63 Mohamad Safwandi Bin Suaidi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

PENGETAHUAN PEDAGOGI ISI KANDUNGAN

DALAM KALANGAN GURU NOVIS DAN GURU


BERPENGALAMAN DI SEKOLAH RENDAH DAERAH
HULU LANGAT
(PEDAGOGICAL CONTENT KNOWLEDGE AMONG THE NOVICE
TEACHER AND EXPERT TEACHERS IN SCHOOLS WITHIN HULU
LANGAT)

Mohamad Safwandi Bin Suaidi


Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi
(mohamadsafwandi@gmail.com)

Abstrak
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji pengetahuan pedagogi isi kandungan dalam kalangan guru matematik novis
dan berpengalaman di sekolah rendah Daerah Hulu Langat. Gaya penyampaian pengajaran guru matematik novis
dan berpengalaman tentang konsep dan operasi kepada pelajar merupakan komponen penting bagi pengetahuan
pedagogi isi kandungan (PCK). PCK adalah sejenis pengetetahuan yang unik bagi seorang guru dan ianya adalah
merujuk kepada cara penyampaian isi kandungan agar mudah difahami dan dapat menggalakkan kefahaman
konseptual pelajar. Kajian yang dilakukan oleh TIMSS dan PISA menunjukkan bahawa kebolehan pelajar dalam
menyelesaikan masalah secara kritis dalam matematik di sekolah adalah rendah berbanding menghafal. Hal ini
adalah kerana langkah pengajaran yang terlalu mengikut procedural dan berpusatkan kepada guru dengan
menggunakan simbol istilah yang abstrak. Pelajar lebih banyak diminta untuk menghafal rumus dan petua
matematik berbanding membina pengetahuan terhadap konsep dalam matematik itu sendiri. Justeru itu,
penguasaan guru terhadap isi kandungan matapelajaran yang ingin diajar akan memberikan impak terhadap
pengajaran dimana pelajar mempelajari matapelajaran daripada guru berkenaan. Alat kajian yang digunakan
ialah soal selidik. Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah sama ada guru
novis dan guru berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang hampir
sama.

Kata Kunci: Guru novis, Guru berpengalaman, Pengetahuan pedagogi, Pengetahuan isi Kandungan, Pedagogi
isi kandungan

ABSTRACT
This research is intended to examine the pedagogical content knowledge among the novice and expert
mathematical teachers in primary schools within the vicinity of Hulu Langat. Presentation methodology of the
novice and expert on the concept and operation to the students is the most vital key component of pedagogical
content knowledge (PCK). PCK is one of the unique skills of a teacher and it refers to the delivery method of the
content so as to ease the process of grasping the content as well as to encourage the conceptual understanding
among the students. Research by TIMSS and PISA shows that the students capability in solving a mathematical
problem in a critical manner is feckless compared to when it comes to memorizing it. It happened due to the fact
of instructional steps that is strikingly procedural oriented and focused on the teachers who used symbol of the
term which is abstract in nature. Students are mostly encouraged to memorize the mathematical formula and tips
despite of developing the understanding of the mathematical concept itself. Therefore, the teacher's mastery on
the content of the subject that is to be taught will affects the learning process of the students. Research
methodology used in this research is surveying method. The findings show that primary school teachers which
are novice teachers and experienced teachers have similar knowledge and pedagogical skills.

Keywords: Novice teacher, Expert teachers, Pedagogical knowledge, Content knowledge, Pedagogical content
knowledge

PENGENALAN

Laporan Perkembangan dunia meletakkan Korea Selatan di kedudukan 17, Hong Kong (12), Singapura (11),
Brunei (31) dan Malaysia pada kedudukan 63 untuk tahap perkembangan manusia. Bidang pendidikan menurut
ekonomi terbahagi kepada tiga (United Nations Development Programme 2015). Bagi bidang pendidikan,

539
Malaysia muncul corot dalam tiga kajian yang dilakukan oleh indeks antarabangsa. United Nation Development
Programme (2013) meletakkan Malaysia di kedudukan 98 daripada 187 negara dalam United Nation Education
Index. Kajian oleh Programme for International Student Assessment (PISA) telah mengukur kadar literasi
pelajar-pelajar berumur bawah 15 tahun terutamanya matematik, sains dan kadar kebolehan membaca. Kajian
tersebut juga mengkaji kebolehan pelajar menyelesaikan masalah secara kritis berbanding menghafal. Laporan
kajian PISA tersebut telah menunjukkan bahawa Malaysia masih lagi corot di tangga 55 daripada 74 buah
Negara (Organization for Economic Co-operation and Development, 2012).

Keputusan Kajian daripada Trends in Mathematics and Science Study (TIMSS) pula telah menunjukkan
penurunan prestasi matematik dan sains yang agak mendadak sepanjang 4 kali penilaian bermula tahun 1999.
Laporan TIMSS menunjukkan pola kejatuhan kedudukan bagi subjek matematik iaitu 16 (1999), 10 (2003), 20
(2007), dan 26 (2011). Begitu juga dengan kejatuhan yang agak ketara bagi markah purata subjek matematik
iaiatu 519 (1999), 508 (2003), 474 (2007) kepada 440 (2011) (National Center for Education Statistics, 2011).
Kajian antarabangsa mengenai matematik tersebut telah menunjukkan bahawa perlu adanya pendekatan yang
baru dalam proses pengajaran dan pembelajaran matematik di sekolah.

Hal ini adalah kerana kajian tersebut terbukti bahawa kebolehan pelajar dalam menyelesaikan masalah secara
kritis dalam matematik di sekolah adalah rendah berbanding menghafal. Kementerian Pendidikan Malaysia
menyedari bahawa perlunya perubahan dalam aspek pendidikan dari segi pendekatan dan strategi pengajaran.
Justeru itu, kerajaan telah menggubal Pelan Pendidikan Abad ke-21 dimana aspek kualiti guru itu diambil kira
sebagai salah satu kunci kepada kemecemerlangan murid dalam abad ke-21 ini. Aspek pembinaan pengetahuan
dan kemahiran berfikir adalah diambil kira. Setiap pelajar belajar cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan
sepanjang kehidupan mereka (menerapkan perasaan ingin tahu dan mengamalkan pembelajaran sepanjang
hayat) untuk membolehkan pelajar menghubungkan pelbagai disiplin ilmu (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2013).

Kurikulum Matematik di sekolah adalah kurikulum yang menyediakan pendidikan matematik secara umum
yang memberikan kepada pelajar kemahiran matematik bagi tujuan penguasaan kemahiran, penggunaan
matematik dalam kehidupan sebenar, kemahiran penyelesaian masalah serta cara berfikir logik, kritis dan
bersistem (Nik Azis 2008). Ianya adalah selari dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana
kurikulum Matematik dirancang untuk memberikan pengalaman yang mengandungi (a) kesepaduan antara ilmu,
kemahiran, nilai dan bahasa (b) kesepaduan antra tajuk-tajuk matematik yang dipelajari, (c) kesepaduan antara
matematik dengan matapelajaran yang lain dan (d) kesepaduan antara matematik yang dipelajari dengan
pengalaman di bilik darjah (Tengku Zawawi, 2005).

Berdasarkan kepada kurikulum matematik yang dinyatakan, jelas bahawa pembelajaran matematik menuntut
pelajar untuk menguasai setiap konsep dan diikuti dengan penguasaan kemahiran-kemahiran berkenaan di
samping mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Menurut Nik Azis (2008) adalah penting bagi setiap
pelajar untuk memahami konsep matematik bagi meningkatkan kemampuan pelajar dalam proses penyelesaian
masalah.

Kerajaan Malaysia amat menenkankan usaha dalam pembangunan modal insan yang berkualiti dengan
merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (PIPP) 2006 – 2010 dalam usaha membangunkan
modal insan kelas pertama bagi mencapai usaha Wawasan 2020. Usaha ini diteruskan lagi dengan pelaksaan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 yang meneruskan lagi usaha pembangunan dan
pembentukan modal insan di negara ini. Bagi usaha pembangunan modal insan yang berkualiti ini, guru yang
berkualiti dan mempunyai kepakaran adalah amat diperlukan. Hariss dan Sass (2011) menyatakan bahawa
kualiti guru merupakan kunci bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah sama ada peringkat sekolah
menengah ataupun sekolah rendah.

Wan Ali (2000) menyatakan bahawa guru perlu mempunyai kepakaran dari pelbagai aspek seperti penguasaan
terhadap bidang pelajaran yang diajar, menguasai kaedah pengajaran dan pengurusan disiplin pelajar bagi
memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan. Ianya adalah
bertepatan dengan Sulaiman (2004) yang menyatakan bahawa guru seharusnya mempunyai ilmu yang khusus
dalam bidang matapelajarannya. Kenyataan ini juga disokong oleh Siti Salwa (2014) yang mengatakan bahawa
guru seharusnya mempunyai kemahiran dan kepakaran dalam penguasaan matapelajaran tertentu. Pengetahuan
guru inilah dinyatakan oleh Shulman (1987) sebagai pedagogi isi kandungan (PCK).

Pengetahuan pedagogi isi kandungan adalah merujuk kepada cara bagaimana guru menyampaikan isi
kandungan agar mudah untuk difahami serta dapat mengalakkan keafahaman konseptual murid terhadap apa
yang dipelajari. Menurut Tengku Zawawi et.al (2009) pedagogi isi kandungan adalah penglibatan penggunaan
analogi, contoh, penerangan dan demonstrasi yang berkesan, disamping mengambil kira latar belakang murid.

540
Ianya disokong oleh Shulman (1987) dengan menyatakan bahawa PCK akan membantu guru-guru dalam
membuat analogi, metafora, memberi contoh, mengadakan pelbagai aktiviti dan tunjuk cara bagi membantu
kejayaan murid.

Shulman (1987) menyatakan lagi bahawa PCK adalah satu jenis pengetahuan yang unik bagi seorang guru dan
ia adalah berdasarkan kepada pengetahuan tentang cara bagaimana guru untuk mengajar di bilik darjah dengan
apa yang perlu diajarkan kepada murid di bilik darjah. Ianya turut disokong oleh Habibah et.al (2005) bahawa
pengetahuan pedagogi kandungan merupakan gabungan kandungan dan pedagogi yang berperanan untuk
memahami kefahaman bagaimana pensturkturan, perwakilan dan adaptasi tajuk, maslaah da nisi disesuaikan
mengikut minat, dan kebolehan pelajar serta dipersembahkan dalam pengajaran. Pengintegrasian kedua jenis
pengetahuan ini telah menghasilkan pengetahuan isi kandungan.

Zakaria (2011) menyatakan bahawa kajian-kajian lepas hanya memberikan penumpuan kepada pelaksanaan
pengajaran oleh guru di dalam bilik darjah dan tidak menumpukan kepada pengetahuan asas guru. Jadi kajian ini
lebih memberi penumpuan kepada pengetahuan asas guru dalam bidang matematik dan pedagogi. Pengetahuan
asas yang dimaksudkan ialah pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi guru novis dan guru
berpengalaman. Walaupun terdapat pelbagai kajian yang menyatakan bahawa guru yang berpengalaman
mempunyai kemahiran yang lebih tinggi daripada guru novis, namun guru novis juga mempunyai pengetahuan
yang tinggi terhadap pedagogi yang terkini khususnya pedagogi abad ke-21. Justeru itu, kajian ini dijalankan
untuk mengetahui sejauhmanakah perbezaan diantara guru novis dan guru berpengalaman dalam melakukan
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Adakah mereka mempunyai perbezaan yang ketara dari
segi isi pelajaran dan kemahiran pedagogi di bilik darjah.

OBJEKTIF KAJIAN

Antara objektif-objektif kajian yang disasarkan oleh pengkaji adalah seperti berikut:

 Mengenalpasti perbezaan tahap pengetahuan isi kandungan diantara guru matematik novis dan
berpengalaman.
 Mengenalpasti perbezaan tahap kemahiran pedagogi isi kandungan diantara guru matematik novis dan
berpengalaman.

PERSOALAN KAJIAN

 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi kandungan diantara guru matematik novis dan
berpengalaman?
 Adakah terdapat perbezaan yang signifikan tahap kemahiran pedagogi isi kandungan dianatra guru
matematik novis dan berpengalaman?

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian ini adalah kajian kuantitaitf jenis kajian tinjauan. Di mana kajian ini dijalankan ke atas guru-
guru yang mengajar matematik di sekolah rendah di Daerah Hulu Langat. Dapatan kajian ini hanya sah
digunakan di kawasan yang dikaji sahaja. Segala data adalah bergantung kepada maklumat yang diberikan
semasa pemerhatian dan pengalaman pengkaji.

Dapatan kajian ini hanya sah untuk diguna pakai bagi kajian yang melibatkan mata pelajaran matematik sahaja
kerana matapelajaran ini melibatkan konsep dan pengetahuan dalam menyelesaikan maslaah. Kajian ini hanya
terbatas kepada populasi responden daripada guru-guru matematik sekolah rendah di Daerah Hulu Langat yang
merangkumi guru Matematik novis dan berpengalaman.

Data diperolehi melalui soal selidik. Oleh itu, penyelidik menyediakan instrumen soal selidik dan kesemua
instrumen tersebut telah diubahsuai dari pengkaji terdahulu seperti Tengku Zawawi (2005).

DAPATAN KAJIAN

Kajian ini melibatkan sekolah-sekolah kebangsaan dan sekolah-sekolah jenis kebangsaan harian dalam daerah
Hulu Langat di negeri Selangor yang hanya meliputi sekolah bandar sahaja. Sebanyak 70 set soal selidik yang

541
diedarkan kepada guru-guru yang mengajar matapelajaran Matematik. Soal selidik digunakan sebagai instrumen
dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat dan data kajian. 35 set soal selidik diedarkan kepada guru novis
yang mempunyai pengalaman mengajar satu hingga tiga tahun manakala 35 set soal selidik diedarkan kepada
guru yang mempunyai pengalaman lebih daripada 4 tahun mengajar. Analisis data dibuat dengan menggunakan
perisian Statistical Packages for Sosial Science (SPSS) versi 23.0. Proses penganalisan data bagi kajian ini
dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A, Bahagian B, dan Bahagian C. Bahagian A membincangkan
tentang latar belakang responden manakala Bahagian B membincangkan tentang pengetahuan isi kandungan
guru dalam bidang Matematik. Bahagian C pula membincangkan tahap kemahiran pedagogi dalam kalangan
guru.

Dalam kajian ini, indeks kepercayaan item-item soal selidik ditentukan dengan menggunakan Model Alpha
Cronbach yang terdapat dalam SPSS versi 23.0. Menurut Radzi (2010), kebolehpercayaan merujuk kepada
ketekalan keputusan ujian. Hasil dari analisis data 7 responden, nilai kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha yang
diperoleh adalah 0.968 (rujuk jadual 1), menunjukkan nilai indeks kebolehpercayaan mempunyai tahap yang
tinggi dan setiap item boleh diterima.

Jadual 1: Reliability Statistics

Cronbach's Alpha Cronbach's Alpha Based on Standardized Items N of Items

.968 .969 49

Jadual 2 menunjukkan bilangan responden yang terlibat dalam kajian ini seramai 70 orang guru. 36 orang
responden iaitu 514 % merupakan guru lelaki manakala 34 orang responden iaitu 486% merupakan guru
perempuan.

Jadual 2: Jantina
Kekerapan Peratus
Valid Lelaki 36 51.4

Perempuan 34 48.6

Jumlah 70 100.0

Jadual 3: Kelayakan akademik responden bagi kajian ini.


Kekerapan Peratus

Valid Diploma 9 12.9

Ijazah Sarjana Muda 59 84.3

Ijazah Sarjana 2 2.9

Jumlah 70 100.0

Dapatan kajian menunjukkan bilangan guru mempunyai ijazah sarjana muda adalah merupakan responden yang
paling tinggi iaitu seramai 59 orang (843%). Ini diikuti dengan responden guru yang memiliki diploma
pendidikan iaitu seramai 9 orang (12.9 %) dan responden yang mempunyai Ijazah Sarjana adalah seramai 2
orang (2.9 %) sahaja. Ini menunjukkan bahawa sebilangan besar responden kajian mempunyai tahap pendidikan
yang hampir sama.

542
Jadual 4: Group Statistics
Pengalaman mengajar Bilangan Min

Isi kandungan Matematik Guru Baru 35 3.8190

Guru berpengalaman 35 3.8667


Pedagogi Matematik Guru Baru 35 4.8114
Guru berpengalaman 35 4.8046

Jadual 4 menunjukkan perbezaan min diantara guru novis dan guru berpengalaman dari segi pengetahuan isi
kandungan matematik dan kemahiran pedagogi. Maka, ujian-t dijalankan bagi mengenalpasti perbezaan diantara
dua kumpulan tersebut.

Jadual 5: Ujian-t tidak bersandar


Levene’s Test for t-test for Equality of means
Equality of Variance
F Sig. t df Sig. (2-
tailed)
Isi Equal Varians 0.036 0.851 1.302 68 0.197
Kandungan Assumed
Matematik Equal Varians not 1.302 67.674 0.197
Assumed

Pedagogi Equal Varians 2.12 0.15 .353 68 0.725


Matematik Assumed
Equal Varians not .353 66.251 0.725
Assumed

Nilai F = 0.036 < 0.05, hal ini menunjukkan bahawa data adalah heterogenous. Berdasarkan kepada jadual 5,
didapati nilai t bagi perbandingan tahap pengetahuan matematik guru novis dan guru berpengalaman ialah t =
1.302 dan tahap signifikan t = 0.197. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Oleh itu,
hipotesis nul (H0) adalah gagal ditolak. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi
kandungan matematik guru novis dan guru berpengalaman.

Nilai F = 2.12 > 0.05, hal ini menunjukkan bahawa data adalah homogenous. Berdasarkan kepada jadual 5,
didapati nilai t bagi perbandingan tahap pengetahuan matematik guru novis dan guru berpengalaman ialah t =
0.353 dan tahap signifikan t = 0.725. Tahap signifikan adalah lebih besar daripada 0.05 (p > 0.05). Oleh itu,
hipotesis nul (H0) adalah gagal ditolak. Maka, tidak terdapat perbezaan yang signifikan pengetahuan isi
kandungan matematik guru novis dan guru berpengalaman.

PERBINCANGAN

Menurut Hassan dan Ismail (2008), 71% guru pelatih mempunyai tahap penguasaan pengetahuan pedagogi dan
pengetahuan isi kandungan matematik yang baik. Hal ini membuktikan bahawa guru matematik novis juga
mempunyai tahap penguasaan pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang baik seperti guru
matematik yang berpengalaman. Guru novis merupakan guru yang telah mendapat pendidikan yang mendalam
mengenai opsyen pembelajaran mereka melalui kelayakan iktisas yang dimiliki oleh mereka. Guru novis juga
melalui pelatihan khusus semasa menjalani kursus perguruan di Institut Pendidikan Guru ataupun di universiti.

Aini Hayati et.al (2011) menyatakan bahawa seorang guru yang mengajar matematik wajib menguasai
pengetahuan yang mendalam dalam bidang matematik. Pengajaran mateamtik yang berkesan memerlukan guru
yang mempunyai komitmen yang serius dalam memperkembangkan kefahaman matematik murid (Noor Shah,
2006). Walaupun kajian-kajian yang lepas menunjukkan bahawa pengalamana memainkan peranan yang
signifikan dalam membezakan guru novis dan guru berpengalaman dari segi pegetahuan dan pedagogi, namun
faktor komitmen guru dalam meningkatkan tahap pendidikan dan pedagogi juga memainkan peranan yang
penting.

543
Oleh kerana guru novis didedahkan dengan kemahiran pedagogi yang terkini semasa menjalani latihan peguruan
yang berlendaskan kepada kaedah yang terkini berasaskan kepada pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Maka, guru-guru novis juga mempunyai peluang yang sama seperti guru yang berpengalaman untuk
melaksanakan pedagogi yang berkesan. Fukuyama (2011) menyatakan bahawa golongan millennials lebih
cenderung untuk melihat kepada perkembangan kompetensi individu berbanding senioriti. Hal ini bermaksud
bahawa guru novis yang kompeten punyai kelebihan yang sama berbanding guru senior di sekolah.

Magdeline dan Zamri (2014) menyatakan bahawa kefahaman guru terhadap topik yang diajar memudahkan guru
untuk membuat persiapan pengajaran dari segi pendekatan, kaedah, teknik, dan strategi pengajaran. Guru novis
sememangnya mempunyai kefahaman yang tinggi terhadap pengetahuan isi kandungan dan pedagogi kerana
mereka melalui latihan praktikal yang berperingkat semasa menjalani kursus perguruan. Zaidah (2005)
menyatakan bahawa guru memperolehi pengetahuan asas sama ada melalui pengalaman sebagai pelajar
mahupun latihan pendidikan formal namun tidak dinafikan bahawa pengalaman juga menyumbang peranan
yang besar terhadap cara pengajaran di sekolah. Maka, program pendidikan perguruan yang menyediakan guru
pelatih yang mempunyai pengkhususan dalam satu bidang membolehkan mereka lebih fokus terhadap isi
kandungan dan pedagogi sepertimana guru berpengalaman.

KESIMPULAN

Hasil dapatan kajian ini menunjukkan bahawa guru matematik sekolah rendah sama ada guru novis dan guru
berpengalaman mempunyai pengetahuan isi kandungan dan kemahiran pedagogi yang hampir sama. Hal ini
menunjukkan bahawa guru matematik novis juga mempunyai peluang yang sama dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah secara efektif. Namun begitu, guru novis perlu menjalani
pembelajaran yang berterusan bagi meningkatkan dan memberdaya potensi diri mereka untuk mencapai tahap
pemikiran yang setara dengan guru yang berpengalaman. Guru yang berpengalaman juga mempunyai
pengalaman yang bermakna dalam konteks pengajaran di bilik darjah. Mereka menggunakan pengalaman
mereka sebagai kepakaran mereka dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

RUJUKAN

Aini Hayati, P., Noor Shah, S., Mohd Uzi, D., & Zulkifley, M. (2011). Pengetahuan dalam Kalangan Guru
Matematik Sekolah Rendah Berdasarkan Standard Pengajaran Matematik. Jurnal Pendidikan Sains &
Matematik Malaysia, 2 (3); 43 – 62.
Harris, D. N. & Sass, T. R. (2011). Teacher Training, Teacher Quality and Student Achievement. Journal of
Public Economics, 95: 798 – 812.
Hassan, N. & Ismail, Z. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah.
Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik, 1–14.
Kementerian Pelajaran Malaysia. (2013). Laporan Awal: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 –
2025. Dilayari 17 Julai 2017. Daripada Kementerian Pendidikan Malaysia:
http://www.moe.gov.my/userfiles/file/PPP/Preliminary-Blueprint-ExecSummary-BM.pdf
Magdeline, A, N., & Zamri, M. (2012). Penguasaan pengetahuan pedagogi kandungan guru bahasa iban. GEMA
Online Journal of Language Studies, 12(2), 593–608.
National Center for Education Statistics. (2011). Trends in Mathematics and Science Study. Dilayari 17 Mac
2017. Daripada Institute of Education Sciences: https://nces.ed.gov/timss/results11.asp.
Nik Aziz Nik Pa. (2008). Isu-isu Kritikal dalam Pendidikan Matematik. Kuala Lumpur: Universiti Teknologi
Malaysia.
Organization for Economic Co-operation and Development. (2012). Programme for International Student
Assesement 2012 Result in focus. Dilayari 17 Mac 2017, Daripada Organization for Economic Co-
operation and Development: http://www.oecd.org/pisa/keyfindings/pisa-2012-results-overview.pdf.
Radzi, M. S. M. (2010). Aplikasi kemahiran berfikir aras tinggi melalui pembelajaran berasaskan masalah.
Fakulti Pendidikan,UTM, 1–119.
Shulman, L. S. (1987). Knowledge and Teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review
57: 1 – 22.
Siti Salwa, A. M. (2014). Pengajaran Guru Opsyen dan Bukan Opsyen Kemahiran Hidup Bersepadu Sekolah
Rendah di Batu Pahat. Tesis Master. Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Tengku Zawawi, T. Z. (2005). Pengetahuan Pedagogi Isi Kandungan Bagi Tajuk Pecahan di Kalangan Guru
Matematik Sekolah Rendah. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
United Nations Development Programme. (2015). Human Development Report 2015: Work for human
Development. UNDP.
Wan Ali, W. Z. (2002). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication.

544
Zaidah Yazid. (2005). Pengetahuan pedagogikal kandungan guru Matematik Tambahan berpengalaman: Satu
kajian kes. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.
Zakaria, Z. B. (2011). Pengetahuan pedagogi isi kandungan (PPIK) guru biologi permulaan dan
berpengalaman: satu kajian kes. Retrieved from http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/15/

545

You might also like