Proses Respirasi-1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

ASAS BOTANI PERTANIAN

Respirasi
1.0 Pengenalan

1. Respirasi ialah suatu proses pembebasan tenaga daripada molekul organik seperti
glukosa oleh organisma hidup. Proses ini boleh dibahagikan kepada dua
bahagian, iaitu
(a) respirasi Iuar, dan
(b) respirasi sel.

2. Respirasi luar merujuk kepada mekanisme di mana udara dibawa masuk ke dalam
tubuh sesuatu organisma dan karbon dioksida serta wap air disingkir keluar
daripadanya. Contohnya, dalam manusia, respirasi Iuar dirujukkan sebagai proses
di mana udara yang kaya dengan oksigen disedut masuk (inspirasi) dan karbon
dioksida serta wap air dihembus keluar (ekspirasi) daripada peparu.

3. Respirasi sel merujuk kepada satu siri tindak balas biokimia yang berlaku di dalam
sel. Proses ini melibatkan pemecahan molekul organik untuk membebaskan
tenaga. Sebahagian daripada tenaga ini dibebaskan sebagai haba dan yang lain
digunakan untuk membentuk molekul ATP (adenosina trifosfat) yang kaya dengan
tenaga. Apabila diperlukan untuk menjalankan sesuatu aktiviti seperti pengecutan
otot, pembinaan protein dan pengangkutan aktif, tenaga yang terkandung
dalamATP dibebaskan.

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 0


ASAS BOTANI PERTANIAN

4. Terdapat dua jenis respirasi sel, iaitu


(a) aerobiosis yang memerlukan oksigen, diringkaskan dengan persamaan berikut:
C6H,P6 + 602 -+ 6C02 + 6HP + tenaga

(b) anaerobiosis yang tidak memerlukan oksigen dan berlaku melalui cara yang
berlainan pada tumbuhan dan haiwan.
Pada tumbuhan:
C6 H12 O6+ 2C2H5 OH + 2C02 + sedikit tenaga
glukosa etanol (2 molekul ATP)

Pada haiwan:
C6 H12 O6+ 2C3H603 + 2C02 + sedikit tenaga
glukosa etanol (2 molekul ATP)

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 1


ASAS BOTANI PERTANIAN

2.0 Aerobiosis

1. Aerobiosis terdiri daripada satu siri tindak balas biokimia yang berlaku dalam
protoplasma semua sel hidup. Proses ini melibatkan penguraian substrat respirasi,
biasanya glukosa, dalam kehadiran oksigen kepada molekul-molekul lebih ringkas
yang disingkirkan sebagai bahan kumuh. Organisma yang melakukan proses
aerobiosis dikenali sebagai aerob.
2. Melalui proses pengoksidaan substrat respirasi, tenaga kimia ditukarkan kepada
bentuk yang sedia digunakan oleh sel hidup untuk metabolisme. Sebahagian kecil
daripada tenaga ini hilang dalam bentuk haba.
3. Sebahagian besar tenaga yang dibebaskan terperangkap secara sementara atau
tersimpan dalam ikatan kimia bertenaga tinggi dalam molekul ATP (adenosina
trifosfat) dalam sel-sel hidup. Proses pembentukan ATP disebut pemfosforilan,
iaitu penambahan kumpulan fosfat tak organik, Pi kepada sebatian adenosina
difosfat (ADP).

34kJ tenaga

ADP ATP

PO4

Ketika tenaga diperlukan untuk metabolisme sel, proses ini dibalikkan dan tenaga dibebaskan.

4. Pengoksidaan glukosa atau substrat respirasi lain dalam aerobiosis melibatkan


proses-proses berikut:
(a) Glikolisis (Rajah9.1)
(b) Kitar Kreb (atau kitar trikarboksilik) (Rajah 9.2)
(c) Sistem pengangkutan elektron dan pemfosforilan oksidatif (Rajah 9.3)

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 2


ASAS BOTANI PERTANIAN

3.0 Proses Anaerobiosis

Mitokondrion dalam
sel jantung dan hati
menghasilkan 3
molekul ATP daripada
molekul NADH2

Mitokondrion dalam
sel neuron dan otot
menghasilkan 2
molekul ATP daripada
molekul NADH2

1. Berbeza daripada aerobiosis, anaerobiosis berlaku dalam keadaan bekalan


oksigen terhad atau tanpa oksigen langsung, contohnya dalam beberapa jenis
kulat, bakteria dan cacing yang hidup dalam keadaan berlumpur dan kekurangan
oksigen dan juga dalam otot rangka haiwan vertebrat yang sedang aktif
mengecut.

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 3


ASAS BOTANI PERTANIAN

2. Organisma yang memperoleh tenaga daripada penguraian gula melalui


anaerobiosis dikenali sebagai anaerob. Pada amnya terdapat dua jenis anaerob,
iaitu
a) anaerob obligat yang hanya boleh hidup tanpa oksigen dan mati jika ada
oksigen, contohnya bakteria.
b) anaerob fakultatif yang walaupun memerlukan oksigen, boleh hidup dalam
keadaan kekurangan oksigen untuk jangka masa yang tertentu, contohnya
kebanyakan jenis kulat.
3. Perbezaan utama antara aerobiosis dan anaerobiosis ialah dalam anaerobiosis,
substratnya iaitu glukosa tidak dioksidakan sepenuhnya kepada karbon dioksida
dan air tetapi diuraikan separa kepada etanol dan karbon dioksida dalam sel
tumbuhan, atau asid laktik dalam sel haiwan.
Anaerobiosis dalam tumbuhan (juga dikenali penapaian):
C6 H12 O6 2C2 H5 OH + 2CO +210 Kj
Anaerobiosis dalam haiwan
C6 H12 O6 2CH3 CH (OH) COOH +150 Kj
Untuk perbandingan dengan aerobiosis
C6 H12 O6 + 6O2 6H2 O + 6CO2 +2880 Kj

4. Pada halnya, dalam anaerobiosis glukosa hanya dipecahkan melalui glikolisis


menjadi asid piruvik. Asid piruvik yang terbentuk tidak ditukar kepada asetil
Koenzim A untuk memasuki kitar Kreb seperti dalam aerobiosis. Sebagai ganti,
asid piruvik ditukarkan kepada etanol atau asid laktik i (Rajah 9.5).

Asid pruvik, CH3 (CO)COOH


glukosa asetil koenzin A

CO2 kitar kreb


2H dari NADH+H

Asetildehid,
CH3 CHO
Asid laktik,
CH3 CH(OH)COOH
Etanol, C5 H5 OH

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 4


ASAS BOTANI PERTANIAN

5. Perhatikan
a) dalam sel haiwan, dua atom hydrogen yang diterima oleh pembawa NAD tidak
dipindah ke dalam sistem pengangkutan elektron, tetapi. dilepaskan untuk
berpadu dengan asid piruvik bagi menghasilkan asid laktik, sementara
b) dalam sel tumbuhan, asid piruvik mula-mula ditukarkan menjadi asetildehid
sambil membebaskan karbon dioksida. Asetildehid kemudiannya diturunkan
oleh atom hidrogen untuk membentuk etanol melalui proses penapaian.

6. Proses anaerobiosis adalah kurang cekap jika dibanding dengan proses


aerobiosis. Ini adalah kerana tenaga baki yang banyak masih terperangkap dalam
molekul etanol atau asid laktik. Misalnya dalam penapaian yis, hanya 7% daripada
tenaga kimia dalam glukosa dibebaskan, 93% yang lain masih terperangkap dalam
molekul etanol. Hanya 2 molekul ATP dihasilkan daripada 1 molekul glukosa.

Hasil daripada glikolisis


1 molekul glukosa = 4ATP + 2NADH + 2H
Tolak bilangan molekul
ATP dan NADH2 yang
digunakan = 2ATP +2NADH + 2H
---------------------------------------------------------------------
Jumlah hasil bersih = 2ATP
---------------------------------------------------------------------

7. Dalam sel anaerob fakultatif, asid laktik dapat ditukar balik kepada asid piruvik
yang kemudiannya dioksidakan melalui kitar Kreb seperti biasa apabila bekalan
oksigen yang mencukupi dipulihkan.

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 5


ASAS BOTANI PERTANIAN

8. Dalam sel rangka haiwan yang giat mengecut dan apabila bekalan oksigen
kekurangan,asid laktik mungkin terkumpul akibat proses anaerobiosis. Asid laktik
ini dialirkan oleh darah ke hati dan otot jantung untuk ditukarkan kepada asid
piruvik. Apabila bekalan oksigen dipulihkan seperti biasa, asid piruvik dioksidakan
melalui kitar Kreb untuk membebaskan tenaga ATP. Jumlah oksigen yang
selebihnya yang diperlukan untuk mengoksidakan asid piruvik ini disebut hutang
oksigen.

9. Sementara itu, sel tumbuhan tidak boleh menggunakan etanol yang terhasil
daripada proses anaerobiosis. Etanol mesti disekat daripada meningkat ke aras
yang tinggi. Oleh demikian, bilangan tumbuhan yang bersifat anaerob obligat
sangat kurang (contohnya sesetengah bakteria) dan kebanyakannya ialah
anaerob fakultatif, iaitu hanya boleh menjalankan anaerobiosis untuk jangka masa
yang singkat. Satu-satunya contoh ialah yis, yang dapat menahan kepekatan
etanol sehingga kira-kira 12% dan selnya hanya mati apabila bekalan oksigen
untuk aerobiosis terlalu rendah dan kepekatan etanol melebihi aras ini.

10. Adalah diperhatikan bahawa, walaupun sesuatu sel sedang melakukan proses
anaerobiosis dalam keadaan tanpa oksigen, kadar glikolisis dan kadar
pembebasan karbon dioksida terus meningkat. Ini adalah kerana sel itu cuba
mengatasi masalah penghasilan tenaga yang rendah daripada anaerobiosis
dengan mencepatkan lagi kadar glikolisis. Kesan ini disebut kesan Pasteur.

11. Kegunaan penapaian dalam industri


a) Dalam proses membuat kuih dan roti
Dalam proses ini, adunan tepung dicampur dengan yis. Gas karbon dioksida
yang terhasil daripada proses penapaian (proses anaerobiosis oleh sel yis)
akan mengembangkan adunan itu menjadi kuih dan roti yang lembut selepas
dibakar.

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 6


ASAS BOTANI PERTANIAN

b) Dalam proses membuat bir dan wain


Dalam proses membuat bir, enzim diastase dalam malt menukarkan kanji
dalam campuran bijirin kepada maltosa. Campuran yang terhasil kemudian
dicampurkan dengan yis untuk membolehkan proses penapaian berlaku.
Semasa penapaian yis, enzim maltase dalam yis menukarkan maltosa kepada
glukosa yang kemudian ditukarkan oleh enzim zimase dalam yis kepada etanol
dan karbon dioksida melalui proses anaerobiosis. Begitu juga, dalam proses
membuat wain, glukosa dalam jus buah~buahan ditukarkan menjadi etanol
oleh organisma anaerob yang terdapat dalam jus buahbuahan itu.

c) Dalam proses membuat tairu (susu masam)


Dalam proses ini, bakteria seperti Lactobacillus bertindak ke atas laktosa (gula
susu) menghasilkan asid laktik yang membolehkan minuman susu masam
seperti susu dadih dihasilkan. Susu dadih kaya dengan vitamin B dan D.

d) Dalam proses penghasilan etanol


Etanol yang terhasil daripada penapaian digunakan sebagai pelarut dan untuk
membuat pelbagai sebatian organik seperti asid etanoik (dalam cuka) dan
jenis-jenis ester.

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 7


ASAS BOTANI PERTANIAN

4.0 Proses Glikolisis


 Glikolisis berlaku dalam sitoplasma sel manakala kitar Kreb dan sistem
pengangkutan elektron berlaku di dalam mitokondrion.
Laluan biokimia glikolisis.

Peristiwa-peristiwa yang berlaku:


Peringkat 1:
Pemfosforilan glukosa (6C) menghasilkan
fruktosaditosfat (6C):
Perhatikan bahawa:
• beberapa enzim respirasi memer1ukan ion Mg2
sebagai kofaktor.
• dua molekul ATP digunakan bagi pemfosforilan
setiap molekul glukosa. Setakat ini, tenaga dalam
bentuk ATP masih belum dihasilkan tetapi,
sebaliknya digunakan.

Peringkat 2:
Pemecahan fruktosadifosfat (6C) kepada 2J
molekul sebatian 3-karbon, iaitu gliseraJ. dehid 3-
fosfat (3C).

Peringkat 3:
Pengoksidaan gilseraldehid 3-fosfat oleh enzim
oksidoreduktase, iaitu glisera1dehid
dehidrogenase, kepada asid fosfogliserik.
Perhatikan bahawa:
• Penerimaan atom hidrogen oleh penerima
hidrogen, NAD menjadi NADH (sejumlah 2
molekul NADH daripada 1 molekul glukosa).
• Pembentukan 1 molekul ATP (sejumlah 2 ATP
daripada 1 molekul glukosa).

Peringkat 4:
Penukaran asid fosfogliserik kepada asid piruvik
(3C) di mana 2. lagi molekul ATP dihasilkan.
Ringkasan penghasilan ATP dan NADH2
daripada glikolisis setiap molekul glukosa
• 2 molekul ATP (4 tolak 2 molekul yang
digunakan dalam peringkat 1).
• 2 molekul NADH

FISIOLOGI TUMBUHAN – PROSES RESPIRASI 8

You might also like