Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUTORIAL EDUP3063

KHAMIS (16.04.2020)
TOPIK 10 : PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS)

AKTIVITI 1: 40 minit
8am – 8.40 am
Tonton video 1: Konsep PBS
Video 1 menerangkan tentang latar belakang dan konsep PBS yang
dilaksanakan di sekolah-sekolah di Malaysia.
Soalan Perbincangan:
Bincangkan kepentingan PBS berbentuk akademik dan bukan akademik.
Berikan pendapat anda pada ruangan soalan di dalam Google classroom ini
atau boleh melalui whatsapp bagi individu yang menghadapi capaian
internet yang lemah.

Kepentingan PBS berbentuk akademik ialah meningkatkan pencapaian para


pelajar, Ini kerana, guru menggunakan pelbagai instrument pentaksiran seperti
kuiz, soal jawab, amali, persembahan dan banyak lagi. Selain itu, PBS penting
kerana menggalakkan guru memperbaiki kelemahan dan masalah murid dalam
pembelajaran. Melalui PBS, guru mudah untuk mengenalpasti kelemahan m urid-
murid dalam pembelajaran kerana murid-murid dinilai secara adil dan saksama
sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat,
kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Selain itu, pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri
seseorang murid itu bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali,
memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang
berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang
Manakala, kepentingan PBS berbentuk bukan akademik ialah melahirkan pelajar
yang bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik tetapi juga cemerlang
dalam kokurikulum. Hal ini kerana PBS menggalakkan pelajar melibatkan diri
dalam aktiviti sukan atau extra-co seperti kelab, persatuan dan unit beruniform.
Penglibatan murid dalam aktiviti-aktiviti ini akan dinilai.
Selain itu, ianya penting bagi menjadikan pelajar yakin terhadap diri sendiri.
Contohnya, dalam ujian Psikometrik, pelajar diuji dengan ujian Aptitud, pelajar
dapat mengenal pasti minat dan bakat yang terpendam dalam diri mereka.
Melalui ujian ini, guru dapat membimbing pelajar mengembangkan bakat
mereka.
AKTIVITI 2: 40 minit
8.40 am – 9.20 am
Tonton video 2: Pelaksanaan PBS
Video 2 menerangkan tentang bagaimana PBS dilaksanakan di sekolah dan
elemen-elemen penting yang perlu dipertimbangkan seperti kaedah
pentaksiran, instrumen pentaksiran dan evidens untuk pelaporan.
Soalan perbincangan:
Semasa melaksanakan PBS, guru menggunakan pentaksiran formatif
sebagai pentaksiran untuk pembelajaran dan sumatif untuk pentaksiran
tentang pembelajaran. Beri pendapat anda bila dan bagaimana pentaksiran
sebagai pembelajaran berlaku.

Pentaksiran sebagai pembelajaran berlaku secara berterusan semasa berlakunya


proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pentaksiran sebagai
pembelajaran dijalankan melalui peranan guru memberi peluang kepada murid-
murid untuk belajar dalam pasukan atau kumpulan dan melibatkan diri secara aktif
dalam proses pembelajaran dengan bertanggungjawab. Guru juga boleh
menggalakkan perbincangan lisan antara guru dengan pelajar dan menggunakan
senarai semak dan rubrik sebagai penanda aras. Seterusnya, guru boleh
menggalakkan murid membuat refleksi terhadap tahap penguasaan atau
pemahaman mereka terhadap sesuatu isi pelajaran yang disampaikan oleh guru
melalui penggunaan “Lampu Trafik” sendiri yang terdiri daripada tiga warna iaitu
warna Hijau (menunjukkan murid menguasai), warna Kuning (belum menguasai
sepenuhnya) dan warna Merah (tidak faham). Ia penting bagi guru untuk
menggalakkan pentaksiran tentang perasaan murid-murid atau pentaksiran kendiri
mereka melalui perbincangan lisan, pembinaan soalan metakognitif dan sebagainya
dalam pentaksiran sebagai pembelajaran ini.
AKTIVITI 3: 40 minit
9.20 am – 10 am
Tonton Video 3: Kaedah Penskoran dan Isu PBS
Video 3 menerangkan tentang kaedah penskoran, carta alir pelaksanaan
PBS dan isu-isu yang timbul dalam kalangan guru dan pelajar.
Soalan Perbincangan:
Bincangkan isu-isu PBS yang memberi kesan positif dan negatif kepada
guru.
Antara isu PBS yang memberi kesan positif kepada guru ialah kepelbagaian
dalam pelaksanaan instrumen pentaksiran seperti soal jawab, kuiz dan
sebagainya. Pelaksanaan instrumen ini menggalakkan guru-guru untuk
mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam melaksanakan instrumen
pentaksiran tersebut agar berjalan dengan lancer. Ini secara tidak langsung
membantu guru meningkatkan kemahiran mereka.
Selain itu, bagi isu sejauh mana PBS melahirkan pelajar yang seimbang dari segi
JERIS, isu ini memberi kesan positif kepada guru apabila isu ini terbukti apabila
PBS menekankan kepada perkembagan JERIS melaui penekanan terhadap
akademik dan juga bukan akademik. Guru dapat menilai murid-murid secara adil
dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan,
kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Di samping itu, isu PBS dari segi tahap integriti guru dalam melaksanakan
pentasiran PBS ini telah memberi kesan negatif kepada guru. Isu ini telah
menampakkan profesion perguruan sebagai profesion yang tidak mementingkan
integriti dan hanya mementingkan keperluan untuk memenuhi tugas sebagai
seorang guru tanpa integriti. Ini kerana wujudnya segelintir guru yang tidak
mengambil cakna dalam menilai tahap kebolehan murid-murid semasa
pentaksiran PBS dijalankan.
Seterusnya, isu PBS dari sudut tekanan ke atas guru-guru untuk melaksanakan
pelbagai bentuk pentaksiran termasuklah bentuk akademik dan bukan akademik,
teah memberi kesan negatif kepada para guru. Ini kerana, ada segelintir
masyarakat yang mengatakan bahawa PBS membebankan guru dari segi
penyediaan untuk mentaksir para pelajar lebih-lebih bagi penyediaan dari segi
strategi pengajaran dan pembelajaran.
AKTIVITI 4: Tutorial topik 10 (1 jam)
10 am – 11 am

Lihat Soalan Tutorial pada segmen assignment. Jawap soalan tersebut dan hantar dalam GC atau whatsapp bagi
pelajar yang menghadapi capaian internet lemah .
1. Anda dikehendaki membandingkan pentaksiran yang terdapat di dalam PBS berdasarkan jadual berikut:

Kompone
Jadual Pelaksanaan Instrumen Pentadbiran Penskoran Pelaporan
n

PS - Dilaksanakan - Instrumen - Jawatankuasa - Guru - Verbal atau


di sekolah pentaksiran PBS Sekolah matapelajara bertulis
oleh guru disediakan oleh - Guru n mentaksir - Pelaporan
mata guru mata matapelajaran berdasarkan perkembangan
pelajaran pelajaran DSP pembelajaran
- Dilaksanakan berdasarkan dalam
sepanjang DSKP yang pentaksiran
tahun dikeluarkan sekolah bagi
persekolaha oleh Lembaga semua mata
n Peperiksaan pelajaran
tahun semas
- Laporan
Deskriptif
janaan sistem
SPPPBS

PP - Jadual - Instrumen - Jawatankuasa - Guru - Gred


pelaksanaan pentaksiran PBS Sekolah matapelajara - Laporan
yang dikeluarkan - Guru n mentaksir Deskriptif
seragam oleh Lembaga matapelajaran berdasarkan janaan sistem
akan Peperiksaan rubrik SPPPBS
dikelurkan - Pernyataan
oleh Keputusan
Lembaga UPSR (100%
Peperiksaab peperiksaan)
- BM, BI, Sains,
Matematik,
BC, Bt

PAJSK - Sepanjang - Instrumen - Jawatankuasa - Penskoran - Laporan


tahun pentaksiran PBS Sekolah secara Deskriptif
persekolaha (senarai semak) - Guru dikotomus, janaan sistem
n disediakan oleh polikotomus, PAJSK
Lembaga kadaran - Pelaporan
Peperiksaan pilihan PAJKSK Tahap
- item/instrume - Berdasarkan 2 Pendidikan
n dan manual kriteria yang Rendah
yang disediakan
komprehensif

Ppsi - Mengikut - Instrumen - Jawatankuasa - Lembaga - Laporan


keperluan pentaksiran PBS Sekolah Peperisaan Deskriptif
disediakan oleh - Guru kelas. janaan sistem
Lembaga - Kaunselor yang
Peperiksaan dibangunkan
oleh Lembaga
Peperiksaan
- Pelaporan
pentaksiran
Psikometrik
(Ujian
Aptitude
Tahun 6)
2. Berdasarkan carta alir pelaksanaan pentaksiran sekolah seperti di bawah, anda dikehendaki
menyediakan satu contoh perancangan pengajaran dan pembelajaran berpandukan DSKP mana-
mana mata pelajaran sekolah rendah.
Guru pilih standard kurikulum yang diajar :
Merujuk kepada DSKP Pendidikan Islam Tahun 5 dalam
tajuk Adab.

Guru memilih tajuk dan merancang perkara yang akan


diajar dengan memilih kandungan mata pelajaran yang
terdapat dalam dokumen kurikulum
Murid yang tidak menguasai 6.1 Memahami dan mengamalkan konsep adab dalam
standard yang ditetapkan, guru majlis
akan menjalankan sesi 6.1.1 Menjelaskan adab dalam majlis
pemulihan untuk membimbing 6.1.2 Menghuraikan ciri-ciri majlis yang menepati
dan membantu murid tersebut syarak.
dengan menentukan strategi Guru menentukan hasil pemeblajaran yang hendk
pengajaran yang sesuai dicapai.
1. Murid dapat menjelaskan adab dalam majlis
2. Murid dapat menghuraikan ciri-ciri majlis yang
menepati syarak.
Guru merancang kaedah pengajaran secara penerangan
dan soal jawab serta mengenalpasti kaedah pentaksiran
iaitu kaedah lembaran kerja. Guru merancang dan
menyediakan bahan-bahan pengajaran.

Guru melaksanakan PdP dengan menerangkan isi


pelajaran kepada murid-murid. Guru bersoal jawab
dengan murid tentang adab dalam majlis dan ciri-ciri
majlis supaya murid dapat menjelaskannya dan
menghuraikannya selari dengan HP dan melakukan
pemerhatian terhadap sikap murid dalam sesi soal
jawab tersebut. Guru meminta murid mencatat isi
penting did alam buku tulis.Pentaksiran secara
berterusan secara lisan, bertulis dan pemerhatian
semasa proses PdP.

Guru menilai prestasi murid. Guru melaporkan tahap


prestasi murid berdasarkan evidens yang dikemukakan
oleh murid, sama ada dalam bentuk proses, produk atau
diri murid itu sendiri.

Guru memilih tajuk untuk pengajaran dan pembelajaran


yang seterusnya.

You might also like