1 Pengelolaan Aktiviti Dan Pertandingan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Pengelolaan Aktiviti dan Pertandingan

Peraturan dan langkah-langkah

Sebelum
 Senarai semak berlandaskan aktiviti yang dilaksanakan. Contohnya : Sukan
Tahunnan Sekolah.
 Taklimat kepada ahli atau peserta yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
Contohnya : Aktiviti pertandingan Futsal.
 Perkara yang perlu dibawa :
◦ Tingkah laku semasa aktiviti
◦ Pakaian
◦ Surat kebenaran ibu bapa
◦ Pengangkutan
◦ Masa berlepas & dijangka tiba
◦ Keadaan tempat yang aktiviti akan dilaksanakan
 Menyenaraikan bidang tugas bagi setiap jawatankuasa.

Semasa

 Pihak urusetia haruslah memastikan tempat dan peralatan aktiviti digunakan


oleh peserta dan para pegawai adalah selamat.
 Memastikan pegawai sentiasa berada di tempat aktiviti dijalankan.
 Memastikan semua peserta melaporkan diri kepada pengurus aktiviti.
 Mengawasi dan memantau pelaksanaan aktiviti.
 Memastikan langkah-langkah keselamatan telah diambil bagi setiap peserta
yang mengikuti aktiviti tersebut.
 Member taklimat kepada peserta mengenai langkah-langkah keselamatan
yang perlu diambil perhatian oleh mereka.

Selepas

 Perkara yang perlu diselesaikan selepas aktiviti berakhir.


◦ Membersihkan kawasan yang digunakan
◦ Memastikan barang/peralatan yang dipinjam dipulangkan dan disimpan balik
ke tempat asal.
◦ Menyampaikan hadiah , cenderahati dan sijil kepada pemenang.
◦ Membuat laporan aktiviti, penyertaan,kewangan dan laporan lain yang
diperlukan
◦ Menghantar surat penghargaan kepada mereka yang telah memberi
sumbangan. ( Penaja , Jurulatih , penceramah).
 Fungsi Jawatankuasa Pengelo akan berakhir selepas laporan penilaian atau
laporan- laporan berkenaan diserahkan kepada guru besar atau pengetua.
Penilaian dan pelaporan

➢ Setiausaha jawatankuasa perlu memanggil mesyuarat post mortem bagi


membincangkan aktiviti yang dilaksanakan.
➢ Bertujuan untuk memberi bukti tentang nilai dan sumbangan kepada aktiviti.
➢ Mengetahui keberkesanan pelaksanaan dan tugas setiap jawatankuasa.
➢ Tentukan jumlah atau aktiviti yang dijalankan berbanding yang disarankan.
➢ Menggalakan jawatankuasa menyesuai dan membaiki proses serta langkah-
langkah melaksanakan tugas.
➢ Menentukan agar semua operasi dijalankan mengikut rancanga yang telah
diaturkan.
➢ Menyemak pencapaian pentadbiran.

Penilaian
 Penilaian sesuatu program dan aktiviti boleh dilaksanakan secara formal dan
tidak formal.
Secara Formal : Menggunakan borang soal selidik yang telah disedia dan di
edarkan kepada peserta untuk mendapat maklum balas.

Secara Tidak Formal: dilakukan secara perbualan, temuramah atau sebagainya.


: dilakukan secara tidak rancang, semasa atau selepas aktiviti
dilaksanakan

Laporan Aktiviti

Antara perkara yang perlu dimasukkan dalam laporan aktiviti :


1. Pendahuluan
2. Tarikh dan masa
3. Tempat
4. Bilangan penyertaan (perserta/jurulatih/pegawai/pembantu)
5. Dif yang hadir (VIP)
6. Dif yang merasmikan (VVIP)
7. Jawatankuasa kerja dan jawatankuasa kecil
8. Laporan atur cara dan aktiviti yang telah dilaksanakan
9. Laporan kewangan
10. Laporan jawatankuasa kecil
11.Penilaian keseluruhan
12. Masalah yang timbul
13. Pandangan dan cadangan unutk membaiki dan mengatasinya
14. Penutup
Mesyuarat Pasca Nilai (Post Mortem)

 Setiap jawatankuasa kecil perlu mengadakan mesyuarat untuk


membincangkan isu yang berkaitan peranan dan tugas jawatankuasa.
 Antara perkara yang boleh dibincangkan adalah :
i) Pelaksanaan aktiviti
ii) Masalah yang dihadapi
iii) Cara menyelesaikan
iv) Pendapat umum dan isu-isu lain
 Setiausaha berperanan untuk mencatat :
i) Pandangan
ii) Kritikan
iii) Cadangan

You might also like