Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 PENGENALAN
Israiliyat merupakan salah satu kaedah penafsiran yang digunakan oleh beberapa orang
mufassir seperti Abu Ja’far Muhammad Bin Jarir Bin Yazid Bin Ghalib at-Tabari di dalam
kitab tafsirnya Jami’ al-Bayan Fi Tafsir al-Qur’an dan tafsir Ibnu Kathir yang dikenali sebagai
Tafsir al-Qur’an al-Azim.
Penyerapan unsur-unsur israiliyat ini telah dibawa oleh ahli-ahli kitab Yahudi dan
Nasrani yang telah memeluk Islam. Walaupun pada awalnya Rasulullah menegah
pengambilan cerita Israiliyat, namun baginda kemudian mengizinkan untuk mendengar
kisah-kisah israiliyat dengan syarat untuk tidak membenarkannya atau mendustakannya
[ CITATION Roz85 \l 1033 ].

2.0 TAKRIF ISRAILIYAT

Menurut [ CITATION Ahm09 \l 1033 ], perkataan Israiliyat berasal daripada kalimah ‫اسراليات‬
yang merupakan jamak bagi kalimah ‫اسرالية‬. Menurut Imam al-Tabari rahimahullah,

perkataan ‫اسرايل‬ merupakan gelaran kepada Nabi Ya’akub a.s yang memberi makna
hamba Allah dan pilihan-Nya daripada kalangan para makhluk-Nya. Ia juga berasal

daripada dua perkataan Ibrani iaitu ‫اسرا‬ yang bermakna hamba sementara ‫ايل‬ pula
bermaksud Allah [ CITATION Ahm09 \l 1033 ].

3.0 CONTOH CERITA-CERITA ISRAILIYAT

3.1 KISAH QABIL DAN HABIL

Daripada Ibnu Jarir di dalam tafsirnya tentang kisah anak Nabi Adam a.s iaitu Qabil dan
Habil yang salah seorang daripada keduanya membunuh seorang yang lain. Kaab
meriwayatkan bahawa darah yang tumpah di Bukit Qaisiyum adalah darah anak Nabi
Adam a.s. Sementara Wahab meriwayatkan bahawa bumi telah menyedut darah anak
Habil yang telah dibunuh. Maka, Qabil telah melaknat bumi sehingga ia tidak menyedut lagi
darah Habil setelah ia menyedutnya hingga ke hari kiamat. Qabil telah mengangkat Habil
selama setahun di atas tengkuknya sehingga berubah baunya. Maka, Allah SWT
mengutuskan dua ekor burung gagak yang salah satunya membunuh satu yang lain. Lalu,
burung yang membunuh itu telah menggali lubang dan menanam burung yang mati itu
dengan kedua kaki dan paruhnya[ CITATION Muh06 \l 1033 ]. Maka, Qabil turut melakukan

1
perkara yang sama kepada saudaranya itu seperti mana firman Allah SWT di dalam surah
al-Maidah ayat 31:

َ ‫فَبعث ٱللَّه غُرابا ي ۡبحث في ۡٱلأ‬


َ‫س ۡوءَة‬ َ ‫هۥ ك َ ۡي‬
َ ‫ف يُوَٰرِي‬ ُ َ ‫ض لِيُرِي‬
ِ ‫ر‬ۡ ِ ُ َ َ ٗ َ ُ َ ََ
ُ َ َ ‫ل يو ۡيلَتى أَعَج ۡز‬
ِ ‫ل هَٰذ َا ۡٱلغُ َر‬
َ‫اب فَ أوَٰرِي‬ َ ‫م ۡث‬
ِ ‫ن‬ َ ‫ت أ ۡن أكُو‬ ُ َ ٰٓ َ َ َٰ َ ‫خي ۚ ِه قَا‬ ِ َ‫أ‬
٣١ ‫ين‬ َ ‫م‬ ِ ِ‫ن ٱلنَّٰد‬
َ ‫م‬
ِ ‫ح‬
َ َ ‫صب‬ ۡ َ ‫خ ۖيفَأ‬
ِ َ ‫س ۡوءَةَ أ‬َ
Maksudnya: Kemudian Allah mengutuskan seekor burung gagak menggali tanah
untuk perlihat kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat
saudaranya. Qabil berkata “oh, celaka aku! Mengapa aku tidak mampu berbuat
seperti burung gagak ini sehingga aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini?”
Maka, jadilah ia termasuk orang-orang yang menyesal.

Apabila Qabil telah membunuh Habil, badannya yang putih sebelum ini telah bertukar
hitam. Lalu Nabi Adam a.s bertanya kepada Qabil tentang saudaranya. Qabil menjawab
bahawa dia tidak tahu tentangnya. Lalu, Nabi Adam berkata bahawa Qabil telah
membunuhnya kerana badannya yang bertukar kepada warna hitam [ CITATION Muh06 \l
1033 ].

3.2 KISAH NABI DAUD A.S MEMBUNUH JALUT

Diriwayatkan oleh Ibu Kathir, tentang kisah Nabi Daud a.s membunuh Jalut berdasarkan
:surah al-Baqarah, ayat 251

َ SS‫م ۡل‬ ۡ
‫ك‬ ُ ‫ه ۡٱل‬ُ َّ ‫ه ٱلل‬ ُ ٰ ‫وت وَءَاتَى‬ َ ُ ‫ج ال‬َ ُ ‫ل دَاوُۥد‬ َ َ ‫ن ٱللَّهِ وَقَت‬ ِ ‫موهُم بِإ ِ ذ‬ ُ ‫فَهَ َز‬
ۗ ِ ‫وَ ۡٱل‬
‫ضهُم بِب َ ۡع ٖض‬ َ ‫ما يَشَ ٓا ُء وَل َ ۡواَل د َ ۡفعُ ٱللَّهِ ٱلنَّا‬
َ ‫س ب َ ۡع‬ َّ ‫م‬
ِ ‫هۥ‬ُ ‫م‬ َ َّ ‫ة وَعَل‬
َ ‫م‬َ ‫ح ۡك‬
َ
٢٥١ ‫ين‬ َ ‫م‬ ِ َ ‫ل عَلَى ۡٱلعَٰل‬ٍ ‫ض‬ۡ َ‫ه ذ ُو ف‬ َ َّ ‫ن ٱلل‬
َّ ِ ‫ض وَلَٰك‬ُ ‫ت ۡٱلأ ۡر‬ ِ َ ‫سد‬ َ ‫ل َّ َف‬
Maksudnya: Maka mereka mengalahkannya dengan izin Allah, dan Daud membunuh
Jalut. Kemudian, Allah memberinya (Daud) kerajaan, dan himah, dan mengajarinya
apa yang Dia kehendaki. Dan jika Allah tidak melindungi sebahagian manusia dengan
sebahagian yang lain, nescaya rosaklah bumi ini. Tetapi, Allah mempunyai kurniaan
(yang dilimpahkanNya) atas seluruh alam.

2
Nabi Daud a.s merupakan anak Nabi Isya yang terakhir. Baginda mahir melontar batu
dan sbasarannya tidak pernah tersasar. Nabi Isya menyatakan bahawa itu merupakan
kebaikan yang Allah SWT telah kurniakan kepadanya [ CITATION Muh06 \l 1033 ].

Jalut telah menghantar utusan untuk menemui Talut dan memintanya untuk bertempur
dengannya atau menghantar orang yang boleh membunuhnya. Jalut berkata bahawa jika
dia tidak dapat dibunuh, kerajaan Talut akan menjadi miliknya. Talut berasa bimbang lalu
menyuruh Nabi Allah untuk berdoa dan meminta pertolongan daripada Allah SWT.
Kemudian Allah SWT menghantar satu tanduk yang mengandungi minyak suci dan acuan
yang diperbuat daripada besi. Orang yang akan membunuh Jalut merupakan orang berjaya
meletakkan tanduk ini di atas kepalanya lalu minyak tersebut akan mendidih tetapi tidak
akan mengalir ke mukanya.Talut juga telah menawarkan anak perempuannya dan
kedudukan di dalam kerajaannya bagi sesiapa yang berjaya membunuh Jalut[ CITATION
Muh06 \l 1033 ].

Talut telah memanggil semua Bani Israil untuk menguji mereka namun tiada siapa yang
berani kerana mereka semua takut akan kekuatan Jalut. Maka Allah SWT telah
menurunkan wahyu bahawa kepada nabi mereka iaitu dalam kalangan anak-anak Isya ada
yang dapat membunuh Jalut. Maka, Talut memberitahu kepada Nabi Isya tentang perkara
ini. Lalu, Nabi Isya menghantar kesemua dua belas anaknya yang tinggi-tinggi. Namun,
tidak ada seorang pun yang berjaya melakukan upacara tersebut[ CITATION Muh06 \l 1033 ].

Maka Talut bertanya kepada Nabi Isya sama ada baginda mempunyai anak yang yang
lain. Nabi Isya berkata bahawa anaknya yang paling kecil bernama Daud, ditinggalkan
untuk menjaga ternakan. Nabi Isya malu kerana Daud adalah seorang lelaki yang rendah,
kecil, berkulit kebiru-biruan dan mempunyai rambut yang sikit. Talut pergi menemui Nabi
Daud a.s dan meletakkan tanduk tersebut di atas kepalanya dan minyak tersebut tidak
tumpah ke mukanya. Nabi Daud telah bersetuju untuk membunuh Jalut. Di dalam
perjalanan untuk membunuh Jalut, Nabi Daud telah mengutip dua biji batu yang telah
digunakan oleh Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s untuk membunuh raja tertentu dan sebiji
lagi batu yang akan digunakan untuk membunuh Jalut[ CITATION Muh06 \l 1033 ].

Ketika berdepan dengan Jalut, Nabi Daud telah mengeluarkan ketiga-tiga batu yang
telah dikutip dan diletakkan di pembidiknya. Dengan menyebut nama Tuhan Nabi Ibrahim,
Ishak dan Yaakob, ketiga-tiga batu itu bercantum dan Nabi Daud memusingkan pembidik
itu dan melontarnya. Dengan izin Allah SWT, kehadiran angin kencang telah menjadikan

3
batu itu terkena pada hidung topi besi dan tembus ke otaknya lalu keluar di belakang
kepalanya[ CITATION Muh06 \l 1033 ]. Tiga puluh tentera dan Jalut telah dibunuh dan jatuh
tersembam ke atas tanah di hadapan Talut dan tenteranya. Mereka berasa sangat
gembira. Akan tetapi Talut tidak menunaikan janjinya kepada Nabi Daud selagi baginda
tidak berjaya menewaskan dua ratus tentera dan membawa hujung khatan mereka
kepadanya. Setelah Nabi Daud berjaya melakukannya, Talut akhirnya menunaikan janjinya
terhadap Nabi Daud [ CITATION Muh06 \l 1033 ].

3.3. KISAH HARUT DAN MARUT

Terdapat juga kisah israiliyat yang mengisahkan tentang malaikat Harut dan Marut
berdasarkan kepada penafsiran surah al-Baqarah, ayat 102:

‫ن‬ َٰ ‫س ل َ ۡي‬
ُ ‫م‬ ُ ‫ما كَف ََر‬ َ َ‫م ۖ َنو‬ َٰ ‫سل َ ۡي‬
ُ ‫ك‬ ِ ‫م ۡل‬
ُ ‫ى‬ َ ُ ِ ‫ما ت َ ۡتلُوا ْ ٱلشَّ يَٰط‬
ٰ ‫ين عَل‬ َ ْ ‫وَٱتَّبَعُوا‬
َ ِ‫م ٓا أُن ز‬
‫ل‬ َ ‫س ۡح َر َو‬ ِّ ‫س ٱ ل‬ َ ‫ن ٱلنَّا‬ َ ‫مو‬ ُ ِّ ‫ين كَف َُروا ْ يُعَل‬
َ ِ ‫ن ٱلشَّ يَٰط‬ َّ ِ ‫وَلَٰك‬
‫ت‬َ ۚ ‫م ُرو‬َٰ َ‫وت و‬
َ ‫ل هَٰ ُر‬ َ ِ ‫ن بِبَاب‬ َ َ ‫عَلَى ۡٱل‬
ِ ‫ملك َ ۡي‬
Maksudnya: Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa
kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tetapi syaitan-syaitan itulah yang kafir,
mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kedua Malaikat
di negeri Babilonia, iaitu Harut dan Marut.

Harut dan Marut merupakan malaikat yang diutus oleh Allah SWT untuk kaum Yahudi di
Babylon, Iraq. Kedatangan malaikat Harut dan Marut adalah untuk mengajar kaum Babylon
bahawa ilmu sihir yang mereka amalkan itu adalah seperti ilmu-ilmu lain dan hanya akan
memudaratkan mereka. Setelah tugas mereka selesai, mereka pun kembali semula ke
langit. Namun begitu, masyarakat Babylon kembali mengamalkan ilmu sihir untuk
melakukan kejahatan dan maksiat kepada Allah SWT[ CITATION Ros13 \l 1033 ].

Terdapat juga riwayat yang menyatakan bahawa Harut dan Marut merupakan
percubaan Allah ke atas malaikat untuk menjadikan mereka mempunyai nafsu seperti
manusia. Maka, mereka telah diturunkan ke dunia. Semasa di dunia, mereka telah terpikat
dengan seorang gadis yang paling cantik di dunia pada ketika itu. Namun, gadis tersebut
menyembah berhala. Gadis itu telah menetapkan tiga syarat untuk memilikinya iaitu yang
pertama, menyembah berhala, yang kedua membunuh dan yang ketiga adalah minum

4
arak. Harut dan marut memilih untuk minum arak. Apabila mereka telah mabuk, mereka
telah berzina dengan wanita itu dan membunuh sesiapa sahaja yang melihat perbuatan
tersebut [ CITATION Ros13 \l 1033 ]. Setelah mereka sedar daripada mabuk, mereka kembali
bertaubat kepada Allah. Namun, pintu langit telah tertutup dan semua malaikat telah
menyaksikan peristiwa itu. Sejak itu, malaikat di langit sentiasa memohon keampunan
daripada Allah SWT untuk penduduk di bumi. Harut dan Marut telah diberi pilihan sama
ada untuk memilih hukuman di dunia atau akhirat. Mereka telah memilih hukuman di dunia
kerana hanya sementara sahaja berbanding akhirat. Lalu, kedua-dua kaki mereka telah
digantung di pintu Babylon sehingga kiamat [ CITATION Ros13 \l 1033 ].

4.0 KESAN-KESAN CERITA ISRAILIYAT KEPADA UMAT ISLAM


4.1 MEROSAKKAN AKIDAH UMAT ISLAM
Kisah-kisah Israiliyat yang penuh dengan kebatilan dan dongeng ini boleh
merosakkan akidah umat Islam [ CITATION Moh04 \l 1033 ]. Contohnya seperti kisah
Harut dan Marut yang menceritakan tentang malaikat yang melanggar perintah Allah
SWT sedangkan sifat malaikat itu adalah sentiasa taat akan perintah Allah SWT.
4.2 MELALAIKAN MANUSIA
Selain itu, kisah-kisah Israiliyat ini juga boleh melalaikan manusia daripada tujuan
dan maksud sebenar ayat itu diturunkan [ CITATION Moh04 \l 1033 ]. Sebagai umat
Islam, kita perlu mentadabbur ayat-ayat Al-Quran dan tidak memerlukan kisah
Israiliyat seperti kisah Nabi Daud dalam mentadabbur Al-Quran kerana ia
mengandungi pendustaan dan unsur-unsur perbuatan jahat terhadap Nabi Daud a.s.
Contohnya, apabila Talut memungkiri janjinya setelah Nabi Daud berjaya membunuh
Jalut.
4.3 MEMBERI PENGAJARAN KEPADA UMAT ISLAM
Cerita-cerita Israiliyat juga boleh memberi pengajaran kepada umat Islam. Kisah
Qabil dan Habil telah memberi pengajaran bahawa setiap yang berlaku pasti ada
hikmahnya yang tersendiri. Hikmah di sebalik Allah menghantar burung gagak yang
bertengkar adalah untuk memberi jalan penyelesaian bagi Qabil.
5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam perlulah sentiasa berwaspada dengan kisah-kisah
Israiliyat kerana kebanyakan daripadanya mempunyai unsur-unsur dongeng yang
melampau. Oleh itu, kita perlulah tabayyun terlebih dahulu apabila mendengar kisah-kisah
israiliyat supaya tidak mudah terpengaruh dengan unsur-unsur israiliyat ini. Selain itu, kita

5
juga perlulah mengutamakan kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dan hadis
berbanding kisah israiliyat.
RUJUKAN

Adam, R. (1985). Al-Qur'an Di Antara Tafsir Dan Israiliyat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Al-Qari, A. N. (2009). Isu Israiliyat& Hadith Palsu Di Dalam Karya Tafsir Dan Hadith Serta Kaedah
Mengenainya. Kota Bharu: Ahmad Najib Abdullah.

Mohd Nazri Ahmad & Muhd Najib Abdul Kadir. (2004). Israiliyyat Pengaruh Dalam Kitab Tafsir. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Syahbah, M. B. (2006). Israiliyyat Dan Hadith Palsu Dalam Kitab-Kitab Tafsir. Kuala Lumpur: Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.

Zin, R. A. (2013). Riwayat Israilliyyat Propaganda Yahudi Dan Nasrani. Selangor: Perpustakaan Negara
Malaysia.

You might also like