Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

ISI KANDUNGAN

BIL TAJUK MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2
2.0 Kaedah Pendidikan Seni Visual 2
2.1 Belajar secara cecara berjalan. 3
2.2 Bimbingan rakan sebaya guru 3
2.3 Belajar menggunakan rancangan pengajaran harian 4
2.4 Sesi perkongsian guru 4
3.0 Rumusan 5
4.0 Rujukan 5

1
1.0 Pengenalan

PLC ialah singkatan kepada program Profesional Learning Communities (PLC) yang
merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta
berterusan dalam usaha membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi
yang lebih baik untuk murid-murid di sekolah. Terdapat lima jenis strategi yang
dikemukakan oleh PLC bagi membantu meningkatkan pencapaian murid dalam kelas.
Dalam tugasan ini, strategi Lesson Study dipilih sebagai tindakan yang digunakan bagi
melihat keberkesanannya dalam proses pembelajaran Pendidikan Seni Visual.

2.0 Penswastaan amalan

Dalam strategi penswastaan amalan, terdapat beberapa elemen seperti jelajah


pembelajaran, bimbingan rakan sebaya, menggunakan rancangan pengajaran harian dan
sesi perkongsian guru. Semua elemen tersebut boleh diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual (PSV) bagi meningkatkan gaya
pembelajaran menjadi lebih merarik untuk murid pelajari.

2.1 Jelajah pembelajaran

Jelajah pembelajaran bermaksud berjalan di sekeliling sekolah dan memerhatikan


pengajaran guru lain dan aktiviti bilik darjah dengan menggunakan protokol atau fokus
yang spesifik. Ini bermakna guru digalakkan untuk mempelajari dan memahami gaya
pengajaran daripada guru lain.

Dalam konteks PSV, contohnya aktiviti capan, guru yang mengaplikasikan kaedah
pendekatan tradisional seperti menggunakan buku teks sebagai bahan bantu mengajar
haruslah melihat pengajaran guru yang menggunakan kaedah pengajaran yang
menggabungkan unsur Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Contohnya pada
peringkat ekspresi kreatif guru yang menggunakan kaedah tradisional, mereka hanya
menerangkan langkah-langkah penghasilan karya dengan berpandukan buku teks
sahaja. Manakala guru yang mengaplikasikan TMK dalam pengajaran mereka
menerangkan langkah-angkah penghasilan capan melalui tayangan video dan slaid. Jadi,
sebagai seorang guru yang cemerlang seharusnya mengambil inisiatif untuk melihat
pengajaran guru lain dan membuat penambahbaikan.

2
2.2 Bimbingan rakan sebaya.

Bimbingan rakan sebaya yang dimaksudkan ialah melakukan pemerhatian terhadap


pengajaran guru lain dengan menggunakan kitaran pra konferens, pemerhatian, dan
pasca-konferens yang terdiri daripada seorang jurulatih dan dua atau lebih guru-guu lain.

Dalam konteks PSV, contohnya aktiviti lukisan, peringkat pra konferns,


menggalakkan guru membincangkan gaya pengajaran yang bersesuaian untuk mengajar
aktiviti lukisan, Contohnya guru menggunakan pendekatan kolaboratif dalam peringkat
aplikasi seni. Manakala pada peringkat pemerhatian pula, salah seorang guru daripada
kumpulan tersebut menerangkan dan berkongsi pendekatan yang digunakannya
mengenai cara mengaplikasikan seni dalam lukisan. Tujuan penerangan dan
pendedahan dibuat adalah untuk memberi inspirasi kepada guru lain mengenai
kepelbagaian kaedah yang boleh digunakan untuk mengajar. Seterusnya pada peringkat
pasca-konferens pula ialah sebilangan guru hanya memerhati seorang guru yang sedang
mengajar. Pada akhir pengajaranya, guru yang memerhati akan memberi komen
mengenai gaya pembelajaran yang dilakukan sama ada sesuai ataupun tidak. Tujuan
komen yang diberikan adalah untuk memperbaiki kelemahan-kelamahan dalam
pengajaran yang disampaikannya tadi agar menjadi lebih baik.

Contoh bagi situasi tersebut ialah seorang guru mengajar budak mengenali teknik
dalam lukisan dengan menggunakan kaedah berpusatkan murid sambil dinilai oleh
beberapa orang guru penilaian, murid diarahkan mengikut kumpulan masing-masing dan
guru menunjukkan teknik-teknik lukisan dengan menggunakan bahan bantu mengajar
yang disedianya. Dalam sesi penyampaian tersebut terdapat murid yang tidak dapat
menghasilkan teknik-teknik tersebut kerana tidak jelas bahan bantu mengajar yang
ditunjukkan oleh guru. Jadi bila pada akhir pengajaran, guru-guru yang membuat penilain
memberi komen kepada guru untuk menghasilkan bahan bantu mengajar yang lebih
besar agar semua murid dapat melihatnya dengan lebih jelas dan semua pendekatan
yang digunakan adalah baik.

2.3 Belajar menggunakan rancangan pengajaran harian.

Belajar menggunakan rancangan pengajaran harian ialah satu model perkembangan


profesional guru yang diamalkan di Jepun lebih daripada seabad lamanya (Isoda, 2007).
Namun, model ini lebih mantap pada tahun 1960an dan kini, telah menjadi sebahagian
daripada budaya guru-guru Jepun khususnya di sekolah-sekolah rendah (Fernandez &
Yoshida, 2004). Belajar menggunakan rancangan pengajaran harian, dalam bahasa Jepun

3
dikenali sebagai Jugyoukenkyuu. Jugyou bermaksud pelajaran atau pengajaran, manakala
kenkyuu ialah kajian atau penyelidikan. Dalam erti kata lain, Lesson Study ialah kajian,
penyelidikan atau penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah.

Dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah, contohnya sekumpulan guru merancang


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) bertajuk resis dibawah bidang menggambar. Antara
bahan yang diperlukan untuk resis ialah Oil Pastel, Warna air, pensel dan berus. Pada
peringkat awal semua dapat memahami akiviti tersebut. Kemudian pada peringkat aplikasi
seni, guru mendapati bahawa sebahagian besar murid tidak mempunyai alatan yang
mencukupi seperti berus dan warna air. Aktiviti pada peringkat ini berlaku sedikit masalah
dimana murid perlu berkongsi dan guru tidak menyediakan alatan yang lebih untuk diberi
pinjam kepada murid. Hal ini demikian kerana guru mengharapkan kesemua murid
membawa alatan yang dipesan sehari sebelum kelas berlangsung. Pengajaran aktiviti ini
berjaya disampaikan kepada murid. Kesemua guru yang merancang RPH telah membuat
refleksi iaitu menyatakan kelebihan dan kelemahan ketika melakukan aktiviti tersebut.
Refleksi membantu guru melakukan penambahbaikan untuk proses pengajaran dan
pembelajaran seterusnya dan memberi pengalaman langsung kepada guru. Jadi melalui
pendekatan ini, guru-guru sekolah secara kolaboratif boleh menghasilkan Rancangan
Pengajaran Harian (RPH) yang berfokus kepada pembelajaran murid. Amalan kolaboratif
yang memerlukan penggemblengan idea, pengalaman dan kemahiran akan meningkatkan
pengetahuan isi kandungan dan juga pengetahuan kandungan pedagogi guru.

2.3 Sesi perkongsian guru

Sesi perkongsian guru bermaksud sekumpulan guru bertemu secara kerap untuk
berkongsi amalan pengajaran terbaik. Contohnya guru yang berpengalaman membantu
guru baru mengenai cara mengendalikan kelas dan menghasilkan sebuah pengajaran
yang baik dan berkesan kepada murid-murid kini dalam merealisasikan pembelajaran abad
ke-21.

Dalam konteks PSV, contohnya aktiviti menhasikan arca. Proses pengajaran dan
pembelajaran untuk mengajar murid mengenali dan menghasilkan arca adalah bukan
sesuatu yang mudah. Guru perlu merancang PdP dengan sebaik mungkin agar sesi PdP
yang disampaikan kepada murid-murid jelas dan mudah difahami. Oleh itu, guru PSV yang
berpengaman haruslah menunjukkan amalan pengajaran yang baik kepada guru-guru baru
agar amalan tersebut menjadi panduan kepada guru-guru baru melakukan PdP dengan
lebih baik. Contohnya amalan guru cemerlang banyak menghasilkan bahan bantu
mengajar bagi membantu proses. Selain itu juga, guru yang cemerlang juga bijak

4
menggabungkan PdP dengan TMK bagi menarik perharian murid selaras dengan abad ke-
21. Jadi, melalui sesi perkongsian guru ini dapat membantu guru-guru mengabung idea,
berkongsi pengalaman dalam mempertingkatkan pengetahuan dan potensi guru dalam
mendidik generasi pada masa akan datang.

3.0 Rumusan

Perkara yang dapat dirumuskan daripada hasil tugasan ini ialah strategi PLC ini sangat
sesuai diaplikasikan oleh guru-guru dan pihak dalam memantapkan sistem pendidikan.
Strategi ini juga sangat berkesan terutamanya ketika guru di sekolah nanti. Kebanyakan
sekolah mendapati bahawa prestasi pelajar dipengaruhi oleh sistem sekolah yang
berprestasi tinggi yang didokong oleh dua komponen utama iaitu kualiti kepimpinan dan
kualiti guru. Oleh itu, sebagai seorang ajen perubahan, guru haruslah mengetahui dan
mengaplikasikan strategi ini dalam pendidikan masa kini.

4.0 Rujukan

Ali, A. (2010, Januari 20). Retrieved from GURU: PERSONALITI GURU:


https://www.google.com.my/#q=kata+tokoh+mengenai+peribadi+guru

Azli, C. (2015, March 12). Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 – Cikgu Azli. Retrieved from
http://www.cikguazli.com/blog/2015/03/cabaran-pendidikan-abad-ke-21.html

Chee, K. (2004). Pendidikan Seni Visual. Selango Darul Ehsan: Pelangi Sdn Bhd.

Hailmi, C. (2014, April 11). Pembudayaan PLC : Professional Learning Communities .


Retrieved from http://www.cikguhailmi.com/2014/04/professional-learning-
communities-plc.html

Hailmi, C. (2016, Nov 13). pelaksanaan strategi komuniti pembelajaran profesional (plc).
Retrieved from http://www.cikguhailmi.com/2014/04/professional-learning-
communities-plc.html

Halim, C. (2015, May 17). Dunia Pendidikan: PLC - Komuniti Pembelajaran Profesional.
Retrieved from
http://praktikum.ipgmipoh.net/v6/pluginfile.php/179/mod_resource/content/1/Modul
%20Komuniti%20Pembelajaran%20Profesional.pdf

5
6

You might also like