhadap warna api, kejelagaan dan kemudahbakaran
dicatatkan.Didapati, warna api adalah biru, ini menunjukkan api nya
sangat panas, tidak berjelaga dan sangat mudah terbakar.

Bagi eksperimen pengoksidaan etanol, 10cmᶟ larutan kalium dikromat(VI)


K₂Cr₂O₇, 10 titis asid sulfirik pekat dan 3cmᶟ etanol, digunakan. Larutan
kalium dikromat dan asid sulfirik pekat digunakan kerana bahan tersebut
dapat membantuproses pengoksidaan etanol.Larutan disukat dengan
berhati-hati mengikut ukuran yang betul. Semasa menuang larutan sulfirik
pekat,langkah berjaga-jaga perlu diambil kerana larutan tersebut sangat
berbahaya apabila terkena anggota badan yang akan mengakibatkan
melecur. Radas disediakan untuk memanaskan campuran larutan. Larutan
dipanaskan dalam kukus air bagi mengelakkan pemanasan secara terus
kerana larutan tersebut sangat mudah terbakar. Larutan dibiarkan
sehingga mendidih. Keputusan yang diperolehi mendapapati warna

35
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

larutan berubah daripada perang/jingga kepada warna kuning kehijauan.


Baunya juga wangi, manis dan harum.

Kelemahan yang berlaku semasa menjalankan eksperimen adalah,


masa pemanasan agak terlalu lama..Tenaga haba yang tinggi dan masa
yang lama digunakan untuk memecahkan molekul-molekul yang tersusun
kompleks. Proses turasan juga memakan masa yang agak lama.
Alternatifnya adalah menyediakan lebih daripada satu penuras.dan kertas
turas diganti apabila air turasan agak perlahan turun. Semasa api
menyala di dalam mangkuk pijar ,telah berlaku percikan-percikan api.Ini
kerana bara dari lidi telah termasuk ke dalam mangkuk pijar tersebut.Oleh
yang demikian ,semasa menyalakan hasil sulingan hendaklah sentiasa
memastikan bara daripada lidi tidak masuk ke dalam mangkuk pijar
tersebut. sudah lama disimpan.Kekotoran-kekotoran yang terdapat pada
condenser liebig hendaklah dibersihkan supaya tidak menganggu
keputusan eksperimen.

Cadangan eksperimen yang lain boleh dilakukan dengan


menggunakan buah-buahan yang dihancurkan sepert nenas, pisang ,
betik dan sebagainya menggantikan glukosa dengan mengikut semula
langkah-angkah eksperimen yang telah dijalankan .

Setelah dibiarkan 4-5 hari, terdapat buih-buih terbentuk pada campuran


dalam kelalang kon. Air kapur yang terdapat dalam tabung didih juga
menjadi keruh. Ini menunjukkan gas karbon dioksida dihasilkan semasa
proses penapaian.

Kemudian, kandungan kelalang kon dituras. Hasil turasan kemudiannya


disuling menggunakan kondenser Liebeg. Hasil sulingan merupakan
etanol. Ia berbau alkohol. Oleh itu, penapaian glukosa, kentang masak,
nanas lenyek, nasi dan pisang lenyek menghasilkan etanol dan gas
karbon dioksida. Persamaan kimia yang dapat mewakili penapaian
glukosa adalah:

Zimase dari yis

C6H12O6 (ak) 2C2H5OH (ak) + 2CO2 (g)

35oC

36
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

Etanol dipekatkan melalui proses penyulingan. Etanol dikumpulkan pada


takat didih 78 – 80oC.

Etanol terbakar dengan mudah dalam udara. Warnanya biru pucat dan
tiada jelaga. Persamaan kimia yang dapat mewakili pembakaran etanol
adalah:

C2H5 OH (ak) + 3O2 (g) 2CO2 (g) + 3H2O (ce)

Etanol juga boleh dioksidakan oleh kalium dikromat (IV). Apabila


campuran kalium kalium dikromat (IV) dan asid sulfurik pekat dipanaskan
perlahan-lahan, Warna jingga kalium kalium dikromat (IV) berubah
menjadi hijau. Ini menunjukkan telah berlaku pengoksidaan etanol. Hasil
sulingan yang dikumpulkan adalah cecair tidak berwarna dan berbau
cuka. Ini menunjukkan hasil pengoksidaan etanol adalah sejenis asid iaitu
asid etanoik. Persamaan kimia yang dapat mewakili pengoksidaan etanol
adalah:

pengoksidaan

CH3CH2OH (ce) + 2(O) CH3COOH (ce) + H2O (ce)

asid etanoik

RUJUKAN

Atkins, P. & De Paula, J. (2012). Elements of Physical Chemistry. Oxford,


UK:

Oxford University Press.

McMurry, J.E. (2012). Organic Chemistry (6th ed.). USA: Brooks / Cole.

Shriver, D. F. & Atkins, P. W. (2012). Inorganic Chemistry (3rd ed.). Oxford,


UK:

37
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

University Press.

McMurry, J., & Fay, R. C. (2012). Chemistry (6th ed.). Upper Saddle River,
NJ:

Prentice Hall.

Brown, T.L., Lemay, H.E., & Bursten, B.E. (2014). Chemistry: The central
science

(13th ed.). Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Kimia SPM / Lai Oi Ming.

Lai, Oi Ming : Shah Alam : Fajar Bakti, 1998.

Kimia/ TAN Kah Ooi

TAN Kah Ooi : Petaling Jaya. ; Preston Corporation. : 1997.

40. Kimia SPM/ Eng Nguan Hong

Eng Nguan Hong : Selangor. ; penerbit Pelangi. : 1999.

Kimia : tingkatan 4 & 5 / Misliah Masari

MISLIAH Masari : Selangor : Mahir, 1999.

50. Kimia SPM : tingkatan 4 & 5 / Lee Soon Ching

LEE, Soon Ching : Shah Alam : Fajar Bakti, 2000.

38
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

39
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

KERJA KURSUS :LAPORAN 42% DAN ESEI 25%

NAMA PELAJAR : NUR SUHAILA BINTI MAZLAN

NOMBOR MATRIK :

NO. KAD PENGENALAN : 960116-01-6476

KUMPULAN DAN UNIT : PISMP SEM 2 TAHUN 1 / PENDIDIKAN KHAS


1

(MAJOR) & SAINS (ELEKTIF)

NAMA DAN KOD KURSUS : KIMIA AM SCES3203

NAMA PENSYARAH : ENCIK AHMAD SHUKRI BIN AHMAD

40
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

TARIKH SERAHAN : 31 MAC 2016

KANDUNGAN

PENGHARGAAN I

PENGENALAN II

ESEI (25%): KEGUNAAN ELEKTROLISIS DALAM KEHIDUPAN HARIAN


1-4

LAPORAN 1 (14%): MENENTUKAN ANION DAN KATION DALAM SATU


SEBATIAN 5-10

LAPORAN 2 (14%): MENYIASAT PENGOKSIDAAN DAN PENURUNAN BAGI

PEMINDAHAN ELEKTRON PADA SATU JARAK


11-16

LAPORAN 3 (14%): PENYEDIAAN ETANOL DAN MENGKAJI SIFAT KIMIANYA


17-25

41
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

RUJUKAN:

1.

2.

3.

4.

5.

6.

LAMPIRAN:

42
NUR SUHAILA BINTI MAZLAN SCES 3203

43

You might also like