Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Laporan Kit Persembahan

Nama Kit : Kit Pecahan


Pengajaran : Tahun 4
Bidang : Nombor dan Operasi
Standard Kandungan : Pecahan
Standard Pembelajaran :
Murid boleh:
1. Menukarkan pecahan tak wajar kepada nombor bercampur dan sebaliknya
2. Menambah hingga tiga nombor melibatkan pecahan wajar, nombor bulat dan
nombor bercampur
3. Operasi tambah melibatkan nombor bulat dan pecahan wajar
4. Menentukan nilai bagi pecahan wajar dan nombor bercampur daripada sesuatu
kuantiti

Objektif Kit:
(a) Menentukan nilai pecahan wajar daripada kehidupan seharian.
(b) Menguasai pecahan yang bersamaan

Saiz Kit : Serdehana

Peralatan dalam Kit :


Gunting, pensel color, pelekat, speaker, 3 sampul untuk 3 kit unsur seni dan
sebagainya

Sampul A Sampul B Sampul C


(i) Kit Persembahan Seni Visual

(a) Tajuk Kit : “Pizza Salesman”

(b) Syarat Kit :


Umur : 10 tahun
Had Masa : 30 minit
Penglibatan : Individu

(c) Bahan Yang Diperlukan:


Buku latihan Matematik, lembaran kerja 'pizza', glu, pembaris, pensel, pensel warna

(d) Cara Penghasilan Kit:


Melukis “Pizza” yang telah dipotong dan belum diwarnakan dalam Microsoft Word

(e) Objektif Kit :


1. Mengukuhkan dan mengaplikasi konsep bersamaan pecahan.
2. Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menentukan pecahan wajar.

(f) Ciri-ciri Istimewa:


1. Fleksible dan boleh diubahsuai mengikut tahap penguasaan murid.
2. “Pizza” boleh diwarna ikut kegemaran dan meningkatkan minat murid.

(g) Cara Pengajaran:


1. Guru mengedarkan lembaran kerja yang telah disediakan kepada setiap murid
2. Guru menyuruh murid untuk melukis pada setiap “pizza” dengan sesuka hati
3. Murid perlu mewarnakan keping 'pizza' dengan syarat tidak boleh mengulangkan
bilangan keping 'pizza' dalam saiz 'pizza' yang sama.
4. Murid menulis pecahan wajar dengan merujuk 'pizza' yang diwarnakan.
5. Murid menggunting 'pizza' yang telah dicatat pecahan wajar.
6. Murid menampal pecahan yang bersamaan dalam satu muka surat dalam buku
latihan seperti mengedarkan pizza kepada pelanggan
(h) Kelebihan Kit
1. Murid boleh mewarnakan warna yang suka dengan sesuka hati
2. Murid memainkan peranan sebagai seorang ‘Salesman’ untuk menjual pizza dan
mngategorikan pizza yang mempunyai pecahan bersamaan
3. Aktiviti kit ini boleh terlibat setiap murid di dalam kelas.
4. Cikgu senang menyediakan bahan-bahan kepada murid dan mudah dibawa

(i) Kelemahan Kit


1. Murid perlu membawa pensel color sendiri daripada rumah
2. Murid perlu meluangkan banyak muka surat buku latihan untuk menampal
lembaran kerja yang telah diwarnakan dan dikategorikan.
3. Lembaran Kerja kekurangan penjelasan yang jelas

(j) Contoh Penghasilan Kit


(ii) Kit Persembahan Seni Muzik

(a) Tajuk Kit: Mari Kita Belajar Pecahan

(b) Syarat Kit :


Umur : 10 tahun
Had Masa : 30 minit
Penglibatan : 4 orang/kumpulan

(c) Bahan yang diperlukan :


MS Powerpoint, lagu, speaker, model, 'Tack-it'

(d) Cara Penghasilan Kit :


1. Guru memilih sebuah lagu kanak-kanak dan menukar lirik lagunya kepada ayat-
ayat yang sesuai dengan kandungan topik pecahan bagi murid Tahun 4
2. Masukkan lirik lagu yang telah direka cipta ke dalam MS Powerpoint.
3. Membuat model pizza dengan menggunakan 'Tack-it' agar setiap bahagian pizza
dapat ditampalkan dan dicabut daripada tapak model.

(e) Objektif Kit:


1. Membantu murid untuk mengimbas kembali konsep pecahan.
2. Mengaplikasikan konsep pecahan dalam kehidupan seharian.

(f) Ciri-ciri Istimewa :


1. Lirik lagu fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut peringkat umur pemain.
2. Lirik lagu boleh diubahsuai atas kreativiti murid
3. Murid boleh menukar model dengan sesuka hati.

(g) Cara Pengajaran:


1. Guru menyanyi lagu “Mari Kita Belajar Pecahan” dengan merujuk lirik yang dicipta
2. Guru memainkan muzik “Lagu Kalau Rasa Gembira” oleh Didi & Friends dan
memaparkan lirik lagu “Mari Kita Belajar Pecahan” dengan menggunakan Powerpoin
3. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan, setiap kumpulan 4 orang.
4. Guru membahagikan murid-murid kepada kumpulan, setiap kumpulan 4 orang.
5. Guru menyuruh murid untuk mensimulasikan situasi dalam lirik lagu “Mari Kita
Belajar Pecahan”.
(h) Kelebihan Kit
1. Murid boleh menyanyi sambil belajar cara menulis pecahan wajar daripada
perkara kehidupan seharian.
2. Murid boleh mengikut lagu lirik untuk membuat pergerakan yang tertentu.
3. Hampir semua murid sudah mengetahui melodi dan muzik lagu, jadi senang untuk
cikgu mengajar lagu lirik yang baru.
4. Lagu “Mari Kita Belajar Pecahan” boleh dinyanyikan dalam Bahasa Cina dan
Bahasa Inggeris.
5. Murid menyanyi sambil menggunakan model yang disediakan untuk menunjukkan
situasi dalam lirik.

(i) Kelemahan Kit


1. Lagu Lirik terlalu panjang untuk dihafal dan diingat
2. Ayat lirik yang susah dan keliru.

(j) Lirik Lagu ‘Mari Kita Belajar Pecahan’ :


[Lagu ‘Kalau Rasa Gembira’ oleh DiDI & Friends]

Tepuk tangan!
Mari kita belajar~~pecahan
[tepuk tangan]
Mari kita belajar~~pecahan
[tepuk tangan]

Abang suka makan pizza


Bahagilah lapan
Lapan merupakan pen-ye-but
[tepuk tangan]

Hentak kaki!
Penyebut letak di bahagian bawah
[Hentak kaki]
Penyebut letak di bahagian bawah
[Hentak kaki]

Kakak ambil satu pizza


Tinggal tujuh keping pizza
Satu merupakan peng-ang-ka
[Hentak kaki]

Kenyit mata!
Pengangka letak di bahagian atas
[Kenyit mata]
Pengangka letak di bahagian atas
[Kenyit mata]

Kak makan satu per lapan


Tinggal tujuh per lapan
Saya ambil satu pizza lagi
[Kenyit mata]

Pusing-pusing!
Tinggal enam per lapan~~pizza
[pusing-pusing]
Tinggal enam per lapan~~pizza
[pusing-pusing]

Adik mari makan satu


Tinggal lima per lapan
Berapa lagi pizza~tinggal
[pusing-pusing]

Hora Hurray!
Mari kita belajar~~pecahan
[Hurray!]
Mari kita belajar~~pecahan
[Hurray!]

Kawan-kawan saya
Pecahan ni menarik
Belajarlah pandai seperti kami
[Hurray!]
(ii) Kit Persembahan Seni Pergerakan

(a) Tajuk Kit: “Dancing Newspaper”

(b) Syarat Kit :


Umur : 10 tahun
Had Masa : 30 minit
Penglibatan : Individu & Kumpulan
Bahan yang diperlukan : Surat Khabar, Marker pen,
speaker

(c) Bahan yang diperlukan :


Surat Khabar, Marker pen, speaker

(d) Cara Penghasilan Kit:


Menyediakan surat khabar satu keping demi satu keping dengan menulis pecahan

(e) Objektif Kit:


Membantu muriid untuk mengukuhkan dan mengaplikasi konsep penambahan dan
bersamaan pecahan.

(f) Ciri-Ciri Istimewa:


1. Fleksibel dan boleh diubahsuai mengikut peringkat umur pemain.
2. Pergerakan dengan muzik akan meningkatkan minat murid.
3. Kit ini mudah disediakan, hanya memerlukan surat khabar dan muzik untuk belajar
pecahan melalui pergerakan.

(g) Cara Pengajaran:


1. Guru mengedarkan surat khabar yang disediakan kepada setiap murid.
2. Murid membuat keputusan tentang berapa kali perlu surat khabar dilipatkan dan
tentukan pecahan surat khabar tersebut.
3. Guru bermula aktiviti dengan memainkan muzik. Murid mencari pasangan atau
kumpulan yang mempunyai pecahan bersamaan.
4. Murid perlu berdiri bersama dengan pasangan atau kumpulan yang betul apabila
muzik berhenti.
5. Murid yang menjawab salah dihendaki membuat penambahan supaya boleh
meneruskan aktiviti.
(h) Kelebihan Kit
1. Bahan-bahan kit mudah untuk disediakan
2. Aktiviti yang boleh melibatkan semua murid di dalam kelas dan tiada ada orang
terpinggir.
3. Murid mengerakkan badan dengan melodi muzik dengan sesuka hati.
4. Memupuk semangat berkerjasama.
5. Mengeratkan hubungan antara satu sama lain kerana melibatkan individu serta
berkumpulan atau pasangan.

(i) Kelemahan Kit


1. Memerlukan ruang yang besar untuk menjalankan aktiviti PdP

You might also like