Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

BAHASA SENI VISUAL:

Bab 6 – Ruang

1. Ruang adalah jarak antara objek yang wujud di alam nyata atau
karya seni visual.
2. Objek yang di hadapan lebih besar dan jelas dibandingkan objek
yang sama saiz tetapi berada jauh di belakang.
3. Jenis-jenis ruang:
(a) Ruang fizikal — ruang fizikal ialah ruang yang terdapat di
persekitaran. Juga dikenali sebagai ruang nyata. Boleh
dibahagikan kepada dua, iaitu:
I. Ruang terbuka – suatu kawasan lapang dan luas. ( contoh:
jalan raya yang lapang )
II. Ruang tertutup – suatu kawasan yang sempit dan
terhad.( contoh: bilik tidur, bilik mandi)
(b) Ruang ilusi — ruang ilusi adalah ruang yang terdapat dalam karya
seni visual seperti catan, lukisan, cetakan dan rekaan grafik.
Terdapat tiga jenis ruang ilusi iaitu ruang dalam, ruang cetek dan
ruang rata.
I. Ruang dalam — ialah perhubungan kesan penggunaan
perspektif warna, perubahan saiz dan bentuk dalam hasil
karya seni seperti lukisan dan catan. Ruang dalam
menggambarkan kualiti infiniti seperti saiz, posisi, perspektif.
Karya menampakkan ruang yang jauh dan ruang dekat
seolah-olah bergerak.
II. Ruang cetek — ruang yang kedalamannya terbatas seperti di
lingkungan antara dinding ke dinding.
III. Ruang rata — ruang terhasil dalam karya seni visual seperti
catan yang ditulis pada satah yang sama. Ia memperlihatkan
suasana rata dan sama pada suatu garisan ufuk.
4. Penentuan ruang — dipengaruhi oleh saiz dan warna berdasarkan
jarak tertentu:
(a) Ruang saiz dan perspektif.
(b) Ruang warna dan kedalaman.
5. Fungsi ruang:

A. Ruang mempengaruhi warna dan saiz berdasarkan jarak.


B. Ruang dapat menampakkan jarak antara objek dengan objek yang
lain.
C. Ruang nyata membolehkan karya seni dilihat daripada pelbagai
sudut.

Ruang dan Perspektif


1. objek yang sama saiz apabila berada di hadapan kelihatan lebih
besar daripada objek di belakang.
2. perspektif wujud melalui penggunaan ton warna dan elemen seni
reka yang lain.
3. perspektif terbahagi kepada tiga jenis,iaitu:
• satu titik lenyap

• dua titik lenyap

• tiga titik lenyap

grid perspektif satu titik


lenyap

gambar perspektif satu titik lenyap


grid perspektif dua titik
lenyap

gambar perspektif dua titik lenyap

grid perspektif tiga titik


lenyap

gambar perpektif tiga titik lenyap

Teknik Penghasilan Ruang


 Perubahan saiz
 Imej terang dan kabur
 Tindanan
 Perbezaan warna
 Bayang-bayang
 Reka letak grafik
 Garisan pespektif

You might also like