Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Bincangkan perkara berikut:

1. Dasar, ciri-ciri dan prinsip umum sistem ekonomi Islam


Dasar-dasar ekonomi adalah berteraskan alqruan dan assunanh. Dasar ekonomi islah
adalah berdasarkan ketauhidan kepada Allah, contoh dari rasulullah, mengakui hak milik,
keseimbangan, dan keadilan.
Ciri-ciri ekonomi islam ialah ekonomi yang berasaskan alquran dan assunnah,
lengakap dan sempurna, ekonomi yang sesuai sepanjang zaman, ekonomi yang bercorak
kebendaan tetapi bercorak kerohanian dan ekonomi islam snetiasa menyeimbangkan
individu dan masyarkaat.
Prinsip umum ekonomi islam ialah kepercayaan pada hari akhirat, konsep kejayaan
dan konsep kekayaan

2. Kepentingan dan sumber-sumber perolehan harta dalam Islam


Harta menurut Kamus Dewan Bahasa: ialah barang-barang berharga seperti rumah,
tanah, bangunan, barang kemas dan lain-lain yang dimiliki oleh orang perseorangan,
syarikat atau pertubuhan. Para fuqaha Islam mendefinisikan istilah harta dalam berbagai
tafsiranMenurut pendapat Ibn Abidin, fuqaha mazhab Hanafi mentafsirkan harta sebagai
sesuatu yang manusia berhajat kepadanya secara fitrah dan ia mestilah sesuatu yang boleh
disimpan untuk kegunaan apabila diperlukan. Imam al-Syafie pula berpendapat harta
sebagai sesuatu yang berharga dan hendaklah diganti atau dibayar gantirugi sekiranya
berlaku kerosakan atau kemusnahan terhadapnya.
Sumber perolehan harta dalam islam ialah melalui unsur semula jadi iaitu tanah
saliransungai,tasik,air hujan dan bahan dalam perut bumi. Seterusnya, melalui
binatang,ikan dan tumbuhan.Selain itu, melalui tanah dan sewa. Di samping itu, melalui
pekerja atau usahawan pekerja : 1)dari peringkat buruh sehingga peringkat pengurus
2)dibayar gaji upah usahawan 1)memiliki kegiiatan pengeluaran 2)ganjaran dalam bentuk
lebihan harta kekayaan 1)wang pelaburan 2)kelengkapan 3)analisis modal

3. Peranan Baitul Mal, adakah boleh dikatakan sebagai Kementerian Kewangan@Hal ehwal
ekonomi?
Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud rumah harta. Dalam
istilah moden, ia dikenali sebagai Perbendaharaan Negara atau Kementerian Kewangan
pada masa ini. Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk
menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan barang-barang berharga
seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga berperanan sebagai pusat pelaburan
harta umat Islam. Sekaligus, ia juga berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif
dan secara langsung memperniagakan harta umat Islam secara terkumpul.

Baitulmal juga bukan sahaja sekadar untuk pembangunan yang ada kaitan dengan
ibadat khusus seperti menyediakan tempat untuk mengerjakan solat, untuk menjaga
kebajikan orang memerlukan malah merangkumi segala kegiatan pembangunan negara
sama ada untuk pembangunan ekonomi, infrastruktur, pendidikan, pertahanan,
perkhidmatan awam dan kebudayaan.

Di sini, jelas menujukkan bahawa institusi kewangan islam yang sebenarnya tidak
pernak memisahkan antara faktor ibadat khususnya iaitu fardu ain daripada factor ibadah
umum iaitu fardu kifayah. Malah islam memadukan kedua-dua unsur itu tadi dalam ikatan
yang erat dan padu.tidak wujud dalam negara islam institusi kewangan yang khusus untuk
pembangunan kerohnaian semata-mata yang dipisahkan daripada perbendaharaan
negara yang berfungsi membiayai projek pembangunan fizikal.

You might also like