Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 21

Pengenalan

Proses pembelajaran bukan sahaja berlaku semasa pengajaran dan


pembelajaran semata-mata. Guru boleh mempelbagaikan proses pembelajaran, melalui
aktiviti-aktiviti diluar kelas yang boleh mendorong murid menimba sesuatu pengalaman
baru dan merasai sendiri suasanan berkenaan bukan sekadar teori sahaja. Pengalaman
yang mereka lalui dapat mengukuhkan lagi daya ingatan murid-murid.

Bagi Kelab Pencegahan Jenayah, penekanan diberikan dalam membentuk satu


sistem perlakuan yang berdasarkan prinsip-prinsip yang dianggap benar, baik, dan patut
dilakukan. Sebolehnya guru cuba mengelakkan daripada murid terlibat dalam sebarang
jenayah dan gejala sosial seperti buli, mencuri, merokok, menagih dadah dan ponteng.

Guru boleh mengadakan lawatan sambil belajar bagi memberi peluang kepada
murid mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan
pelajari. Lawatan ke penjara, dapat memberi peluang murid memahami lebih mendalam
lagi tingkah laku yang bermoral dan yang tidak bermoral selaras dengan tujuan
terbentuknya Kelab Pencegahan Jenayah di sekolah. Pendedahan awal ini dapat
memberi galakkan kepada murid untuk menjauhi sebarang jenayah samaada di dalam
atau di luar sekolah.

Guru juga perlu memahami dan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan
sekiranya berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil belajar. Ini adalah bertujuan
untuk melancarkan perjalanan semasa mengadakan lawatan dan bukan untuk
menyulitkan urusan. Prosedur ini melibatkan sebelum, semasa dan selepas lawatan
dijalankan. Sebelum lawatan guru perlu membuat mesyuarat pembentukan Ajk,
menyediakan kertas kerja, membuat surat kebenaran ke tempat lawatan, kebenaran
PPD dan kebenaran ibu bapa. Semasa lawatan pula guru perlu memastikan
keselamatan murid, dokumen-dokumen penting ada seperti kebenaran ibu bapa serta
permit bas. Selepas lawatan pula guru perlu menyediakan laporan lengkap.
1.0 Aktiviti Sebelum Lawatan

1.1 Mengadakan mesyuarat penubuhan Ajk pelaksanaan, berbincang


mengenai lawatan yang akan dijalankan.

1.2 Menyediakan Kertas Kerja.

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANG
PADA 20 MAC 2018

ANJURAN :
Kelab Pencegahan Jenayah

KERJASAMA
PERSATUAN PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN ILMU KHAS

KERTAS KERJA
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE PENJARA KAJANG
ANJURAN KELAB PENCEGAHAN JENAYAH
DENGAN KERJASAMA PERSATUAN PIBG SKIK
1.0 TUJUAN
Lawatan ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada murid-murid
dan pengalaman baru kepada mereka mengenai kehidupan sebenar sebagai
penghuni penjara.

2.0 RASIONAL
2.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
2.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
2.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan
inspirasi negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan
bebas daripada masalah sosial.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
3.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

4.0 SASARAN
Murid dari ahli Kelab Pencegahan Jenayah, SKIK

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU


Seramai 30 orang murid akan mengikuti lawatan ini dengan kebenaran ibubapa /
penjaga. Seramai 5 orang guru akan mengawasi pelajar sepanjang program ini
berjalan.

6.0 CADANGAN PROGRAM


Tarikh : 20 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tempat Lawatan : Sekitar kawasan Penjara Kajang

7.0 AJK INDUK


Pengerusi : Tn. Hj. Haikal Hakimi bin Musa
(Guru Besar SKIK)
Naib Pengerusi : Cik Amirah Adilah binti Abdul Karim
(Guru Penasihat Kelab Pencegahan Jenayah )
Setiausaha : Pn. Nurul Nadia binti Abdul Rahman
Bendahari : Cik Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim
Guru Pengiring : Pn. Fadhilah binti Hamdan
Encik F. Ong
Encik Ajurmalatun a/l Vadhli

8.0 AJK KERJA

Ketua Rombongan : Cik Amirah Adilah binti Abdul Karim


Fotografi : Encik F. Ong
Kecemasan : Cik Charlene Lisa Gabu Joihin @ Jim
Makanan : Pn. Nurul Nadia binti Abdul Rahman

9.0 TENTATIF PROGRAM

Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah / pendaftaran
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
8.40 pagi - Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Menonton Tayangan Video
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Melawat sekitar kawasan penjara (tempat
dijatuhkan hukuman, bilik kurungan)
1.00 tengah hari - Makan tengah hari / solat
2.00 petang - Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
3.30 petang - Penyampaian cenderahati
4.00 petang - Bertolak balik ke Sungai Buloh
4.45 petang - Tiba di SKIK

10.0 PENDAPATAN / PERBELANJAAN

PENDAPATAN
10.1 Peruntukan Unit Kokurikulum RM 430.00
10.2 Kutipan Murid ( RM 10.00 X 30 orang ) RM 300.00
Jumlah RM 730.00

PERBELANJAAN
10.3 Bayaran Pengangkutan RM 340.00
10.4 Makanan ( RM 12 X 30 orang ) RM 360.00
10.5 Cenderahati Penjara RM 50.00
10.6 Cenderahati murid (RM 3x10) RM 30.00
Jumlah RM 730.00

11.0 CADANGAN AKTIVITI

11.1 Setiap pelajar akan diberi lembaran kerja bagi menjawab soalan-soalan
yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat yang dilawati.
11.2 Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk
disemak dan dinilai oleh guru pengiring.
11.3 Seramai 10 orang murid yang dapat menjawab dengan memuaskan akan
dipilih untuk menerima cenderahati yang disediakan.

12.0 PENUTUP

Diharap dengan menyertai lawatan ini, dapat membuka minda murid disamping
memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi corak
kehidupan insan-insan yang kurang bernasib baik, sama ada kesilapan mereka
sendiri ataupun kesalahan yang tidak disengajakan.

1.3 Surat Kebenaran Ibu bapa


1.4 Surat Kebenaran Tempat Lawatan
1.5 Surat Kebenaran Pelancongan
SEKOLAH KEBANGSAAN ILMU KHAS
47000 CHERAS, KUALA LUMPUR

No. Tel. : 03-61561669


No. Fax :03-61571926
Email :
skik@tm.net.my

Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
Tarikh : 10 Februari 2018

Pengarah,
Penjara Kajang,
Selangor Darul Ehsan

Tuan,

Memohon Kebenaran Mengadakan Lawatan Sambil Belajar

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk:

2. Adalah dimaklumkan sekolah kami berhasrat untuk mengadakan lawatan sambil


belajar ke Penjara Kajang. Sehubungan dengan perkara di atas berikut adalah butiran
lawatan :
Tarikh : 20 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Bilangan : 30 orang murid dan 5 orang guru pengiring
Tujuan : Memberi pengalaman baru mengenai corak kehidupan
sebagai penghuni penjara.

3. Di sini juga pihak kami akan sertakan tentatif lawatan yang kami cadangkan.
Pihak tuan boleh membuat perubahan dan cadangan yang difikirkan bersesuaian.
4. Kami amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan.
Segala jasa dan perhatian pihak tuan amat kami harga.
Sekian, Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI HAIKAL HAKIMI BIN MUSA)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ilmu Khas,
Kuala Lumpur.
……………………………….
……………………………….
……………………………….
………………………………. No. Tel : ________________

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ilmu Khas,
47000 Cheras, Kuala Lumpur.

Tuan,

SURAT KEBENARAN PENJAGA / IBU BAPA

Bahawa saya ibu bapa / penjaga yang bernama ________________________________


No. K/P ________________________ memberi kebenaran kepada pelajar yang
bernama ___________________________________ dari kelas ___________
menyertai aktiviti seperti butiran berikut :

Aktiviti : Lawatan Sambil Belajar


Tarikh : 20 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi hingga 4.00 petang
Tujuan : Memberi pengalaman baru berkaitan dengan kehidupan seorang
banduan.
Tempat : Penjara Kajang
Bayaran : RM 10.00

2. Saya faham bahawa pihak sekolah telah pun memberikan segala penerangan
dan akan mengambil langkah-langkah keselamatan dan pengawasan sepanjang
kegiatan tersebut diadakan.

3. Saya bersetuju untuk memaklumkan kepada pihak sekolah sekiranya terdapat


apa-apa perubahan kesihatan atau keadaan fizikal anak jagaan saya sebelum tarikh
aktiviti berkenaan. Saya juga telah memastikan bahawa anak jagaan saya faham
bahawa setiap peraturan dan arahan yang diberikan oleh pihak sekolah dan guru
pengiring hendaklah dipatuhi bagi memastikan keselamatan pelajar.

4. Saya juga memberikan kebenaran kepada pihak sekolah atau wakilnya


memberikan segala bentuk rawatan ke atas anak saya sekiranya diperlukan.

Perakuan dibuat oleh.

Nama : ________________________ Nama saksi : ______________________

No.K/P : _______________________ No. K/P : ______________________


Tarikh : ________________________ Tarikh : ______________________
SEKOLAH KEBANGSAAN ILMU KHAS,
47000 CHERAS, KUALA LUMPUR.

No. Tel. : 03-61561669


No. Fax : 03-61571926
Email :
skik@tm.net.my

Ruj.Tuan:
Ruj.Kami: SKSB01/06/10/001 ( )
Tarikh : 2Julai 2007
Pegawai Pelajaran Daerah Cheras,
Pejabat Pelajaran Daerah Cheras,
Tingkat 3, Kompleks Selayang Mall,
Jalan SU 9, Taman Selayang Utama,
68100 Cheras, Kuala Lumpur.

Tuan,

Undang-Undang Pelancongan Sekolah 1957 – Surat Kebenaran Daripada Ibu Bapa

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Adalah disahkan bahawa pihak sekolah telah mendapat kebenaran daripada ibu
bapa bagi membawa seramai 40 orang murid untuk mengikuti lawatan sambil belajar ke
Penjara Kajang, Selangor pada 20 Mac 2018.

3. Adalah dimaklumkan juga bahawa pihak sekolah telah memberi segala


penerangan dan akan mengambil langkah keselamatan dan pengawasan kepada ibu
bapa di sepanjang program ini. Walau bagaimanapun pihak ibu bapa mengaku bahawa
tidak akan mendakwa mana-mana pihak sekiranya berlaku perkara-perkara seperti
kemalangan tau kecederaan ke atas anak jagaan mereka di sepanjang program
tersebut.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

(HAJI HAIKAL HAKIMI BIN MUSA)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Ilmu Khas,
Cheras, Kuala Lumpur.
PERATURAN-PERATURAN PELANCONGAN SEKOLAH 1957

Borang-borang permohonan untuk perkara-perkara di atas hendaklah dibuat dalam 4


salinan ditambah dua salinan lagi bagi setiap negeri yang hendak dilawati atau dilalui
dan disampaikan ke Pejabat Pelajaran Daerah Cheras tiga minggu sebelum tarikh
melancong dalam negeri Selangor Darul Ehsan / 5 minggu sebelum tarikh perjalanan
keluar negeri Kuala Lumpur.

1. Nama Sekolah :SEKOLAH KEBANGSAAN ILMU KHAS


2. Nama Guru Besar/Pengetua :HAJI HAIKAL HAKIMI BIN MUSA

3. Nama Guru : CIK AMIRAH ADILAH BINTI ABDUL KARIM

4. Tujuan Lawatan : Memberi pendedahan kepada murid mengenai


pengalaman hidup seseorang yang bergelar
banduan.

5. Nama Guru-Guru Yang Membantu : 1. PN. NOOR ANITA BT. ISHAK


NO K/P 710420-08-6418
2. PN. SARIMAH BT. JANTAN
NO K/P 810824-03-5068
3. PN. NORAZUWANI BT. MOHD ARIF
NO K/P 760406-08-6134
4. EN. NAJMUDIN B. YA
NO K/P 760515-01-6856

6. Jenis Kenderaan : Bas

7. Tempat-tempat Yang Dilawati : Sekitar Penjara Kajang


8. Punca Pendapatan Wang

8.1 Yuran daripada murid-murid seperti senarai ahli dalam borang ini :
RM 10.00 seorang X 30 orang RM 300.00

8.2 Punca Pendapatan Lain :


Peruntukan Unit Kokurikulum RM 430.00

Jumlah RM 730.00

9. Nama dan keterangan mereka yang diberi kuasa mengutip dan membelanjakan
wang.

Nama Jawatan No. K/P Umur Alamat

Cik Amirah Adilah Guru 920824-06-5840 26 thn A-3-3 Kuarters Pendidikan


binti Abdul Karim Ilmu Khas,
56000 Cheras,Wilayah
Persekutuan.

10. Penyata Perbelanjaan Bagi Setiap Murid :

10.1 Makanan/Minuman RM 12.00


(sarapan pagi, makan tengah hari
minum petang, makan malam)

10.2 Tambang Bas RM 11.30

Jumlah RM 23.30
1.6 Senarai Nama Peserta

SENARAI NAMA MURID YANG AKAN MENGIKUTI


LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE PENJARA KAJANG
PADA 20 MAC 2018

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon


1 Gobinat a/l AF 96570 4 Mawar 15 Jln D/C 3/11 Desa 013-
Ramutthu Coalfields, Sg Buloh 9806623
2 Muhammad L 118388 4 Mawar 4-8 Pangsapuri 012-
Zulhakim b Bunga Raya, Krts. 6504588
Zulhelmi Hosp. Sg Buloh, Sg
Buloh
3 Muhd Ali Husseini AF 35641 4 Mawar 142, Kompleks 019-
b Shari Teratai, Krts Hosp Sg 9166827
Buloh, Sg Buloh
4 Nicol a/l L 143175 4 Mawar Lot 105 Kg Melayu, 012-
Kanadasan Sg Buloh 2029498

5 Fadzil Dzil Iqram b AE 86042 4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, 0134849442


Mohd Ismam Sg Buloh
6 Muhd Luqman AF 03210 4 Lot 33B Kg Selamat, 019-
Hakim b Halim Kenanga Sg Buloh 2264836
Nordin
7 Thenesh a/l AF 90509 4 Lot 109 Kg Melayu 019-
Mutusamy Kenanga Sg Buloh 2338139
8 Teguh Firdaus b L 136639 4 Lot 79-8 Kg Melayu, 013-
Despazi Kenanga Sb Buloh 6778057

9 Muhd Fikri b Jumri AC 4 12 Kg Melayu Sg 012-


41796 Kenanga Buloh 6917137

10 Muhd Aikal b Harun L 099088 4 Kekwa Lot 121-C Kg 019-


Melayu, Sg 2811469
Buloh
11 Muhd Hamizan b AF 89846 4 Kekwa 3F5 Krts Hosp. Sg 014-
Ismail Buloh, Sg Buloh 2374506
12 Muhd Emir Eizaz b K 968009 5 A221 Aprt Saujana, 012-
Samsudin Kenanga Damansara Damai, 38827374
Petaling Jaya
13 Muhd Syazwan b AC 5 No 49A Kg Melayu 013-
Abd Razak 74226 Kenanga Tambahan, Sg Buloh 91716663
14 Ahmad Nujaid b AE 45086 4 B-1-6 KIPM Sg 012-
Abdul Aziz Kenanga Buloh, Sg Buloh 6516564

Bil Nama No S/B Tahun Alamat No Telefon


15 Salfiana bt Zainal AF 4 Lot 170 Kg Paya 013-
93550 Kenanga Jaras Hilir, Sg Buloh 6644467
16 Nur ‘Adilah bt AS AF 4 Mawar B-4-4 KIP Sg Buloh, 016-
Fathnur 90699 Sg Buloh 6017443

17 Nur Farahana bt AF 4 Mawar B-3-2 KIP Sg Buloh, 013-


Shukri 48718 Sg Buloh 6402640

18 Sharifah bt Ahmad AF 4 Mawar C-2-2 KIP Sg Buloh, 016-


Zainudin 32339 Sg Buloh 3225318

19 Farah Adlina Iwani bt L 098132 4 Mawar 18, Kg Bahagia Bukit 016-


Md Ghazali Lagong, Sg Buloh 6517377
20 Aishah bt Aziz AF 4 Mawar Lot 125 Kg Melayu 013-
51973 Sg Buloh 6352809

21 Shazza Nuralia bt L 038944 4 Mawar No 32A Jln 12 Tmn 013-


Md Shukri Desa Bkt Indah, Sg 3619429
Buloh
22 Haiqal Qadrini bt AE 4 Mawar D-2-2 KIP Sg Buloh, 019-
Zainurin 45003 Sg Buloh 2926958

23 Nur Adleena L 075062 4 Mawar Lot 84 Kg Melayu, Sg 012-


Zulaikha bt Zulkifle Buloh 3050600

24 Norsyafika bt Mohd K 4 Lot 128 Kg Melayu 03-


Rosli 968181 Kenanga Sb Buloh 61561658

25 Siti Norhaziliana bt AG 4 Lot 118, Kg Melayu 019-


Salim 69011 Kenanga Sg Buloh 3042961

26 Zuraini bt Junaidi AF 4 Lot 24-1 Bkt Lagong, 019-


92802 Kenanga Sg Buloh 3718581

27 Nursyazwani bt K 4 No 1B Kg Sentosa, 013-


Yusof 992376 Kenanga Sg Buloh 3702460

28 Nor Atikah bt AC 4 No 1290 Jln 1D/2 Bdr 012-


Sukahar 43222 Kenanga Baru Sg Buloh, Sg 2242908
Buloh
29 Nurafizah Dini bt K 4 N0 1A Kg Melayu Sg 019-
Hamid 933576 Kenanga Buloh 3101545

30 Nurafizah bt Hamzah AG 4 Kekwa B-3-9 Pangsapuri 017-


85333 Danau Rebong, Sg 2513415
Buloh

2.0 Aktiviti Semasa Lawatan

2.1 Aturcara lawatan

Masa Aktiviti
7.30 pagi - Berkumpul di sekolah / pendaftaran
8.00 pagi - Bersedia untuk bertolak ke Penjara Kajang
8.40 pagi - Tiba di Penjara Kajang
- Diberi taklimat ringkas oleh Pegawai yang bertugas.
9.00 pagi - Menonton Tayangan Video
10.00 pagi - Rehat
10.30 pagi - Melawat sekitar kawasan penjara ( tempat
dijatuhkan hukuman, bilik kurungan )
1.00 petang - Makan tengah hari / solat
2.00 petang - Sesi Motivasi oleh penghuni penjara yang bakal
keluar setelah hampir tamat tempoh tahan yang
dikenakan
3.30 petang - Penyampaian cenderahati
4.00 petang - Bertolak balik ke Sungai Buloh
4.45 petang - Tiba di SKSB

2.2 Keterangan Aturcara Lawatan

i) Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang lawatan. Tidak lupa
guru memberi peringatan beberapa perkara-perkara penting semasa lawatan
seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan, mematuhi peraturan penjara dan
tidak lupa menjaga barangan peribadi supaya tidak tertinggal.

ii) Menonton Tayangan


Murid dingatkan supaya tidak membuat bising, menghayati dan membuat catatan
perkara-perkara penting. Mereka akan ditayangkan sejarah penubuhan, aktiviti-
aktiviti yang dijalankan di penjara.
iii) Melawat Sekitar Kawasan Penjara
Murid-murid akan dibawa melawat kawasan sekitar kawasan penjara seperti bilik
tahanan, tempat hukuman gantung dijalankan dan aktiviti-aktiviti yang dijalani
oleh pelatih penjara yang bakal keluar.

iv) Sesi Motivasi


Mereka juga diberi peluang mendengar sendiri luahan rasa penghuni penjara
sepanjang mereka menjalani tahanan. Keperitan mereka menghadapi hukuman,
dapat memberi pengajaran kepada murid-murid.
3.0 Aktiviti Selepas Lawatan

3.1 Pelapor Pengajar

LAPORAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE PENJARA KAJANG

1. Tujuan

1.1 Pendedahan kepada murid mengenai aktiviti yang dijalankan oleh warga
penjara sepanjang mereka berada di dalam tahanan.
1.2 Memberi pengalaman baru dan melihat sendiri kehidupan warga penjara
dengan lebih dekat lagi.
1.3 Memberi kesedaran kepada murid tentang tingginya komitmen dan inspirasi
negara bagi membangunkan modal insan yang berkualiti dan bebas
daripada masalah sosial.

2. Objektif
2.1 Memberi peluang kepada murid untuk melihat dengan lebih dekat lagi
corak kehidupan sebenar sebagai penghuni penjara.
2.2 Menggalakkan dan mewujudkan keinsafan dalam diri murid untuk
berkelakuan baik dan menjalankan kehidupan seperti orang biasa serta
bebas melakukan aktiviti dan menikmati kehidupan yang aman.

3. Aktiviti

Sepanjang lawatan sehari ke Penjara Kajang setiap murid akan diberi lembaran
kerja bagi menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan lawatan dan tempat-tempat
yang dilawati. Jawapan kepada soalan berkenaan berkisar kepada tempat yang mereka
lawat. Secara tidak langsung murid perlu memberi tumpuan dan pemerhatian semasa
mereka melawat sekitar penjara.

Lembaran kerja akan dikumpul semula setelah program selesai untuk disemak dan
dinilai oleh guru pengiring. Lembaran kerja ini juga akan digunakan oleh murid untuk
membuat laporan selepas daripada lawatan. Seramai 10 orang murid yang dapat
menjawab dengan memuaskan akan dipilih untuk menerima cenderahati yang
disediakan.

6. Rumusan

Secara keseluruhan lawatan ini banyak memberi peluang kepada murid-murid melihat
sendiri kehidupan sebenar seorang banduan semasa tahanan. Secara tidak langsung
memberi kesedaran kepada murid untuk tidak melakukan kesalahan di sisi undang-
undang kerana hukuman yang dikenakan setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.
Pengalaman sehari berada di penjara banyak memberi pengajaran kepada murid-murid
apa yang mereka lihat pada hari itu mungkin berguna pada masa akan dating untuk
menjadi insan yang lebih menghargai usia muda dengan aktiviti yang lebih berfaedah.

7. Cadangan

Saya sebagai seorang guru yang membuat lawatan ini rasa amat bertuah kerana dapat
berpeluang menjejaki kaki ke penjara. Bukan semua orang berpeluang seperti ini.
Seharusnya, kita sebagai guru perlu mengadakan lawatan sebegini memandangkan
masalah keruntuhan akhlak di kalangan murid amat membimbang semua pihak. Pihak
penjara juga mungkin boleh mengadakan ceramah atau pameran ke sekolah untuk
memberi kesedaran di kalangan murid-murid.

RUJUKAN
Abdul Jalil Ali ( 2002 ). Dewan Siswa. Kuala Lumpur. Penerbit Francaisi Media
Netwaork Sdn. Bhd.
Ee Ah Meng ( 1988 ). Pendidikan Moral Untuk Bakal Guru. Kuala Lumpur. Longman
Malaysia.

Prof. Dr. Ansory Ahmad, Prof. Dr. Mansoor Fadzil, Prof. Dr. John Arul Phillips (2007).
HBME 1203 Pendidikan Moral Tahun 1. Kuala Lumpur. UNITEM Sdn. Bhd.
Open University Malaysia.

Salleh Long (2006). Pendidikan Bil. Old. 2006 Selangor. Widad Publication Sdn. Bhd.

You might also like