Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGHASILAN AKADEMIK

Pengenalan

Menurut Faiznul Fauzi,Kurikulum Standard PraSekolah Kebangsaan 2010 (KSPK)


Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan potensi kanak-kanak berumur empat
hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat, menyuburkan serta
aktiviti yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan
kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri
kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran sedia ada dan bersedia untuk
menangani cabaran dan tanggungjawab di sekolah rendah kelak

a)

Sebelum wujudnya Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak (2008), di


negara Malaysia telah terdapat Akta Taman Asuhan Kanak-kanak (Akta TASKA 1984) - juga
dikenali sebagai Akta 308. Akta ini mewajibkan semua TASKA didaftarkan di bawah Jabatan
Kebajikan Masyarakat Malaysia untuk tujuan pemantauan kualiti dan bantuan khidmat
perundingan dan latihan. Semua pihak yang ingin membuka TASKA atau yang berminat
menjadi pengasuh di TASKA diwajibkan mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak
(KAAK). Selain itu, terdapat pula Akta Kanak-kanak 2001 dan pindaan 2011 (yang
dinamakan Akta 611). Akta ini dibentuk sehaluan dengan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu mengenai Hak Asasi Kanak-kanak (CRC) yang ditandatangi oleh negara
Malaysia pada tahun 1995. Akta 611 menyatakan dengan jelas hak kanak-kanak untuk
mendapat pendidikan yang berkualiti, selain daripada hak untuk mendapat penjagaan dan
perlindungan daripada ibu bapa/penjaga atau negara daripada kemiskinan, penderaan,
pengabaian dan eksploitasi, dan hak untuk bersuara.Dasar Asuhan Dan Didikan Awal
Kanak-Kanak Kebangsaan 2008.Dasar Asuhan dan Didikan Awal Kanak-kanak Kebangsaan
ialah dasar yang komprehensif bagi memastikan perkembangan yang holistik bagi semua
kanak-kanak dari lahir hingga 4 tahun. Ia menjadi asas kukuh kepada pembangunan potensi
kanak-kanak berlandaskan acuan Malaysia. Dasar ini adalah pengukuh serta pelengkap
kepada Dasar Pendidikan Kebangsaan sedia ada.".
Di Malaysia Konsep pendidikan awal kanak-kanak di Malaysia adalah mengikut dua
peringkat berdasarkan tahap umur kanak-kanak. Peringkat yang pertama ialah Taman
Asuhan Kanak-kanak atau Taska untuk kanak-kanak yang bawah 4 tahun. Peringkat kedua
ialah Prasekolah atau Tadika untuk kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika
adalah sebenarnya akronim untuk Taman Didikan Kanak-kanak. Untuk Jabatan Kemajuan
Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan, mereka menamakan program awal kanak-
kanak mereka sebagai Taman Bimbingan Kanak-kanak atau pun Tabika secara
ringkas.Oleh itu, Pendidikan Prasekolah adalah satu program yang menyediakan
pengalaman pembelajaran kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun dalam jangka masa
satu tahun sebelum masuk ke Tahun Satu di sekolah formal,

Kanak-kanak merupakan modal insan yang penting kepada sesebuah negara. Modal insan
dapat dibangunkan kepada tahap optimum melalui penyediaan persekitaran yang selamat
dan kondusif. Sehubungan itu, perlindungan kepada kanak-kanak daripada pengabaian,
penderaan, keganasan dan eksploitasi adalah salah satu aspek penting dan hendaklah
diberikan keutamaan.Perhimbunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 20
November 1989 telah menerima pakai Konvensyen Hak Kanak-Kanak telah memberi
perlindungan kepada kanak-kanak di dunia. berdasarkan dokumen ini, kanak-kanak adalah
diberikan perlindungan dari segi pengabaian, penderaan, eksploitasi dan mempunyai hak-
hak tertentu. Malaysia telah menerima pakai konvensyen tersebut.

Hak Kanak-Kanak terdiripada hak Kehidupan,hak Perlindungan,hak Perkembangan dan


hak Penyertaan. Hak Kehidupannya adalah Kanak-kanak mempunyai hak untuk mendapat
keperluan asas seperti makanan, air bersih, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan. Ibu
bapa atau penjaga kanak-kanak bertanggungjawab memastikan kanak-kanak untuk hidup
dipenuhi. Hak perlindungannya ditakrifkan sebagai kanak-kanak merangkumi perlindungan
diskriminasi, penderaan, penderaan dan pengabaian. Ibu bapa atau penjaga mesti memberi
penjagaan dan perlindungan kepada kanak-kanak.Hak Perkembangannya pula ibu bapa
keluarga kembangan atau penjaga bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak
berkembang dari aspek jasmani, mental, emosi, kerohanian, moral dan sosial. Pendidikan
harus diberi kepada kanak-kanak untuk mereka berkembang kepada kanak-kanak
berdasarkan keupayaan mereka.Hak Penyertaan pula Kanak-kanak juga diberi kebebasan
untuk bersuara, memberi pendapat, bergaul dan bermain dengan rakan sebaya. Pandangan
dan pendapat mereka berkaitan hal ehwal kanak-kanak harus didengar dan diguna. Mereka
juga berhak untuk menyertai aktiviti atau persatuan kelab.
Salah satu Akta kanak-kanak yang yang terdapat di Malaysia adalah akta 550 iaitu Akta
Pendidikan 1996. Iaitu merupakan suatu akta untuk mengadakan peruntukan bagi
pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Tadika yang hendak
ditubuhkan mestilah mematuhi akta ini dan akta ini bertujuan untuk melindungi hak murid-
penjaga,pengusaha dan menjamin kualiti perkhidmatan.Pihak akan didakwa di mahkamah
sekiranya melanggar akta dan peraturan.Akta yang seterusnya adalah Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak yang dikenali sebagai Akta 308.Akta ini merupakan akta yang termaktub
dalam undang-undang Malaysia dan semua taman asuhan asuhan kanak-kanak perlu
tertakluk kepada Akta ini.Seseorang itu boleh didakwa di mahkamah sekiranya tidak
mematuhi Akta kerana garis panduan untuk pendaftaran,pengawalan dan pemantauan
perlulah dipatuhi.Akta ini telah ditubuhkan untuk menjamin kualiti perkhidmatan kanak-kanak
dan melindungi hak murid,penjaga,pengusahs.Akta kanak-kanak iaitu akta 611 telah
dikuatkuasakan pada 1 Ogos 2002 di negara Malaysia.Akta ini merupakan suatu ata yang
meminda,menyatukan dan memasukan peruntukan-peruntukan baru(gabungan)daripada 3
akta.Akta ini telah ditubuhkan bertujuan untuk memberi perlindugan kepada
kanak,menangani masalah remaja yang terlibat dengan jenayah dan dapat menangani
masalah remaja bagi kegiatan maksiat yang tidak terkawal.

b)

Tokoh-tokoh Islam yang terdapat dalam perkembangan pendidikan awal kanak-kanak


adalah Al-Jauzi,Imam Al Ghazali,Ibu Khaldun dan Ibnu Sina.Menurut falsafah dan
pandangan Imam Al-Ghazali,anak-anak ialah tanggungjawab ibu-bapa.Jika kanak-kanak
dibesarkan dalam tingkah laku yang baik,mereka akan membesar dalam persekitaran yang
baik dan menjadi manusia yang baik.Menurut Imam Al-Ghazali(1996) bersetuju dengan
pendapat yang mengatakan bahawa anak merupakan amanah Allah S.W.T. kepada ibu-
bapa dan kaedah pengajaran ialah berperingkat dari tingkah laku dan bacaan.Imam Al
Ghazali juga menekankan aspek bermain kerana tabiat kanak-kanak,membina tubuh yang
kecil dan menguatkan supaya kanak-kanak gembira.Selain itu dari segi pandangan Ibu
Khaldun pula.dalam ilmu pendidikan ,beliau amat menegaskan mengenai persediaan untuk
belajar,pemerhatian,motivasi,berusaha,pengukuhan,perbezaan individu dan latihan.Kanak-
kanak jangn dibebankan dengan perkara-perkara yang di luar kemampuan mereka kerana
ini boleh menyebabkan mereka tidak mahu belajar.Beliau mencadangkan kanak-kanak di
peringkat prasekolah hendaklan diberi contoh-contoh konkrit,Selain itu jadual pembelajaran
harus disusun dengan baik supaya kanak-kanak dapat memahami.Kanak-kanak perlu
dibentuk dengan kasih-sayang,lemah lembut dan masa belajar juga jangan terlalu panjang
kerana menyebabkan kanak-kanak lupa.Menurut pandangn Ibnu Sina pula beliau
berpendapat ilmu pengetahuan kanak-kanak adalah berdasarkan pengalaman mereka dan
kanak-kanak mempunyai tahap pemikiran yang berbeza-beza mengikut kemampuan
intelektual masing-masing.Oleh itu mereka perlu dididik mengikut perkembangan mental
dan fizikal.Yang akhirnya adalah tokoh Al Jauzi.Menurut falsafah dan pandangan
beliau,guru perlulah menasihati anak-anak supaya sentiasa bersabar dalam mencari ilmu
dan sentiasa menjaga kehormatan diri.Beliau menjadika dirinya sebagai contoh tauladan
kepada anak-anak dan beliau menceritakan kepada mereka bahawa beliau menggunakan
wang dan hartanya untuk membeli buku dan menimba ilmu.Baginya,setiap ibu-bapa akan
berasa bangga jika anak-anaknya sanggup mengelilingi dunia dan bagi beliau anak-anak
pelru dididik supaya bersabar dalam menimba ilmu

Menurut pandangan tokoh barat Reggio Emilia beliau merupakan falsafah pendidikan
yang memberi tumpuan kepada pendidikan prasekolah dan sekolah rendah.Beliau
berpendapat ibu bapa percaya, kanak-kanak memerlukan pendidikan yang baru iaitu
pendekatan yang cepat untuk mengajar anak-anak mereka. Ibu bapa juga menganggap
bahawa pembangunan awal kanak-kanak ialah untuk membentuk diri mereka sebagai
individu. Menurut pandangan Maria Montesorri Approach kanak-kanak lebih mudah belajar
jika mereka diberi peluang untuk berinteraksi dengan persekitaran di mana mereka berada,
serta dengan bahan-bahan manipulatif yang dibekalkan. Kanak-kanak ini juga lebih
digalakkan untuk berbuat demikian tanpa bantuan orang dewasa. Prinsip kedua ialah kanak-
kanak berupaya untuk mengajar diri mereka sendiri. Tokoh barat yang seterusnya adalah
Friedrich Frobel. Menurut beliau, “kanak-kanak umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik
umpama tukang kebun, kindergarten pula ialah taman untuk kanak-kanak. Oleh itu, kanak-
kanak perlu berlajar dalam persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang
melalui bermain”. Tokoh seterusnya adalah Johann Heinrich Pestalozzi (1746-1827).Beliau
percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada pengalaman-pengalaman deria. Ini
kerana, melalui pengalaman itu, kanak-kanak boleh mencapai potensi mereka yang
semulajadi. Di samping itu, beliau percaya bahawa pengajaran boleh dibentuk berdasarkan
objek. Membilang, mengukur, merasa dan menyentuh adalah merupakan konsep yang
terbaik dalam pembelajaran dengan menggunakan semua deria yang ada.Tokoh yang
seterusnya adalah John Locke. Menurut John Lock, seluruh pengetahuan bersumber
daripada pengalaman manusia. Pandangan ini dapat digambar dengan gambaran
empirisme yang mana ianya menolak pendapat kaum rasional yang mengatakan sumber
pengetahuan manusia yang terutama berasal dari rasio atau fikiran manusia itu sendiri.
Meskipun demikian, rasio dan fikiran juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan
pengetahuan. Dengan demikian, Locke berpendapat bahawa fikiran dan rasio sesorang itu
masih belum berfungsi selagi ia belum melalui sebuah pengalaman. l sensation) dan
pengalaman batiniah (internal sense atau reflection). Pengalaman lahiriah adalah
pengalaman yang menangkap aktiviti indera yaitu segala aktiviti material yang berhubungan
dengan pancaindra manusia. Kemudian pengalaman batiniah terjadi ketika manusia
memiliki kesadaran terhadap aktivitinya sendiri dengan cara mengingat, menghendaki,
menyakini, dan sebagainya.Tokoh yang seterusnya adalah Plato percaya bahawa idea
merupakan realiti yang sebenarnya daripada segala perkara yang lain dan ia dapat di kenal
melalui pancaindera yang berfungsi untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya .
subjektif merupakan sesuatu yang tercipta oleh daya fikiran manusia dan kebenaran itu
adalah sesuatu perkara yang bergantung kepada daya fikir manusia. Menurut Plato,
pendidikan sangat diperlukan, baik bagi dirinya sendiri individu maupun sebagai warga
negara. Negara wajib memberikan pendidikan kepada setiap warga negaranya. Namun
demikian, setiap pelajar prasekolah didik harus diberikan kebebasan untuk mengikuti ilmu
sesuai dengan bakat, minat, dan kemampuan masing-masing sesuai dengan jenjangnya,
sehingga pendidikan itu sendiri akan memberikan dampak dan perubahan bagi kehidupan
pribadi, bangsa dan negara.

c)

Pendidikan Awal Kanak-kanak di Malaysia menerapkan nilai-nilai murni supaya kanak-


kanak dapat menghayati dan mengamalkannya sejak kecil malah pendidikan awal kanak-
kanak di luar negara menekankan pembentukan individu menekankan perkembangan
intelektual secara umum terhadap sesuatu subjek.Cara pengambilan kanak-kanak di
Malaysia adalah PERMATA hanya menerima kanak-kanak yang berwarganera
Malaysia.Kanak-kanak di PERMATA diambil daripada kanak-kanak yang sihat tubuh badan
saha dan ia bukan mengalami masalah penyakit kornik atau kekerangan upaya malah cara
pengambilan kanak-kanak di luar negara adalah HEAD START membolehkan semua
warganegara memasuki sekolah tetapi dengan syarat penduduk yang bukan warganegara
mestilah tinggal di USA melebihi 5 hingga 6 tahun dan Head Start yang hanya mengambil
pelajar yang kurang upaya untuk didedahkan dengan pembelajaran yang bergunaTahap
umur kanak-kanak yang belajar di prasekolah Malaysia adalah PERMATA adalah bermula
daripada 0 hingga 4 tahun, prasekolah adalah 5-6 tahun,aska adalah antara 2-4 tahun dan
tadika adalah antara 4-6 tahun manakala tahap umur kanak-kanak yang belajar di
prasekolah di luar negara pula HEAD START adalah kanak-kanak bermula daripada 3
hingga 6 tahun. Montessori adalah kanak-kanak berumur daripada 2-4 tahun dan Regio
Emillio adalah kanak-kanak antara 3-6 tahun.Seterusnya syarat pengambilan kanak-kanak
di Malaysia adalah mengikut PERMATA pengambilan kanak-kanak mestilah dari keluarga
yang berpendapatan rendah manakala HEAD START mengambil kanak-kanak terbiar di luar
untuk menjamin masa depan mereka.Program-program yang ditawarkan di Malaysia adalah
TADIKA,TABIKA,TASKA,PAST,KEMAS dan PERMATA malah program-progran yang
ditawarkan di luar negara adalah Head Start,Sure Start,Pendekatan Regio Emilio, Model
Montessori,High scope dan Frobelian.Manakala persamaanya adalah pendidikan awal
kanak-kanak di Malaysia dengan luar negara adalah kanak-kanak tersebut akan terus
berjaya dalam pendidikan yang akan dilalui pada peringkat yang lebih tinggi dan
memastikan kanak-kanak yang ada di negara Malaysia dengan luar negara memperolehi
pendidikan yang secukupnya selaras dengan perkembangan minda dan usia mereka.

d)

Transisi merupakan satu proses perubahan yang berlaku dari satu keadaan kepada satu
keadaan yang lain. Transisi taska ke prasekolah adalah bertujuan untuk membantu kanak-
kanak menghadapi perubahan dari taska dengan sistem pendidikan yang tidak formal dari
keluarga ke tadika atau prasekolah.

Tujuan program transisi adalah kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan


persekitaran, guru-guru dan kawan baru serta pendekatan yang lebih formal di Tahun
Satu.Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani
kanak-kanak secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran
secara formal di Tahun Satu. Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang
ke prasekolah tanpa banyak masalah.Antara peranan guru prasekolah adalah membantu
kanak-kanak menyesuaikan diri dengan rakan dan persekitaran yang baru di prasekolah,
menangani perbezaan murid yang datang dari latar belakang dan pengalaman yang
berbeza dengan memberi layanan yang sesuai dan sebagainya. Program ini dilaksanakan
dalam tempoh 3 bulan. Adalah diharapkan kanak-kanak yang datang dari pelbagai latar
belakang sosio ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan
bersedia meneruskan pembelajaran secara formal.

Contoh program transisi yang dapat dilakukan di prasekolah adalah program transisi
prasekolah ke tahun satu. Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu
programyang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripadapendidikan
tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formaldi Tahun Satu sekolah
rendah. Dalam masa yang sama program ini jugadapat memastikan agar semua murid
Tahun Satu yang datangnya dari latarbelakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang
berbeza akan dapatmemulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian
yang hampir sama.

Tujuan Program Transisi Prasekolah ke tahun satu adalah murid-murid dapat


menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru- guru dan kawan-kawan baru dalam masa
yang singkat. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohaniandan
jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan prosespengajaran dan
pembelajaran secara formal di Tahun1 dan dapat meningkatkan minat dan semangat murid
untuk datang ke sekolahtanpa banyak masalah..Objektif program ini adalah kanak-kanak
dapat mengembangkan sosio emosi dan menyesuaikan diri kepadapersekitaran
pembelajaran yang formal,memperolehi pengetahuan dan kemahiran asas mengikut
sukatanpelajaran Tahun1,mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama
untukmemudahkan proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya dalam tahun 1.

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, pendidikan awal adalah sangat penting dan harus dimulakan sejak
kelahiran kanak-kanak itu. Kita harus ingat bahawa kanak-kanak ialah pemangkin sesebuah
negara dan ketua atau pemimpin masa hadapan. Justeru, sikap, minda dan kebolehan
generasi muda ini yang positif harus dibentuk sejak awal lagi. Dengan ini, pemimpin yang
berdaya maju, cekap dan berdaya saing dapat dilahirkan.

You might also like