Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Perbezaan membunyikan huruf vokal:

-Terdapat empat vokal depan dalam bahasa Melayu iaitu [i], [e], dan [a]
manakala tiga Vokal belakang iaitu [u], [o]
dan satu vokal tengah, iaitu [ə]

SIFAT-SIFAT BUNYI VOKAL:


-Bunyi-bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika
menghasilkannya udara dari paru-paru keluar berterusan melalui rongga tekak dan
rongga mulut tanpa mendapatkan sebarang sekatan atau geseran. Dengan kata lain
bunyi-bunyi vokal mempunyai ciri-ciri seperti bersuara, udara keluar dari paru-paru
berterusan dan udara keluar tanpa sekatan atau geseran.

PERUBAHAN ALAT ARTIKULASI SEMASA MEMBUNYIKAN VOKAL:


1)Vokal depan sempit [i]. cara membunyikannya:
. Keadaan bibir hampar
. Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah lelangit keras tetapi tidak
sampai
menyentuh lelangit keras
. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara
tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari paru-paru keluar ke rongga hidung Pita
suara digerakkan.

2)Vokal depan separuh sempit [e]. cara membunyikannya:


· Keadaan bibir hampar
· Depan lidah dinaikkan setinggi yang mungkin ke arah gigi gusi
· Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga
· hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung Udara dari
· paru-paru keluar ke rongga hidung.
. Pita suara digerarkan

3) Vokal depan separuh luas atau lapang [ε]. Cara membunyikannya:


. Keadaan bibir hampar
. Depan lidah dinaikkan separuh rendah ke arah gusi
. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara
tidak keluar melalui rongga hidung
. Udara dari paru-paru keluar dari rongga mulut
. Pita suara digetarkan.

4)Vokal depan luas atau lapang [a]. Cara membunyikannya:


. Keadaan bibir hampar
. Depan lidah diturunkan serendah mungkin
. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara
tidak keluar melalui rongga hidung
. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
. Pita suara digetarkan

5) Vokal belakang sempit [u]. Cara membunyikannya:


. Keadaan bibir hampar
. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak
sampai
menyentuh lelangit lembut
. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara
tidak keluar melalui rongga hidung.
. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
. Pita suara digetarkan.

6) Vokal belakang separuh sempit [o]. Cara membunyikannya:


. Keadaan bibir hampar
. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai
menyentuh lelangit lembut
. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya
udara
tidak keluar melalui rongga hidung
. Udara dari paru-paru ke luar ke rongga mulut
. Pita suara digetarkan

7) Jadual kedudukan artikulasi huruf vokal

You might also like