Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Aspek yang tidak boleh diabaikan semasa menghadapi bencana ini adalah pencegahan

kepada kematian dan penularan penyakit berjangkit. Perlindungan terhadap golongan


yang kurang berkeupayaan seperti kanak-kanak, wanita hamil dan warga tua perlu
diberi perhatian. Penjagaan keselamatan daripada arus deras banjir dan penjagaan
kesihatan diri daripada pelbagai jenis kuman dan haiwan berbisa disebabkan air banjir
wajar menjadi keutamaan bagi mangsa banjir dan pihak yang memberi dan
menyediakan bantuan.

Banjir akan menyebabkan sampah-sarap terkumpul dan turut menyebabkan haiwan


dan tumbuhan mati. Sampah yang bertaburan, pokok-pokok yang tumbang, bangkai
yang mereput akan menyebabkan kuman membiak dan merebak seterusnya penularan
kepada penyakit berjangkit. Pada fasa ini, isu kebersihan dan keselamatan dari segala
aspek amat penting untuk dititikberatkan khususnya dalam aspek pemakanan dan
penjagaan kesihatan diri. Sekiranya tahap kebersihan tidak dijaga, penyakit berjangkit
mudah merebak dalam kalangan mangsa banjir yang menyentuh dan bermain air
banjir.

Jangkitan kuman, makanan dan air tercemar kerapkali dihadapi oleh mangsa banjir
selepas banjir surut.  Oleh itu, penjagaan kebersihan diri perlu ditekankan untuk
mengurangkan risiko penyakit taun (kolera), demam kepialu, hepatitis A, cirit-birit dan
keracunan makanan. Kesan jangkitan penyakit tersebut boleh mengundang maut
sekiranya tidak dikawal dan diberi rawatan awal.  Antara perkara penting yang perlu
diambilberat oleh mangsa banjir ialah menjaga kebersihan tangan dengan mencucinya
sebelum dan selepas makan, selepas menguruskan sampah atau keluar dari tandas. Kita
perlu disedari bahawa kuman penyakit tidak hanya memasuki salur penghadaman
malah boleh juga menyerang salur pernafasan menerusi hidung, sinus, kulit dan mata.

Penjagaan dalam aspek pengambilan makanan juga tidak wajar dikesampingkan.


Biarpun sumber makanan terhad sekiranya menghadapi saat-saat kritikal, tahap
keselamatan sesuatu makanan sebelum disuapkan ke mulut tidak boleh diabaikan.
Kewaspadaan ini dapat menjamin kesihatan mangsa banjir yang mudah berisiko untuk
mendapat jangkitan penyakit kesan daripada banjir. Makanan yang dikhuatiri sudah
tercemar perlu dibuang dan tidak boleh dimakan. Begitu juga makanan mentah seperti
ulam-ulaman atau buah-buahan yang tidak basuh atau terkena air banjir. Mangsa banjir
juga perlu berhati-hati dengan makanan yang disimpan dalam peti sejuk yang terputus
bekalan elektrik semasa berlakunya bencana banjir.

Kuman daripada air banjir tercemar akan menyerang salur penghadaman dan akan
menunjukkan gejala yang hampir sama serta akan mengancam nyawa sekiranya tidak
dirawat dengan segera. Oleh itu, pendidikan kesedaran bagi setiap mangsa banjir adalah
penting dalam memahami punca dan gejala jangkitan penyakit akibat daripada bencana
banjir. Ini bertujuan untuk mengenalpasti langkah dan rawatan awal yang boleh
diambil sekira berlakunya jangkitan dan mengawal penyebaran serta penularan lebih
meluas kepada komuniti lain.
PENUTUP:

Semua agama menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan fizikal selain daripada


kesihatan rohani dalam menguruskan kehidupan. Ia merangkumi kebersihan diri,
tempat tinggal, persekitaran dan juga penampilan. Kebersihan fizikal juga merupakan
lambang keimanan. Di sisi agama, kebersihan bukanlah sekadar slogan semata-mata,
tetapi perlu diamalkan sepanjang masa walaupun dalam situasi kecemasan.Oleh itu,
walaupun di musim banjir, kesihatan diri perlu terus dipelihara dengan langkah-
langkah yang mungkin dianggap mudah tetapi ia memberi kesan signifikan dalam
penjagaan kesihatan. Akhir kata, sama-samalah kita memainkan peranan dalam
penjagaan kesihatan diri dan persekitaran selepas banjir demi kesejahteraan negara.

PENDAHULUAN:

Banjir adalah satu bencana alam yang berlaku disebabkan oleh faktor klimatologi atau
faktor iklim seperti keadaan suhu, taburan hujan, sejatan, pergerakan angin dan
keadaan semulajadi muka bumi. Di dalam konteks Malaysia banjir adalah sesuatu yang
berlaku secara tradisi terutamanya di Pantai Timur Semenanjung semasa musim
tengkujuh. Peningkatan kekerapan banjir yang berlaku di Malaysia adalah disebabkan
semulajadi akibat daripada perubahan monsun, pembalakan yang tidak terkawal atau
peningkatan kawasan setinggan di dalam bandar.Banjir yang tidak disangka-sangka
melanda tersebut seakan-akan memberi satu teguran kepada masyarakat dalam
kesiapsiagaan menghadapi bencana alam dan juga pihak berkuasa yang melibatkan
pelbagai jabatan dan agensi kerajaan supaya memantapkan lagi pengurusan
menghadapi bencana alam.

You might also like