Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

TUGASAN 1 (60%)

SOALAN 1 (30%)

Semasa era penjajahan British ke Alam Melayu, penjajahan ini telah membawa perubahan
besar terhadap struktur sosio politik di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. British juga telah
membawa masuk buruh daripada India dan China dan ini menyebabkan kelahiran kepada
masyarakat majmuk pada hari ini. Kedatangan buruh dari negara-negara ini juga telah
membawa kepada masalah integrasi nasional di negara kita.

Integrasi dapat didefinisikan sebagai proses penyatuan masyarakat berbilang kaum,


daerah dan wilayahtempat tinggal, budaya, adat resam, cara hidup, latar belakang,
kepercayaan dan peganganagama yang berlainan untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh
norma dan nilai murnimasyarakat sejagat demi mencapai tujuan dan kepentingan bersama
secara adil dan saksama. Perpaduan dan integrasi juga sangat penting terutama di negara
yang mempunyai masyarakat berbilang kaum seperti Malaysia. Ini kerana Malaysia
merupakan negara yang mempunyai berbilang kaum, maksudnya Malaysia mempunyai
kepelbagaian budaya yang berbeza antara satu sama lain [ CITATION Ahm13 \l 1033 ].

Etnik bermaksud sekolompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir


seragam dari segi aspek adat resam, pakaian, Bahasa serta kegiatan ekonomi. Etnik juga
dapat dikelaskan mengikut perbezaan budaya seperti aadat resam, pola keluarga, pakaian,
pandangan mengenai kecantikan, pengenalan politik, kegiatan ekonomi dan hiburan.
Contoh etnik di Malaysia ialah orang Melayu, Cina, India, Kadazandusun dan Melanau.
Pernyataan ini juga telah disokong melalui teori J.S Furnival (1948) dan M.G Smith (1965),
di mana mereka menyatakan bahawa konsep masyarakat majmuk dan etnik adalah sama
iaitu untuk mengenal pasti masyarakat yang terdapat di Asia Tenggara.

Semasa penjajahan British ke Alam Melayu, mereka telah membahagikan struktur


politk dan ekonomi berdasarkan bangsa yang terdapat di Alam Melayu pada ketika itu.
Strategi yang digunakan oleh pihak British ialah pecah dan perintah bagi mendapatkan
kuasa untuk memerintah Tanah Melayu. Sebagai contoh, etnik Melayu telah diarahkan
untuk menumpukan pekerjaan mereka dan terhad hanya kepada pekerjaan berteraskan
pertanian tradisional seperti sektor kecil getah, kelapa, pesawah padi dan nelayan.
Masyarakat India pula lebih kepada sektor peladang getah yang terhad di estet-estet
manakala masyarakat Cina pula telah diberikan peluang untuk bekerja di bandar-bandar
sebagai usahawan dan membuka kedai runcit.
Menurut [ CITATION Ahm13 \l 1033 ], terdapat sebilangan kaum Melayu yang terlibat
dalam sektor perkhidmatan kerajaan seperti polis dan sebahagian besar etnik Cina juga
mendominasi sektor swasta manala sektor pengangkutan awam pula didominasi oleh etnik
India pada ketika itu. Kesan daripada itu, berlakunya jurang ekonomi yang agak besar dalam
kalangan kumpulan etnik tersebut dan menyebabkan berlakunya masalah integrasi nasional
dan seterusnya, masalah ekonomi tidak stabil. Ini juga dapat disimpulkan bahawa faktor
utama kepada masalah tersebut adalah kerana kita masih kurang kefahaman mengenai isu
hubungan etnik pada waktu tersebut. Mohd Noor (2006) juga bersetuju bahawa isu-isu yang
berlegar sekitar hubungan etnik adalah penting untuk difahami demi membina kesejahteraan
hidup bagi setiap insan.

Justeru, melalui perlembagaan yang ditetapkan, masalah seperti perpaduan, hak


asasi, dan sebagainya dapat ditangani. Perlembagaan dapat didefinisikan sebagai peraturan
atau undang-undang sama ada bertulis atau tidak bertulis yang menentukan organisasi
kerajaan, pembahagian kuasa antara pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip umum
mengenai cara kuasa-kuasa tersebut dilaksanakan dengan betul. Perlembagaan juga
merupakan suatu instrumen di mana ia dapat digunakan untuk membina jati diri bangsa
dalam konteks masyarakat pluralistik.

Melalui perlembagaan, Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai bahasa perpaduan


dan bahasa rasmi yang digunakan di Malaysia. Menurut Abdullah Hassan (2009:59-81),
masyarakat Jepun yang mendapat ilmu menggunakan bahasanya sendiri membuktikan
mereka maju kerana minda mereka bebas dari dipengaruhi oleh bahasa asing. Justeru
bahasa Melayu yang dikongsi bersama oleh masyarakat yang berbilang kaum di
Malaysia dapat memacu pembinaan jati diri mengikut acuan kita sendiri dalam
mencapai Wawasan 2020. Konsep perpaduan amatlah penting dalam memupuk semangat
jati diri bangsa dalam konteks masyarakat pluralistik. Antara perkara yang diguna pakai
oleh kerajaan dalam membentuk perpaduan antara kaum adalah dengan mewujudkan
satu bahasa yang boleh difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Bahasa Melayu bukan sahaja dijadikan sebagai bahasa rasmi tetapi bahasa yang
dapat menyatupadukan masyarakat Malaysia yang pelbagai bangsa. Peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa perpaduan tidak dapat disangkal kerana bahasa ini
merupakan bahasa yang paling mudah difahami oleh semua peringkat umur.
Pemahaman terhadap sesuatu bahasa pertuturan adalah sangat penting bagi menjamin
intipati perbualan dapat difahami dengan jelas. Pengunaan bahasa yang berbeza dapat
mewujudkan sikap prasangka di mana maksud sebenar perbualan tidak dapat
difahami. Sebagai contoh, kebanyakan masyarakat Melayu tidak pandai berbahasa
Tamil dan berbahasa Cina, tetapi kebanyakan masyarakat India dan Cina pandai
menuturkan bahasa Melayu.

Kesimpulannya, hubungan antara masyarakat pluralistik di Malaysia telah semakin


pulih jika dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Penggunaan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah menyemarakkan lagi penggunaan bahasa
tunggal dikalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Walaubagaimanapun,
bahasa ibunda setiap kaum masih dijaga dengan toleransi bahasa yang berlaku.
SOALAN 2 (30%)

Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai jenis usaha untuk menangani


masalah integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Perpaduan amat penting sekali bagi memastikan masalah-masalah integrasi nasional dapat
dikawal dan diatasi dengan efisien. Perpaduan bermaksud satu proses yang
menyatupadukan anggota masyarakat dan negara seluruhnya melalui ideologi negara tiap-
tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta satu
perasaan kebangsaan bersama dalam kalangan mereka [ CITATION Ahm13 \l 1033 ].

Antara cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani masalah integrasi
nasional ialah pemisahan fizikal iaitu pemecahan negeri dan etnik akibat daripada dasar
pecah dan perintah British. Dasar ini telah menyebabkan sesuatu golongan etnik tidak kenal
antara satu sama lain kerana tidak berpeluang untuk berinteraksi dengan kerap antara satu
sama lain. Perkara ini dapat dilihat pada Sabah dan Sarawak di mana masalah ini
bertambah serius kerana faktor keluasan geografinya. Selain itu, Semenanjung Malaysia
juga telah dipisahkan oleh Laut China Selatan. Akibat daripada pemecahan fizikal ini,
pemisahan penempatan berlaku dan ini juga merenggangkan perhubungan dan interaksi
sesama etnik dari kawasan yang berlainan. Akhirnya, kaum etnik dari tempat-tempat
tersebut mempunyai sifat etnosentrisme yang tinggi dan tersemai dalam kalangan mereka.
Oleh itu, perdana menteri Malaysia yang ke-6, Mohammad Najib bin Abdul Razak telah
menggiatkan usaha merapatkan jurang kaum antara Semenanjung Malaysia dan Sabah,
serta Sarawak melalui kempen “1Malaysia”. 1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk
perpaduan di kalangan rakyatMalaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-
nilai penting yang seharusnyamenjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Melalui gagasan ini,
setiap orang dilayan dengan sama-rata tanpa mengira asal usul, kaum, kulit dan agama.

Selain itu, cabaran yang dihadapi oleh kerajaan dalam menangani masalah integrasi
nasional ialah sistem pendidikan yang berasingan. Konsep vernakular ialah penggunaan
bahasa sendiri dalam sistem pendidikan. Contohnya, sekolah Cina menggunakan bahasa
Cina dan sebagainya. Melalui sistem vernakular ini, integrasi dan persefahaman amat sukar
dipupuk dalam kalangan murid. Amalan ini juga akan melahirkan masyarakat yang tidak
mahir berbahasa Melayu dan akhirnya jurang antara kaum semakin menebal akibat
daripada penggunaan bahasa sendiri yang berleluasa. Kerajaan juga telah melakukan
pelbagai cara seperti Sekolah Wawasan di mana pelajar akan elajar bersama-sama dalam
satu kawasan yang sama tanpa mengira kaum atau agama. Di bawah konsep ini, dua atau
tiga buah sekolah rendah berlainan aliran akan ditempatkan dalam kawasan yang sama.
Setiap sekolah akan mempunyai bangunan sendiri yang boleh disambung antara satu sama
lain dengan menggunakan jambatan penghubung [ CITATION SEK \l 17417 ].

Seterusnya, pemikiran individu juga merupakan salah satu cabaran yang susah
untuk ditangani. Antara punca mengapa masalah integrasi nasional masih berlaku ialah
disebabkan oleh pemikiran individu sendiri. Contohnya, pemikiran segelintir masyarakat
yang kebanyakan masih di takuk yang lama, menolak perubahan yang dilakukan oleh
kerajaan sedangkan segala yang dimajukan adalah untuk kebaikan rakyat juga. Ini secara
tidak langsung melambatkan proses pemulihan jurang etnik. Perbezaan pemikiran dan
percanggahan pendapat inilah yangmendatangkan jurang dalam usaha kerajaan untuk
membentuk perpaduanrakyat. Orang Melayu khususnya yang berasal dari generasi lama
terkenal dengan sikap mereka yang akan menentang habis-habisan jika tidak bersetuju jika
pembaharuan dilakukan oleh kerajaan. Mungkin juga kerana masih trauma dengan
penjajahan sebelum ini. Selepas penjajahan, usaha untuk menyatupadukan rakyat Malaysia
menjadi lebih sukar malah sehingga ke hari ini,usaha untuk meningkatkan sikap kecintaan
terhadap negara masih lagi dijalankan. Hal ini kerana, untuk membawa semua kaum yang
sudah memahami budaya dan adat kaum sendiri, secara tiba-tiba disuruh bersatu dengan
kaum lain, tentulah bukan sesuatu yang mudah sama-sekali.

Oleh itu, antara usaha kerajaan yang dapat dilihat ialah, Majlis Rumah Terbuka yang
dibuat setiap tahun di pekarangan Kompleks Seri Perdana [ CITATION Kos18 \l 1033 ].
Melalui penglibatan orang awam, kerajaan berharap agar, masyarakat majmuk dalam
kalangan rakyat Malaysia dapat berinteraksi dengan lebih erat dan memupuk semangat
perpaduan yang lebih baik lagi. Seterusnya, kerajaan telah dapat dilihat menjalankan
kempen pemerkasaan bahasa Melayu untuk menaikkan semangat patriotisme dalam
kalangan masyarakat. Usaha ini amat penting untuk memupuk perasaan cintakan Bahasa
Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik Bangsa Malaysia. Selain itu, usaha ini juga
bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan,bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi
moden. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa Malaysiayang
fasih, menghormati dan berbangga dengan bahasa yang menjadi identitimereka sehingga
dapat mempromosikannya di mana sahaja mereka berada.
Kesimpulannya, usaha dari kerajaan amatlah penting untuk menangani masalah
integrasi nasional dalam kalangan masyarakat Malaysia dan rakyat itu juga perlulah
bersama-sama membanting-tulang menjayakannya kerana ini bukanlah perkara yang
senang untuk dicapai. Pembentukan jati diri bukanlah sesuatu yang boleh dipaksa dalam diri
seseorang dan jika tidak ditangani dengan sebaik-baiknya, akan musnahlah perpaduan dan
keamanan yang telah para pemimpin dahulu perjuangkan dengan susah payahnya.
Rujukan
A. S., & Warti Bt Kimi. (2013). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Freemind
Horizons Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan. (2009). Bahasa Melayu di Persimpangan: Antara Jati Diri dengan
Rempuhan Globalisasi. Jurnal Kemanusiaan 16, 59-81.

Furnivall, J. (1948). J. S. Furnivall and Fabianism: Reinterpreting the 'Plural Society' in


Burma. Modern Asian Studies, 321-348.

Kosmo. (2018, Jun 18). PM, Jemaah Menteri anjur rumah terbuka di Seri Perdana.
Retrieved from Kosmo Online: http://www.kosmo.com.my/terkini/pm-jemaah-menteri-
anjur-rumah-terbuka-di-seri-perdana-1.689516

M. M. (2006). Hubungan Etnik di Malaysia. Kuala Lumpur: Pearson Prentice Hall.

SEKOLAH WAWASAN. (n.d.). Retrieved from Portal 1 Klik :


http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/pendidikan/jenis-jenis-pendidikan-di-
malaysia/1199-sekolah-wawasan

Smith., M. (1965). The Plural Society in the British West Indies. London: University of
California Press.

You might also like