Tugasan 2 (Pair) - Analisis Laporan Gender & Bahasa FIZA DAN DIKA

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SCHOOL OF EDUCATION & MODERN LANGUAGES

SBLM 4023

LANGUAGE IN SOCIAL CULTURAL CONTEXT

ANALISIS GENDER & PERBEZAAN BAHASA DALAM MEDIA


SOSIAL

PROVIDED FOR :

DR. MELOR FAUZITA MAT YUSOF

PROVIDED BY :

NORHAFIZAH BINTI AZIZAN

(826147)

WAN MUHAMAD FAWZY BIN WAN AHMAD

(826156)

0
ANALISIS GENDER & PERBEZAAN BAHASA DALAM MEDIA SOSIAL

1.0 Pendahuluan

Bahasa merupakan alat perantaraan utama dalam komunikasi dan menyampaikan sesuatu

maklumat. Coates (1986) mengatakan dalam pertuturan atau bahasa itu sendiri terdapat bahasa

khusus untuk lelaki bahasa yang khusus untuk wanita. Perkataan-perkataan yang melambangkan

lelaki dan wanita juga berbeza kerana lelaki sering menggunakan perkataan atau frasa-frasa

tertentu yang tidak digunakan oleh wanita dan begitu juga sebaliknya. Malah perbezaan bahasa ini

sebenarnya bukanlah disebabkan oleh faktor biologi atau jantina semata-mata tetapi dibentuk oleh

beberapa faktor seperti faktor sosial iaitu persekitaran gender tersebut. Oleh itu, dalam beberapa

kajian yang melibatkan bahasa dan gender, pelbagai bentuk kajian telah dijalankan yang

melibatkan pelbagai dimensi dalam membongkar segala persoalan bahasa dan gender.

Dalam bidang bahasa, isu bahasa antara gender sering dibicarakan dewasa ini dalam

mempersoalkan perbezaan penggunaan bahasa yang wujud antara gender yang sering kali

dianggap remeh oleh masyarakat. Namun tidak ramai yang mengetahui bahawa perbezaan

penggunaan bahasa ini meninggalkan impak yang besar dalam mempengaruhi perkembangan

identiti dan sosial sesuatu gender. Oleh itu kajian dalam bidang bahasa dan gender ini perlu dalam

mengenalpasti perbezaan bahasa mengikut jantina sekaligus menjawab segala persoalan terhadap

perbezaan tersebut.

Gender pada amnya diketahui umum sebagai jantina. Namun tidak ramai yang sedar akan

wujudnya faktor-faktor biologikal dan sosial yang membentuk perkembangan gender ke arah

1
pembentukan gender lelaki dan wanita sebagai maskulin dan feminin. Coates (1986) dalam

kajiannya yang menyentuh perbezaan gender mengatakan bahawa gender lelaki dan wanita

sememangnya berbeza tidak kiralah dari segi biologi, fizikal mahupun bahasa yang digunakan.

Berdasarkan kajian beliau, beliau mendapati bahasa yang digunakan oleh lelaki dan wanita

memang berbeza. Malah perkataan-perkataan yang melambangkan wanita dan lelaki juga berbeza

kerana lelaki sering menggunakan perkataan atau frasa-frasa tertentu yang tidak digunakan oleh

wanita dan begitu juga sebaliknya dengan wanita. Perbezaan bahasa ini bukanlah perbezaan yang

dibawa oleh faktor biologi atau jantina sahaja, tetapi perbezaan bahasa antara lelaki dan wanita

adalah dibentuk terutamanya oleh faktor sosial yakni pengaruh persekitarannya.

Kemunculan media sosial seperti Facebook turut memanipulasikan bahasa dan gender

dalam membentuk komunikasi pada era ini. Penggunaan media soaial yang menyeluruh dan lebih

pesat ini, telah membawa kepada permintaan yang agak hebat untuk memiliki kemudahan

teknologi ini dalam kehidupan seharian. Misalnya permintaan yang tinggi untuk membuka akaun

email dan facebook bertujuan bagi menghantar dan menerima maklumat secara atas talian

menerusi hujung jari (Riffe dan Varouhakis, 2008). Pada era globalisasi kini, penggunaan media

sosial seperti Facebook yang lebih ramai pengikutnya berbanding penggunaan media sosial yang

lain seperti Twitter, MySpace, Hi5 dan Orkut telah menaikkan perhubungan komuniti masyarakat

dunia untuk berinteraksi antara satu sama lain. Media sosial juga berfungsi untuk meningkatkan

jumlah kenalan masyarakat, mengirim pesanan dan mengemaskini profil serta status peribadi

supaya dapat diketahui oleh orang lain. Oleh itu, kajian akan menerangkan dengan lebih lanjut

penggunaan bahasa dan komponen gender ini yang boleh dilihat dalam komen-komen nitizen yang

diambil dari beberapa status individu dan page politik dari beberapa saluran media sosial seperti

facebook dan twitter.

2
2.0 Bahasa dan Jantina

Ahli sosiolinguistik berpendapat bahawa peranan sosial yang berbeza membawa kepada

perbezaan penggunaan bahasa, struktur kata, dan kosa kata antara lelaki dan wanita. Kebanyakan

kajian yang dijalankan mendapati bahawa memang terdapat perbezaan antara lelaki dan wanita

dari aspek subutan, kosa kata dan tatabahasa. Kebanyakan ahli bahasa mengutarakan pendapat

bahawa struktur pengucapan bahasa wanita adalah lebih lembut dan bersopan santun berbanding

lelaki yang lebih tegas dan telus. Struktur bahasa antara lelaki dan wanita berbeza dari aspek

fizikal, suara dan kemahiran bertutur. Kajian menunjukkan bahawa pertuturan wanita lebih lemah-

lembut, suka mengalah, mudah dipengaruhi oleh tekanan sekeliling, lebih responsif terhadap

keperluan orang lain,lebih responsif terhadap ulasan orang, suka mengekalkan keharmonian ketika

berucap, lebih sensitif, ramah, lebih ikhlas berbanding lelaki. Lelaki pula lebih kerap memulakan

perbualan, menerima lebih respons dalam percakapan, lebih kerap memotong serta mencangkal

perbualan orang lain dan ini jelas bahawa lelaki lebih mempunyai kuasa sosial dalam komunikasi.

Selain itu, terdapat juga kecenderungan dalam bahasa untuk menggunakan kata-kata atau

ungkapan-ungkapan khusus untuk membezakan antara lelaki dan wanita. Kata-kata yang

digunakan khusus untuk lelaki dan wanita untuk membezakan jantina adalah seperti berikut:

Lelaki Wanita
Olahragawan Olahragawati
Seniman Seniwati
Siswa Siswi
Pramugara Pramugari
Ustaz Uztazah

Jadual 1: Ungkapan Khusus Jantina

3
Pada masa kini, kecenderungan wujud dalam kalangan masyarakat untuk membezakan pekerjaan

untuk membezakan lelaki dan wanita. Misalnya istilah beliawan dapat membezakan jantina

dengan istilah beliawanis dan sasterawan dengan sasterawanis. Asmah Omar (1978), menyatakan

bahawa akhiran wati dalam bahasa Melayu digunakan untuk merujuk pada bentuk feminin seperti

dalam kata seniwati, wirawati dan olahragawati. Selain itu, terdapat juga istilah seperti posnita

bagi posmen wanita kerana posmen membawa konotasi lelaki.

Perbezaan jantina terdapat juga dalam pilihan kata dalam kebanyakan bahasa.

Umpamanya, dalam bahasa Melayu terdapat kata-kata yang merujuk kepada lelaki dan wanita

pada sesuatu masa tertentu. Contohnya, anak dara dan gadis sunti merujuk kepada wanita yang

masih muda dan wanita atau perempuan untuk mereka yang sudah dewasa atau tua. Berbeza

dengan lelaki, mereka digelar teruna ketika masih muda. Selain itu, untuk menerangkan tentang

kecantikan pula, wanita dan lelaki mempunyai kata-kata yang berbeza. Contohnya, perkataan

tampan, segak dan kacak merujuk kepada lelaki manakali perkataan canti, lawa dan jelita pula

merujuk kepada wanita. Menurut Amat Johari Moain (1989), masyarakat Melayu lama tidak

banyak membezakan antara lelaki dan wanita. Namun setelah masyarakat Melayu bertembung

dengan budaya lain seperti India, terdapat perbezaan perkataan antara jantina lelaki dan wanita

seperti:

Lelaki Wanita
Suami Isteri
Pemuda Pemudi
Permaisuri Permaisuri
Siswa Siswi

Jadual 2 : Pilihan Kata Mengikut Jantina

4
Kebanyakan kajian sosialinguistik membuktikan bahawa faktor jantina adalah faktor sosial

yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti selain faktor-faktor lain

(W.A.Wolfman, 1969). Hal ini berlaku kerana terdapatnya perbezaan dalam penggunaan bahasa

antara lelaki dan wanita. Wanita juga banyak menggunakan bahasa hormat yang berlebihan iaitu

ungkapan yang membesar-besarkan sesuatu perkara yang hendak disampaikan, bahasa berlapik

dan rentetan yang tidak logik. Ciri-ciri ini dianggap mesra tetapi tidak menunjukkan kuasa.

Terdapat kajian menyatakan bahawa kata-kata seorang wanita yang diminta untuk memberi

keterangan tentang ciri-ciri seseorang yang dikehendaki oleh polis dalam siasatan, biasanya kurang

tepat kerana wanita biasanya cenderung menggunakan bahasa yang beremosi. Dalam mendapatkan

kepastian kepada sesuatu persoalan, wanita sering membuat maklum balas dengan menggunakan

frasa ’ya kah’ dan frasa ’bagaimana boleh jadi begitu?’ kedua-dua frasa ini menunjukkan bahawa

sifat wanita itu lebih lembut dan lebih mengakur terhadap apa yang diperkatakan. Lelaki pula

sering membuat maklum balas dengan menggunakan frasa ’betulkah itu?’ dimana ungkapan lelaki

lebih agresif dan memerlukan penjelasan yang lebih lanjut terhapat setiap perbualan yang

diperkatakan. Kajian mendapati bahawa lelaki lebih menggunakan bahasa yang meminta

perhatian, berdominasi, berwibawa, agresif, dan lebih berterus terang serta lebih bersahaja

berbanding wanita. Jika dilihat dalam bidang seni suara pula, lagu-lagu yang dinyanyikan oleh

wanita akan kedengaran janggal jika dinyanyikan oleh lelaki bahasa yang merayu serta mendayu-

dayu itu kurang sesuai untuk lelaki.

Sifat biasa atau kelaziman dalam pertuturan mengikut jantina boleh berubah dalam keadaan

tertentu. Umpamanya, wanita yang bekerja di pejabat terutamanya yang berjawatan tinggi akan

memberi arahan yang lebih imperatif dalam komunikasi walaupun beliau seorang wanita. Keadaan

ini bukanlah sifat semulajadi wanita tetapi hanya untuk seketika sahaja kerana apabila beliau

5
keluar dari pejabat atau kembali ke rumah, cara percakapan beliau akan kembali semula kepada

asal. Begitu juga dengan lelaki, dalam situasi tertentu pertuturannya akan menjadi lembut

sekiranya profesion mereka adalah dalam bidang pendidikan. Sebagai seorang guru, pertuturan

dalam bilik darjah memerlukan mereka berkomunikasi dengan pelajar dengan penuh hikmah dan

lemah lembut. Walaubagaimanapun, pertuturan mereka akan berubah apabila mereka memerlukan

pertuturan yang lebih keras seperti peranan seorang Guru Disiplin. Dari sudut sebutan pula, wanita

lebih cenderung untuk menggunakan bahasa baku dan berprestij berbanding lelaki yang banyak

melakukan kesalahan dari segi nahu, serta menggunakan kata yang kurang sopan dan slanga.

Manakala, dari sudut keyakinan pula, lelaki lebih menunjukkan keyakinan berbanding

wanita yang kerap mengakhiri sesuatu kenyataan dengan tanda tanya kerana tidak yakin dengan

diri sendiri. Namun, ada kajian yang mendapati bahawa lelaki dan wanita menggunakan sama

banyak bahasa berlapik seperti ’saya rasa, mungkin, agaknya dan lain-lain’. Namun lelaki akan

mengurangkan bahasa berlapiknya jika bertutur dengan wanita dan lelaki yang bertutur dengan

menggunakan gaya bahasa wanita adalah tidak tegas atau asertif. Green (1978), melaporkan kajian

yang dibuat oleh Maureen O’ Connor bahawa lelaki yang menukar jantina kepada wanita melalui

pembedahan plastik terpaksa belajar menggunakan suara yang lebih halus dan nyaring dari segi

intonasi, ayat, kosa kata, serta bahasa badan. Manakala wanita yang menjadi lelaki pula tidak

mengalami banyak masalah kerana pola bahasa wanita mudah diterima oleh lelaki.

Secara keseluruhannya, semua perbezaan itu dapat disimpulkan sebagai bahasa laporan

dan bahasa badan. DeborahnTannen (1990) mendapati bahawa lelaki menggunakan bahasa

laporan manakala wanita menggunakan bahasa badan. Bahasa laporan digunakan dalam berunding

supaya dapat mengekalkan taraf dalam kumpulan. Gaya ini menunjukkan bahawa seseorang itu

mempunyai maklumat yang tepat dan kemahiran bertutur. Manakala wanita pula kerap

6
menggunakan bahasa badan untuk mendapatkan perhatian dan simpati dimana bahasa ini kelihatan

lebih mesra. Oleh itu, bahasa wanita menunjukkan bahawa penuturnya tidak mempunyai

maklumat dan kemahiran yang tepat. Istilah bahasa lelaki dan wanita ini merujuk kepada gaya

bahasa dimana ada juga lelaki yang menggunakan bahasa bualan atau bahasa wanita. Terdapat

juga wanita yang menggunakan bahasa laporan atau bahasa lelaki dan lelaki yang menggunakan

bahasa bualan dianggap tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Dalam dunia

lelaki, bahasa digunakan untuk berunding bagi mencapai kuasa dan mempertahankan diri daripada

ditindas. Oleh itu, dalam dunia atau bidang perniagaan dan urusan rasmi, bahasa laporan adalah

bahasa yang paling tepat digunakan. Wanita yang ingin berkecimpung dalam bidang ini haruslah

menguasai bahasa laporan terlebih dahulu supaya tidak ditindas.

7
3.0 Analisis dan Perbincangan

Gambar 1: Lelaki

(Sumber: Facebook)

Analisis posting yang terdapat dalam Gambar 1: Lelaki adalah penulis tersebut meluahkan

perasaan kekecewaan terhadap kerajaan lama yang tidak memberikan pertolongan kepada

kebajikan rakyat yang memerlukan. Dalam posting tersebut, boleh dinyatakan pelbagai ciri-ciri

yang terdapat pada posting lelaki tersebut iaitu pertama adalah dari struktur pengucapan, dimana

posting tersebut menunjukkan cara pengucapannya yang kasar dan tegas seperti “kepada pakatan

haprak claim e-wallet RM30 kepala bapak kau dapat beli jajan tora tora je la siak. Ko sekolah

tak?”. Ciri yang kedua pula adalah dari segi sebutan menunjukkan pengucapan lelaki tersebut

banyak melalukan kesalahan nahu, menggunakan perkataan yang kurang sopan dan slanga.

Contohnya adalah perkataan yang kurang sopan dan kesalahan nahu “kepada pakatan haprak

claim e-wallet RM30 kepala bapak kau dapat beli jajan tora tora je la siak. Ko sekolah tak ?.. Ko

srp lepas tak ?.. U see my level. Puihhh puihh puihhh!!! Hak tuih!!” serta slanga “siak”. Ciri yang

ketiga adalah keyakinan yang lebih tinggi semasa pengucapannya. Contohnya posting lelaki

tersebut, dia sangat yakin akan kata-katanya ketika posting pengucapan berkenaan di facebook.

8
Gambar 2: Perempuan

(Sumber: Facebook)

Analisis posting yang terdapat dalam Gambar 2: Perempuan adalah penulis tersebut

meluahkan perasaan berterima kasih terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memberikan

pertolongan kepada kebajikan rakyat yang memerlukan. Dalam posting tersebut, boleh dinyatakan

pelbagai ciri-ciri yang terdapat pada posting perempuan tersebut iaitu pertama adalah dari struktur

pengucapan, dimana posting tersebut menunjukkan cara pengucapannya yang lemah lembut dan

mesra seperti “semoga Tan Sri sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan dapat mentadbir

Malaysia dengan adil dan saksama bersama2 dengan barisan kabinet”. Ciri yang kedua pula

adalah dari segi sebutan menunjukkan pengucapan perempuan tersebut lebih cenderung

menggunakan bahasa baku dan bentuk-bentuk prestij. Contohnya adalah “semoga Tan Sri sentiasa

diberikan kesihatan yang baik dan dapat mentadbir Malaysia dengan adil dan saksama bersama2

dengan barisan cabinet. #nooneleftbehind”. Ciri yang ketiga adalah keyakinan yang kurang

semasa pengucapannya. Contohnya posting perempuan tersebut, dia sangat yakin pada permulaan

pengucapannya tetapi pada akhir pengucapannya, dia ambil sikap play safe berkenaan di facebook.

Kesimpulan yang boleh dilihat dalam kedua-dua gambar tersebut jelaslah yang boleh

dinyatakan bahawa terdapat perbezaan pengucapan antara lelaki dan perempuan. Setiap gender

mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang menyebabkan ianya mempunyai kelebihan dan kekuatan

9
masing-masing. Perempuan gaya bahasa yang lebih lembut dan selalunya pengucapan yang

banyak berbanding lelaki gaya bahasa yang mudah, tegas serta kasar, dan selalunya pengucapan

yang lebih sedikit dan padat atau secara terus.

Gambar 3: Lelaki yang menukar jantina

(Sumber: Facebook)

Analisis posting yang dapat diambil dari Gambar 3: Lelaki yang menukar jantina adalah

cara pengucapannya seperti yang dinyatakan oleh Green (1978), bahawa melaporkan kajian yang

dibuat oleh Maureen O’ Connor bahawa lelaki yang menukar jantina kepada wanita melalui

pembedahan plastik terpaksa belajar menggunakan suara yang lebih halus dan nyaring dari segi

intonasi, ayat, kosa kata, serta bahasa badan. Boleh dilihat dalam posting berkenaan bahawa

pengucapannya seperti pengucapan perempuan yang lebih lemah lembut dan gaya pertuturan

bahasa yang sopan. Contohnya “Moga brbahagia hingga ke akhir hayat buat

sahabt 👮🏻♂️👮🏻♂️👮🏻♂️👮🏻♂️👮🏻♂️👮🏻♂️insp radiman sahabat zaman2 sekolah dulu dn

isterinya moga dpt baby comel2 tau 💋 ❤️ 💋 org ganu kata gi mkn gulai heheh #lelakicntik”.

10
4.0 Rumusan

Secara keseluruhannya, berdasarkan analisis dan perbincangan yang dilakukan terhadap

status terpilih didapati terdapat bahasa mempunyai kaitan yang rapat dengan jantina dalam

menghasilkan variasi bahasa dalam penggunaan media sosial. Peranan sosial yang berbeza

membawa kepada penggunaan perbezaan bahasa, struktur kata, kosa kata antara lelaki dan wanita.

Dalam bahasa juga terdapat kecenderungan untuk menggunakan kata secara khusus untuk

membezakan jantina melalui pilihan kata dalam kebanyakan bahasa. Terdapat juga istilah yang

membawa kepada konotasi yang berbeza antara lelaki dan wanita. Walaupun masyarakat Melayu

lama tidak banyak membezakan antara lelaki dan wanita namun dengan pertembungan budaya-

budaya luar timbulnya perbezaan kata berdasarkan perbezaan jantina. Faktor jantina adalah faktor

sosial yang kuat mempengaruhi penggunaan bahasa sesuatu komuniti dalam media sosial seperti

Facebook dan Twitter. Perbezaan ini disebabkan beberapa faktor fizikal seperti fizikal, kemahiran

bertutur, sifat dan sikap jantina itu sendiri. Malah perbezaan dari segi bahasa boleh berubah

mengikut keadaan tertentu mengikut status pekerjaan, pendidikan dan didikan seseorang itu.

Lelaki banyak menggunakan bahasa laporan yang lebih tepat dan asertif manakala wanita lebih

banyak menggunakan bahasa badan bagi mengekalkan kesantunan dalam sesebuah komuniti.

Selain itu, secara keseluruhannya terdapat juga perbezaan dari aspek kesantunan berbahasa yang

berbeza antara jantina ketika berkomunikasi di laman sosial. Senario ini perlu dibendung kerana

dikhuatiri generasi kini dan akan datang tidak lagi menghormati orang yang lebih tua, pemimpin

dan juga sesama masyarakat tidak kiralah sama ada lelaki atau wanita. Oleh itu sebagai masyarakat

Malaysia kita perlulah melakukan sesuatu supaya gejala ketidaksantunan ini dapat dibendung dan

dikawal.

11
Rujukan

Abdul Rashid Daing Melebek. (2010). Sosiolinguistik dan Bahasa Melayu. Malaysia: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Amat Juhari Moain. (1977). Sejarah Rumpun dan Bahasa Melayu. Serdang: IDEAL,
Universiti Putra Malaysia.

Asmah Haji Omar. (1975). Essays on Malaysian Linguistics. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Mohd Anuar Ramli. (2019). Analisis Gender dalam Amalan Sogit Masyarakat Murut Tahol di
Daerah Nabawan, Sabah: Journal of Research in Islamic Studies 6(3) (2019) 37-48.

Nik Safiah Karim. (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Riffe, D., Lacy, S., & Varouhakis, M. (2008). Media system dependency theory and using the
internet for in-depth specialized information. WJMCR, 11: 1-13.

Wolfram, W. (1969). A Sociolinguistic Description of Detroit Negro Speech. Washington,


DC: Centre for Applied Linguistics.

12

You might also like