Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

CATATAN REFLEKSI

MINGGU: 1
TARIKH: 23/02/2020 – 27/02/2020

1. Isu/Perkara yang difokus:


Saya menjalankan perbincangan bersama mentor mengenai projek inovasi yang
akan dihasilkan. Beliau bersetuju dengan cadangan yang saya kemukakan dan
mencadangkan saya untuk mempamerkan bahan inovasi yang dihasilkan. Saya
juga telah berjumpa dengan Guru Besar dan pihak pentadbiran dan mengemukakan
cadangan yang telah dibincangkan. Ceramah sempena dengan bulan rejab juga
telah diadakan pada hari khamis tersebut.

2. Analisa isu/Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
Guru besar telah bersetuju dengan cadangan projek inovasi saya.

2.2 Kelemahan:
Tarikh perlaksanaan projek perlu ditangguhkan dahulu kerana
jadual yang penuh dengan beberapa program.

3. Cadangan Penambahbaikkan

Saya boleh menambahbaik lagi projek inovasi sementara masih menunggu tarikh.
Saya juga boleh menyiapkan tugasan lain terlebih dahulu.
CATATAN REFLEKSI
MINGGU: 2
TARIKH: 1/03/2020 – 5/03/2020

1. Isu/Perkara yang difokus:


Menyiapkan folio dan laporan. Menyelesaikan tugasan di IPG seperti laporan
penyelidikan serta artikel penyelidikan dan tugasan kerja kursus. Saya mula
melengkapkan fail internship dan melaksanakan penyelidikan saya bagi
menyiapkan laporan penyelidikan. Saya sentiasa merujuk bahan internship yang
diberikan oleh kampus supaya tidak ketinggalan mana-mana dokumen atau perkara
penting yang perlu ada dalam fail laporan. Saya juga menyediakan fail saya dengan
kemas. Selain itu, saya menyiapkan tugasan kerja kursus IPG sepanjang minggu ini
dan saya juga mengemaskini projek penyelidikan sebelum diuji kepada murid-murid.
Hari Rabu merupakan cuti peristiwa manakala pada hari Sabtu diadakan mesyuarat
PIBG.

2. Analisa isu/Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
Saya telah melengkapkan hampir keseluruhan fail internship. Selain
itu saya juga telah menjalankan penggunaan alat kajian saya kepada murid-
murid. Saya juga telah memungut dan menganalisis data. Selain itu, saya
juga telah menyiapkan artikel kajian yang dijalankan. Saya memanfaatkan
cuti pada hari Rabu dengan sebaiknya.

2.2 Kelemahan:
Saya kekurangan masa untuk melaksanakan kajian saya, oleh itu
saya terpaksa melaksanakannya dalam keadaan yang sedikit kelam kabut.
Seterusnya, saya juga agak penat pada minggu ini kerana tidak dapat
membahagikan tugasan IPG dan sekolah dengan baik kerana banyak
perkara yang perlu diselesaikan minggu ini.

3. Cadangan Penambahbaikkan
Saya perlu lebih bersedia dan membahagikan masa saya dengan baik.
CATATAN REFLEKSI
MINGGU: 3
TARIKH: 8/03/2020 – 12/03/2020

1. Isu/Perkara yang difokus:

2. Analisa isu/Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikkan

CATATAN REFLEKSI
MINGGU: 4
TARIKH: 22/03/2020 – 26/03/2020

1. Isu/Perkara yang difokus:

2. Analisa isu/Perkara yang difokuskan

2.1 Kekuatan:
2.2 Kelemahan:

3. Cadangan Penambahbaikkan

You might also like