1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Di dalam sesebuah penulisan bahasa, ayat merupakan sesuatu yang amat penting. Di dalam
sesebuah ayat, jumlah perkataan yang terkandung di dalamnya adalah tidak terhab selagi ia
masih mengikut hukum-hukum yang telah ditetapkan. Selain itu, sesebuah ayat mengandungi
unsur klausa dan bilangan klausa. Hal ini kerana klausa sesuatu ayat akan menentukan jenis
ayat tersebut, sama ada ayat tunggal atau ayat majmuk.

Menurut Nik Safiah Karim et al, beliau menyatakan bahawa ayat ialah unit pengucapan
yang paling tinggi letaknya di dalam sesebuah susunan tatabahasa dan ia juga mengandungi
makna yang lengkap. Di samping itu, ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau
susunan beberapa perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan
kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang sempurna.

Berikutnya, Za’ba pula mentakrifkan ayat sebagai ayat sebagai satu ikatan  sesebuha
perkataan yang mempunyai sesuatu benda dan penceritaan. Di samping itu, benda dan
penceritaan itulah yang menjadi tunjang atau teras bagi sesebuah ayat dan jika tiada
mengandungi salah satu daripada dua anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang
mencukup kerana tiada sempurna maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun
rangkainya perkataan-perkataan itu bukanlah jadi ayat.

1
2.0 Jenis Ayat

2.1 Ayat penyata

Ayat penyata ialah ayat yang digunakan untuk menyatakan dan menyampaikan sesuatu
perkara. Selain itu, ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita ataupun ayat penerangan.

Contoh dan analisis ayat :

1) Hazim sedang bermain bola keranjang di gelanggang sekolah.

Berdasarkan ayat di atas, pola yang digunakan adalah Frasa Nama(FN) + Frasa Kerja
(FK). Di dalam hal ini, Hazim bertindak Frasa Nama manakala bermain pula bertindak
sebagai Frasa Kerja. Selain itu, Hazim merupakan subjek kepada ayat tersebut
manaka sedang bermain bola keranjang di gelanggang pula ialah predikat.

2) Kamarul tidak ke Pasaraya Salamku.

Berdasarkan ayat ini, pola yang digunakan adalah Frasa Nama (FN) + Frasa Sendi (FS).
Oleh itu Kamarul merupakan Frasa Nama dan ke merupaka Frasa Sendi. Berikutnya,
subjek di dalam ayat tersebut ialah Kamarul manakala tidak ke Pasaraya Salamku
merupakan predikat bagi ayat tersebut.

3) Rasul seorang doktor pakar bedah.

Pola yang digunakan di dalam ayat ini adalah Frasa Nama(FN) + Frasa Nama(FN).
Dengan ini, Rasul dan doktor pakar bedah merupakan Frasa Nama yang digunakan di
dalam ayat tersebut. Berikutnya, subjek di dalam ayat tersebut ialah Rasul manakala
seorang doktor pakar bedah merupakan predikat bagi ayat tersebut.

2
4) Kamal suka menonton drama melayu.

Berdasarkan ayat di atas, pola yang digunakan adalah Frasa Nama(FN) + Frasa Kerja
(FK). Di dalam hal ini, Kamal bertindak Frasa Nama manakala menonton pula
bertindak sebagai Frasa Kerja. Selain itu, Kamal merupakan subjek kepada ayat
tersebut manaka menonton drama melayu pula ialah predikat.

5) Khalish sungguh malas.

Khalis di dalam ayat di atas merujuk kepada Frasa Nama manakala malas merupakan
Frasa Adjektif. Oleh itu, pola yang digunakan adalah Frasa Nama(FN) + Frasa Adjektif
(FA). Di samping itu , Khalish merupakan subjek yang memainkan peranan kepada
ayat tersebut manaka sungguh malas pula ialah predikat.

2.2 Ayat Tanya

Sebagaimana yang dipelajari, ayat tanya merupakan ayat yang berfungsi untuk menanyakan
tentang sesuatu perkara. Namun yang demikian, ayat tanya terbahagi kepada dua jenis iaitu
ayat tanya tanpa kata tanya dan ayat tanya dengan kata tanya. Ayat tanya tanpa kata tanya
perlu ditekankan cara bacaan di akhir ayat. Seterusnya, setiap ayat tanya juga haruslah diakhiri
dengan tanda tanya, “?”.

Contoh ayat dan analisis :

1) Dengan siapakah Makdin Kahwin?

Ayat ini merupakan ayat tanya dengan dengan frasa sendi nama tanya, iaitu dengan
siapakah. Ayat ini juga menerima partikel -kah. Dengan siapakah merupakan subjek
bagi ayat ini manakala Makdin kahwin merupakan predikat.

3
2) Kelmarin apakah yang kamu makan?

Kelmarin apakah merupakan ayat yang mengalami pendepanan konstituen yang


disertai partikel -kah, kamu merupakan subjek manakala makan merupakan predikat.
Ayat ini juga merupakan ayat tanya dengan kata tanya.

3) Adakah Pelajar itu malas?

Ayat ini merupakan ayat tanya dengan kata ganti nama diri tanya. Ayat ini juga
menerima partikel -kah dan merupakan ayat pasif. Pelajar itu malas merupakan subjek
manakala adakah merupakan predikat.

4) Amri hendak ke manakah?

Ayat ini menerima partikel tanya -kah di hujung ayat, iaitu manakah. Amri pula
merupakan subjek manakala masuk hopitalkah merupakan predikat.

5) Bagaimanakah Ikram jawab soalan itu?

Ayat ini merupakan ayat tanya yang mengandungi kata tanya, iaitu bagaimanakah.
Ayat ini mengalami proses pendepanan dan menerima partikel -kah. Jawab soalan itu
merupakan subjek manakala bagaimanakah merupakan predikat.

2.3 Ayat Perintah

Ayat perintah merupakan ayat yang memainkan peranan sebagai ayat yang menimbulkan
sesuatu tindakan. Di samping itu, di dalam Ayat Perintah terdapat berbagai jenis, iaitu ayat
suruhan, ayat larangan, ayat silaan, dan ayat permintaan.

Contoh dan analisis ayat :

4
1) Awak makanlah ayam itu dahulu.

Awak merupakan subjek manakala makanlah ayam itu dahulu merupakan predikat.
Subjek dalam ayat ini merupakan kata ganti nama diri orang kedua, iaitu awak.

2) Janganlah kau makan di Restauran Amjal.

Ayat di atas menerima partikel -lah. Kau makan di Restauran Amjal merupakan subjek
manakala janganlah merupakan predikat. Ayat ini juga mengandungi kata ganti nama
orang kedua, iaitu kau.

3) Sila pergi ke kowaris.

Ayat Perintah di atas adalah yang menjemput dan mempersilakan seseorang melakukan
sesuatu perkara dan ia diklasifikasikan sebagai ayat silaan. Selanjutnya, kebiasaannya
ayat silaan juga menggunakan kata silaan seperti di dalam ayat di atas adalah
perkataan sila. Ayat ini dikategorikan sebagai ayat silaan. Ayat ini juga mempunyai
susunan kata yang menepati aspek-aspek tatabahasa.

4) Jemputlah ke bilik saya.

Ayat di atas merupakan ayat perintah jenis ayat silaan. Oleh itu, perkataan Jemput di
dalam ayat tersebut memainkan peranan untuk menjemput seseorang untuk melakukan
sesuatu perkara.

5) Minta pelajar-pelajar Kelas C8 pergi ke Dewan Zaba.

Ayat Perintah di atas merupakan ayat permintaan. Ayat permintaan merupakan ayat
yang bertindak untuk memohon permintaan dan pertolongan. Perkataan Minta di dalam
ayat tersebut merujuk kepada ayat permintaan untuk meminta pelajar-pelajar C8 pergi
ke Dewan Zaba.. Minta pelajar-pelajar Kelas C8 merupakan predikat manakala pergi
ke Dewan Zaba merupakan subjek.

5
2.4 Ayat Seruan

Ayat seruan merupakan ayat yang digunakan untuk melahirkan sesuatu perasaan seperti takut,
marah, gembira, sakit, benci, dan sebagainya. Seterusnya, setiap bahagian akhir ayat seruan
perlu di akhiri dengan tanda seruan “!”. Selain itu, ayat seruan juga didahului oleh kata seru
seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.

Contoh dan analisis ayat :

1) Wah, cantiknya isteri awak!

Di dalam ayat ini, terdapat frasa nama dan frasa adjektif dalam. Di akhir ayat tanda seru
juga digunakan bagi menunjukkan penekanan.

2) Cis, berani sungguh awak!

Ayat ini pula menunjukkan perasaan marah. Kata seru yang dipilih bersesuaian dengan
situasi. Tanda seru diletakkan pada akhir ayat.

3) Amboi, sombongnya pelajar bernama Rasul!

Terdapat frasa nama yang digunakan, iaitu Rasul dalam ayat ini. Tanda seru juga
digunakan pada akhir ayat. Dengan ini pemilihan tanda seru bertetapan dengan ayat.

4) eh, awak terpilih untuk ke sekolah itu!

Di dalam ayat ini, eh merupakan kata seru yang digunakan di dalam ayat. Dengan ini,
Kata seru yang dipilih bersesuaian dengan situasi. Tanda seru diletakkan pada akhir
ayat.

5) Rasul lupa bawa buku hari ini!

Kata seru diletakkan pada akhir ayat. Hanya frasa nama sahaja digunakan. Namun
begitu ia mempunyai maksud yang menunjukkan penekanan persaan dibelakang.

6
3.0 Ragam Ayat

3.1 Ayat Aktif

Ayat aktif adalah ayat yang menekankan atau mengutamakan si pelaku ataupun si pembuat
sebagai subjek. Di samping itu ayatnya mengandungi kata kerja yang berawalan MeN- (me-,
mem-, men-, menge-, dan meny-). Oleh itu, si pelaku ataupun subjek haruslah berada di
hadapan setiap ayat.

Contoh dan Analisis ayat :

1) Raimi menaiki kereta kancilnya.

Ayat di atas merupakan ayat aktif transitif. Berdasarkan ayat di atas Raimi adalah
subjek bagi ayat tersebut, perkataan menaiki bertindak sebagai kata kerja transitif dan
memerlukan objek, iaitu kereta kancilnya sebagai objek pelengkap. Pola yang
digunakan oleh ayat di atas Frasa Nama(FN)+Frasa Kerja(FK). Raimi bertindak sebagai
Frasa Nama manakala menaiki pula ialah Frasa Kerja.

2) Emak membeli seutas rantai emas.

Ayat di atas merupakan ayat aktif transitif. Berdasarkan ayat di atas Emak adalah
subjek bagi ayat tersebut, perkataan membeli bertindak sebagai kata kerja transitif dan
memerlukan objek, iaitu seuntas rantai emas sebagai objek pelengkap. Pola yang
digunakan oleh ayat di atas Frasa Nama(FN)+Frasa Kerja(FK). Emak bertindak sebagai
Frasa Nama manakala menaiki pula ialah Frasa Kerja.

3) Raihan dan Rais sedang berbual.

Ayat di atas merupakan ayat aktif tak transitif. Berdasarkan ayat di atas Raihan dan
Rais adalah subjek bagi ayat tersebut, perkataan berbual bertindak sebagai kata kerja
tak transitif dan tidak memerlukan objek sebagai pelengkap. Pola yang digunakan oleh
ayat di atas Frasa Nama(FN)+Frasa Kerja(FK). Raihan dan Rais bertindak sebagai
Frasa Nama manakala berbual pula ialah Frasa Kerja.

7
4) Hairul menghadiahkan isterinya sebuah jam tangan.

Ayat di atas merupakan ayat aktif transitif yang mengandungi kata kerja yang menerima
dua objek sebagai penyambut. Berdasarkan ayat di atas Hairul adalah subjek bagi ayat
tersebut, perkataan menghadiahkan bertindak sebagai kata kerja transitif memerlukan
objek sebagai pelengkap. Di dalam ayat ini isterinya ialah objek tepat manakala jam
tangan ialah objek sipi. Pola yang digunakan oleh ayat di atas Frasa Nama(FN)+Frasa
Kerja(FK). Hairul bertindak sebagai Frasa Nama manakala menghadiahkan pula ialah
Frasa Kerja.

5) Shafiq Rahim menendang bola itu.

Ayat di atas merupakan ayat aktif transitif. Berdasarkan ayat di atas Shafiq Rahim
adalah subjek bagi ayat tersebut, perkataan menendang bertindak sebagai kata kerja
transitif dan memerlukan objek, iaitu, bola itu sebagai objek pelengkap. Pola yang
digunakan oleh ayat di atas Frasa Nama(FN)+Frasa Kerja(FK). Shafiq Rahim bertindak
sebagai Frasa Nama manakala menendang pula ialah Frasa Kerja.

3.2 Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang mempunyai kata kerja yang namun di dalam ayat itu ia
mengutamakan objek sebagai unsur yang diterangkan. Di samping itu, Ia terbentuk daripada
ayat aktif transitif.

1) Telefon itu dicuri oleh Kamal kelmarin.

Ayat ini merupakan ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga. Telefon itu
merupakan subjek manakala dicuri oleh Kamal kelmarin merupakan predikat. Dicuri
oleh Kamal kelmarin merupakan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri ketiga
manakala kelmarin merupakan unsur keterangan. Oleh itu, Ayat ini menepati aspek-
aspek kegramatisan dan tatabahasa yang betul.

8
2) Surat itu harus anda hantarkan segera.

Ayat ini menepati aspek-aspek kegramatisan dan tatabahasa yang betul kerana ayat ini
merupakan ayat pasif dengan kata ganti nama diri kedua. Surat itu merupakan subjek
manakala harus awak hantarkan segera merupakan predikat. Harus anda siapkan
merupakan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri kedua manakala segera
merupakan unsur keterangan.

3) Pengemis itu kena pukul oleh samseng.

Ayat ini merupakan ayat pasif dengan perkataan kena sebelum kata kerja. Pengemis
itu merupakan subjek manakala kena pukul oleh samseng merupakan predikat.

4) Bukit itu belum saya daki lagi.

Ayat ini merupakan ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama. Bukit itu
merupakan subjek manakala belum saya daki lagi merupakan predikat. Belum saya
daki merupakan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama diri pertama manakala lagi
merupakan unsur keterangan. Ayat ini menepati aspek-aspek kegramatisan dan
tatabahasa yang betul.

5) Resipi masakan itu dicuba oleh Chef Amir kelmarin.

Ayat ini merupakan ayat pasif dengan kata ganti nama diri ketiga. Resipi masakan itu
merupakan subjek manakala dicuba oleh Chef Amir kelmarin merupakan predikat.
Dicuba oleh Chef Amir kelmarin merupakan frasa kerja pasif dengan kata ganti nama
diri ketiga manakala kelmarin merupakan unsur keterangan. Oleh itu, Ayat ini menepati
aspek-aspek kegramatisan dan tatabahasa yang betul.

9
4.0 Rumusan

Kesimpulanya, dengan ini jelaslah bahawa jenis ayat dan ragam ayat mempunyai ciri-cirinya
yang tersendiri. Hal ini dibuktikan melalui analisis yang dilakukan sepanjang penulisan tugasan
ini. Dari tugasan ini, saya telah membuat analisis bagi jenis ayat dan ragam ayat berdasarkan
ayat yang dibina. Jenis ayat terbahagi kepada empat, iaitu ayat penyata, ayat seruan, ayat
silaan, dan ayat perintah. Setiap jenis bahagian mempunyai cara dan cirinya yang tersendiri.

Selain itu, tugasan ini juga telah menganalisis mengenai ragam ayat yang terbahagi
kepada dua iaitu ayat aktif dan ayat pasif. Ragam ayat mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan
jika kegunaannya dipandang mudah maka kesannya akan menyebabkan sesebuah ayat
tersebut hilang kegramatisannya. Oleh itu semua individu perlu sedar akan peranan mereka
sendiri dalam mengatahui perkara ini. Mereka perlu mempraktikkan penulisan mahupun
penggunaan jenis ayat dan ragam ayat dengan betul dalam kehidupan seharian. Oleh itu kita
sebagai pemegang dan pejuang bahasa haruslah bertanggungjawab dalam memartabatkan
pengunaan bahasa yang betul.

10
5.0 Bibliografi

Asmah Haji Omar. (2015). Nahu Melayu Terakhir Edisi Kelima. Kuala

Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka

Ali Mahmood et al. (2007). Modul Pembelajaran Morfologi dan Sintaksis Bahasa   Melayu.

Kuala Lumpur: Open University Malaysia

Nik Safiah Karim. (et.al), 2015, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur. Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. (et.al), 2006, Sintaksis. Kuala Lumpur. PTS Professional.

Dr. Faridah binti Nazir, 2014, Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur. Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.

Noraien Mansor, Noor Rohana Mansor, 2013, Bahasa Melayu Realiti dan Harapan.
Terengganu. Penerbit UMT.

Awang Sariyan, 2015, Sintaksis Bahasa Melayu Bersumberkan Karya Sastera.

Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Din Senu. Kajian Linguistik. September 2010. Dicapai pada 21 Februari

2017. http://bahasamelayudnisenu.blogspot.com/2010/09/bidang-kajian-linguistik.html

Erik Riffaldy, ( 2017). Diperoleh daripada sumber

https://www.academia.edu/11180259/DEFINISI_SINTAKSIS_MENURUT_BEBERAPA_AHLI

11

You might also like