Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 23

Institut Pendidikan Guru

Kampus Tengku Ampuan Afzan


27200 Kuala Lipis
Pahang Darul Makmur

GPI1083
PENDIDIKAN ISLAM

PPISMP Ambilan Jun 2019


Semester 2 Tahun 1 (Sesi Jan‐Mei 2020)
Kumpulan/ Unit: Bimbingan dan Kaunseling 2

Tarikh Hantar: 10 MAC 2020

Nama Pelajar No. Kad Pengenalan Angka Giliran

NOOR ILYANA BINTI NORLEE 010316‐10‐0024 2019112310208

Nama Pensyarah : PUAN LATIFAH BINTI MOHD RAZALI


Tarikh Terima :

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah


telah saya rujuk dan fahami.

_________________
Nama: Noor Ilyana Binti Norlee
Tarikh :

1
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
27200 KUALA LIPIS,PAHANG.
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS
Nama : NOOR ILYANA BINTI NORLEE Angka giliran : 2019112310208
Kod : GPI1083 Nama Kursus : PENDIDIKAN ISLAM
Pensyarah : PUAN LATIFAH BINTI MOHD RAZALI
Tarikh hantar : 10 MAC 2020 Tarikh terima :
(diisi oleh pensyarah)

Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: Tarikh :

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa: Moderator(jika berkaitan)


Kekuatan: Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki: Aspek yang boleh diperbaiki:

Tandatangan: Tarikh: Tandatangan: Tarikh:


Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan fahami.

Catatan(jika ada)

Tandatangan pelajar: Tarikh :

2
HALAMAN PENGAKUAN

" Saya dengan ini mengaku bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri, kecuali
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya"

TANDATANGAN :
NAMA : NOOR ILYANA BINTI NORLEE
NO.KAD PENGENALAN : 010316-10-0024
UNIT : PPISMP BNK 2
TARIKH : 10 MAC 2020

3
INSTITUT PENDIDKIAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR

BIODATA

NAMA : NOOR ILYANA BINTI NORLEE

NO. KAD PENGENALAN : 010316-10-0024

NO. ANGKA GILIRAN : 2019112310208

EMAIL : Irayana00@gmail.com

ALAMAT : LOT 2092 JALAN HAJI ABDUL RAHMAN BATU 6 ¼ MERU 41050

KLANG SELANGOR

STATUS : BUJANG

NOMBOR TELEFON : 018-3862984

NAMA BAPA : NORLEE BIN SAMSHI @ SHAMSI

NAMA IBU : NOORAIN BINTI MAT JUSOF

UNIT : PPISMP BNK UNIT 2

AMBILAN : JUN 2019

4
Penghargaan

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya saya
dapat menyiapkan tugasan kerja kursus Pendidikan Islam (GPI1083) tepat pada masanya.
Saya ingin mengucapakan ribuan terima kasih kepada Puan Latifah Binti Mohd Razali,
pensyarah matapelajaran Pendidikan Islam (GPI1083) kerana telah memberi tunjuk ajar yang
tidak terhingga dan galakan kepada saya dan rakan-rakan saya dalam usaha menyiapkan
tugasan ini. Motivasi, dorongan serta tunjuk ajar yang diberikan amatlah berguna dan
menjadikan saya dan rakan-rakan saya lebih bersemangat untuk menyiapkan tugasan ini.

Selain itu, saya juga ingin berterima kasih kepada kedua ibu bapa saya iaitu En. Norlee
Bin Samshi @ Shamsi dan Pn. Noorain Binti Mat Jusof atas galakan, sokongan dan bantuan
yang diberikan kepada saya sama ada secara langsung atau tidak langsung sepanjang
pelaksanaan kerja kursus ini. Tidak lupa juga penghargaan untuk rakan-rakan seperjuangan
kelas Bimbingan Dan Kaunseling kerana telah bekerjasama dan bantu membantu antara satu
sama lain dalam menyiapkan tugasan ini dengan berkualiti dan baik seperti yang telah
ditetapkan.

Tanpa pertolongan daripada mereka, adalah sukar bagi saya untuk menyiapkan tugasan
ini dalam masa yang ditetapkan. Banyak ilmu pengetahuan telah saya peroleh sepanjang
menyiapkan tugasan ini dan saya dapat manfaatkan ilmu pengetahuan tersebut pada masa
akan datang. Sekian, terima kasih.

5
ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA
SURAT

BORANG MAKLUM BALAS 2

BORANG PERAKUAN 3

BIODATA 4

PENGHARGAAN 5

ISI KANDUNGAN 6

DEFINISI, KONSEP DAN HUKUM HADANAH 7

SIAPA YANG BERHAK MENDAPAT HAK JAGAAN ANAK 7-9

TEMPOH WAKTU HADANAH 9-10

SYARAT ATAU KELAYAKAN KEPADA PENJAGA 10-11

PERKARA YANG BOLEH MENGGUGURKAN HAK JAGAAN 11-12

UPAH HADANAH 12-13

KESIMPULAN 13

RUJUKAN 14-15

LAMPIRAN 16-22

6
Konsep hadanah dan tanggungjawab penjagaan anak

Definisi, konsep dan hukum hadanah

Hadanah dari sudut bahasa bererti menjaga dan mengasuh anak kecil dengan
menanggung nafkah dan mendidiknya. Perkataan hadanah diambil daripada perkataan al-hidn
yang bermaksud rusuk atau dada. Ia dikaitkan dengan pegasuhan kerana kebiasaannya
pengasuh meletakkan kanak-kanak di atas rusuk atau pangkuannya (Al-Sayid Sabiq,1994).
Menurut mazhab Syafie, hadanah ditakrifkan sebagai menjaga dan mendidik orang yang tidak
mampu bersendirian menguruskan dirinya daripada perkara yang menyakitinya kerana belum
baligh atau mumayyiz. Antara tanggungjawab hadanah ialah menyediakan keperluan anak,
memberikan pendidikan jasmani dan rohani serta memeliharanya daripada perkara berbahaya
yang boleh menyakitinya (Mustafa Al-Khin, Mustafa Al-Buqha & Ali Al-Syarbaji, 2000). Dari segi
hukum, hadanah merupakan ketetapan yang wajib dilaksanakan. Ia menjadi fardhu ain dan
wajib dilaksanakan oleh ibu bapa. Sekiranya ibu bapa telah meninggal dunia, maka
tanggungjawab hadanah wajib dilaksanakan oleh kaum kerabatnya yang terdekat. Jika kaum
kerabat tiada, maka hadanah wajib dilaksanakan oleh pemerintah atau sekumpulan kaum
muslimin.

Siapa yang berhak mendapat hak jagaan anak

Dalam mazhab Syafie, sekiranya berlaku penceraian antara pasangan suami isteri,
maka orang yang paling berhak melaksanakan hadanah ialah ibu kepada anak-anak tersebut
selagi mana ibu tersebut belum bernikah lain. Ianya dikukuhkan melalui hadis NabI SAW
apabila datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW kemudian berkata:

7
Maksudnya: Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini, perutku adalah tempatnya, puting
susuku adalah tempat minumnya dan pangkuanku adalah rumahnya sedangkan ayahnya telah
menceraikanku dan ingin merampasnya dariku. Lalu Rasulullah SAW berkata kepadanya:
“Engkau lebih berhak terhadapnya selama engkau belum bernikah”.

(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Daud)

Daripada hadis tersebut, ibu lebih berhak mendapatkan hak hadanah terhadap anak
mereka selagi belum bernikah dengan lelaki lain. Hal ini demikian kerana, pada zahirnya ibu
bersifat lebih penyayang dan akrab dengan anak-anak serta lebih memahami selok-belok
penjagaan anak kecil, lebih-lebih lagi bagi anak yang masih menyusu.

Sekiranya ibu tiada atau hilang kelayakan untuk menjaga anak, maka orang yang paling
berhak melaksanakan tanggungjawab hadanah tersebut ialah nenek daripada pihak ibu kerana
kedudukannya adalah seperti ibu terhadap anak tersebut. Seterusnya, hak hadanah akan jatuh
kepada bapa sekiranya nenek dari pihak ibu tiada. Jika bapa tiada, nenek sebelah bapa yang
akan memikul tanggungjawab hadanah tersebut. Kemudian dikuti oleh kakak atau adik
perempuan seibu sebapa dan dituruti oleh anak perempuan dari kakak atau adik perempuan
seibu sebapa. Sekiranya tiada, tanggungjawab hadanah seterusnya akan jatuh kepada ibu
saudara sebelah ibu kerana kedudukannya adalah seperti ibu bagi anak tersebut berdasarkan
sabda Rasulullah SAW :

“Ibu saudara dari pihak ibu itu seperti ibu” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Abu Daud dan At-
Tirmizi)

8
Namun, jika ibu saudara dari sebelah ibu tiada, hak hadanah akan diserahkan kepada
ibu saudara sebelah bapa. Jika ibu saudara sebelah bapa juga tiada, barulah hadanah akan
diserahkan kepada keluarga lelaki yang boleh menjadi warisnya. Dalam turutan hak penjagaan
anak ini, turutan penjaga diutamakan kepada pihak waris perempuan terlebih dahulu kerana
perempuan bersifat lebih penyayang dan belas kasihan.

Tempoh waktu hadanah

Jangka waktu hadanah berlaku sehingga anak tersebut mencapai usia baligh atau
mumayyiz iaitu tujuh tahun bagi kanak-kanak lelaki dan sembilan tahun bagi kanak-kanak
perempuan. Apabila kanak-kanak telah mencapai umur mumayyiz, mereka boleh
menyelesaikan urusannya yang khusus dengan sendiri seperti makan dan minum serta
membersihkan diri dengan sendiri. Apabila tempoh hadanah tamat, kanak-kanak berhak
memilih antara orang-orang yang layak menjaganya seperti ibu atau bapa. Terdapat hadis
Rasulullah SAW yang menunjukkan bahawa kanak-kanak mempunyai hak dalam memilih
penjaganya. Hadis Rasulullah SAW tersebut berbunyi:

Maksudnya: “Seorang perempuan menemui Rasulullah SAW dan berkata: “Wahai Rasululllah,
bekas suamiku ingin mengambil anakku. Anakku telah memberiku minum daripada telaga Abu
‘Inabah. Sesungguhnya, dia amat berguna kepadaku.” Rasulullah SAW bersabda: “Buatlah
undian.” Maka bekas suami perempuan tersebut berkata: “Tiada sesiapa yang boleh
menghalangku daripada anakku!” Rasulullah SAW bersabda: “Ini bapamu dan ini pula ibumu,
peganglah tangan siapa yang kamu pilih.” Lalu, anak tersebut pun memegang tangan ibunya
dan mengikutnya pulang.” (Riwayat Abu
Daud)

9
Berdasarkan hadis tersebut, potongan ayat “anakku telah memberiku minum daripada
telaga Abu Inabah” membawa maksud anaknya sudah meningkat remaja. Hadis ini
menunjukkan kanak-kanak diberikan pilihan antara ibu bapanya jika berlaku pertikaian antara
kedua-duanya.

Syarat atau kelayakan kepada penjaga

Antara syarat utama kepada penjaga ialah beragama islam. Mazhab as-Syafie
menyatakan dengan jelas sekiranya kanak-kanak itu beragama islam kerana ibu atau ayahnya,
maka tidak sabit hadanah bagi pihak orang kafir untuk menjaganya. Hadanah disyariatkan
bertujuan untuk menjaga kemaslahatan kanak-kanak. Menurut Kashshaf Al-Qina, sekiranya
hadanah kepada orang kafir ke atas orang muslim, ia akan menimbulkan mudarat yang lebih
besar kerana ia boleh memberi fitnah kepada bayi tersebut dalam agamanya dan
berkemungkinan menyebabkan kekufuran. Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran :

Maksudnya: “Dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk
membinasakan orang-orang yang beriman.”

(Surah al-Nisa’: 141)

Berdasarkan dalil tersebut, jelas menunjukkan bahawa jika berlaku perselisihan di antara orang
islam dan bukan islam dalam penjagaan anak, maka orang islam lebih berhak ke atasnya.
Walaubagaimanapun, sekiranya salah seorang ibu atau bapa bukan islam, hubungan kanak-
kanak tersebut dengan ibu atau bapanya tidak boleh putus kerana hak sebagai ibu atau bapa
tetap ada supaya kanak-kanak tersebut dapat merasai kasih sayang ibu bapa.

10
Selain itu, syarat kelayakan kepada penjaga ialah berakal. Hak penjagaan tidak boleh
diberikan kepada orang gila kerana mereka tidak mampu mengawal dan menjaga diri. Penjaga
mestilah orang yang mempunyai akal yang waras dan dapat berfikir dengan rasional dalam
menjalankan tanggungjawab. Begitu juga, penjaga mestilah berumur yang melayakkannya
untuk memberikan jagaan kepada kanak-kanak. Dalam erti kata lain, penjaga semestinya
seorang dewasa yang berkemampuan dalam memikul tanggungjawab yang besar kerana
penjagaan kanak-kanak bukan suatu perkara mudah untuk dipikul. Syarat penjaga yang
seterusnya ialah penjaga perlu berkelakuan baik serta mempunyai akhlak islamiah. Akhlak
merupakan perkara yang perlu dititikberatkan kerana ia mempunyai kedudukan yang tinggi
dalam Islam. Seseorang yang terkenal dengan kefasikannya seperti penzina, pencuri dan
penjudi tidak boleh mengendalikan hadanah kerana ia akan mendorong perkembangan kanak-
kanak ke arah yang tidak baik. Di samping itu, penjaga haruslah menetap di tempat kanak-
kanak tersebut menetap. Tempat tersebut perlulah bebas daripada perkara yang boleh
memberi kesan buruk dari segi akhlak dan jasmani kanak-kanak tersebut.

Perkara yang boleh menggugurkan hak jagaan

Tujuan pensyariatan hadanah adalah ialah untuk melindungi kelangsungan hidup kanak-
kanak serta mendidiknya sama ada dari segi fizikal, intelektual dan spiritual. Hak hadanah akan
gugur daripada setiap individu yang gagal melaksanakan tujuan tersebut. Antaranya, hak
hadanah seorang ibu akan gugur sekiranya dia bernikah dengan orang lain yang tidak
mempunyai pertalian dengan kanak-kanak itu. Sabda Rasulullah SAW :

“Engkau lebih berhak atas anakmu, selagi engkau belum bernikah lain” (Diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dan Abu Daud. Hadis ini diberikan status sahih oleh Al-Hakim)

Berdasarkan hadis tersebut, jelaslah bahawa hak hadanah akan gugur sekiranya ibu
bernikah dengan lelaki lain selain kerabatnya kerana ia akan menjadikan dirinya gagal
melaksanakan tanggungjawab hadanah, mengasuh dan gagal melindungi kanak-kanak tersebut
dengan baik. Malah, majoriti ulama’ fikah turut mensyaratkan hak dan penjagaan anak akan
gugur dari seorang ibu sekiranya berkahwin dengan lelaki lain. Namun, ibu tersebut masih

11
boleh mendapat hak hadanah sekiranya bapa kanak-kanak dan bapa tiri kanak-kanak tersebut
bersetuju mengenai hak penjagaan tersebut.

Selain itu, hak hadanah akan digugurkan sekiranya ibu atau penjaga berkelakuan buruk
secara keterlaluan dan terbuka. Individu yang mempunyai akhlak yang buruk tidak dapat
membentuk peribadi anak yang mulia. Perkara ini secara tidak langsung boleh mendatangkan
penganiyaan terhadap kanak-kanak tersebut. Begitu juga, Hak hadanah akan gugur sekiranya
penjaga murtad kerana ia akan memesongkan kanak-kanak tersebut daripada agama dan
akidah Islam. Sekiranya terdapat bukti bahawa penjaga mengambil kesempatan untuk
memesongkan akidah kanak-kanak tersebut atau cuba memberi makan kepadanya sesuatu
yang haram seperti babi, hak hadanah akan ditarik semula. Di samping itu, penjaga mestilah
bebas daripada sebarang penyakit seperti kusta, kanser dan buta kerana penyakit tersebut
boleh mendatangkan memudaratkan kepada kanak-kanak tersebut.

Upah hadanah

Sekiranya penjaga merupakan isteri yang diceraikan dan mendapat nafkah, maka dia
tidak berhak mendapat upah hadanah kerana nafkah dan upah tidak dikumpulkan dalam satu
masa. Sebaliknya, sekiranya bekas isteri telah tamat iddah dan tidak mendapat nafkah, dia
berhak mendapat upah hadanah kerana telah menjalankan tugas bagi pihak wali anaknya.
Namun, jika penjaga selain daripada ibu anak tersebut, dia berhak mendapat upah seperti upah
mengasuh dan menyusu kecuali jika penjaga rela mengasuh dengan percuma.

Bagi bapa yang mendapat hak hadanah pula, wajib ke atasnya memberikan nafkah
kepada anaknya serta membayar upah kepada pengasuhnya. Hal ini demikian kerana,
pengasuh dianggap seperti wanita yang menyusukan anak dan berhak mendapat upah atas
susuannya. Firman Allah Taala :

12
“Kemudian, jika mereka menyusukan (anak) untuk kalian, maka berikanlah kepada mereka
upahnya” (Al-Talaq : 6)

Namun, sekiranya pengasuh secara sukarela melaksanakan hadanah, maka dibolehkan


untuk tidak membayar upah tersebut. Kadar nafkah dan upah mestilah bersesuaian dengan
kemampuan diri untuk membayarnya.

Kesimpulan

Kesimpulannya, hadanah merupakan satu tanggungjawab besar yang perlu dijalankan


dengan amanah dan betul. Hal ini demikian kerana terdapat banyak hikmah dan kebaikan
hadanah seperti kebajikan kanak-kanak akan terjaga dan mereka dapat menjalani proses
pembelajaran dan tumbesaran dengan baik sebagai seorang muslim. Hadanah tidak hanya
menekankan kebajikan duniawi semata-mata, bahkan mesti seimbang dengan maslahat
ukhrawi juga. Hukum hakam dalam hadanah menunjukkan bahawa tujuan syarak adalah untuk
menjaga nyawa kanak-kanak yang terbiar akibat perpisahan yang berlaku antara ibu bapa.
Oleh yang demikian, penetapan hak hadanah mesti diberikan kepada individu yang betul-betul
layak dan memenuhi syarat penjagaan. Penjaga yang beragama Islam, berakhlak mulia serta
mempunyai pertalian ibu atau ibu saudara adalah orang yang paling berhak dan diutamakan
untuk memikul tanggungjawab ini. Meskipun ibu merupakan orang yang paling berhak terhadap
tanggungjawab hadanah, hak tersebut tetap tidak akan diberikan kepada ibu sekiranya ibu
tersebut gagal memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Perkara ini bertujuan bagi
memastikan kebajikan kanak-kanak tersebut terjaga dan mempunyai akhlak islamiah yang baik.
Oleh itu, jelaslah bahawa hadanah merupakan suatu perkara yang sangat penting dan perlu
dititikberatkan dalam menjaga kemaslahatan umat islam.

13
Rujukan

Bibliography

Al-Buhuti, K. A.-Q. (1986). Riyadh: Maktabat An-Nas Al-Haditha.

Al-Jazairy, A. B. (2007). Ensiklopdia Fikah. Selangor: Pustaka Dini Sdn. Bhd.

Ashab Al-FadhilahDr. Mustofa Al-Khin, D. M.-B.-S. (2011). Al-Fiqh Al-Manhaj Mazhab Al-Syafie,
diterjemah oleh Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri. Kuala Lumpur: Aslita Sdn.Bhd.

Azahri, A. H. (2007). Pembuktian dalam kes hadhanah: kajian di Mahkamah Syariah Kota
Bharu. Kelantan: Jabatan Syariah dan Undang-Undang, Bahagian Pengajian Syariah,
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.

Azri, S. (n.d.). Hak Penjagaan Anak (Hadanah). Diakses pada 1 Mac 2020 daripada
www.slideshare.net:https://www.slideshare.net/syuhadahazri/hak-penjagaan-anak-hadhanah

Farihah. (2014). Susunan keutamaan Hak penjagaan anak (Hadhanah). Diakses pada 3 Mac
2020 daripada peguamsyarie-farihah.blogspot.com:
http://peguamsyariefarihah.blogspot.com/2014/06/susunan-keutamaan-hadhanah.html

Ghani, N. A. (2004). HADHANAH SIAPA LEBIH BERHAK. Diakses pada 2 Mac 2020 daripada
www.addeen.my: http://www.addeen.my/index.php/rohani/fardhu-ain/item/755-
hadhanah-siapa-lebih-berhak

Jabata Bantuan Guaman. (n.d.). Hadanah (HAK PENJAGAAN ANAK).

Kedudukan dan Kepentingan Akhlak dalam Islam. (n.d.). Diakses pada 4 Mac 2020 daripada
www.academia.edu:
https://www.academia.edu/12252844/Kedudukan_dan_Kepentingan_Akhlak_dalam_Isla
m

14
Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2017). AL-KAFI #621 : HAK JAGAAN
ANAK SETELAH BERCERAI. Diakses pada 1 Mac 2020 daripada muftiwp.gov.my:
https://muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/839-al-kafi-621-hak-jagaan-anak-
setelah-bercerai

Laman Web Rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. (2019). BAYAN LINNAS SIRI KE-214:
SOLUSI RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT TERHADAP PERTIKAIAN
HADHANAH. Diakses pada 5 Mac 2020 daripada muftiwp.gov.my:
https://muftiwp.gov.my/artikel/bayan-linnas/3697-bayan-linnas-siri-ke-214-solusi-
rasulullah-saw-dan-para-sahabat-terhadap-pertikaian-hadhanah

Sabiq, A.-S. (1994). Fiqh Al-Sunnah. Jilid 2,3. Qahirah: Dar al-Fath Lial-l'lam al-Arabi.

Sabiq, S. (1365H). Fiqh al-Sunnah, Jilid 2. Jeddah: Maktabah al-Khadamat al-Hadithah.

Yusof, A. R. (1993). Hukum Penjagaan Anak Dalam Islam Dan Tuntutan Hadhanah Dalam
Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kuala Lumpur: Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia,.

15
LAMPIRAN

16
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
TUGASAN KERJA KURSUS
TAHUN AKADEMIK 2020

Program : Program Persediaan Ijazah Sarjana Nama Pelajar :


Muda Perguruan (PPISMP)
Kod: GPI1083 Semester / Tahun: Semester 2

Nama Kursus: Ambilan: Jun 2019

PENDIDIKAN ISLAM (ISLAMIC EDUCAITON) Kumpulan: PPISMP

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar


1. Penulisan laporan ( 30% ) 17 FEBRUARI 2020 10 MAC 2020

2. Penghasilan Produk ( 30% ) 17 FEBRUARI 2020 10 MAC 2020

3. Pembentangan ( 10% ) 9 MAC 2020 13 MAC 2020

Hasil Pembelajaran Kursus:

Pada akhir kursus ini pelajar dapat :

1. Menjelaskan peranan al-Quran dalam kehidupan muslim (C2, P2, A4, LO1, LO3, CTPS2).

2. Menghuraikan konsep akidah dan ibadah dalam penghayatan ilmu, iman dan amal (C2, P1, A5, LO3, CTPS2).

3. Membandingbeza sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional secara berkumpulan.
(C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

4. Menghubungkait peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam pembentukan masyarakat sejahtera.
(C6, P1, A4, LO3, CTPS4).

5. Menganalisis Piagam Madinah dalam pemerintahan Islam (C4, A4, LO3, CTPS4).

Kerja Kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 3 dan 4.

Objektif Kerja kursus:

Pelajar akan dapat:

1. Menghubungkait peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam pembentukan
masyarakat sejahtera dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber secara

17
penulisan laporan yang komprehensif dengan memfokus kepada satu isu dalam masyarakat hari
ini. CLO4 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

2. Membina carta perbandingan sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional secara
berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk poster. CLO3 : (C4, A4,
LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

3. Membentangkan bandingbeza sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional secara
berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan power point. CLO3 :
(C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Sistem muamalat dan munakahat dalam Islam merupakan suatu sistem yang melengkapi agama Islam
sebagai suatu agama yang syumul. Sistem muamalat dan sistem munakahat menjadi panduan kepada
umat Islam menjalani kehidupan di dunia dan sebagai jambatan ke akhirat. Sistem muamalat dan
munakahat Islam juga berperanan ke arah pembentukan masyarakat sejahtera. Walau bagaimanapun
sistem muamalat dan munakahat Islam berdepan dengan sistem konvesional yang diguna pakai di
seluruh dunia. Sehubungan dengan itu suatu perbandingan perlu dilakukan untuk melihat keberkesanan
kedua-dua sistem ini.
Berdasarkan penyataan di atas para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 30%) - CLO4 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Penulisan Laporan:
1. Menghubungkait peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam pembentukan
masyarakat sejahtera dengan mendapatkan maklumat daripada pelbagai sumber secara
penulisan laporan yang komprehensif dengan memfokus kepada satu isu dalam masyarakat hari
ini (CLO4) - (C6, P1, A4, LO3, CTPS4).
2. Panjang Esei ialah 1500 patah perkataan.

Tugasan 2 : Penghasilan Produk (Wajaran 30%) – CLO3 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Penghasilan Produk :
1. Membina carta perbandingan sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional
secara berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk poster. CLO3 : (C4,
A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).
2. Saiz poster berukuran kertas lukisan drawing block.
3. Soalan penghasilan produk kumpulan pada Lampiran B.

Tugasan 3 : Pembentangan (Wajaran 10%) – CLO3 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Pembentangan Kumpulan :
1. Membentangkan bandingbeza sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional secara
berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan power point. .
(CLO3) - (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).
2. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan. Pembentangan secara powerpoint
dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan softcopy perlu diserahkan kepada
pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian dan pemberian markah.

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

1. Tugasan 1 adalah tugasan individu, manakala tugasan 2 dan 3 adalah secara berkumpulan.

18
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul data atau maklumat bagi tugasan 1 , 2 dan
3.

3. Format penulisan tugasan 1 adalah seperti yang berikut:


3.1 Muka depan hendaklah mengikut templat terkini.
3.2 Font jawi-biasa dan yang berhubungan dengannya atau Font rumi Arial.
3.3 Saiz huruf - 18 point (Jawi). Saiz huruf – 11 point (rumi)
3.4 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)

4. Panjang esei adalah antara 1000 hingga 1500 patah perkataan dan tidak melebihi 10 muka surat.
Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan perkataan.

5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

6. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak
tugasan (sekurang-kurangnya sumber daripada 5 buah buku, 3 sumber Internet, 3 jurnal dan 2
bahan bercetak yang lain).

7. Anda WAJIB sertakan sehelai Borang Maklum Balas Tugasan sebagai muka depan dalam tugasan
anda.

8. Tugasan mesti dihantar pada tarikh yang telah ditetapkan. Tugasan yang dihantar lewat tanpa
sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred kerja kursus anda.

9. Tugasan 2 secara berkumpulan untuk menghasilkan produk berkaitan sistem muamalat dalam Islam.
Produk dihasilkan dalam bentuk poster dengan menggunakan kertas lukisan (drawing block).
Kreativi penghasilan produk amat diberi perhatian dalam pemberian markah.

10. Tugasan 3 secara pembentangan berkumpulan. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang
diberikan. Pembentangan secara powerpoint dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan
softcopy perlu diserahkan kepada pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian
dan pemberian markah.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

....................................................... ..........................................................
(HAIRULAZAM BIN AB RAHMAN) (US MOHD TAJUDDIN BIN SIDEK)
Penyelaras Kursus GPI1083 Pakar Bidang(SME)
(PENDIDIKAN ISLAM) Jabatan Pendidikan Islam dan Moral,
Jabatan Pendidikan Islam Moral, IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
IPGK Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis, Pahang.
Kuala Lipis, Pahang.

Disahkan oleh,

19
..................................................
(NOORUL ALIMIN BIN NAZIRI)
Ketua Jabatan,
Jabatan pendidikan Islam dan Moral,
IPGK Tengku Ampuan Afzan,
Kuala Lipis

LAMPIRAN A
SENARAI TAJUK TUGASAN INDIVIDU
KURSUS GPI1083 FIQH KEKELUARGAAN ISLAM

Tugasan 1: Penulisan Laporan (Wajaran 30%) - CLO4 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Penulisan Laporan:
1. Menyediakan penulisan laporan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber berkaitan :
Hubungkait peranan institusi keluarga dan wanita Islam kini dalam pembentukan masyarakat
sejahtera (CLO4) - (C6, P1, A4, LO3, CTPS4).
2. Panjang Esei ialah 1500 patah perkataan.
3. Tajuk esei adalah secara individu seperti pada Lampiran A.

1. Panjang Esei ialah 1500 patah perkataan.

BIL NAMA PELAJAR Tajuk Tugasan


Pembentukan Keluarga Muslim : Konsep pemilihan jodoh dan
1 peminangan dalam Islam.
Pembentukan Keluarga Muslim : Pengertian Nikah dan Rukun
2 Nikah
3 Pembentukan Keluarga Muslim : Tanggungjawab Ahli Keluarga.
Pembentukan Keluarga Muslim : Konsep hadanah dan
4 tanggunjawab penjagaan anak.
Pembentukan Keluarga Muslim : Tanggungjawab anak kepada
5 ibubapa.
Peranan lelaki dalam institusi kekeluargaan : Hak dan kewajipan
6 suami.
Peranan lelaki dalam institusi kekeluargaan : Peranan anak lelaki
7 terhadap keluarga.
Peranan lelaki dalam institusi kekeluargaan : Peranan lelaki
8 dalam pembinaan ummah.
Peranan perempuan dalam institusi kekeluargaan : Hak dan
9 kewajipan isteri.
Peranan perempuan dalam institusi kekeluargaan : Peranan anak
10 perempuan terhadap keluarga.
11 Peranan perempuan dalam institusi kekeluargaan : Peranan
perempuan dalam pembinaan ummah.
12 Wanita bekerjaya menurut pandangan Islam.
13 Tujuan dan fungsi institusi keluarga Islam.

20
LAMPIRAN B

SOALAN PENGHASILAN PRODUK


GPI1083 PENDIDIKAN ISLAM

Tugasan 2 : Penghasilan Produk (Wajaran 30%) – CLO3 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Penghasilan Produk :
1. Membina carta perbandingan sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional
secara berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dalam bentuk poster. CLO3 : (C4,
A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).
2. Saiz poster berukuran kertas lukisan drawing block.
3. Tugasan 2 secara berkumpulan untuk menghasilkan produk berkaitan sistem muamalat dalam
Islam. Produk dihasilkan dalam bentuk poster dengan menggunakan kertas lukisan (drawing
block). Kreativi penghasilan produk amat diberi perhatian dalam pemberian markah

Kumpulan 1 : Sistem Kewangan Islam dan Sistem Kewangan Konvesional.

1. NUR FUTUWWAH BINTI RAHMAN


2. NURUL NAZIRAH BINTI ZAIRI
3. SITI ALYA ILHAMINA BINTI SH MOHD ROZLAN
4. SITI ROHAINI BINTI ABDUL SAMAD

Kumpulan 2 : Jual beli saham dalam Islam dan konvesioanal.

1. AINA ATHIRAH BINTI MOHD ZUHAIRI


2. AZZURIN NABILA BINTI HUSSIN
3. NOOR AZIEFA BINTI MUSA

Kumpulan 3 : Konsep pinjaman dan pembiayaan dalam Islam dan konvesional.

1. MUHAMAD IDZUAN BIN ABU BAKAR


2. MUHAMMAD AIMAN FARIHIN MUHAMMAD SHAIFUDDIN
3. MUHAMMAD ALIFF BIN JA'AFAR

Kumpulan 4 : Konsep gadaian dalam Islam dan Konvesional

1. AFFIQ NAQIUDDIN BIN ALIAS


2. HANIF ZAKI BIN HILMI
3. MOHAMAD FAZRUL BIN ZULKURNAIN

21
LAMPIRAN C

SOALAN PEMBENTANGAN
GPI1083 PENDIDIKAN ISLAM

Tugasan 3 : Pembentangan (Wajaran 10%) – CLO3 : (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).

Pembentangan Kumpulan :
1. Membentangkan bandingbeza sistem muamalat dan munakahat Islam dengan sistem konvensional secara
berkumpulan berdasarkan maklumat daripada pelbagai sumber dengan menggunakan power point. .
(CLO3) - (C4, A4, LO3, LO4, LO5, CPTS1, CS4, TS2).
2. Setiap kumpulan perlu menjawab soalan yang diberikan. Pembentangan secara powerpoint
dengan kreativiti kumpulan. Hardcopy (dibinding) dan softcopy perlu diserahkan kepada
pensyarah selepas pembentangan dilaksanakan untuk penilaian dan pemberian markah.

Kumpulan 1 : Sistem Kewangan Islam dan Sistem Kewangan Konvesional.

1. NUR FUTUWWAH BINTI RAHMAN


2. NURUL NAZIRAH BINTI ZAIRI
3. SITI ALYA ILHAMINA BINTI SH MOHD ROZLAN
4. SITI ROHAINI BINTI ABDUL SAMAD

Kumpulan 2 : Jual beli saham dalam Islam dan konvesioanal.

1. AINA ATHIRAH BINTI MOHD ZUHAIRI


2. AZZURIN NABILA BINTI HUSSIN
3. NOOR AZIEFA BINTI MUSA

Kumpulan 3 : Konsep pinjaman dan pembiayaan dalam Islam dan konvesional.

1. MUHAMAD IDZUAN BIN ABU BAKAR


2. MUHAMMAD AIMAN FARIHIN MUHAMMAD SHAIFUDDIN
3. MUHAMMAD ALIFF BIN JA'AFAR

Kumpulan 4 : Konsep gadaian dalam Islam dan Konvesional

1. AFFIQ NAQIUDDIN BIN ALIAS


2. HANIF ZAKI BIN HILMI
3. MOHAMAD FAZRUL BIN ZULKURNAIN

22
23

You might also like