Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

1.

0 TUGASAN 3: PENULISAN REFLEKTIF


1.1 PENIPISAN OZON

Kenalpasti
Lapisan ozon berfungsi sebagai lapisan
penapis dan lapisan ini sangat penting
pada permukaan bumi sebagai
perlindungan daripada pancaran UV
yang berlebihan

Analisis/ faktor
idea sesuai faktor yang menyebabkan
pengawalan penggunaan penipisan lapisan ozon ini
kloroflorokarbon adalah peningkatan kegiatan
perindustrian

kriteria
penyelesaian
Penipisan lapisan ozon
Langkah paling berkesan
meyebabkan sinaran
untuk menangani masalah
ultraungu berlebihan lalu
penipisan lapisan ozon ialah
memyebabkan perubahan
melalui persidangan.
iklim dunia

MODEL JOHN DEWEY

Ozon merupakan molekul yang tidak stabil terdiri daripada 3 atom oksigen. Menurut
Rowland lapisan ozon membentuk perisai yang melindungi bumi yang terletak pada
ketinggian 10 – 60 kilometer di ruang atmosfera yang bertanggaungjawab menyerap sinaran
ultra ungu (UV). Ozon ialah alotrop oksigen yang terdiri daripada tiga atom oksigen. Ozon
terbentuk apabila molekul oksigen stabil (O2) dipecahkan oleh pancaran ultralembayung
atau nyahcas elektrik. Ozon membentuk lapisan di atmosfera yang melindungi hidupan di
Bumi daripada sinar ultralembayung dan lapisan ini dinamakan sebagai lapisan ozon (Jones
et al., 2003). Malone (2004) menjelaskan, “...The atoms of oxygen formed another allotrope
of oxygen known as ozone. (The solar energy is represented as hv in the equation below):

O2(g) + hv  O(g) + O(g)

O(g) + O2(g)  O3(g) + heat energy

1
The solar radiation that breaks the O2 bond lies in the higher-energy ultraviolet region of the
spectrum (around 240 nm)... Ozone in the stratosphere effectively absorbs these damaging
wavelengths of ultraviolet radiation. The equation is represented as

O3(g) + hv  O2(g) + O(g)

Without ozone in the stratosphere, most life on the surface of the Earth would be roasted by
ultraviolet radiation...”

Melalui perbincangan di atas, terdapat dua perkara yang dapat difahami iaitu tentang
maksud lapisan ozon dan pembentukan lapisan ozon secara kimia.

Lapisan ozon berfungsi sebagai lapisan penapis dan lapisan ini sangat penting pada
permukaan bumi sebagai perlindungan daripada pancaran UV yang berlebihan. Pancaran
yang dimaksudkan ialah semua bentuk tenaga yang bergerak dalam kelajuan cahaya yang
biasanya dikaitkan dengan radiasi elektromagnet. Pancaran cahaya ini pula mempunyai
perbezaan daripada segi gelombang, frekuensi dan jumlah tenaga yang dipancarkan.
Lapisan ozon juga sangat penting kerana melindungi tumbuhan dan haiwan daripada
sinaran UV matahari yang boleh menyebabkan kanser kulit, katarak, merosakkan tahap
daya ketahanan dan juga boleh mengubah DNA tumbuhan dan haiwan (Johansen, 2000).

Faktor – faktor yang menyebabkan penipisan lapisan ozon ini adalah peningkatan
kegiatan perindustrian. Kegiatan perindustrian berat akan melepeaskan asap yang
mengandungi gas seperti karbon dioksida, karbon monoksida, nitrogen dioksida, sulphur
dioksida dan CFC ke ruang udara. Gas berbahaya ini akan menyebabkan haba

2
terperangkap di lapisan troposfera yang akan menyebabkan penipisan lapisan ozon.
Penggunaan bahan penggunaan bahan kloroflorokarbon (CFC) juga boleh bertindak
sebagai pemangkin yang mempercepatkan penipisan lapisan ozon dengan kehadiran
cahaya ultraungu yang tinggi contohnya dalam industri, peti sejuk dan pendingin hawa.
Atom klorin daripada CFC dikatakan penyebab utama penipisan tersebut. Melalui rumusan
kimia yang telah ditunjukkan, atom klorin terhasil setelah dipecahkan oleh sinar UV yang
terdapat di ruang atas atmosfera. Ini bermakna, CFC akan terurai dan salah satu hasilnya
ialah klorin. Klorin ini akan bergabung dengan ozon dan membentuk klorin oksida. Proses
ini akan berlaku berterusan dan akan menyebabkan penipisan ozon.

Fenomena penipisan lapisan ozon yang melindungi kehidupan di muka bumi dari
sinaran ultra ungu (UV) matahari yang berbahaya adalah cabaran yang paling besar kepada
manusia sejak suku abad lalu. Kesan penipisan lapisan ozon dikatakan akan membenarkan
lebih banyak sinar ultra ungu sampai ke bumi. Sinar ultra ungu boleh menyebabkan
melanoma (Kanser kulit) dan katarak (kerosakan mata). Pendedahan yang berlebihan
kepada sinaran UV boleh menyebabkan barah kulit, sakit mata, melemahkan sistem
ketahanan badan daripada penyakit dan turut memberi kesan buruk kepada rantaian
makanan. Penggunaan bahan pemusnah ozon (BPO) telah memberikan impak yang sangat
besar kepada penipisan lapisan ozon. Dengan penghapusan secara global sebanyak 98%
dalam penggunaan bagi sektor perindustrian dan produk pertanian. Penipisan lapisan ozon
akan menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada penduduk dunia. Hal ini
disebabkan peningkatan suhu yang menyebabkan cuaca semakin panas sehingga berlaku
pengurangan sumber air khususnya sungai dan tasik serta empangan akan terjejas
seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk terjejas.

Kesan penipisan lapisan ozon juga meningkatkan risiko penenggelaman kawasan


daratan pantai yang mungkin menjadi penempatan manusia akibat pencairan ais benua
yang terjadi apabila suhu dunia meningkat. Penipisan lapisan ozon meyebabkan sinaran
ultraungu berlebihan lalu memyebabkan perubahan iklim dunia dalam jangka pendek
berlakunya pemanasan global manakala dalam jangka masa panjang kekurangan ozon
menyebabkan haba bumi terbebas ke angkasa dan tidak terperangkap oleh atmosfera
menyebabkan suhu bumi menjadi sejuk. Ekosistem akuati terjejas dengan penigkatan
sinaran ultraungu menganggu proses fotosintesis bagi hidupan plankton menyebabkan
rantaian makanan di laut terjejas dan menjejaskan sumber ikan.

Oleh itu, langkah pencegahan dan penyelesaian perlu diberi perhatian secara
proaktif bagi mengelakkan masalah ini berlarutan. Langkah paling berkesan untuk
menangani masalah penipisan lapisan ozon ialah melalui persidangan. Kerjasama dan

3
komitmen daripada semua pihak khususnya pihak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
(PBB) dan badan pencinta alam sedunia adalah penting untuk menangani masalah ini.
Antaranya ialah pengawalan penggunaan kloroflorokarbon boleh dilakukan dengan
mengadakan konvensyen dan persidangan peringkat antarabangsa. Selain itu, konvensyen
dan persidangan ini juga akan mampu menimbulkan kesedaran kepada ketua-ketua Negara
yang mempunyai kuasa esekutif dalam negara masing-masing dan melibatkan mereka
secara langsung dalam mengatasi masalah ini. Antara perhimpunan dan persidangan para
ketua Negara dan saintis yang telah dilakukan untuk menangani masalah penipisanlapisan
ozon ini ialah seperti konvesyen untuk melindungi lapisan ozon di Vienna pada Mac1985.
Melalui persidangan tersebut satu peraturan telah diperkenalkan iaitu menyekat dan
mengawal pengeluaran serta penggunaan kloroflorokarbon yang dikenali sebagai protokol
telah dipersetujui.

Pihak berkenaan juga juga perlu perlu mengurangkan penggunaan CFC dalam
pelbagai industri. Penggunaan CFC dengan banyak dalam pelbagai industri akan
meningkatkan pembebasan CFC yang banyak ke atmosfera dan selanjutnya mendatangkan
kerosakan lapisan ozon. Pengawalan penggunaan misalnya melalui undang-undang atau
peningkatan cukai import untuk meningkatkan kos CFC akan mengurangkan pembaziran
dan penggunaannya dan seterusnya kurangkan pembebasan CFC ke atmosfera.
Menggalakkan dan mengutamakan teknologi tanpa CFC dalam perindustrian misalnya alat
pendingin udara A1 Nearh yang dicipta di Taiwan dan akan dikilangkan oleh syarikat
Interlink Corporation di Malaysia. Kerajaan Singapura mengharamkan penggunaan alat
pendingin udara kenderaan tidak berapa lama yang lalu adalah satu contoh yang baik ke
arah ini. Akhir sekali, langkah penyelesaian yang amat penting adalah melalui pendidikan
kepada generasi akan datang.

4
1.2 PERUBAHAN IKLIM

Kenalpasti
Perubahan iklim merupakan
fenomena yang amat dirisaukan
oleh penduduk dunia

Analisis/ faktor
idea sesuai perubahan iklim berlaku di peringkat
Dasar Perubahan Iklim global adalah berpunca daripada
Negara yang telah proses-proses dinamik di Bumi, daya-
dihasilkan ini berperanan daya luaran termasuk kelainan pada
sebagai rangka kerja kepanasan cahaya matahari dan juga
kegiatan manusia

kriteria
penyelesaian
Perubahan iklim yang
penyelesaian kepada
keterlauan turut
masalah ini adalah melalui
mengubah cuaca sehingga
menghapuskan
mengakibatkan bencana
penggunaan CFC
alam

MODEL JOHN DEWEY

Perubahan iklim merujuk kepada perubahan signifikan statistik dalam purata keadaan iklim
untuk jangka masa yang panjang biasanya diukur dalam dekad atau lebih. Perubahan iklim
berlaku mungkin kerana proses semulajadi dalaman bumi, pendorong luaran, ataupun
perubahan antropogenik terus menerus dalam komposisi atmosfera dan penggunaan tanah.
Komposisi atmosfera global yang dimaksud adalah komposisi material atmosfer bumi
berupa Gas Rumah Kaca (GRK) yang di antaranya, terdiri dari Karbon Dioksida, Metana,
Nitrogen, dan sebagainya. Menurut Intergovernental Panel on Climate Change (IPCC),
perubahan iklim merupakan perubahan dari masa ke semasa sama ada disebabkan oleh
alam semula jadi ataupun kesan daripada aktiviti manusia. United Nations Framework

5
Conventionon Climate Change (UNFCCC) pula mendefinisikan perubahan iklim sebagai
perubahan iklim yang dikaitkan secara langsung atau tidak langsung terhadap aktiviti
manusia yang mengubah komposisi atmosfera global dan merupakan kesan kepada
perubahan iklim semulajadi yang diperhatikan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Perubahan iklim merupakan fenomena yang amat dirisaukan oleh penduduk dunia.
Hal ini memberi kesan terhadap kitaran hidup manusia sejagat serta kehidupan flora dan
fauna. Bahkan bumi sendiri menjadi semakin tenat akibat perubahan iklim ini. Perubahan
iklim yang keterlaluan turut mengubah cuaca sehingga mengakibatkan bencana alam,
antaranya kenaikan paras laut, tanah runtuh, hakisan pantai dan tanah, kemarau, kebakaran
hutan dan jerebu. Perkara ini juga memberikan kesan sampingan ke atas keselamatan dan
kesihatan manusia, menggugat ekonomi negara dan juga menyebabkan perubahan kepada
alam semulajadi dan landskap binaan. Tambahan lagi, gangguan terhadap ekosistem akan
mengancam jaminan sumber air dan makanan. Kebergantungan ke atas sumber-sumber
tenaga konvensional telah menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca dan
menjadikan negara lebih terdedah kepada pergolakan ekonomi di peringkat global.daya
saing ekonomi bergantung kepada pengeluaran dan penggunaan yang cekap.

Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan iklim berlaku di peringkat global


adalah berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk
kelainan pada kepanasan cahaya matahari dan juga kegiatan manusia. Penemuan oleh dua
orang saintis lebih dari 100 tahun yang lalu menunjukkan bahawa karbon dioksida
meningkat di atmosfera memanaskan keseluruhan planet. Saintis berkenaan ialah

6
penyelidik Perancis, Jean Baptiste Fourier dan saintis Sweeden Svante Arrhenius.
Penemuan mereka kemudiannya dikenali sebagai kesan rumah hijau yang merangkumi
faktor semulajadi dan kegiatan manusia yang menyumbang kepada penambahan karbon
dioksida dalam udara.

Tanpa gas-gas dari kesan rumah hijau termasuk karbon dioksida, metana, nitrus
oksida, dan wap air, bumi akan terlalu sejuk untuk didiami. Gas-gas ini yang terdapat di
atmosfera bumi menyerap dan membebaskan tenaga haba, menghasilkan kesan rumah
hijau yang membuatkan suhu planet kita sesuai untuk didiami. Wap air adalah gas rumah
hijau yang paling banyak terdapat di planet ini, merangkumi sekitar 60% dari keseluruhan
gas-gas yang ada. Bahkan ozon membantu menapis sejumlah haba yang membantu
kehidupan di bumi. Sejak revolusi industri, manusia telah membakar sejumlah besar arang
batu, petroleum, dan bahan bakar fosil lain untuk menghasilkan haba dan elektrik. Aktiviti ini
membebaskan karbon dioksida, gas rumah hijau yang paling banyak dihasilkan manusia, ke
atmosfera. Akibat daripada ini, lebih banyak haba yang sepatutnya terbebas ke angkasa
terperangkap dalam atmosfera.

Perubahan iklim ini memberi tanda yang bumi kita tidak stabil. Perubahan iklim
akan menyebabkan pemanasan global berlaku. Oleh itu, sebagai langkah jalan
penyelesaian kepada masalah ini adalah melalui menghapuskan penggunaan CFC dalam
penyembur aresol dan alat pendingin hawa untuk elakkan lapisan ozon yang menyebabkan
kenaikan suhu diganti dengan helium. Seterusnya pihak kerjaan mestilah menjalankan
pemantauan terhadap gas yang dilepaskan oleh kilang-kilang perindustrian. Pihak kilang
mestilah menapis asap dari kilang dengan menggunakan alat penapis asap untuk elakkan
kesan Rumah Hijau yang menyebabkan kenaikan suhu dan hujan asid.

Dalam menangani cabaran perubahan iklim ini, setiap individu mempunyai peranan
masing – masing. Namun bagi memastikan penyelesaian yang berkesan, pendekatan yang
diambil perlu melibatkan semua pihak dan secara bersama. Oleh yang demikian, Dasar
Perubahan Iklim Negara yang telah dihasilkan ini berperanan sebagai rangka kerja untuk
menggerakkan serta memberikan panduan kepada agensi kerajaan, industri, komuniti serta
pihak berkepentingan dalam menghadapi cabaran perubahan iklim secara holistik. Dasar ini
akan membantu mengenal pasti tindakan bersepadu yang perlu diambil bagi mencapai
matlamat pembangunan lestari. Dasar ini melengkapi dasar yang sedia ada dan mengambil
kira prinsip-prinsip konvensyen antarabangsa di peringkat global.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa perubahan iklim bukan lagi merupakan satu
isu yang ringan kerana isu ini banyak mendatangkan mudarat kepada semua hidupan di
muka bumi ini dan manusia adalah tidak terkecuali. Kita perlu sedar bahawa perubahan

7
iklim bukan berlaku secara semulajadi. Sebaliknya, kita perlu ingat bahawa isu ini semuanya
berpunca daripada perbuatan kita sendiri yang lebih mementingkan keuntungan,
keseronokan dan keselesaan duniawi yang berlebihan dan sebagainya. Betul, kita tidak
mampu menghalang perubahan iklim daripada terus berlaku tetapi, kita masih punya
kebijaksanaan bagi mengawal isu ini daripada menjadi semakin parah dalam jangka masa
yang singkat sahaja. Oleh yang demikian, langkah yang proaktif serta wajar perlu kita ikuti
dan semua pihak harus bekerjasama serta sama-sama berganding bahu dalam mengatasi
masalah ini.

8
2.0 RUJUKAN

BUKU

Chin, M. (2002). Kesan penipisan lapisan ozon keatas kehidupan dan persekitaran. Pulau Pinang:
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia.

Zakaria Ahad. (2009). Lapisan ozon/kesan rumahkaca/perubahan cuaca. Kuala Lumpur: Penerbit


Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Jones, T., Kirsner, S., Rowe, J., Stringer, C., Woods, G., Young, E. (2003). Sains Rujukan Meja Jilid
1.  Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Lerner, A., & St. Pierre, C. (2009). Climate change. Detroit, Mich.: Greenhaven Press.

Syahrul Nizam Junaini. (2010). Perubahan iklim ancam dunia. Shah Alam: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

INTERNET

Augustine Towonsing. (2018). Lapisan Ozon: Kesan Kemusnahan Terhadap Cuaca Dan Iklim Dunia.
Retrieved 1 October 2019, from https://www.malaysian-ghost-research.org/lapisan-ozon-kesan-
cuaca-dan-iklim-dunia/

Nik Mie. (2009). Penipisan Lapisan Ozon. Retrieved 1 October 2019, from
https://www.scribd.com/doc/19881346/Penipisan-Lapisan-Ozon

Siti Syuhada. (2019). Retrieved 2 October 2019, from


https://www.academia.edu/1768675/Bab_4_Langkah

SURAT KHABAR

Liza Mokhtar. (2019). Impak perubahan iklim dunia. Sinar Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/47675/Analisis-Sinar/Impak-perubahan-iklim-dunia

9
10

You might also like