Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Akta Bagi Institusi Kerajaan Dan Swasta Tvet

a) Akta Pendidikan 1996


b) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996
c) Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996
d) Akta Lembaga Akreditasi Negara
e) Akta Perbadanan Tinggi Nasional 1997

Akta Pendidikan 1996

Akta Pendidikan 1996 merupakan sambungan dan pembaharuan daripada Akta


pelajaran 1961. Akta Pelajaran 1996 bertujuan untuk menstabilkan sistem pendidikan
kebangsaan sejajar dengan kehendak dan cita -cita Malaysia untuk menjadi pusat
kecemerlangan pendidikan yang bermutu tinggi dan mampu bersaing di peringkat global.
Selain itu., tunjang utama akta ini adalah daripada Penyata Razak 1956 yang menjadi asas
dasar pendidikan kebangsaan. Tujuan penggubalan akta pendidikan 1996 adalah untuk
memperluaskan skop dan juga memperkenalkan perundangan mengenai pendidikan. Antara
implikasi Akta Pendidikan 1996 terhadap perkembangan pendidikan di Malaysia ialah
pengukuhan bahasa kebangsaan meliputi semua peringkat persekolahan dari peringkat pra
sekolah hingga peringkat pendidikan tinggi serta meliputi semua kategori sekolah iaitu
sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan dan juga sekolah swasta. Kebanyakan sekolah –
sekolah yang terdapat di Malaysia menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
pengantar.

Selain itu, akta ini juga menjadikan pendidikan sebgai sebuah mekanisme yang dapat
membantu perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu serta memupuk
semangat perpaduan walaupun terdiri daripada banyak kaum di samping mewujudkan sebuah
negara yang aman dan damai. Perkembangan pendidikan di Malaysia adalah satu usaha yang
berterusan ke arah memperkembangan lagi potensi individu untuk memujudkan insan yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Justeru itu, Akta Pendidikan 1996
telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik dan
memberikan manfaat kepada semua pihak dari pelbagai sudut perspektif yang berbeza.
Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 adalah untuk mengadakan peruntukan
bagi penubuhan, pendaftaran, pengurusan, pengawalseliaan dan kawalan kualiti pendidikan
yang diberikan oleh institusi pendidikan tinggi swasta dan perkara yang berkaitan dengannya.
Selepas kejatuhan nilai ringgit akibat daripada krisis ekonomi pada tahun 1998, kebanyakkan
pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negara balik ke Malaysia untuk menyambung
pelajaran mereka ekoran daripada masalah ekonomi. Akibat daripada permintaan pendidikan
yang tinggi daripada rakyat, menyebabkan banyak institusi – institusi swasta ditubuhkan
untuk memenuhi permintaan tersebut. Institusi swasta ini menyediakan kursus yang tidak
ditawarkan di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta menyediakan peluang kepada
pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Oleh yang demikian,
Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) mampu bersaing dengan IPTA dengan memberi
peluang kepada gologan yang memperoleh keputusan yang kurang memuaskan untuk
melanjutkan pelajran mereka. Selain itu, IPTS juga mampu menawarkan fasiliti yang lebih
baik berbanding IPTA serta menawarkan kursus berorientasikan keperluan pekerjaan dengan
cepat berbanding dengan Institusi kerajaan.

Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996

Suatu Akta yang bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi fungsinya berkait
dengan pendidikan tinggi dan perkara – perkara yang berkait denganya. Fungsi majlis ini
adalah untuk merancang, membentuk dan menentukan dasar strategi kebangsaan bagi
perkembangan pendidikan tinggi. Selain itu, akta ini juga meyelaraskan perkembangan
pendidikan tinggi dan memudahkan pertumbuhan teratur institusi pendidikan tinggi.
Akta Lembaga Akreditasi Negara

Lembaga Akreditasi Negara bertanggungjawab mengawal kualiti kursus pengajian di


Institusi Pengajiaan Tinggi Swasta (IPTS) dengan kerjasama Bahagian Jaminan Kualiti di
bawah Kementerian Pengajian Tinggi yang mengendalikan penilaian jaminan kualiti program
di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Akta Agensi Kelayakan (MQA) 2007 (Akta 679)
telah menggantikan Akta Lembaga Akreditasi Negara (LAN) 1996 (Akta 556). Oleh itu,
penubuhan MQA menjadikan satu jaminan kualiti pengajian tinggi Malaysia yang terletak di
bawah satu agensi tunggal yang tidak membezakan semua Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
yang terdiri daripada IPTA, IPTS, Politeknik, Kolej Komuniti dan IPT yang dibawah
kementeriaan lain. Sebelum ini LAN hanya menumpukan jaminan kualiti di peringkat IPTS
sahaja. Walaupun MQA menggantikan LAN, MQA masih menjalankan fungsi LAN sebelum
ini khusnya dalam menjaminkan kualiti pengajiaan tinggi. Antara fungsi yang dilakukakn
oleh MQA ialah membangungkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi
penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak. Selain itu, melaksanakan MQF
sebagai titik rujukan kelayakan di Malaysia. Seterusnya, menjamin kualiti program dan
institusi – institusi pengajian tinggi. Di samping itu, MQA juga memberi perakuan akreditasi
kepada program – program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan. Justeru itu,
akta ini penting bagi melindungi hak pelajar daripada sesetengah IPTS yang mengambil
peluang mengaut keuntungan terhadap pelajar yang gagal menempatkan diri ke IPTA.

Akta Perbadanan Tinggi Nasional 1997

Perbadanan Tabung pendidikan Tinggi Nasional telah ditubuhkan di bawah Akta


Perbadanan Tabung Pendidikan Nasional 1997. Fungsi utama akta ini adalah untuk
menguruskan hal kewangan pengajian tinggi siswa dan siswi termasuk pembiayaan dan
pinjaman yang sedang melanjutkan pengajian di institusi pngajiaan tinggi awam ataupun
swasta. Di samping itu, perbadanan ini juga bertanggungjawab untuk memungut kembali
bayaran balik kepada pelajar yang memimjam wang dengan perbadanan ini,
Rujukan

1. Akta Pendidikan 1996, (n.d), Wikipedia. Diperolehi pada 13 April 2020 daripada
https://ms.wikipedia.org/wiki/Akta_Pendidikan_1996

2. Ismail, Jamaludin. (n.d), Apa itu MQA. Diperolehi pada 13 April 2020 daripada
http://uniti-on9.blogspot.com/p/apa-itu-mqa.html

3. Agensi Kelayakan Malaysia, (n.d), Wikepedia. Diperolehi pada 13 April 2020


daripada https://ms.wikipedia.org/wiki/Agensi_Kelayakan_Malaysia

4. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997, (n.d). Diperolehi pada 13


April 2020 daripada http://www.commonlii.org/my/legis/consol_act/ptptna1997360/

5. Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997, (n.d), Wikipedia. Diperolehi


pada 13 April 2020
https://ms.wikipedia.org/wiki/Perbadanan_Tabung_Pendidikan_Tinggi_Nasional

6. Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996, (n.d). Diperolehi pada 13 April 2020
https://www.moe.gov.my/dasar/1194-akta-institusi-pendidikan-tinggi-swasta-1996-
akta-555/file

You might also like