Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Minggu Pratikum : 4

Tarikh : 11 Julai 2019

Tajuk Jurnal : Respon murid yang berkurangan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran

1. Isu Yang Difokuskan :


Saya telah melaksanakan aktiviti dalam kumpulan dalam pengajaran Reka
Bentuk dan Teknologi Tahun 5. Saya telah membahagikan murid kepada beberapa
kumpulan dan setiap kumpulan telah diberikan tugas masing-masing. Di awal
pembelajaran saya mendapat respons positif daripada murid namun apabila
diteruskan kepada aktiviti yang seterusnya respons murid semakin berkurangan.
Interaksi antara ahli kumpulan para murid tidak memuaskan akibat murid mulai
berasa bosan dengan sesi pembelajaran dan pengajaran.

2. Analisis Yang Difokuskan :


Masalah ini timbul kerana aktiviti perbincangan secara kumpulan yang telah
saya jalankan didapati kurang memupuk semangat kerjasama di antara ahli
kumpulan. Antara punca bagi masalah ini mungkin soalan-soalan yang diberikan
tidak sesuai dengan tahap murid itu sendiri dan tidak menarik. Di samping itu saya
kurang mempelbagaikan bahan bantu mengajar daripada pelbagai sumber

3. Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman atau Kajian Lepas):
Menurut Borhan, (2001) pembelajaran koperatif atau pembelajaran
berkumpulan terbimbing adalah merupakan pembelajaran dalam kumpulan.
Pembelajaran koperatif juga merupakan pendekatan pembelajaran yang mempunyai
kelebihan kerana mereka lebih berpeluang untuk memberikan idea, berbincang dan
berinteraksi satu sama lain dan belajar melalui pengalaman mereka sendiri.
Pendekatan ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar

4. Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah :


 Bagi memastikan bahawa aktiviti perbincangan secara berkumpulan tidak
melebihi masa yang telah ditetapkan guru akan sentiasa mengingatkan murid
tentang masa yang telah diperuntukkan. Sekiranya perbincangan menyentuh
topik yang sama, guru akan memilih beberapa hasil yang terbaik untuk
dibentangkan.
 Mendapatkan bimbingan dan nasihat dari pensyarah dan guru pembimbing di
samping berbincang dengan rakan-rakan yang lain.
 Menyediakan soalan yang bersesuaian dengan tahap kebolehan murid dalam
mencari jawapan yang betul.

5. Tempoh Masa Penyelesaian :


2 Minggu

6. Tindakan Sususlan :
Saya akan memastikan aktiviti perbincangan berkumpulan tidak melebihan
masa yang ditetapkan dan akan sentiasa mengingatkan murid masa yang
diperuntukan semakin tamat, kemudian saya menyediakan soalan yang bersesuaian
dengan tahap kebolehan murid agar murid tidak merasa bosan

You might also like