Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 30

Buku log pbmsm

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

1. Prinsip-prinsip asas pertubuhan.


Didalam pertubuhan pbsm terdapat beberapa prinsip diantaranya adalah seperti
berikut:

 Kesaksamaan (impartility).
Palang merah atau dikenali sebagai bulan sabit merah adalah satu persatuan
yang tidak membezakan kaum, agama, darjat ataupun fahaman politik dalam
melakukan sesuatu aktiviti pertolongan yang pada asasnya adalah untuk
membantu masyarakat meringankan kesengsaraan dalam menghadapi
sebarang kes kecemasan.

 Keberkecualian (neutrality)
Didalam bulan sabit merah juga mereka amat menekankan prinsip untuk
tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan samaada
permusuhan yang bercorak poitik, perkauman, agama, dan ideologi.

 Kebebasan (independence)
Palang merah atau bulan sabit merah juga juga berpegang kepada prinsip
kebebasan dalam pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan
sokongan kepada pihak berkuasa awam.

 Khidmat sukarela (voluntary service)


Persatuan ini juga merupakan badan sukarela yang tidak didorong oleh
sebarang tujuan seperti mencari keuntungan dalam melakukan aktiviti
pertolongan. Persatuan ini hanya didorong dengan semangat khidmat
sukarela yang tertanam didalam setiap lubuk hati ahli-ahli persatuan bulan
sabit merah.

 Ketunggalan (unity)
Hanya terdapat satu pertubuhan palang merah atau persatuan bulan sabit
merah di dalam sesebuah negara. Pertubuhan ini terbuka kepada semua
pihak yang berminat untuk mejadi sukarelawan yang aktivitinya adalah
meliputi seluruh negara.

 Kesejagatan (universality)
Oleh kerana persatuan bulan sabit merah adalah persatuan antarabangsa
yang meliputi seluruh dunia jadi setiap negara mempunyai tanggungjawab
bersama dalam membantu meringankan beban yang dialami oleh negara-
negara lain.

 Kemanusiaan (humanity)
Dalam pertubuhan ini juga amat mementingkan prinsip kemanusiaan dengan
memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di
medan peperangan contohnya. Serta memupuk sifat kesefahaman,
kerjasama, hormat –menghormati dan kedamaian sesame manusia.

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN BSMM

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN

Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai perlembagaan atau undang-


undang. Mengikut akta pendaftaran penubuhan, pesatuan yang ditubuhkan di luar institusi
pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan
persatuan belia. Antara fungsi perlembagaan atau undng-undang ialah sebagai panduan
menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang
tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang
masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM ´

Dalam masa aman atau peperangan,memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan
cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang
tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat
dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu
Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada
Konvensyen Geneva

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN BSMM

Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan(Persatuan sekolah)


1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11
Tambahan No. 41,Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan
peraturan-peraturan (perlembagaan) Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1: Nama dan alamat


Peraturan 2: Matlamat
Peraturan 3: Objektif
Peraturan 4: Keahlian
Peraturan 5: Guru Penasihat
Peraturan 6: Ahli jawatankuasa
Peraturan 7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa
Peraturan 8: Kewangan
Peraturan 9: Penyertaan
Peraturan 10: Aktiviti
Peraturan 11: Peraturan-peraturan
Peraturan 12: Pindaan perlembagaan
Peraturan 13: Perbubaran persatuan
Peraturan 14: Tindakan disiplin
Peraturan 15: Hal-hal lain
Perkara ² perkara lain yang ditambah
kedalam perlembagaan ialah :
i) Lencana / logo persatuan
ii) Cogan kata / moto
iii) Tugas persatuan di peringkat intitusi
pendidikan,cawangan, daerah, negeri
dan cawangan
iv) Pendaftaran persatuan.
v) Jawatankuasa kecil.

LAMBANG DAN COGAN KATA BSMM

LAMBANG BSMM

Sebagai tanda penghormatan kepada Jean Henri Dunant, pengasas persatuan ini,
bendera negaranya iaitu Switzerland, palang puth berlatar belakang merah telah diterbalik
kepada bendera Persatuann Palang Merah yang berpalang merah dan berlatar belakang
putih. Persatuan kebangsaan di Malaysia menggunakan lambang bulan sabit merah
sebagaimana mengikut akta No.162. lambang palang merah ini bermakna perlindungan dan
bantuan. Bagi negara-negara islam, lambang bulan sabit merah digunakan untuk membawa
makna yang sama. Lambang ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya atau tanpa
kebenaran.

COGAN KATA

“Cergas pada masa aman dan perang”


BENDERA BSMM

LIRIK LAGU BSMM

Bulan Sabit Merah Di Malaysia

Giat Berjasa Untuk Negara

Tidak Kira Kaum Dan Agama

Waktu Aman Atau Bahaya

Di Mana Jua Adanya Sengsara

Di Sana Ada Kita

Di Darat Dan Laut Kita Bersedia

Walaupun Diancam Bahaya

Bulan Sabit Merah Gerakan Sedunia

Membantu Semua Yang Menderita

Badan Sukarela Berkhidmat

Dengan Tabah Dan Bersemangat


IKRAR BSMM

``Bahawa kami / ahli Bulan Sabit Merah Malaysia berikrar / taat setia kepada Duli
Yang Maha Mulia / Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong / dan pemerintah
pemerintah di negeri kami / berdasarkan kepada prinsip-prinsip Rukun Negara.

Bahawa kami berikrar / akan sentiasa patuh kepada Perlembagaan / dan Undang-
undang Bulan Sabit Merah Malaysia / dan Undang-undang yang lain / dan arahan walaupun
di mana jua kami berada.

Bahawa kami berikrar / akan sentiasa memberi khidmat sukarela kami / kepada
mereka yang sakit dan menderita / diwaktu aman dan bencana / berdasarkan kepada prinsip
Bulan Sabit Merah Malaysia / seperti:

KEMANUSIAAN / KESAKSAMAAN / BERKECUALI / KEBEBASAN / KHIDMAT

SUKARELA / KETUNGGALAN / KESEJAGATAN

SEJARAH UNIT BERUNIFORM

SEJARAH PENGASAS

Pengasas Palang Merah- Jean Henry Dunant

Lahir - 8 Mei, 1828 di Geneva, Switzerland. Meninggal dunia - 30 Oktober 1910 di Heiden,
Zurich,Switzerland.

Lebih dikenali sebagai Henry Dunant atau HenriDunant.

Seorang rakyat Switzerland, ahli perniagaan, aktivis sosial dan agamawan Kristian aliran
Calvinismeyang kuat.

Pada 1859 semasa misi perniagaannya ke Algeria,benua Afrika, beliau menyaksikan


PertempuranSolferino di kampung Solferino, Itali.
Buku tulisannya 'A Memory of Solferino‘menceritakan keperitan mangsa perang di
kalanganorang awam dan tentera. Pertempuran Solferinomelibatkan tentera Perancis
menentang tentera Austria.

Buku ini telah dikirim kepada semua ketua kerajaandi Eropah bagi menyedarkan mereka
betapa menderitanya mangsa peperangan tidak kiratentera, tentera musuh mahupun orang
awam yang tidak terlibat.

Berjaya menyedarkan ramai pihak terutama ketua-ketua kerajaan dan mahu merealisasikan
dua cadangan Henry Dunant, iaitu:

Membentuk organisasi kemanusiaanantarabangsa bagi membantu tentera dan orangawam


yang cedera dan menderita semasa peperangan

Mengadakan perjanjian antarabangsa agar tenterayang cedera dari mana-mana pasukan


hendaklah dibantu.

Hasilnya pada 1864 Persatuan Palang Merah Antarabangsa (ICRC) ditubuhkan. Pada 1901
Henry Dunant dan Frederic Passytelah dianugerahkan Hadiah Keamanan Nobel selepas
beberapa kontroversi.

SEJARAH PENUBUHAN BULAN SABIT MERAH DI MALAYSIA

Palang Merah telah pun wujud di Persekutuan TanahMelayu di bawah penjajahan British
sebagai "a branch of the British Red Cross".Laporan tahunan Persatuan Palang Merah
British bagi tahun 1945 dalam perenggan penutup dan mencatatkan:”Kerana akibat
peperangan, Borneo Utara adalah kawasan yang teruk dilanda kemusnahan di Tenggara
Asia dan penduduknya menanggung derita yang amat sangat semasa pemerintahan Jepun.
Oleh yang demikian,peluang bagi aktiviti-aktiviti palang Merah adalah banyak dan sekarang
oleh kerana asasnya telah diwujudkan,adalah diharapkan bahawa ianya akan berkembang
dalam tahun-tahun akan datang ".

Cawangan Sabah

Bukti-bukti dokumen yang ada dalam arkib Persatuan Palang Merah British menunjukkan
bahawa cawangan pertamaPalang Merah adalah di Sabah iaitu ditubuhkan pada bulanApril
1948.

Cawangan Sarawak

Palang Merah pertama ditubuhkan dalam bulan April / Meitahun 1948,walaupun mengikut
rekod satu permohonanrasmi mewujudkan cawangan Palang Merah di Sarawak ialahdibuat
lebih awal iaitu pada bulan Februari 1948.

Cawangan Semenanjung Malaysia

Unit Palang Merah yang pertama ditubuhkan di Pulau Pinangdalam tahun 1950,yang
kemudiannya menjadi satucawangan.dalam bulan Februari 1951. Cawangan
PersekutuanTanah Melayu telah ditubuhkan dengan bantuan Miss Jordandan Miss Johnson
serta dua orang pegawai medan PalangMerah British.
AKTA PENUBUHAN

Bulan Sabit Merah Malaysia ditubuhkan di bawah Akta Parlimen seperti berikut

 :Apabila Malaya mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957,Persatuan


Palang Merah di Semenanjung tidak lagi sesuai bertaraf cawangan sahaja
sedangkan ibupejabatnya di London. SatuAkta Parlimen telah digubal dan
diluluskan pada tahun 1962 iaitu Federation of Malaya Red Cross Society
(Incorporation) Act of Parliament (Act No 4 of 1962) dan dikuatkuasakan pada
16 April 1962.
 Apabila Malaya ditukar nama kepada Malaysia dan penggabungan Sabah
dan Sarawak dibawahnya, akta telah diubah dan diluluskanpada tahun 1965
menjadi Malaysian Red Cross Society(Incorporation) atau Persatuan Palang
Merah Malaysia (Perbadanan)(Law of Malaysia Act 540) di seluruh Malaysia
pada 1 Julai 1965.
 Pada tahun 1975, satu pertukaran nama telah diluluskan iaitu Malaysian Red
Crescent Society (Change Of Name) atau PersatuanBulan Sabit Merah
Malaysia (Pertukaran Nama) Akta ke-162 tahun1975 (Laws of Malaysia, Act
162).

ISTIADAT – ISTIADAT RASMI

 ISTIADAT PERHIMPUNAN
• Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander
• Bacaan doa oleh ahli bertugas
• Nyanyi tiga buah lagu
– Lagu Sekolah
– Lagu Negeri
– Negaraku
• Laporan dari komander kepada guru penasihat
• Arahan komander supaya membuka barisan
• Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander
• Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan
• Arahan komander supaya menutup barisan
• Keluar baris
 ISTIADAT MENINGKAT NAIK
• Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan
• Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat ini
diadakan
• Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang
kaanmengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian
• Berjabat tangan dengan kawan-kawan
• Ahli lain memberi satu sorakan
• Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersura
 ISTIADAT PERHIMPUNAN

• Ketua pasukan melaporkan keahlian kepada komander

• Bacaan doa oleh ahli bertugas

• Nyanyi tiga buah lagu


– Lagu Sekolah

– Lagu Negeri

– Negaraku

• Laporan dari komander kepada guru penasihat

• Arahan komander supaya membuka barisan

• Pemeriksaan barisan oleh guru besar diiringi oleh guru penasihat dan komander

• Guru penasihat menjemput guru besar memberikan ucapan

• Arahan komander supaya menutup barisan

• Keluar baris

 ISTIADAT MENINGKAT NAIK

• Ketua pasukan dan ketua kumpulan berdiri dalam bentuk bulatan

• Guru penasihat memberi arahan dan menerangkan dengan ringkas tujuan istiadat
ini

diadakan

• Ahli BSMM yang akan meningkat naik dipanggil ke hadapan guru penasihat yang

kaanmengucapkan terima kasih semasa berada didalam keahlian

• Berjabat tangan dengan kawan-kawan

• Ahli lain memberi satu sorakan

• Guru penasihat memberi arahan menutup bulatan dan bersurai.

 ISTIADAT MELANTIK

• Apabila seorang pelajar telah bersedia menjadi ahli BSMM, dia patut disahkan
menjadi

seorang ahli melalui satu istiadat

• Istiadat itu amat bermakna kepada ahli baru yang akan menjadi kenagan seumur
hidup

mereka dan kepada semua ahli kumpulan akan mendapat seorang ahli baru

Istiadat diadakan secara:


• Perkataan dan upacara ringkas dan mudah

• dengan ikhlas

• Dengan khusyuk dan syahdu

Prosedur:

• Diadakan ditempat lapang

• Diadakan diperingkat awal tahun

• Semua hali yang terlibat harus faham peranan masing-masing

• Guru penasihat dan ketua pasukan hendaklah menghebahkan istiadat ini pada

perhimpunan sebelumnya

• Semua keperluan disediakan

Upacara perlantikan ahli baru BSMM:

– Ahli yang mengambil bahagian perlu membuat satu bulatan besar

– Ketua pasukan berada dalam bulatan

– Guru penasihat berdiri di tengah bulatan

– Guru pen penasihat berdiri di luar bulatan di belakang bendera

– Ketua pasukan dalam keadaan sedia

– Ahli baru yang berada di luar bulatan di panggil masuk ke dalam bulatan

– Wakil ahli membawa ahli baru berdiri di depan guru penasihat

– Selepas itu, wakil ahli, balik ke tempatnya

– Pen guru penasihat masuk ke dalam bulatan dan berdiri di sebelah guru

penasihat dengan membawa lencana,tanda negeri dan lambang di lengan

– Guru penasihat melafazkan ikrar diikuti oleh ahli baru

– Guru penasihat menyematkan lencana keahlian, tanda negeri dan lambang di

lengan kepada ahli baru.

– Ahli baru memberi hormat kepada guru penasihat dan berpusing

– Wakil ahli memperkenalkan kepada ahli-ahli yang lain


ISTIADAT LENCANA

Pangkat

Ketua Utama Seksyen


Syarat-syarat Kelayakan

 Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

 Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah ATAU Bulan Sabit Merah.

 Memperoleh keenam-enam Lencana Kecekapan Dan Kemahiran

 Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.

 Menjadi pengerusi jawatankuasa unit belia skolah berkenaan.

 Berumur skurang-kurangnya 15 tahun.

Pangkat

Ketua Seksyen

Syarat-syarat Kelayakan

 Lulus Sijil Pertolongan Cemas Kemasyarakatan

 Lulus Sijil Pendidikan Palang Merah ATAU Bulan Sabit Merah.

 Memperoleh sekurang-kurangnya lima Lencana Kecekapan

 Mendapat sokongan pegawai belia sekolah.

 Menjadi pengerusi jawatankuasa unit belia skolah berkenaan

LENCANA KEMAHIRAN AHLI PBSM

1. Lencana

Persahabatan antarabangsa

Syarat-syarat Kelayakan

Ahli2 PBSMM dikehendaki lulus mata pelajaran pendidikan Palang merah atau Bulan
Sabit Merah.

2. LENCANA

Pertolongan cemas kemasyarakatan

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN


Ahli2 PBSMM yg lulus di dalam latihan praktikal dan lisan pertolongan cemas

3. LENCANA

Lencana rawatan

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Lulus dalam ujian latihan praktikal rawatan rumah layak mndapat lencana itu.

4. LENCANA

Kemahiran kawad kaki

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

ahli PBSMM Perlu menguasai bahasa hukuman kawad sekurang-kurangnya 25 hukum


kawad yg tdapat dlm kemahiran berkawad.

5. LENCANA

KEM KRAF

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Kecekapan Kem Kraf Dijalankan semasa aktiviti perkhemahan. Ahli PBSMM yang
menyertai sekurang-kurangnya 3 Kali perkhemahan dengan membuat pelbagai aktiviti
kraf yg dibantu oleh gurur penasihat PBSMM layak diperakukan bagi mendapat lencana
kem kra
ISTIADAT PENYAMPAIAN LENCANA KECEKAPAN KANAK-KANAK

• Ketua Utama Sekyen baru akan disalutkan topi, dan Lencana Kecekapan,
seterusnya berpusing dan menghadap ahli, memberi tabik hormat dan balik ke
barisan ahli pemimpin lain.

• Ketua Utama Sekyen baru melafazkan ikrar persetiaan

• Ketua Utama Sekyen baru tersebut berpusing ke belakang dan hormat kepada unit
dan masuk ke barisan pemimpinnya.

• Istiadat diakhiri dgn sorakan selamat datang diberi kepada Ketua dan ahli yang
baru dilantik.

• Nota: Lencana dsampaikan oleh pihak PBSM (pemimpin/Pesuruh jaya) dan bukan
oleh orang yg tidak beruniform
STRUKTUR DAN ORGANISASI PERTUBUHAN BSMM

PERINGKAT ANTARABANGSA

Pergerakan Antarabangsa Palang Merah dan Bulan Sabit Merah adalah sebuah
gerakan kemanusian untuk menyelamatkan nyawa dan kesihatan manusia. Walau
pun ia satu organisasi antarabangsa, pertubuhan ini adalah organisasi persendirian.
Tiada kerajaan yang mengawal Palang Merah/Bulan Sabit Merah.Palang Merah
mempunyai tugas istimewa yang diperuntukkan oleh undang-undang antarabangsa.
Ia merupakan satu-satunya pertubuhan persendirian yang tugasannya ditetapkan
oleh undang-undang antarabangsa. Tiga benda penting mengenai gerakan ini
adalah:
1. Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (International Committee of the Red
Cross) ditubuhkan pada tahun 1863 di Geneva,Switzerland. Tugas jawatankuasa di
bawah undang-undang antarabangsa ini adalah untuk melindungi nyawa dan
kehormatan mangsa perang. 2. Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah
dan Bulan Sabit Merah (International Federation of Red Cross and Red Crescent
Societies) diasaskan pada tahun 1919. Ia berfungsi untuk merapatkan hubungan
antara Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dalam menjalankan misi
kemanusiaan dan kes-kes darurat yang besar. Sekretariat bagi persatuan ini juga
terletak di Geneva, Switzerland. 3. Setiap negara mempunyai Persatuan Palang
Merah dan Bulan Sabit Merah.

Struktur Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC)


JPMA merupakan suatu institusi persendirian Switzerland yang berkecuali dalam hal
politik, ideologi dan keagamaan. Ia merupakan pengasas Palang Merah yang beribu
pejabat di Geneva. Ia dianggotai oleh rakyat negara Switzerland.

Jawatankuasa Tetap
Jawatankuasa Tetap yang bermula dengan hanya 5 orang kini dianggotai oleh 25
orang. Mereka berjumpa lapan kali setahun dalam satu perhimpunan (Assembly).

Lembaga Eksekutif
Lembaga ini dianggotai oleh 7 orang eksekutif yang bertanggungjawab terhadap
pentacibiran JPMA. Bahagian-bahagian ini terdiri daripada Bahagian Operasi,
Bahagian Prinsip dan Undang-undang, Bahagian Kakitangan, Bahagian Penerangan
dan juga Bahagian Pengesanan Pusat.

Lembaga Pengarah
Lembaga ini bertanggungjawab ke atas pentadbiran seharian JPMA.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah
Badan induk dan penaung setiap persatuan kebangsaan Persatuan Palang Merah
atau Persatuan Bulan Sabit Merah di seluruh negara. Organisasi ini bermula pada
tahun 1919(Tamat Perang Dunia Pertama) dan melahirkan banyak sukarelawan
yang
bertugas dalam Persatuan Palang Merah negara masing-masing. Tujuan IFRC
memberikan khidmat kemanusiaan di medan perang dan juga di kem-kem tahanan
perang dan mereka mendapat pelbagai pengalaman.

Idea penubuhan
Mengumpulkan sukarelawan-sukarelawan ini di bawah satu badan induk agar ilmu
dan pengalaman tersebut dapat dikongsi bersama

Cadangan penubuhan
Idea ini telah dicadangkan oleh Henry Pomeroi Davison iaitu Presiden Jawatankuasa
Palang Merah Amerika Syarikat di mana satu persidangan perubatan di Paris pada
tahun 1919 telah dijalankan untuk mengemukakan cadangannya.

Hasil cadangan
Daripada hasil cadangan tersebut, lahirnya Liga Persatuan-persatuan Palang Merah
di mana negara-negara pengasas Liga tersebut ialah Amerika Syarikat, Britain,
Perancis, Itali dan Jepun. Ibu pejabatnya terletak di Paris, kemudian berpindah ke
Geneva juga. Dalam Perang Dunia Kedua, Liga inilah yang banyak terlibat dalam
aktiviti kemanusiaan. Pada tahun 1983 nama rasminya ditambah menjadi Liga
Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan seterusnya pada
1991 pula perkataan ‘Liga’ digugurkan dan digantikan dengan ‘Persekutuan’.
Persekutuan Antarabangsa Persatuan-persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit
Merah (IFRC) adalah merupakan nama rasmi yang baru dan telah dianggotai oleh
178 buah negara.

PERINGKAT KEBANGSAAN

Menurut Wahab Chik (2010) Persatuan Palang Merah / Bulan Sabit


Merah
Kebangsaan (PBSMK) bertindak sebagai khidmat bantuan kepada
pihak berkuasa
awam dan persatuan-persatuan kebangsaan menjalankan tugasnya.
Mereka juga
memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, pencegahan
penyakit dan
membaiki tahap kesihatan. Mereka juga melantik anggota-anggota
pertolongan
cemas untuk meringankan penderitaan manusia seperti latihan
pertolongan cemas,
bantuan semasa bencana alam dan aktiviti kebajikan dan
kesihatan.selain itu PBSMK juga menjaga tentera yang sakit dalam
peperangan dan membantu orangorang tawanan perang,
menghantar perutusan orang awam.

PERINGKAT NEGERI

Bagi PBSM peringkat negeri pula, kesemua jawatan yang berada dalam struktur organisasi
tersebut berada di Ibu Pejabat Kebangsaan (IPK) yang terletak di Kuala Lumpur. Persatuan
bulan sabit merah malaysia (PBBSM) terdapat 15 cawangan di malaysia di mana setiap
negeri mempunyai cawangan yang telah ditetapkan termasuk Wilayah Persekutuan dan juga
Labuan. Struktur organisasi dalam peringkat negeri hampir serupa dengan Lembaga Eksektif
Kebangsaan (NEB).
PERINGKAT DAERAH

Setiap cawangan terdiri daripada beberapa cabang yang terbahagi kepada dua iaitu daerah
dan juga daerah kecil. Apa yang dimaksudkan dengan daerah kecil ialah daerah kecil
merupakan satu institusi yang terdiri daripada universiti, institut pendidikan guru (IPG) dan
lain-lain lagi. Daerah merupakan nama lama dan kemudian telah ditukarkan menjadi cabang
yang juga mewakili daerah. Pada tahun 2000, sebanyak 119 cabang yang telah berdaftar di
malaysia dimana cabang ini berada di seluruh malaysia.
FUNGSI MAJLIS TADBIR

 Memperkasakan dan memartabatkan profesional ahli di bidang masing-masing


 Menjadi salah satu institusi yang menggerakkan, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan
sesama ahli
 Menjalin hubungan dan kerjasama dengan badan dari pertubuhan lain yang mempunyai
matlamat dan kepentingan yang serupa
 Menjadi saluran rasmi kepada ahli untuk bertemu dan berbincang dengan pihak pengurusan
yang berkaitan bagi tujuan memartabatkan kepentingan kedua-dua pihak.

PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

PENDAFTARAN AHLI DAN KUMPULAN

❖ Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di ibu pejabat kebangsaan.

❖ Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing.

❖ Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa
Eksekutif Cawangan.

Pendaftaran ahli

- Keahlian persatuan terbuka kepada semua tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan politik

- Ahli dan sukarelawan datang daripada pelbagai golongan, memberi sumbangan perkhidmatan bagi
mewujudkan hasrat dan prinsip persatuan.

- Pendaftaran ahli BSMM disimpan dalam system database di Ibu Pejabat Kebangsaan.

- Setiap Cabang, Cawangan dan Unit akan menyimpan rekod keahlian masing-masing.

- Bagi Cawangan yang tiada Unit di bawah pentadbiran, rekod boleh disimpan oleh Jawatankuasa
Eksekutif

Keahlian biasa

- Yuran tahunan sekurang-kurangnya RM2 setahun

- Bayaran dibuat kepada Setiausaha Cawangan atau Cabang.


Ahli seumur Hidup

- Permohonan di atas budi bicara dan kelulusan Cawangan

- Yuran: tidak kurang daripada RM1000

Ahli Kehormat Seumur Hidup

- Dilantik oleh Jawatankuasa Anugerah Kebangsaan

- Tidak melebihi 4 orang setiap tahun

Pasukan Bantuan Sukarela

- Yuran: RM2 setahun tetapi digalakkan bayar yuran sekaligus untuk 5 tahun.

Ahli Belia

- Permohonan diluluskan oleh Jawatankuasa Cawangan

- Tidak melebihi 12 tahun dan berdaftar di bahaian unit sebagai Bulan Sabit Kanak-kanak (Link)

- Tidak melebihi 18 tahun dan berdaftar di unit Bulan Sabit Muda (Junior)

- Tidak melebihi 25 tahun dan berdaftar di Unit Pasukan Sukarela (Vountary Aid Detachment-VAD)

Pendaftaran bagi pasukan kanak-kanak/belia

❖ Setiap sekolah hanya dibenarkan menubuhkan 1 pasukan BSMM.

❖ Setiap pasukan – Minimum 15 ahli.

❖ Pihak sekolah menghantar boring pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak
Cabang barulah permohonan dimajukan kepada Setiausaha Cawangan

❖ Setiap sekolah hanya dibenarkan menebuhkan 1 pasukan BSMM.

❖ Setiap pasukan – Minimum 15 ahli.

❖ Pihak sekolah menghantar boring pendaftaran kepada Setiausaha Cabang dan disemak oleh pihak
Cabang barulah permohonan dimajukan
Pendaftaran Kumpulan

❖ Pasukan kanak-kanak

❖ Pasukan Belia

❖ Pasukan Belia Terbuka

❖ Pasukan Bantuan Sukarela Berpakaian Seragam

❖ Pasukan Bantuan Sukarela Tidak Berpakaian Seragam

❖ Pasukan Bantuan Sukarela di IPT

Pentaftaran Pasukan Belia Terbuka

❖ Ditubuhkan di Kawasan yang diluluskan oleh Cabang sahaja.

❖ Ahli – Minimum 15 orang.

❖ Hantar boring Pendaftaran kepada Cabang sebelum dihantar ke IPK untuk disemak dan
dikeluarkan sijil pendaftaran pasukan.

Pendaftaran Pasukan Bantuan Sukarela

❖ Boleh ditubuhkan di Kawasan yang disyorkan oleh Cabang.

❖ Ahli – Minimum 15 orang.

❖ Langkah pendaftaran adalah sama seperti pendaftaran belia dan kanak-kanak.


STRUKTUR UNIT

Struktur unit terdiri daripada:

 Kanak-kanak (Link)
 Belia (Youth) – Pasukan Bantuan Sukarela
 Ahli-ahli Belia (Youth) dan Kanak-kanak (Link) membentuk sekurang-kurangnya 80%
ahli Bulan Sabit Merah Malaysia.
 Setiap unit ini mempunyai pegawai masing- masing.
 Bagi Unit Belia, Pegawai Belianya adalah guru penasihat BSMM yang dilantik oleh
pengetua
 Bagi Unit Kanak-kanak pula, Pegawai Kanak- kanak ialah guru penasihat BSMM
yang dilantik oleh guru besar.
 Setiap unit yang berdaftar mempunyai nombor unit yang khas, yang menunjukkan
unit itu dari Cabang mana dan dari bahagian apa.
 Contohnya : Unit PK(Y)118 menunjukkan unit ini dari Cabang Perak (ditunjukkan
oleh huruf ‘PK’), merupakan unit Youth atau Belia dan nombor 118 menunjukkan ia
unit ke 118 didaftarkan.

PENGURUSAN BUKU LOG

➢ Satu cara pelaksanaan komunikasi atau penyampaian dari sesuatu pihak ke pihak yang lain.

➢ Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan
sesuatu perkara atau sesuatu aktiviti.

➢ Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan mingguan sesuatu aktiviti.

➢ Mengandungi catatan rekod yang boleh dijadikan panduan atau laporan dan mengesahkan
penglibatan seseorang.

➢ Rakaman suatu peristiwa yang berlaku dan catatan harian sesuatu aktiviti.

➢ Buku log yang baik mempunyai sekitar 200 hingga 300 helaian muka surat. Saiz buku log (21cm x
32cm).

➢ Kulit luar dibalut dengan pembalut plastik agar tidak mudah rosak.

You might also like