Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

MODEL CIPP

penilaian inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan


model CIPP

Penggunaan Model CIPP dalam penilaian kurikulum

Model adalah gambaran konseptual yang dapat menjelaskan hubungan antara


aktiviti dengan elemen-elemen lain.

Model Penilaian CIPP telah dibangunkan oleh Stufflebeam (1971, 2003).


Konsep utama model ini diambil daripada singkatan CIPP iaitu penilaian
context, penilaian input, penilaian process dan penilaian product. Mengikut
Stufflebeam (2003), model CIPP merupakan rangka kerja yang menyeluruh bagi
membantu dalam melaksanakan penilaian secara formatif atau sumatif.

Model CIPP telah digunakan oleh ramai pengkaji dan penilai dalam membuat
penilaian keberkesanaan program dan kurikulum di institusi pengajian tinggi di
dalam dan luar negara. Ini disebabkan model ini direka bentuk untuk tujuan
penambahbaikan serta membuat keputusan berkaitan dengan sesuatu kursus,
program atau kurikulum (Ghazali, 2010; Singh, 2004; Stuffllebeam & Shinkfield,
1985).

Manakala Azizi (2001) telah menggunakan model CIPP ini untuk menilai
kurikulum Kemahiran Hidup di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Dengan
menggunakan model ini beliau telah berjaya mengenal pasti beberapa
kelemahan dan kekuatan sesuatu pembolehubah dalam setiap dimensi. Hasil
kajian tersebut telah digunakan untuk membuat keputusan untuk meneruskan
pelaksanaan kurikulum matapelajaran tersebut serta beberapa cadangan
beberapa penambaikan dimasa akan datang.

i. Konteks (C)
Menjelaskan kekuatan dan kelemahan sesuatu objek seperti
institusi, program, target populasi dan menyediakan panduan
untuk pembaikan. Menilai status objek secara keseluruhan,
menjelaskan kekurangan, menyenaraikan kekuatan dan
mengenalpasti masalah untuk diselesaikan secara baik.

ii. Input (I)


Mengawal dan menilai kebolehan sistem, strategi program,
rekabentuk prosedur untuk pelaksanaan strategi, penjadualan dan
peruntukan.

iii. Proses (P)


Memeriksa, menjelaskan dan meramal pelaksanaan perancangan
program. Objektifnya untuk mendapatkan tindak balas daripada
pengurus dan kakitangan mengenai aktiviti program mengikut
jadual, menyediakan panduan untuk diubahsuai serta mengikut
perancangan yang diperlukan.

iv. Produk (P)


Mengukur, menginterpretasi dan membuat keputusan pencapaian
program. Objektifnya untuk memastikan dan menentukan status
program tersebut sama ada terus dilaksanakan, diubahsuai atau
ditamatkan

You might also like