Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Beb Sabariah atau nama penuhnya puan Hajah Bibi Sabariah binti Haji Abang Awet.

Beliau lahir di Kampung Hulu, Pusa, Saribas, Bahagian Betong, Sarawak pada 7 November
1949. Beliau bersekolah dasar di Sekolah Melayu Pusa dan Sekolah Rendah Enche Buyong
Kuching. Beliau ke sekolah menengah di Madrasah Melayu Kuching sebelum ke Sekolah
Menengah Kerajaan Green Road Kuching. Beliau meneruskan pendidikan ikhtisas di Maktab
Perguruan Rajang Bintangor, Sarikei, Sarawak dan Maktab Perguruan Temenggong Ibrahim,
Johor Bahru, Johor.

Beliau mula aktif dalam penulisan karya kreatif pada tahun 1999 dalam genre cerpen,
puisi dan rencana. Beb Sabariah ialah ahli KEPEZI (Kelab Penulis Zaharah Nawawi) dan
PEKASA (Persatuan Karyawan Sastera Sarawak). Karya beliau dimuatkan dalam sebuah
kumpulan cerpen berjudul Mawar Magenta dan beberapa buah antologi cerpen serta puisi.
Antaranya ialah KEPEZI SATU dan KEPEZI DUA (Terbitan Haqaf Enterprise - Selenggaraan
Zaharah Nawawi), Antologi Pengucapan Puisi Hari Wilayah-Bandar Raya (2003,2004, 2005),
Antologi Puisi Pertemuan Budayawan BIMP-EAGA (2000), Pelagus-Antalogi Sastera Sarawak
Jilid 1 (2003), dan Memori Sebuah Rindu terbitan DBP cawangan Sarawak.Selain itu, cerpen dan
puisi beliau juga pernah disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia, Utusan Melayu Mingguan,
Berita Minggu, Utusan Sarawak, Mingguan Sarawak serta Dewan Sastera dan Majalah Wanita.

Selain itu beliau juga pernah memenangi Anugerah Penghargaan Penulis Sarawak
daripada DBP cawangan Sarawak pada tahun 2001 dalam genre Puisi dan Johan sayembara
menulis cerpen tentang sambutan 50 tahun DBP pada tahun 2006 daripada Bahagian Penerbitan
dan Penulisan Sastera Kreatif DBP cawangan Sarawak. Sehingga kini, beliau telah menerima
beberapa lagi pengiktirafan dan hadiah melalui sayembara termasuk cerita rakyat. Beliau juga
telah menghasilkan karya untuk bacaan kanak-kanak.

Pada tahun 2003, Beliau menerima Pingat Perkhidmatan Setia daripada Kerajaan Negeri
Sarawak. Pada 27 Januari 2004 dianugerahi Pingat Pangkuan Negara (PPN).

You might also like