Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan

1.1 Konsep asas pentaksiran

Bermula awal tahun 2011, sistem pendidikan di Malaysia yang berorientasikan


peperiksaan kini telah diubah secara berperingkat, dimana pelajar tahap 1 tiada lagi ujian
peperiksaan akhir tahun seperti yang dijalankan pada tahun sebelumnya. Dengan itu, satu
sistem pentaksiran baru telah diperkenalkan yakni berbentuk holistik agar dapat memenuhi
Falsafah Pendidikan Negara yang memerlukan insan mulia sebagai peneraju generasi akan
datang yang menjadi konsep asas sesebuah pentaksiran masa kini. Perubahan dalam sistem
pentaksiran sebagai pengukuran dan penilaian merupakan usaha untuk menambahbaikan
sistem pendidikan di Malaysia. Hal ini demikian kerana melalui pentaksiran, ia memberi
maklumat kepada kita tentang keberkesanan sesuatu program pendidikan atau aktiviti-aktiviti
yang telah dijalankan dalam proses pendidikan. Menurut Pert (1990), prinsip pentaksiran
merupakan bentuk penilaian yang berdasarkan pencapaian sebenar yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak di dalam bilik darjah setiap hari. Berdasarkan pendapat Grace di dalam buku
Educational Assessment of Student (1992), pentaksiran merupakan amalan yang membabitkan
kanak-kanak secara realistik dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan
pentaksiran yang dilakukan secara berterusan.

1.2 Prinsip asas pentaksiran

Prinsip-prinsip pentaksiran adalah berkaitan antara satu sama lain. Contohnya instrumen
yang disediakan hendaklah sesuai dengan kumpulan murid yang ditaksir. Instrumen merupakan
prinsip pentaksiran yang pertama. Ini disebabkan oleh, pentaksiran tidak dapat dijalankan tanpa
satu instrumen ataupun satu alat untuk menguji pencapaian dan pemahaman murid. Selain itu,
Prinsip pentaksiran yang kedua ialah kumpulan yang ditaksir. Kumpulan yang ditaksir merujuk
kepada kumpulan murid-murid yang hendak diuji. Seterusnya, Prinsip pentaksiran yang ketiga
ialah respons. Respons merujuk kepada hasil pengujian iaitu bilangan percubaan yang telah
dilaksanakan oleh murid-murid semasa melaksanakan ujian mereka. Respons-respons murid
memainkan peranan yang sangat penting di dalam pentaksiran kerana respons-respons ini
mengandungi data-data ataupun maklumat-maklumat tentang tahap pencapaian murid-murid.
Prinsip pentaksiran yang keempat pula ialah kumpulan yang mentaksir. Kumpulan yang
mentaksir biasanya merujuk kepada guru-guru yang menyemak hasil dapatan dan juga mereka
yang menganalisis skrip jawapan ataupun respons-respons yang telah diberikan oleh murid-
murid. Prinsip pentaksiran yang terakhir ialah skor. Skor merupakan data numerik yang
diperolehi daripada analisis respons-respons yang diberikan oleh murid-murid. Dengan kata
lain, hasil pentaksiran dinyatakan dalam bentuk skor. Daripada skor inilah guru dapat
mengetahui pencapaian dan tahap penguasaan murid terhadap satu-satu kemahiran atau tajuk
pelajaran.

Definisi imbangan

• Imbangan adalah keupyaan individu untuk mengekalkan posisi badan pada kedudukan
asal dan mengimbangi kedudukannya dalam masa yang lama, sama ada melakukan
imbangan dinamik atau imbangan statik

Definisi ujian dirian bangau

Ujian dirian bangau digunakan untuk mengukur komponen imbangan statik


seseorang individu. Imbangan ialah keupayaan seseorang mengekalkan kedudukan
badan sama ada sewaktu bergerak ataupun tidak. Imbangan adalah komponen penting
bagi tindak balas motor yang berkesan. Dalam sesetengah kedudukan, keseimbangan
juga dipengaruhi oleh kekuatan badan. Jika otot yang menyokong tidak mampu
menanggung berat badan atau sebahagian badan maka keseimbangan akan menjadi
terhad. Imbangan terbahagi kepada dua iaitu imbangan statik dan imbangan dinamik.
Imbangan statik merujuk kepada keupayaan untuk mengekalkan keseimbangan ketika
kedudukan badan berada dalam keadaan tetap dan tidak berubah. Bagi mengekalkan
keseimbangan statik, pusat graviti mestilah berada di atas tapak sokongan.

Tatacara perlaksanaan ujian

1. Alatan yang digunakan


- Papan imbangan, jam randik, dan pita penanda

2. Kawasan atau tempat perlaksanaan ujian


- Tempat yang lapang dan rata
Contoh : Padang dan gelanggang futsal
Prosedur perlaksanaan ujian

(i) Papan imbangan diletak di atas lantai.

(ii) Peserta meletakkan kaki yang dominan di tengah-tengah papan imbangan dan
sebelah kakinya di atas lantai.

(iii) Letakkan kedua dua belah tangan di pinggang, tangan kiri di pinggag kiri dan tangan
di pinggang kanan

(iv) Bacaan masa dimulakan apabila kaki di atas lantai diangkat.

(v) Bacaan masa akan tamat apabila kaki yang diangkat mencecah semula ke lantai

(vi) Dua percubaan diberikan dan percubaan yang terbaik sahaja dikira sebagai skor
ujian

Contoh borang penilaian


Rujukan Norma

Lelaki Tahap Perempuan


> 17 saat Cemerlang >15 saat

11- 16 Amat baik 9- 14

5-10 Baik 5- 8

3-4 Sederhana 3-4

0-2 lemah 0-2

Pelan

Murid

Guru

You might also like