Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

TOKOH-TOKOH

TERNAMA DI
MALAYSIA DAN
SUMBANGAN
MEREKA
MORAL PROJEK
TINGAKATAN 4
2020

NAMA:
KELAS:
TAJUK:
PENGENALAN

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama asing bagi negara masyarakat kita, lebih-

lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj ibni

Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah merupakan seorang tokoh yang mempunyai sifat-

sifat istimewa di sebalik kejayannya. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan

seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau di samping memegang

jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Beliau merupakan putera ke-6

daripada isteri kedua atau yang ke-24 bagi ayahnya. Ayahandanya, Sultan Abdul Hamid menaiki

takhta Kedah pada 1881 dan mangkat pada tahun 1943. Ibunya pula Che Manjalara berketurunan

Siam dan Burma telah menukar namanya kepada Sharifah Fatimah setelah memeluk agama

Islam.

Beliau merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa

rakyat, setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati,

bertanggungjawab serta banyak lagi nilai yang membolehkan beliau mempunyai kenalan yang

ramai. Beliau seorang yang berkedudukan namun dia tetap bergaul dengan sesiapa sahaja.

Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua

Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam

mentadbir negara dan rakyatnya.

Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat

penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan

kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan

peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.


Terdapat beberapa sebab mengapa kumpulan kami memilih Tokoh YTM Tunku Abdul
Rahman sebagai tajuk kerja kursus kami. Ini kerana, beliau merupakan “Bapa Kemerdekaan”
bagi Negara Malaysia dan ini sesuatu yang harus dibanggakan kerana beliau telah
mengharumkan dan membebaskan Negara kita daripada terus dijajah oleh penjajah. Bagi
menunjukkan penghargaan kami terhadap segala pengorbanan dan perjuangan beliau untuk
mencapai kemerdekaan Negara Malaysia kami memilih beliau.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang
pertama. Bapa Kemerdekaan Malaysia ini telah membuktikan bahawa beliau seorang pemimpin
yang berwibawa. Tunku merupakan seorang tokoh yang mempunyai perwatakan dan
keperibadian tersendiri serta istimewa yang sukar ditandingi. Pelbagai cabaran serta rintangan
dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang
pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Kualiti Tunku memanglah
tiada persamaan atau bandingannya dengan orang lain.

Selain itu, sebagai seorang pemerintah, sikap yang ditunjukkan oleh beliau meliputi ciri-
ciri seorang pemimpin yang harus diikuti oleh setiap pemimpin lain. Sikap beliau yang
merupakan seorang yang peramah, baik hati, arif dalam membuat pertimbangan, berjiwa rakyat,
setia kepada sahabat-sahabatnya, rendah diri, murah hati, sentiasa bersimpati, bertanggungjawab
serta banyak lagi nilai membolehkan beliau mempunyai kenalan yang ramai. Tambahan pula,
sikap beliau yang berpandangan jauh ke arah positif dan sentiasa bekerja keras, sanggup
berkorban masa dan tenaga untuk kepentingan Negara yang tercinta diingati sehingga kehari ini.
LATAR BELAKANG TOKOH

Nama sebenar: Tengku Abdul Rahman


Putera ibni Abdul Hamid Halim Shah.

Nama dan Gelaran Popular: Tunku Abdul


Rahman Putera Al-Haj, Tunku, YAM Tunku

Tarikh dan tempat lahir: 8 Februari 1903 di


Alor Setar, Kedah.

Tarikh dan tempat meninggal: 6 Disember


1990 di Kuala Lumpur.

Pendidikan dan kelulusan: Sekolah Rendah di Alor Setar, di


Bangkok, seterusnya di Penang Free School, di Ct. Catherine,
Cambridge University, England dan Inner Temple, England. B.A.
(1925), LIB (INNER) (1948).

Pengalaman Jawatan Awam:

 Kadet di Pejabat Undang-Undang Alor Star

 Penolong Pegawai Daerah Sungai Petani dan Kulim (1931)

 Pegawai Daerah Langkawi (1935)

 Timbalan Pendakwa Raya, Pegawai Undang-undang (1938)

 Timbalan Pengarah Keselamatan Awam Kedah (1940)


 Penguasa Pelajaran Kedah (1943)

 Timbalan Pendakwa Umum Jabatan Undang-Undang


Persekutuan

 Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu (1955)

 Menteri Ehwal Dalam Negeri (1956)

 Perdana Menteri Malaysia yang pertama (1957-1970)

Pengalaman dan Politik Akhir 1930-an: Dalam Seberkas, Alor Setar,


1946 - membantu menubuhkan Persatuan United Kingdom, 1951-
dicalonkan dan memenangi jawatan Yang Dipertua / Presiden
UMNO, Presiden UMNO (hingga September 1970).

Kegiatan Antarabangsa : Setiausaha Agung pertama OIC,


Komanwel Negara-negara Islam (1971-1980).

Perkahwinan : 1933-dengan Meriam di Alor Setar, 1935- dengan


Violet Coulson di Singapura, 1939- dengan ( Tun) Sharifah Rodziah
.

Anak: Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. (hasil


perkahwinan dengan Meriam)

Karya-karya Tunku: Sebelum dan Sesudah 13 Mei 1969, Mahsuri


(filem 1972), Memoirs Beliau: Looking Back (Pandangan Balik).
Viewpoints (Sudut Pandangan), Lest We Forget, Something to
Remember, As A Matter of Interest, Cotemporary Crisis in Malaysian
Politics, Political Awakening, The Road to Independence. (Ramlah
Adam:2003:541).

PENDIDIKAN AWAL

Tunku mendapat pendidikan awal di


Sekolah Rendah Melayu Alor Setar
kemudiannya ke Sekolah Inggeris (sekarang
dikenali sebagai Kolej Sultan Abdul Hamid
Alor Setar) Kedah. Ketika berusia lapan tahun
beliau mengikuti abangnya ke Bangkok
meneruskan pengajiannya di sana. Pada tahun
1915, beliau meneruskan pengajiannya di
Penang Free School. Selepas itu, beliau melanjutkan pelajarannya
ke St. Cathrine College, Universiti Cambridge, England untuk
belajar undang-undang dan kemudiannya balik ke Tanah Melayu
pada tahun 1925 setelah menamatkan pelajarannya. Tunku
mendapat ijazah B.A. dalam sastera. Beliau kembali ke England
untuk menyambung pelajarannya dalam bidang undang-undang
di Inner Temple, England pada tahun 1938 namun pengajiannya
terbantut apabila Perang Dunia Kedua meletus. Demi
menyempurnakan hasratnya menjadi peguam maka pada tahun
1947 beliau sekali lagi ke England bagi melanjutkan pelajarannya
dalam pengajian undang-undang di Cambridge Universiti dan
dilanjutkan pada tahun 1949.

KELUARGA TOKOH

Pada tahun 1933,


Tunku berkahwin dengan
Mariam, seorang wanita
kacukan Cina-Siam yang
merupakan anak
perempuan tauke
lombong di Alor Star. Beliau dikurniakan dengan dua cahaya mata,
iaitu Tunku Ahmad Nerang Putra dan Tunku Khadijah. Mariam
meninggal dunia pada tahun 1934 kerana menghidapi penyakit
malaria di Kuala Nerang, Kedah.

You might also like