Nota BM Tatabahasa Frasa Adjektif Oleh Danny

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

BAB 10-FRASA ADJEKTIF

NAMA:Danny Lee
Kelas:6A3
GURU:Cikgu Nasir
10.0Pengenalan

-ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau


beberapa perkataan yabg intinya kata adjektif
10.1
Binaan Frasa Adjektif

Binaan Satu Binaan Dua


Perkataan Perkataan
10.1.1 Binaan Satu Perkataan
1)-F.A terdiri daripada satu kata adjektif sahaja.
• boleh diperluas untuk menjadi binaan yang mengandungi dua
perkataan atau lebih.
• Contohnya
-hitam
-manis
-bulat
-cantik dll.
2)K.A boleh menerima imbuhan seperti se-,ke-...-an dan teR-.
Contohnya:
a)Gadis itu secantik ibunya dan sesabar ayahnya.
b)Wajahnya yang kemelayuan dan sifatnya yang keibuan
menarik perhatian orang ramai.
c)Dialah tokoh yang terulung dan terunggul di negara ini.

3)F.A yang terbina daripada satu perkataan juga boleh dalam


bentuk gandaan.
Contohnya:
a)Dia kelihatan takut-takut ketika bersama kami.
b)Ikan yang dijualnya itu segar-segar
10.1.2 Binaan Dua Perkataan1

1)F.A:Binaan Dua Perkataan terbahagi kepada dua iaitu :


-Kata Adjektif + Kata Nama
-Kata Adjektif + Kata Adjektif

a)Binaan Kata Adjektif + Kata Nama mengandungi dua


maksud iaitu:
1)Maksud Kiasan
Contoh:Panjang akal,pekak badak,buruk siku dll.
2)Maksud Keserupaan
b) Kata Adjektif + Kata Adjektif
1)Mengandungi unsur rima/ keindahan bunyi
Contoh:riuh rendah,gelap gelita,sopan santun dll.
2)Mengandungi keserasian makna
Contoh:cerdik pandai,aman damai,gagah berani dll.
3)Mengandungi makna berlawanan
Contoh:tinggi rendah,hitam putih,kurus gemuk dll.

10.,2 Peluasan Frasa Adjektif


- F.A boleh diperluas dengan menambahkan unsur tertentu
pada frasa itu, iaitu unsur yang terdiri daripada:
1) Kata Penguat 3) Keterangan
2) Kata Bantu 4) Ayat Komplemen
10.2.1 Peluasan dengan Kata Penguat
1)F.A boleh menerima kata penguat sama ada kata penguat
hadapan , belakang atau kata penguat bebas.
Contoh:
a) Bayi itu sungguh comel
b) Rumah ibunya amat cantik
c) Indah nian bintang di langit
d) Sopan sekali gadis itu
e) Masakannya
Dua itu enak
kata penguat boleh benar dalam frasa adjektif.Contohnya:
hadir serentak
a) Tulisan budak itu sungguh amat kecil.
b) Anaknya itu terlalu amat nakal
c) Sahabat kawan saya amat sopan sungguh
10.2.2 Peluasan dengan Kata Bantu

-F.A boleh menerima kata bantu sama ada kata bantu aspek atau
kata bantu ragam.
Contoh:
a) Anak-anaknya sudah besar sekarang
b) Mereka harus berani bertindak
c) Adik belum pandai menulis
d) Kamu patut gembira sekarang
10.2.3 Peluasan dengan Keterangan

• F.A boleh diperluas dengan memberikan keterangan


tertentu,contohnya:
1)Waktu/masa - Dia amat sibuk pada hujung minggu ini
2)Bandingan - Suaranya merdu bagai biduan
3)Musabab - Ibu tua itu amat sunyi kerana keseorangan
4)Tempat - Kepalanya selalu sakit di bahagian kiri
5)Kekerapan - Saya kadang-kadang keliru
6)Hal/keadaan - Dia amat arif tentang ilmu agama
7)Cara - Lampu itu malap dengan tiba-tiba
8)Terhadap/kepada - Kita wajar sekali taat kepada ibu bapa
10.2.4 Peluasan dengan Ayat Komplemen

• Ayat predikat terdiri daripada kata adjektif daripada “jenis


perasaan/emotif”,sesetengahnya digabungkan dengan
klausa tak bebas yang mengandungi kata hubung komplemen
dan ayat itu menjadi ayat komplemen frasa adjektif.Frasa
Adjektif dikatakan mengalami peluasan dengan ayat
komplemen.Contoh:
a)Mereka amat yakin bahawa perjuangan mereka akan berhasil
b)Saya sedar bahawa keselamatan diri saya tergugat sekarang
c)Ibu agak ragu-ragu bahawa abang akan berjaya
Peluasan kata adjektif boleh terbina seperti yang berikut:
1) Kata bantu + Kata adjektif
-Jika anda mahu putih,gunakan krim ini.
2) Kata penguat + Kata adjektif
-Pemandangan di pantai itu amat cantik
3) Kata bantu + Kata penguat + Kata adjektif
-Telah terlalu lama mereka terbiar
4) Kata adjektif + Kata penguat
-Adik pandai betul menyusun bukunya dalam beg
sekolahnya
5) Kata bantu + Kata adjektif + Kata penguat
-Buah pisang itu sudah masak sungguh
6) Kata penguat + Kata adjektif + Kata penguat
-Rumah baharunya amat besar sungguh
7) Kata penguat + Kata adjektif + Keterangan
-Kakinya agak bengkak di bahagian tumit
8) Kata penguat + Kata adjektif + Ayat komplemen
-Ibu amat yakin bahawa abang sudah insaf
9) Kata adjektif + Kata penguat + Ayat komplemen
-Kami yakin sungguh bahawa Amir akan menang
10) Kata bantu + Kata adjektif + Kata adjektif
-Isterinya pasti lemah lembut orangnya

You might also like