Analisis

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

1.

0 Pengenalan

Sebagai pengenalan serba sedikit bagi tugasan ini, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat di
mana ia menyatakan bahawa tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf-huruf
Jawi. Berikutnya, Tulisan Jawi juga dipanggil dan dikenali sebagai Yawi di kawasan Pattani. 
Di samping itu, huruf Jawi pula membawa maksud huruf Arab yang huruf ditambah dan
seterusnya digunakan untuk penulisan dalam bahasa Melayu. Pada zaman dahulu, tulisan jawi
amat penting kerana ia mempunyai banyak fungsi dan kegunaannya. Kebanyakan kitab atau
pun penulisan buku-buku, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan perjanjian yang ditulis dan
dicetakkan pada masa itu telah menggunakan tulisan jawi secara keseluruhannya.

Selanjutnya Dari segi penggunaannya pula, tulisan Jawi dahulunya adalah abjad piawai di
dalam bahasa Melayu namun ia sudah digantikan oleh abjad tulisan Rumi. Oleh yang demikian,
penggunaan penulisan Jawi hanya terhad atas kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Di
samping itu, penulisan Jawi seharian juga dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki
masyarakat Melayu yang lebih konservatif. Sebagai contoh, Sulu di Filipina, Pattani di Thailand,
Kelantan di Malaysia dan beberapa petempatan Melayu di Indonesia. 

1
2.0 Analisis Rencana

2.1 Ejaan Tradisi

Ejaan Tradisi ialah ejaan yang menggunakan kaedah baris. Namun yang demikian baris
yang digunakan telah digugurkan.

Contoh analisis suku Ejaan Tradisi dari rencana :

Rumi Jawi
 ada 
‫اد‬
Kepada
‫كڤد‬
Pada
‫ڤد‬

2.2 Ejaan Lazim

2.2.1 SUKU KATA TERBUKA+TERBUKA

Suku kata terbuka + terbuka ialah perkataan yang mengandungi suku kata yang dieja
mengikut pola a a sebagai contoh “ jala “. Hal ini kerana kedua-dua suku kata bagi
perkataan tersebut berakhir dengan huruf a. Selanjutnya, perkataan yang terlibat
selalunya perkataan yang terbentuk daripada dua suku kata. Setiap daripada suku kata
tersebut yang menerima pola (a-a) haruslah tidak disertakan dengan alif dihujungnya
dalam ejaan jawi. Namun yang demikian huruf alif akan hadir apabila perkataan tersebut
berakhir dengan ( ‫ ) ر د و ل ڠ‬.

Contoh analisis suku kata terbuka+terbuka dari rencana :

2
Rumi Jawi
Gaya ‫ݢاى‬
Sama ‫سام‬
Mahu ‫ماهو‬
Kaki ‫كاكي‬
Muda ‫مودا‬
Hari ‫هاري‬
Laju ‫الخو‬
Bagi ‫باجي‬

2.2.2 SUKU KATA TERTUTUP + TERBUKA

Suku kata terbuka + tertutup ialah perkataan yang ditulis berpandukan suku kata yang
menggunakan padanan huruf. Cara penulisan perkataan tersebut juga ditulis secara
tidak menggunakan kesemua huruf sebaliknya hanya huruf yang sesuai dengan
bunyinya sahaja yang digunakan. Selain itu, jumlah huruf di dalam satu suku kata
perkataan itu juga lebih daripada dua.

Contoh analisis suku kata tertutup + terbuka dari rencana :

Rumi Jawi
Pasti ‫ڤستي‬
Retro ‫ريترو‬

2.2.3 SUKU KATA TERBUKA + TERTUTUP

Suku kata terbuka + tertutup ialah perkataan yang suku kata akhir ditulis secara
berpandukan kaedah padanan huruf. Kebiasaannya perkataannya mempunyai jumlah
perkataan yang lebih daripada dua bagi setiap suku kata di samping ia ditulis secara
mengikut kesesuaian bunyi dan tidak mengambil setiap huruf untuk ditulis.

3
Contoh analisis suku kata tertutup + tertutup dari rencana :

Rumi Jawi
Wajib ‫واجب‬
Bukan ‫بوكن‬
Kasut ‫كاسوت‬
Hidup ‫هيدوڤ‬
Lebih ‫لبيه‬
Boleh ‫بوليه‬
Kesan ‫كسن‬
Tunai ‫توناي‬

2.2.4 SUKU KATA TERTUTUP + TERTUTUP

Suku kata tertutup + tertutup ialah perkataan yang kedua-duan suku katanya ditulis
secara berpandukan kaedah padanan huruf. Perkataan ini lebih kurang dengan Suku
kata terbuka + tertutup kerana kebiasaannya mempunyai jumlah perkataan yang lebih
daripada dua bagi setiap suku kata di samping ia ditulis secara mengikut kesesuaian
bunyi dan tidak mengambil setiap huruf untuk ditulis. Namun yang membezakannya
hanyalah kedua-dua suku kata tersebut berbentuk tertutup.

Contoh analisis suku kata tertutup + tertutup dari rencana :

Rumi Jawi
Tempat ‫تمڤت‬

2.3 Ejaan Mengikut Hukum

2.3.1 DARLONG
Apabila perkataan tertentu yang mempunyai dua suku kata terbuka a a atau perkataan
yang mempunyai tiga suku kata atau lebih tetapi dua suku kata akhirnya adalah terbuka
a a maka hukum darling akan terjadi. Di samping itu, perkara yang paling penting di
dalam hukum ini adalah apabila perkataan tersebut diakhiri dengan huruf dal (‫ )د‬, ra (‫ )ر‬,

4
lam (‫ )ل‬, wau (‫ )و‬atau dal (‫)ڠ‬. Oleh itu, huruf alif (‫ )ا‬hendaklah ditambah selepas huruf-
huruf tersebut.

Contoh analisis hukum darlong dari rencana :

Rumi Jawi
Muda ‫مودا‬
Juara ‫جوارا‬
Negara ‫نجارا‬
Manakala ‫مانكاال‬

2.3.2 BUKAN DARLONG


Hukum bukan darlung mempunyai syarat yang sama seperti hukum darlung, namun
suku kata di akhir akan dimulai dengan salah satu huruf selain daripada huruf dal, ra,
lam, wau, dan nga. Selanjutnya, berdasarkan hukum ini, huruf alif tidak diletakkan pada
akhir kata kecuali jika berlaku homograf untuk mengelakkan berlaku kekeliruan.

Contoh analisis hukum bukan darlong dari rencana :

Rumi Jawi
Sama ‫سام‬
Gaya ‫جاي‬
Rata ‫رات‬

2.3.5 HUKUM KA DAN GA (‫)ك & ڬ‬

Kehadiran alif dalam sistem ejaan jawi tidak diperlukan di dalam hukum ka dan ga (& ‫ك‬
‫)ڬ‬. Namun yang demikian. kata dua suku kata yang suku kata pertamanya berbunyi [e]
pepet dan juga kata serapan daripada bahasa asing boleh terkecuali daripada hukum
ini. Oleh itu perkataan tersebut dieja dengan huruf vokal alif diakhirnya, iaitu sebagai
contoh etika dan tropika.

Contoh analisis hukum ka dan ga (‫ )ك & ڬ‬dari rencana :

5
Rumi Jawi
Ketika ‫كتيك‬

2.4 Kaedah Ejaan

2.4.1 KATA GANDA

Kata ganda ialah kata yang mengalami perulangan kata dasar. Kata ganda terbahagi
kepada tiga jenis iaitu kata ulang, kata berirama dan kata ganda berimbuhan.
Seterusnya setiap jenis kata ganda ini mempunyai cara penulisannya yang tesrsendiri.
Bagi kata ulang penuh, cara ejaannya hendaklah ditulis dengan angka dua sahaja. Kata
ganda berirama pula hendaklah ditulis dengan menggunakan tanda sempang (-) sama
juga seperti kata ganda berimbuhan yang ditulis dengan menggunakan tanda sempang
(-).

Contoh analisis kata ganda dari rencana :

Jenis Rumi Jawi


Kata Ganda Ulang penari-penari
‫ڤناري‬-‫ڤناري‬
Penuh

Kata Ganda Ulang majlis-majlis


‫مجليس‬-‫مجليس‬
Penuh

2.4.4 AKHIRAN HURUF-K

Perkataan yang mempunyai akhiran-k kebiasaan ejaannya dalam rumi bergantung


kepada perkataan asal tersebut. Hal ini kerana, huruf yang digunakan untuk
menggantikan huruf k itu adalah huruf ‫ ق‬sekiranya perkataan tersebut merupakan
perkataan dari bahasa Melayu. Berbeza sedikit apabila perkataan yang berasal daripada

6
bahasa Inggeris kerana huruf ‫ ك‬digunakan bagi menggantikan k bahasa Arab pula huruf
yang digunakan ialah ‫ ع‬,‫ ق‬,‫ك‬dan ‫ ء‬.

Contoh analisis akhiran huruf-k dari rencana :

Rumi Jawi
 kehendak  ‫كهندق‬

2.4.5 IMBUHAN AKHIRAN -AN

Terdapat kaedah ejaan yang tesendiri bagi perkataan yang mempunyai akhiran-an. Oleh
itu, Terdapat tiga cara ejaan, iaitu :

 dengan menggunakan alif nun (‫)ان‬


 hamzah nun (‫)ءن‬
 nun ( ‫)ن‬.

Di samping itu, Setiap kata dasar yang diakhiri huruf alif atau bunyi (a) hendaklah
dimasukkan imbuhan ‫ ءن‬dan setiap kata dasar yang diakhiri dengan huruf wau atau
bunyi (au) hendaklah dimasukkan imbuhan ‫ان‬. Berikutnya, bagi perkataan lain yang
diakhiri selain dengan huruf wau dan alif hendaklah diakhiri dengan nun sahaja.

Contoh analisis imbuhan akhiran- an dari rencana :

Rumi Jawi
Harian ‫هارين‬
Merupakan ‫مروڤاكن‬
Penampilan ‫ڤنمڤيلن‬
Menawarkan ‫مناوركن‬
 Menggabungkan ‫مڠڬابوڠكن‬
Keselesaan ‫كسلسأن‬

7
2.2.6 DIFTONG

Diftong pula bermakna gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata
akibat berlakunya geluncuran di antara dua huruf, seperti ai, au dan oi. Berikutnya,
diftong boleh terletak di awal perkataan,di tengah perkataan dan di akhir perkataan.
Namun demikian, Huruf hamzah hanya dapat dihadirkan bagi diftong di awal perkataan.
Huruf hamzah tidak dihadirkan bagi diftong di tengah, dan hujung perkataan bagi suku
kata tertutup.

Contoh analisis imbuhan diftong dari rencana :

Rumi Jawi
pelbagai ‫ڤلباڬاي‬
Tunai ‫توناي‬
2.4.7 SATU SUKU KATA

Kehadiran huruf alif tidak diperlukan di dalam ejaan perkataan yang mempunyai satu
suku kata tidak kiralah perkataan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris. Namun
demikian, setiap perkataan yang bermula dengan huruf ‫ و‬perlu dihadirkan huruf alif di
dalam ejaanya.. Sebagai contoh “ wang “ yang dieja di dalam jawi sebagai ‫واڠ‬.

Contoh analisis imbuhan satu suku kata dari rencana :

Rumi Jawi
yang ‫يڠ‬
dan  ‫دان‬

8
3.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, melalui tugasan ini, kita dapat mempelajari dan mengkaji pelabagai ilmu
baharu mengenai ejaan jawi. Dengan adanya penterjemahan rencana rumi ke jawi maka segala
kemahiran perlu dikeluarkan dan dipelari. Walaupun mengalami banyak kesukaran dalam
menghasilkan penterjamahan sistem ejaan tersebut, namun dari segi positifnya, ia dapat
membantu saya untuk mengingat kembali segala kemahiran yang dipelajari di sekolah dahulu.

Seterusnya, tugusan kali ini juga telah membantu untuk saya membanding bezakan
tentang setiap cara dan hukum yang ada di dalam ejaan jawi. Melalui proses ini,juga, ia dapat
membantu untuk menulis dan mengeja sesuatu perkataan di dalam sistem jawi dengan tepat
dan betul. Oleh yang demikian, berdasarkan rencana yang dikaji, terdapat banyak perkara yang
dapat dipelajari dan boleh dipratikkan di dalam penulisan jawi seharian kita.

9
4.0 Bibliografi

Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan Bahasa : Sejarah Aksara Jawi. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Che Siah Che Man. (2006). Pendekatan Pengajaran Jawi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka .

Chye, T. B. (2009). Cerdik Jawi. Selangor: Cerdik Publication Sdn. Bhd.

Mastura Mohamed Berawi. (2015). Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Mazura Sulaiman. (2015). Graha Bahasa Melayu . Bandar Baru Bangi, Selangor: Pelangi
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

10
Sistem Tulisan Jawi Moden berdasarkan akhbar Utusan Melayu. (2010, April 2). Diakses pada
Mac 3, 2017, from Kaedah pengejaan Jawi: http://ilmu-osmaismail.my/2010/04/sistem-
tulisan-jawi-sistem-ejaan-jawi.html

Lampiran

11

You might also like