Budaya 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

KEMENTERIAN

PENDIDIKAN
MALAYSIA

JABATAN ILMU PENDIDIKAN

Nama Pelajar MUHAMMAD FIKRI BIN ABU OSMAN

Angka Giliran 2018162340105

No Kad Pengenalan 991023-06-5393

Kumpulan/Unit 4 PISMP RBT 4

Kod & Nama Kursus EDUP3073: BUDAYA DAN PEMBELAJARAN

Nama Pensyarah DR BUSHRA LIMUNA BT ISMAIL

Tugasan TUGASAN 2

Tarikh Hantar 26 MAC 2020

Pengakuan pelajar menerima maklum balas daripada pensyarah

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.
Catatan (jika ada)

Tanda tangan Pelajar: Tarikh:

Markah:

1
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 2

2.0 KEPENTINGAN 6C DALAM PENGAJARAN 3

DAN PEMBELAJARAN

3.0 AKTIVITI PDP YANG MEMPUNYAI ELEMEN 6C DALAM 5

PENGURUSAN BILIK DARJAH MESRA BUDAYA

4.0 KESIMPULAN 7

RUJUKAN 8

LAMPIRAN 9

2
1.0. Pengenalan

Persekitaran pembelajaran merupakan tempat dimana berlakunya perkongsian ilmu yang


berlaku sama ada dalam kontek sosial, psiologi dan pedagogical yang boleh
memmpengaruhi murid yamg didefinisikan melalui (). Jika kita lihat susana pembelajaran di
Malaysia, persekitaran yang sedang diwujudkan adalah suasana yang mesra budaya.
Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai etnik seperti kaum Melayu, Cina,
dan india. Untuk mewujudkan suasan yang kondusif dalam sistem pendidikan di Malasysia
kaedah dan strategi dalam sistem pendidikan haruslah berteraskan kepada mesra budaya
dimana setiap kaum akan berasa selesa menimba ilmu di sekolah.

Tetapi ,jika dilihat dengan lebih mendalam, terdapat juga beberapa kekangan dan
permasalahan yang wujud dalam bilik darjah dalam proses membina persekitaran mesra
budaya antaranya adalah berpunca daripada karenah murid itu sendiri, jadi, bagi
memastikan hasil pembelajaran tercapai. Guru perlulah lebih kreatif supaya mencari langkah
yang proaktif agar pengurusan kelas mesra budaya dapat dilakukan. Antara langkah yang
guru boleh lakukan ialah dari aspek fizikal seperti menyusun tempat duduk murid-murid di
dalam bilik darjah. Selain itu guru boleh merancang aktiviti-aktiviti yang mempunyai elemen
6C dalam pengurusan bilik darjah mesra budaya.

2.0. Kepentingan 6C dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)

Pendidikan pada masa kini amat mementingkan pencapaian murid dari segi rohani
dan jasmani. Sehubungan dengan itu, pendidikan abad ke-21 ini mengkhususkan guru-guru
di sekolah untuk menggunakan kaedah pembelajaran dan pemudahcaraan berpusatkan
murid. Ini dimana, para guru haruslah memberi peluang kepada murid untuk meneroka
sesuatu yang baharu serta menekan penggunaan teknologi dalam pembelajaran. oleh itu,
pembelajaran abad ke-21 yang dulu amat mementingan kepada penggunaan
4c iaitu Collaborative (Kolaboratif), Communication (Komunikasi), CriticalThinking (Pemikira
n Kritis) dan Creativity (Kreativiti). Kini telah ditambah menjadi 6C iaitu prinsip 4C yang sedia
ada ditambah dengan Character (Karakter) dan juga Citizenship (Kewarganegaraan).
Prinsip Character adalah pelajar menggunakan ilmu atau kemahiran yang dipelajari untuk
menyelesaikan masalahnya serta tabah dalam meneruskan kelangsungan hidupnya.

3
Prinsip Citizenship pula adalah berfikir seperti warga global, mengingati isu-isu global
berdasarkan pemahaman yang mendalam tentang nilai-nilai dan pandangan dunia yang
pelbagai, dan dengan minat serta keupayaan yang tulen untuk menyelesaikan masalah
dunia nyata yang rumit dan kompleks yang mampu memberi kesan kepada kemapanan
manusia dan alam sekitar.

Antara kepentingan yang dapat dihasilkan mealui perlaksanaan 6C di dalam Proses


Pengajaran dan Pembelajaran(PdP) adalah mampu untuk mengurangkan beban guru
semasa mengajar di dalam kelas. Ini kerana, guru hanya ditugaskan sebagai fasilitator
sahaja semasa di dalam kelas. Guru hanya menjadi pemudah cara serta hanya
membimbing mereka jika terdapat kesalahan dalam kefahaman dan penerimaan maklumat.
Murid diberi sepenuhnya peluang untuk meneroka serta memahami apa yang dipelajarinya.
Sebagai contoh, guru hanya memberikan satu situasi atau masalah untuk diselesaikan oleh
murid secara berkumpulan. Disini murid juga dapat melahirkan idea-idea yang baru kerana
dapat berkoloborasi bersama rakan untuk menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.
Contonya, murid bersama-sama mencari jalan penyelesian dimana apabila baja tanaman
tidak mencukupi untuk kesemua tumbuhan bagi subjek Reka Bentuk dan Teknologi. Di sini,
murid bukan sahaja dapat melahirkan idea baru, malah mereka dapat menyuarakan
pendapat mereka yang kreatif serta pengunaan pemikiran aras tinggi untuk menyelesaikan
masalah. Aktiviti yang dapat dijalankan oleh guru bagi menerapkan elemen 6C ialah Gallery
Walk, Think Pair dan simulasi. Dengan menggunakan aktiviti tersebut, murid secara tidak
langsung akan minat untuk menjalankan peranan masing-masing bagi menjagakan tugas
yang diberikan kerana mereka belajar dalam keaadan yang seronok.

Selain itu, 6c juga dapat membantu guru untuk memperbaiki kelemahan yang ada
pada dirinya dan belajar sesuatu daripada murid dan perkara yang sama berlaku juga
terhadap murid. ini terjadi berlaku kerana pembelajaran menggunakan elemen 6C
mementingan pembelajaran partnership antara guru dan murid, ini bermaksud guru
mempelajari sesuatu daripada murid dan sebaliknya. Menurut Fullen (1993) Kaedah ini juga
memerlukan tindak balas murid dimana guru dapat mengesan kelemahan murid yang
mampu untuk membantu guru untuk memperbaiki kelemahan dan kesalahan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Contohnya, apabila guru memberikan satu
masalah yang diperlu diselesaikan oleh murid secara berkumpulan, tetapi tiada murid yang
dapat mengemukakan jawapan yang betul. Oleh itu, guru dapat mengesan secara langsung
dimanan berkemungkinan soalan yang diberikan terlalu sukar ataupun kaedah yang
digunakan untuk menyampaikan maklumat tidak berkesan. Dengan menggunakan
pembelajaran yang menerapkan 6C jelas dapat membantu guru meningatkan hasil
keberkesanan dalam Pdp.

4
Akhir sekali, 6C dapat mebantu murid untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis.
Berfikir secara kritis bermaksud mempunyai kemahiran dan kecekapan menggunakan 
minda untuk menilai kewajaran sesuatu idea, meniliti kelebihan serta kebaikan dan juga
kelemahan sesuatu perkara sebelum membuat pertimbangan wajar dengan mengemukakan
bukti dan alasan yang benar serta berkaitan (Som Hj. Nor dan Dahalan, 2000). Berfikir
secara kritis dikaitkan dengan otak sebelah kiri. Hal ini berlaku erana pemblajaran abad ke-
21 yang menggunakan elemen 6C banyak mengemukaan aktiviti bersoal jawab mengenai
masalah yang memerlukan pemikiran aras tinggi beserta pemikiran yang kreatif dan kritis.
Contohnya manusia mencetuskan idea atau buah fikiran berdasarkan pemerhatian, analisis
dan hubungkait sebab dan akibat sesuatu, proses ini juga berkaitan dengan penjanaan idea
yang bermaksud indvidu memperluaskan domain pemikirannya kepada perkara-perkara
yang difikirkan berkaitan dengan isu sebenar yang dihadapinya (contoh, masalah banjir
difikirkan berkaitan dengan kemusnahan tanaman, penempatan penduduk, binatang
ternakan, dan pada masa yang sama juga boleh mendatangkan kebaikan seperti aliran
sungai akan menjadi lebih lawas, memperbaharui kadar kesuburan tanah, membekal
sumber makanan kepada binatang. Oleh itu murid akan dapat menggunakan pemikiran
yang lebih kreatif dan kritis untu menyelesaikan masalah yang diberikan di di dalam proses
PdP

3.0. AKTIVITI PDP YANG MEMPUNYAI ELEMEN 6C DALAM PENGURUSAN BILIK


DARJAH MESRA BUDAYA

Aktiviti PdP penyanyang yang boleh dilaksanakan oleh guru-gruru bersama murid di
sekolah adalah ‘Projek Model Tanah Liat Kreatif’. Aktivti ini adalah satu aktivti penghasilan
projek yang mudah. Ini kerana, aktiviti ini adalah merupakan pembelajaran berasaskan
projek di mana murid perlu menghasilkan sendiri model dengan menggunakan bahan yang
mudah iaitu tanah liat atau plastisin yang akan disediakan oleh guru. Murid dibahagian
kepada berberapa kumpulan untuk menyiapkan projek yang telah diberikan, ini
membolehkan murid memainkan peranan dalam menghasilkan projek serta diberi peluang
untuk melibatkan diri bagi memperoleh hasil projek yang baik. Rost (2006) menegaskan
penting untuk guru memastikan setiap pelajar mempunyai tujuan atau peranan tertentu
dalam setiap aktiviti dan perhatian yang lebih perlu diberikan kepada pelajar yang pemalu
atau lemah bagi memastikan mereka terlibat di dalam aktiviti PdP yang dijalankan Bahan-
bahan lain akan disediakan sendiri oleh murid untuk hiasan model mereka.

5
Selain itu juga, ativiti ini dapat menerapkan elemen pemikiran kreatif dimana
memerlukan pemikiran kreatif untuk mereka berjaya dalam menghasilkan projek yang selari
dengan tema yang dikehendaki guru. Contohnya, murid dikehendaki untuk menghasilkan
makanan tradisi Orang Melayu iaitu kuih badak berendam mengikut kreativiti mereka.
Mereka mempunyai pengatahuan sedia ada dimana mereka mengatahui inti yang terdapat
di dalam kuih tersebut adalah inti kelapa, jadi murid akan mengubahnya mengikut kreativiti
masing-masing yang mereka fikirkan. Berdasarkan Teori Perkembangan Ekologi
Bronfenbrenner, murid telah berada pada lingkungan makrosistem di mana perkembangan
kanak-kanak dipengaruhi oleh norma-norma, nilai dan amalan masyarakat sekeliling.
Masyarakat sekeliling pula kebanyakannya adalah masyarakat Melayu yang memberikan
idea kepada mereka untuk mencipta makanan tradisi Melayu mengikut pengalaman yang di
lalui oleh mereka. Dengan ini jelaslah bahawa aktiviti pembinaan projek ini dapat membantu
murid untuk mencapai objektif pembelajaran serta aktiviti ini mempunyai elemen 6C iatu
memastikan murid dapat menyelesaikan masalah dengan menggunakan pemikiran yang
kreatif untuk memastikan sejajar dengan perkembangan revolusi perindustrian ke 4.

Seterusnya, melalui aktiviti merekacipta model ini, ianya dapat membentuk sifat
berkoloboratif antara murid, ini kerana projek ini dilakukan secara berkumpulan dimana
setiap murid harus memainkan peranan dalam proses penghasilan projek tersebut. Selain
itu, semasa aktiviti dijalankan murid secara langsung berkoloboratif dalam membuat model
mengikut bentuk dan warna yang mereka minati. Untuk menentukan warna tersebut
perbincangan untuk mencapai kata sepakat diperlukan. Oleh itu murid akan berkoloboratif
untuk menentukan bentuk serta warna yang sesuai digunakan pada projek yang akan
dihasilkan. Perbincangan yang dijalankan antara murid dalam memilih set makanan yang
ingin dihasilkan juga merupakan salah satu elemen kolaboratif yang dapat ditonjolkan
daripada aktiviti. Menurut Schunk (2008) menyatakan, pelajar mampu mencapai aras
pertumbuhan yang berpotensi untuk dibangunkan melalui kolaborasi dengan rakan sebaya
mereka yang lebih berkebolehan. Oleh itu, dengan mengaplikasikan aktiviti ini guru dapat
mengadakan PdP selari dengan apa yang diinginkan oleh KPM iaitu menerapkan
pembelajaran berasaskan elemen 6C.

Akhir sekali, melalui aktiviti pengasilan projek berasaskan tanah liat ini, semestinya
akan melibatkan interaksi dua hala, sama ada bersama guru mahupun rakan. Salah satu
elemen 6C yang harus di aplikasikan di dalam pengajaran dan Pembelajaran adalah
Komunikasi. Komunikasi dapat ditakrifkan sebagai proses membentuk dan berkongsi
makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi kumpulan bertulis atau ucapan awam.
Proses komunikasi biasanya melibatkan individu dan interaksi mereka dengan unsurunsur
konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas diguna pakai.Setiap

6
murid mempunyai latar berlakang yang berbeza serta pemikran yang berbeza, oleh itu murid
haruslah bijak di dalam berkomuikasi dimana murid harus menerima padangan serta
pendapat daripada murid yang lain. Komunikaso yang baik mampu untuk mencapai kata
sepakat dalam sesebuah perbincangan. Dengan ini murid akan belajar bagaimana cara
berkomunikasi yang berkesan. Dengan menerapkan kemahiran berkomunikasi
pembelajaran di dalam kelas akan menjadi lebih berkesan. Berdasarkan Teori
Perkembangan Ekologi Bronfenbrenner, dalam lingkungan mesosistem, seorang kanak-
kanak belajar dan mencontohi perlakuan daripada interaksi yang berlaku antara mikrosistem
dengan mikrosistem lain. Sebagai contoh, komunikasi bersama rakan-rakan yang
berpengetahuan dan mempunyai idea yang baik akan mempengaruhi murid untuk turut
serta berfikiran dengan idea yang baik dan menjadi lebih matang dalam berkomunikasi idea
yang bernas.

4.0. Kesimpulan

Kesimpulannya, semua kemahiran 6C dapat diaplikasikan dalam aktiviti yang


dirancang untuk menghasilkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Dengan penerapan
6C tersebut diharapkan dapat mewujudkan murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang telah
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)iaitu dapat melahirkan insan yang
seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sahsiah. Oleh yang demikian
aktiviti yang dirancang adalah baik untuk diterapkan dalam usaha menghasilkan sebuah bilik
darjah yang mesra budaya dalam sesebuah sekolah dan seterusnya memberi kesan positif
terhadap keamanan dan mampu melahirkan masyarakat yang berdaya saing.

7
5.0. Rujukan

Gay, G. (2000). Culturally responsive teaching: Theory, research, and practice. New
York: Teachers College Press

Jones, B. F. (1995). Comprehensive classroom management: Creating Positive


Learning Environments for all Students. Mass: Allyn & Bacon.

Kamaruzaman Jusoff & Khairul Azhar Mat Daud (2010). Motivating Students Using
Project Based Learning (PjBL) via e-SOLMS Technology. World
Applied Science Journal 8(9), 1086-1092.

Muhammad Faizal A.Ghani & William, J. (2014). Harapan Murid Bermasalah Terhadap
Pengajaran Guru: Satu Kajian Awal di Sebuah Negara Maju. Jurnal Kurikulum
Pengajaran Asia Pasifik. Januari 2014, Bil.2 Isu 1.

Rost, M. (2006). Generating student motivation. WorldView, 1-4.

Schunk, D. H. (2008). Metacognition, self-regulation, and self-regulated learning:


Research recommendations. Educational psychology review, 20(4), 463-467.

Siti Saleha Samsuri dan Saedah Sukiran (2017) Maklum balas Guru Terhadap
Pelaksanaan Aktiviti PekProjek PAK21 di Kelas Tabika Kemas dan
Perpaduan. Jurnal Cerana Jurnal Penyelidikan. Bil 1, 2017. IPG Kampus
tun Hussein Onn.

Woolfolk (2001). Educational psychology (8th ed.). Boston: Allyn and Bacon. Inc.

8
6.0. Lampiran

Sumber rujukan

You might also like