Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Noor Suzaily Mukhtar dilahirkan pada 9 Jun 1976 di Kangar, Perlis bekerja sebagai

jurutera komputer di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak ketiga dan anak perempuan
tunggal kepada Mukhtar Ibrahim dan Harison Husin, beliau lebih dikenali Suzy dan merupakan
anak yang paling manja dalam keluarganya. Beliau turut menjadi harapan ibu bapanya yang
sanggup berbuat apa sahaja demi membiayai pelajarannya di United Kingdom.

Noor Suzaily, 24 tahun, yang bekerja sebagai jurutera komputer telah menaiki sebuah
bas awam ke tempat kerjanya, Pantai Medical Centre bagi melaporkan diri untuk memulakan
kerjaya impiannya. Sebaik mengesyaki sesuatu yang mencurigakan, Noor Suzaily mula panik.
Beliau dikatakan menjerit untuk meminta bantuan, tetapi telah ditampar dan ditumbuk oleh
penyerangnya ketika pergelutan.

Malang tidak berbau, Noor Suzaily telah dirogol dan diperlakukan dengan kejam di
dalam sebuah bas ekspres oleh pemandunya, sekaligus meragut nyawanya. Selain dirogol dan
diliwat, mangsa turut dipukul tanpa belas kasihan sehingga menyebabkan 44 kesan kecederaan
pada tubuhnya. Mayat mangsa kemudiannya dicampakkan di sebuah kawasan perumahan
di Bukit Tinggi, Klang dan ditemui oleh pihak polis dan pakar sains forensik, dan dihantar
ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat sebelum dituntut oleh keluarganya.

You might also like