Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 41

018/028/038 SAINS

INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kod Mata Pelajaran : 018 (SK), 028 (SJKC), 038 (SJKT)


Bentuk Ujian : Ujian Subjektif
Markah Penuh : 50
Masa : 1 jam 15 minit

REKA BENTUK INSTRUMEN PENTAKSIRAN

Kertas soalan Sains UPSR terdiri daripada 2 bahagian; Bahagian A dan Bahagian B.

Bahagian A terdiri daripada 30 soalan aneka pilihan yang mesti dijawab. Markah yang
diperuntukan ialah 30.
Bahagian B terdiri daripada lima (5) soalan respons terhad yang mesti dijawab. Markah
yang diperuntukan ialah 20.

Konstruk yang diukur ialah:


a) Pengetahuan
b) Pemahaman
c) Kemahiran Mengaplikasi

PRESTASI KESELURUHAN:

Sebahagian besar calon menunjukkan penguasaan yang tinggi dalam aspek pengetahuan,
kefahaman dan aplikasi yang diuji di Bahagian A. Manakala calon berprestasi sederhana
dan rendah hanya menguasai soalan aras pengetahuan dan kefahaman sahaja.

Untuk Bahagian B, sebahagian besar calon dapat mempamerkan penguasaan Kemahiran


Proses Sains yang sangat baik. Kebanyakan calon dalam kumpulan ini boleh memberikan
jawapan yang menepati kehendak soalan. Hal ini menunjukkan lebih ramai calon telah
menguasai Kemahiran Proses Sains.

Calon prestasi sederhana dan rendah, hanya menguasai sebahagian Kemahiran Proses
Sains yang ditaksir di Bahagian B. Calon sederhana kurang berkemahiran dalam
memberikan jawapan yang baik bagi soalan inferens, pemerhatian, hubungan dan
kesimpulan. Calon berprestasi rendah pula tidak mempunyai kemahiran dalam menjawab
kebanyakan soalan Kemahiran Proses Sains (KPS) yang diuji. Kebanyakan mereka hanya
mempamerkan kemampuan dalam soalan pembolehubah, tujuan dan corak sahaja.

PRESTASI MENGIKUT KUMPULAN CALON:

Calon Dalam Kumpulan Tinggi:

Jawapan disampaikan dengan baik melibatkan penggunaan terminologi, kosa kata, nahu
dan juga kata kunci yang betul, sama ada calon menjawab sepenuhnya dalam bahasa
Inggeris atau bahasa Melayu. Walau bagaimanapun sebahagian calon pula didapati kurang
berjaya memberikan jawapan yang tepat khususnya untuk sub soalan 1(c), 2(d) dan soalan
3(a). Bagi soalan 1(c) dan 2(c) pula, jawapan calon mestilah mempunyai kaitan dengan
jawapan di 1(b) dan 2(b). Jawapan calon di 1(b) akan memberi kesan kepada jawapan

Sains 1 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


calon di 1(c) manakala jawapan calon di 2(b) akan memberi kesan kepada jawapan calon di
2(c).

Dari aspek pengetahuan, kefahaman dan aplikasi yang ditaksir, sebahagian besar calon
dalam kumpulan ini telah dapat menguasainya dengan baik. Calon dapat memahami
kandungan kemahiran yang hendak dinilai dan ini menunjukkan bahawa calon telah
menguasai Kemahiran Proses Sains dengan baik. Sebahagian calon juga boleh
mengaplikasikan konsep/prinsip sains yang dipelajari dalam menjawab soalan di Bahagian
B.

Calon Dalam Kumpulan Sederhana:

Mutu jawapan calon dianggap baik dan mudah difahami serta sebahagian besarnya
menepati kehendak soalan. Calon masih menguasai kandungan kemahiran dan
pengetahuan dengan baik terhadap beberapa konsep/prinsip sains dan Kemahiran Proses
Sains yang ditaksir.

Walau bagaimanapun majoriti calon dalam kumpulan ini tidak berupaya mengaitkan
konsep/fakta Sains yang telah dipelajari dalam menjawab soalan Bahagian B yang
merupakan soalan Kemahiran Proses Sains. Calon juga tidak dapat menggunakan kosa
kata dan terminologi Sains dalam menyampaikan jawapan sebagai mana yang dikehendaki
oleh soalan.

Kesilapan utama calon adalah disebabkan kurang memahami tugasan soalan dengan tepat.
Hal ini menyebabkan tahap penguasaan calon dari aspek kefahaman dan aplikasi dalam
jawapan masih rendah. Kebanyakkan calon kumpulan ini hanya boleh menguasai soalan
aras rendah dan sederhana sahaja.

Calon Dalam Kumpulan Rendah:

Penguasaan calon terhadap aspek pengetahuan, kefahaman dan juga kebolehan


mengaplikasi konsep dan prinsip asas sains bertambah baik. Walau bagaimanapun masih
terdapat calon yang belum menguasai Kemahiran Proses Sains dan tahap Kemahiran
Berfikir mereka masih rendah.

Sebahagian besar calon dalam kumpulan ini tidak dapat menjawab mengikut kehendak
soalan khususnya yang memerlukan jawapan menggunakan pola ayat tertentu seperti
‘tujuan penyiasatan‘, ‘hubungan antara pembolehubah‘, ‘kesimpulan’ dan juga ‘inferens’.
Sebahagiannya tidak memahami tugasan soalan serta kemahiran proses yang hendak
ditaksir. Tambahan pula penguasaan bahasa yang sangat lemah menyebabkan calon tidak
dapat mempersembahkan jawapan dengan baik.

Kebanyakkan calon hanya menjawab sub-soalan yang memerlukan jawapan ringkas iaitu
satu perkataan sahaja atau nombor seperti soalan 2(d), 4(a) dan 5(a). Sebahagian kecil
calon hanya menyalin semula maklumat dalam stimulus atau stem soalan. Terdapat juga
calon yang langsung tidak menjawab.

Sains 2 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


PRESTASI TERPERINCI:

Soalan 1

Soalan ini menguji pengetahuan dan kefahaman calon tentang keperluan asas haiwan.
Topik ini dipelajari pada Tahun 4 dalam tema Menyiasat Alam Kehidupan. Soalan ini
dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah dan jadual sebagai rangsangan untuk murid
mendapatkan maklumat bagi menjawab soalan yang memfokuskan kepada tujuan
penyiasatan, membuat inferens dan menyatakan pemerhatian yang menyokong inferens.

Sains 3 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 1(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon
diminta membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi.

Kekuatan Calon.

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas
berpandukan stimulus (gambar rajah dan jadual) yang diberi. Pembolehubah ini
kemudiannya digunakan oleh calon dalam menulis ayat tujuan penyiasatan dengan
mengemukakan frasa-frasa yang betul dan tepat.
Contoh :

Sains 4 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon masih tidak dapat menggunakan frasa-frasa bagi ayat tujuan yang betul, walaupun
dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas
dinyatakan dengan tepat. Calon juga gagal mengemukakan parameter bagi pembolehubah
dengan tepat menyebabkan respons calon tidak diterima sebagai jawapan yang betul.

Contoh:

Sub soalan 1(b)

Soalan ini memerlukan calon mengemukakan dua penerangan yang munasabah


berdasarkan pemerhatian yang diberi dalam soalan.

Sains 5 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Sebahagian besar calon dapat menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Mereka dapat
menyatakan inferens yang dikehendaki sebagaimana kehendak soalan. Calon dapat
mengemukakan dua sebab (inferens) yang munasabah berdasarkan prinsip sains yang telah
dipelajari atau melalui pengalaman lepas. Respon calon juga menjurus terus kepada
kehendak soalan dengan ringkas dan tepat tanpa huraian yang panjang lebar.

Contoh:

Sains 6 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Sebilangan kecil sahaja calon yang menjawab dengan melakukan kesalahan, iaitu memberi
jawapan yang tidak berkaitan dengan soalan sebaliknya hanya memberikan penyataan
umum. Calon melakukan kesalahan dengan mengemukakan jawapan yang tidak releven
dengan soalan. Mereka gagal menyatakan dua sebab (inferens) yang munasabah atau
prinsip sains yang tidak berkaitan dengan fenomena dalam penyiasatan.

Contoh:

Sub soalan 1(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pemerhatian tambahan berdasarkan penerangan


yang dinyatakan di soalan 1(b-i atau b-ii). Soalan ini memerlukan calon mengemukakan
pemerhatian untuk menyokong inferens.

Sains 7 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Calon dapat memahami tugasan soalan dengan memberikan jawapan yang betul dan tepat.
Calon merujuk kepada respons yang telah dikemukakan dalam soalan 1(b-i dan b-ii) sebagai
dasar atau panduan untuk mengemukakan pemerhatian tambahan. Calon juga berjaya
menggarap maklumat yang diperolehi daripada stimulus dan menggunakan maklumat
tersebut untuk menyatakan pemerhatian tambahan dengan tepat.

Contoh:

Sains 8 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon tidak merujuk kepada inferens (sebab) yang dinyatakan di 1(b-i) atau 1(b-ii) untuk
mengemukakan jawapan serta tidak menggunakan stimulus dalam soalan sebagai sandaran
kepada jawapan yang dikemukakan. Hal ini adalah kerana calon tidak memahami apa yang
dimaksudkan dengan “pemerhatian untuk menyokong inferens” sebagaimana tugasan
soalan. Jadi jawapan yang diberi oleh calon lebih kepada bentuk jawapan kesimpulan
umum. Calon lebih cenderung menggunakan pengalaman lepas dan menggunakan prinsip
sains untuk menyatakan pemerhatian tambahan.

Contoh 1:

Contoh 2:

Sains 9 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Soalan 2

Soalan ini dibina berdasarkan sukatan pelajaran Tahun 5 daripada tema Menyiasat Daya
Dan Tenaga. Soalan ini dikemukakan untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon
tentang prinsip cahaya. Ia dipersembahkan dalam bentuk gambar rajah bersama dengan
jadual untuk memudahkan calon mencari maklumat.

Sains 10 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 2(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan tujuan penyiasatan yang dijalankan. Calon diminta
membuat penyataan tentang maksud data atau maklumat yang diberi.

Kekuatan Calon.

Calon dapat menjawab dengan menggunakan kata kunci yang betul dan tepat bagi
menyatakan tujuan seperti yang dikehendaki dalam soalan dengan menyatakan
pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas yang betul. Seterusnya
menghubungkan kedua-dua pembolehubah tersebut dengan menggunakan frasa-frasa yang
ditetapkan seperti “Untuk menyiasat hubungan antara (pembolehubah dimanipulasi) dengan
(pembolehubah bergerak balas)”.

Contoh :

Sains 11 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon hanya menyatakan salah satu pembolehubah sahaja. Kebanyakkannya


pembolehubah dimanipulasi sahaja sedangkan bagi menjawab soalan ‘tujuan’ calon perlu
menggunakan kedua-dua pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas
dalam ayat tujuan yang dinyatakan. Calon juga tidak dapat menggunakan frasa-frasa yang
ditatapkan dengan betul. Terdapat juga calon hanya menulis penyataan umum tanpa
mengaitkan dengan kehendak soalan.

Contoh:

Sub soalan 2(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan dua maklumat pembolehubah yang perlu
digunakan dalam penyiasatan.

Sains 12 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Sebahagian besar calon dapat mengenalpasti dua maklumat yang dikumpul dengan betul
sebagaimana kehendak soalan. Dua maklumat yang perlu digunakan bermaksud
pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas. Dalam konteks ini ‘jarak
antara bola denga sumber cahaya’ adalah pembolehubah dimanipulasi. Manakala ‘saiz
bayang-bayang’ pula merupakan pembolehubah bergerak balas.

Contoh:

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat mengenal pasti dua maklumat yang digunakan dalam penyiasatan
(pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas) untuk menjawab dengan
lengkap sebagaimana yang dikehendaki soalan. Seperti “jarak antara bola” sahaja, tetapi
sepatutnya calon perlu menulis dengan lengkap seperti “jarak antara bola dengan sumber
cahaya”.

Contoh:

Sains 13 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 2(c)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan hubungan antara dua maklumat (pembolehubah
dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas) yang dinyatakan di soalan 2(b).

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenalpasti dua pembolehubah dalam Soalan 2(b) dengan betul dan berjaya
menghubungkan dua pembolehubah tersebut dalam satu ayat hubungan (relationship)
dengan betul. Corak perubahan juga digunakan dengan betul pada pembolehubah
dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas.

Contoh:

Sains 14 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Sebilangan calon tidak dapat menghubungkan pembolehubah dimanipulasi dengan


pembolehubah bergerak balas dengan betul. Sebaliknya calon hanya menyatakan
hubungan yang terbalik iaitu dengan menulis pembolehubah bergerak balas dahulu dan
dikuti dengan pembolehubah dimanipulasi. Begitu juga penggunaan corak/pola yang telah
ditetapkan iaitu bertambah atau berkurang tidak ditulis dengan betul. Sebaliknya calon
menggunakan perkataan yang tidak berkaitan seperti “bayang besar” yang sepatutnya ialah
“saiz bayang bertambah besar”.

Contoh :

Sains 15 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Manakala sebilangan calon yang lain tidak dapat mengesan pembolehubah. Ini
menyebabkan jawapan mereka di 2(c) ditolak kerana jawapan calon tidak berkaitan dengan
jawapan mereka di 2(b).

Contoh:

Sains 16 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 2(d)

Soalan ini memerlukan calon meramal dengan menyatakan apa yang akan berlaku
berpandukan data atau maklumat dalam stimulus soalan.

Kekuatan Calon

Sebahagian besar calon berjaya mentafsir maklumat yang dibekalkan dalam jadual untuk
meramal dengan melangkaui data atau maklumat yang diberikan tentang saiz bayang-
bayang dengan tepat. Calon juga dapat menggunakan pengalaman lepas dalam menjawab
soalan dengan betul dan tepat.

Contoh:

Sains 17 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon tidak merujuk kepada jadual yang diberi untuk meramal dengan betul, sebaliknya
calon hanya meramal dengan menggunakan pengalaman lepas melalui pembelajaran di
dalam kelas atau pengalaman seharian mereka tanpa memahami/merujuk data yang diberi
dalam jadual.

Contoh:

Sains 18 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Soalan 3

Soalan ini dibina untuk menguji pengetahuan dan kefahaman calon berdasarkan pelajaran
Tahun 6 dengan tema Menyiasat Alam bahan dari tajuk Pengawetan Makanan iaitu
bagaimana makanan menjadi rosak dan bagaimana makanan boleh tahan lama. Dalam
soalan ini, calon juga boleh menggunakan pengetahuan mereka berkaitan mikroorganisma
yang dipelajari di Tahun 5.

Soalan dikemukakan dengan gambar rajah sebagai rangsangan untuk murid mencari
maklumat di samping menggunakan kemahiran berfikir untuk mengingati faktar sains bagi
membantu mencari jawapan, kerana soalan memfokuskan kemahiran mencari sebab
(inferens), menyatakan pembolehubah dimanipulasi dan membut hubungan di antara dua
pembolehubah.

Sains 19 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 3(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan dua penerangan yang munasabah (inferens)
tentang pemerhatian.

Kekuatan Calon.

Ramai calon dapat memberikan dua inferens secara perbandingan dengan persembahan
ayat yang baik bagi menjawab soalan ini. Calon dapat memberikan jawapan menepati
fakta/prinsip sains tentang pengawetan makanan dan juga penggunaan istilah sains yang
tepat seperti mikroorganisma aktif, mikroorganisma tidak aktif dan suhu bilik. Ini menjelaskan
kefahaman dan pengetahuan calon tentang tajuk tersebut.

Contoh :

Sains 20 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Terdapat calon yang dapat memberikan inferens tetapi tidak menyatakan perbandingan
sebagaimana yang dikehendaki oleh soalan. Oleh itu, dua jawapan inferens calon terpaksa
digabungkan bagi memberi peluang kepada calon mendapat satu markah. Hal ini
menyebabkan kecuaian calon dalam mengenal pasti dua situasi Sup R dan Sup S yang
terdapat dalam gambar rajah. Walau pun calon dapat memberikan fakta sains yang betul
tetapi calon perlu berhati-hati dengan kehendak soalan.

Contoh :

Sains 21 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Terdapat juga calon yang berupaya mengemukakan inferens beserta perbandingan tetapi
tidak merujuk kepada subjek/maklumat (Sup R atau Sup S) yang terdapat di dalam soalan.

Contoh :

Sub soalan 3(b)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan maklumat pembolehubah yang dimanipulasi (apa
yang diubah).

Sains 22 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Ramai calon berjaya menjawab soalan ini dengan tepat berdasarkan maklumat yang diberi
dalam penyiasatan. Calon mahir dalam mengkategorikan pembolehubah dan mencari
maklumat tersebut melalui penyataan soalan atau gambar rajah.

Contoh:

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat mengenal pasti pembolehubah dengan tepat dan gagal mencari maklumat
dari stimulus (gambar rajah) yang diberi. Calon juga tidak dapat mengkategorikan
pembolehubah dengan betul dan tidak dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi
dengan tepat mengikut kehendak soalan.

Contoh:

Sains 23 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 3(c)

Soalan ini memerlukan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan bergerakbalas
bagi menyatakan satu penyataan hubungan antara dua pembolehubah yang terdapat dalam
stimulus (gambar rajah) yang diberi.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerak balas
dari gambar rajah serta dapat membuat ayat hubungan dengan baik. Hal ini mengambarkan
penguasaan calon terhadap kemahiran mengenal pasti pembolehubah dan membuat ayat
hubungan dengan betul dan tepat.

Contoh:

Sains 24 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon tidak dapat menghubungkan antara pembolehubah dimanipulasi dengan


pembolehubah bergerakbalas dengan betul. Sebaliknya calon hanya memberikan ayat
pemerhatian/penyataan sahaja. Calon tidak dapat menyatakan pembolehubah dimanipulasi
dan pembolehubah bergerak balas yang sepatutnya dikenal pasti pada penyataan soalan
atau gambar rajah sebelum membina ayat hubungan.

Contoh :

Sains 25 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Soalan 4

Soalan ini adalah sedutan dari tema Menyiasat Bumi Dan Alam Semesta Tahun 4. Soalan
mengemukakan grafik/rajah sebagai stimulus di mana calon perlu meneliti dan mentafsir
maklumat tentang jarak planet dari Matahari dan masa yang diambil oleh planet untuk
mengelilingi Matahari. Berdasarkan maklumat inilah, calon perlu menjawab soalan.

Sub soalan 4(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pola atau corak perubahan bagi masa yang
diambil oleh planet P, Q, R S dan T untuk bergerak mengelilingi Matahari.

Kekuatan Calon.

Ramai calon dapat mengenal pasti pola/corak perubahan tentang masa mengelilingi
Matahari yang terdapat dalam soalan, walaupun stimulusnya dalam bentuk gambar rajah.
Calon memahami tentang kedudukan planet dalam Sistem Suria dan dapat menyatakan
corak melalui tempoh peredaran planet mengelilingi Matahari.

Sains 26 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Contoh :

Kelemahan Calon

Calon tidak dapat mengenal pasti pola/corak perubahan masa planet mengeliling Matahari
yang terdapat dalam stimulus (gambar rajah) dan tidak memahami fakta sains yang
berkaitan dengan tempoh peredaran planet mengelilingi Matahari bagi menulis jawapan
yang tepat.

Contoh :

Sains 27 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 4(b)

Soalan ini memerlukan calon membuat kesimpulan dengan menggunakan maklumat


(pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas) yang terdapat dalam
stimulus soalan.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah bergerakbalas


daripada stimulus walaupun tanpa jadual dan dapat membuat kesimpulan dengan baik.
Calon juga menggunakan pengalaman pembelajaran yang lepas dalam tajuk yang telah
dipelajari berkenaan jarak planet dari Matahari dan tempoh peredaran planet mengelilingi
Matahari.

Contoh:

Sains 28 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Kebanyakkan calon dapat mengenal pasti pembolehubah daripada gambar rajah yang
dikemukakan, namun mereka tidak dapat menyatakan corak perubahan pada salah satu
pembolehubah. Calon tidak dapat mengenal pasti corak yang betul untuk menggambarkan
jarak planet dalam Sistem Suria seperti yang terdapat dalam gambar rajah.

Contoh:

Sains 29 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 4(c)

Soalan ini menugaskan calon mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan


pembolehubah bergerakbalas daripada maklumat dalam stimulus iaitu penyataan yang diberi
seterusnya menghubungkan kedua-duanya dengan menyatakan hubungan yang betul
tentang kesan-akibat antara kedua-dua pembolehubah tersebut.

Sains 30 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Calon berupaya mengenal pasti pembolehubah dimanipulasi dan pembolehubah


bergerakbalas daripada penyataan yang diberi dan seterusnya mampu menghubungkan
kedua-dua pembolehubah dengan menyatakan ayat hubungan yang betul. Calon juga
memahami tentang saiz orbit yang mempengaruhi masa peredaran planet mengelilingi
Matahari.

Contoh:

Sains 31 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Kesilapan sebahagian besar calon ialah membuat penyataan hubungan yang salah antara
pembolehubah dimanipulasi dengan pembolehubah bergerakbalas. Pembolehubah
bergerakbalas ditulis dahulu dan diikuti dengan pembolehubah dimanipulasi justeru
menjadikan hubungan kesan-akibat tidak menepati fakta sains.

Contoh :

Sains 32 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Soalan 5

Soalan terakhir dalam Kertas Sains 018 ini dipetik dari Tema Menyiasat Dunia Teknologi
Tahun 5. Soalan ini mengemukakan stimulus dalam bentuk gambar rajah beserta jadual bagi
memudahkan calon memahami maklumat dengan lebih mudah.

Sains 33 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 5(a)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan menyatakan pola atau corak perubahan jisim
beban maksimum berdasarkan stimulus dalam soalan.

Kekuatan Calon.

Calon dapat mengenal pasti maklumat yang terdapat dalam soalan yang dikemukakan
dalam bentuk jadual seterusnya membolehkan calon mengesan corak yang dikehendaki.
Pemerhatian terhadap corak dapat dibuat menggunakan maklumat yang betul seperti yang
terdapat dalam jadual. Calon dapat mengenal pasti corak perubahan yang ditunjukkan iaitu
menaik, meningkat atau bertambah.

Contoh :

Sains 34 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon yang lemah dalam komunikasi bertulis didapati gagal mengemukakan jawapan yang
betul berkaitan corak. Calon juga tidak dapat mengenal pasti istilah atau perkataan yang
tepat untuk corak perubahan sebagai jawapan sebaliknya, calon hanya menyalin semula
maklumat daripada jadual.

Contoh:

Sub soalan 5(b-i)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah bergerakbalas (apa yang


diperhati) daripada stimulus dalam jadual.

Sains 35 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Ramai calon dapat mengenalpasti pembolehubah bergerak balas (apa yang diperhati)
daripada jadual dan menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Kefahaman calon dalam
mentafsir maklumat memberikan kelebihan untuk menulis jawapan yang betul.

Contoh:

Sains 36 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kelemahan Calon

Calon tidak dapat memberikan jawapan yang betul kerana tidak dapat mentafsir maklumat
dalam mengenal pasti pembolehubah daripada jadual. Calon menyatakan pembolehubah
dimanipulasi (apa yang diubah) sebagai jawapan, sedangkan kehendak soalan memerlukan
jawapan pembolehubah bergerak balas.

Contoh:

Sub soalan 5(b-ii)

Soalan ini memerlukan calon menyatakan pembolehubah dimalarkan (apa yang ditetapkan)
daripada stimulus dalam gambar rajah.

Sains 37 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Kekuatan Calon

Calon dapat mengenalpasti pembolehubah dimalarkan (apa yang ditetapkan) daripada


gambar rajah dan menjawab tugasan soalan ini dengan tepat. Calon memperoleh maklumat
ini dari stem soalan yang disediakan sebagai penerangan penyiasatan.

Contoh:

Kelemahan Calon

Calon berjaya mengenalpasti pembolehubah dimalarkan tetapi kesilapan sebahagian besar


calon ialah tidak menyatakan parameter yang betul. Hal ini menyebabkan jawapan calon
menjadi tidak lengkap atau tidak tepat.

Contoh:

Sains 38 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


Sub soalan 5(c)

Soalan ini memerlukan calon membuat ramalan tentang jisim beban maksimum yang dapat
ditampung oleh model jambatan yang ditunjukkan dalam gambar rajah atau pun
menggunakan maklumat yang diberi dalam jadual.

Kekuatan Calon

Calon dapat mengenal pasti perubahan dalam data dari soalan yang diberikan walaupun
julatnya agak mengelirukan dengan memberikan jawapan yang tepat. Berpandukan julat
data yang dikesan calon dapat membuat pengiraan dengan betul dan tepat.

Contoh:

Kelemahan Calon

Calon dapat mengenal pasti perubahan pada data tetapi gagal menghubungkait julat nombor
yang diberi dalam stimulus untuk membuat ramalan secara mengektrapolasi data. Kesilapan
dalam pengiraan juga menyebabkan calon membuat ramalan yang tidak tepat.

Contoh :

Sains 39 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


SARANAN KEPADA CALON.

1. Baca dan fahamkan maklumat yang terdapat dalam stimulus setiap soalan. Jika
perlu, garis kata kunci yang boleh menjadi petunjuk kepada pembolehubah yang
dimanipulasi (what to change), yang bergerak balas (what to observe/measure) dan
yang dimalarkan (what to keep the same).

2. Fahami konsep atau prinsip sains yang cuba disiasat kerana kebiasaannya aspek ini
tidak dapat ‘diperhatikan‘ atau ‘diukur‘ secara langsung. Calon sewajarnya dapat
membezakan antara pembolehubah (variable), pemerhatian (observation) dengan
faktor yang boleh digunakan untuk menerangkan sesuatu pemerhatian.

3. Kenalpasti ‘pembolehubah‘ daripada maklumat yang diberi melalui rangsangan, sama


ada dalam bentuk teks, graf, jadual, carta atau gambar rajah, sebelum menjawab
soalan. Dapat mengena lpasti ‘pembolehubah‘ dengan betul akan memudahkan
calon menjawab soalan berkaitan dengan hipotesis, tujuan penyiasatan, hubungan
diantara pembolehubah dan membuat kesimpulan.

4. Baca kesemua sub-soalan secara am sebelum menjurus kepada setiap sub-soalan


dan menjawabnya. Jawab dahulu sub-soalan tentang ‘what to change’, ‘what to
observe’, ‘what to keep the same’. Apabila telah dapat mengenal pasti maklumat ini,
akan memudahkan calon menjawab sub-soalan lain seperti ‘tujuan penyiasatan’,
’hubungan’ dan juga ‘kesimpulan’.

5. Membuat latih tubi membina ayat yang menunjukkan tentang ‘pemerhatian’,


’hubungan di antara pembolehubah’, ‘inferens’, ‘kesimpulan’ dan ‘corak perubahan’.

6. Usahakan untuk menjawab menggunakan pelbagai format jawapan. Jangan terikat


dengan satu format tertentu sahaja.

7. Jika soalan berkaitan inferens, lazimnya melibatkan perbezaan antara dua


pemerhatian. Oleh itu pastikan calon membuat perbandingan. Nyatakan sebab
untuk kedua-dua keadaan yang berbeza tadi, bukan hanya mengulang perbezaan
pemerhatiannya.

8. Apabila membuat ramalan yang melibatkan nombor, pastikan ia ditulis dalam satu
nombor bulat dan bukan julat.

9. Libatkan diri dalam aktiviti ‘hands-on’ atau penyiasatan/eksperimen. Kenal pasti


apakah perkara yang diubah (what to change), perkara yang diperhati/diukur (what to
observe) dan perkara yang ditetapkan (what to keep the same). Ini dapat membantu
memperkukuh kefahaman calon dalam mengenal pasti maklumat yang terlibat dan
perlu dikumpul.

10. Jika sesuatu maklumat (information) yang tidak mempengaruhi sesuatu keputusan
penyiasatan, maka ia tidak boleh dijadikan ‘what to keep the same‘.

Sains 40 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012


SARANAN KEPADA GURU

1. Perbanyakkan aktiviti ‘hands-on‘ yang menggalakkan murid meneroka, seperti


menjalankan eksperimen, kajian lapangan, penghasilan buku skrap dan
perbincangan. Ini akan mendedahkan dan menimbulkan minat murid kepada
penyiasatan yang pastinya melibatkan mengenal pasti pembolehubah.

2. Gunakan kaedah mengajar secara ‘inkuari-penemuan‘ dan bukan sekadar


‘menyampaikan maklumat’. Kaedah ini akan mendorong murid berfikir dan belajar
secara aktif dan menimbulkan suasana yang menyeronokkan. Pelbagaikan kaedah
diperingkat set induksi supaya murid berasa seronok dan gembira dalam memulakan
pembelajaran mereka.

3. Setengah-setengah konsep sains tidak dapat diukur secara langsung. Contoh:


Konsep kestabilan tidak boleh diukur,oleh itu cepat atau lambatnya sesuatu objek
tumbang apabila dicondongkan dapat dijadikan pengukur kestabilan. Guru perlu
menerangkan konsep sains dengan jelas dan apakah pembolehubah yang terlibat.

4. Guru perlu menjalankan Penilaian Kerja Amali Sains (PEKA) dengan lebih kerap dan
sempurna dengan menyediakan lebih banyak tugasan bagi membolehkan murid
melakukan semua Kemahiran Proses Sains (KPS) dan Kemahiran Manipulatif Sains
(SMS) yang telah ditetapkan.

5. Guru perlu menggunakan sepenuhnya Buku Teks dan Buku Latihan Amali yang
dibekalkan dan memastikan semua maklumat yang terdapat di dalam buku-buku
tersebut dapat di fahami oleh murid.

Sains 41 Kupasan Mutu Jawapan UPSR 2012

You might also like