Abstrak

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 39

970201086195

ABSTRAK

KAJIAN TENTANG KEPENTINGAN TOKONG CINA KON YIN,


GOPENG DAN KESAN-KESAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG
DIJALANKAN DI TOKONG CINA KON YIN, GOPENG KEPADA
KOMUNITI BUDDHA DI KAWASAN GOPENG

Kajian ini adalah tentang kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng
dan kesan-kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon
Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha. Objektif pertama ialah mengenal pasti
kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng dan objektif yang kedua ialah
mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin,
Gopeng. Lokasi kajian ialah Tokong Cina Kon Yin, Gopeng. Instrument kajian
yang digunakan ialah borang soal selidik, borang matriks temu bual, borang
matriks pemerhatian, dan kajian arkib. Sampel kajian terdiri daripada 40 orang
responden yang tinggal di kawasan Gopeng. Dapatan kajian menunjukkan,
kebanyakan masyarakat cina di kawasan Gopeng sering menyambut perayaan
cina di Tokong Cina Kon Yin, Gopeng seperti Hari Wesak, Pesta Kuih Bulan
dan Hari Cap Goh Mei. Kesimpulannya, pengkaji berharap bahawa kajian ini
dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya rumah ibadah
di negara kita kerana ia dapat memupuk semangat kekitaa di kalangan rakyat
Malaysia.

1
970201086195

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan


terima kasih kepada semua pihak yang banyak membantu dalam
menyempurnakan kerja kursus Pengajian Am ini secara langsung.

Pertama sekali, pengkaji ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan


dan terima kasih kepada Tn.Hj Idris bin Ngah Mat Ariffin selaku pengetua
SMK Seri Teja dan kepada Tn. Hj Ali Rahman bin Idris, selaku Penyelaras
Tingkatan 6 yang telah memberikan kebenaran untuk menjalankan kerja
kursus ini serta banyak memberi sokongan moral kepada pengkaji.

Pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada guru-guru mata pelajaran Pengajian Am iaitu Puan Hjh Zainon binti
Ahmad Zahari dan Cik Nor Faridah binti Ahmad Hosaini kerana telah
memberi banyak tunjuk ajar tentang cara-cara penulisan kajian yang betul.
Tanpa mereka, kajian ini sudah pasti akan gagal.

Selain itu, pengkaji juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu
bapa pengkaji En. Wong Boon Hoo dan Pn. Sunthari yang tidak jemu memberi
sokongan moral mahupun kewangan kepada pengkaji agar kajian pengkaji
dapat disempurnakan dengan baik.

Pengkaji juga banyak berterima kasih kepada kawan-kawan pengkaji yang


banyak bersabar serta memberi idea-idea yang bernas semasa pengkaji
menghadapi masalah sepenajang perjalanan kerja kursus ini.

Pengkaji rasa amat bersyukur kepada Tuhan yang Maha Esa kerana telah
mengurniahkan saya dengan keluarga yang indah, sahabat yang akrab serta
guru-guru yang berdedikasi. Tanpa rahmat-Nya, sudah tentu kerja kursus ini
tidak akan dapat disiapkan tepat pada masanya.

Sekian, terima kasih.

2
970201086195

1.0 PENGENALAN

Tokong cina merupakan tempat menjalankan aktiviti


keagamaan yang utama bagi penganut Buddha dan mereka
menganggap patung-patung yang wujud di dalamnya sebagai
pelambangan tuhan kuam cina mempunyai banyak tokong kerana
mereka percaya bahawa setiap tuhan mempunyai kuasa dan rahmat
yang berbeza setiap satunya. Bangunan Tokong Cina digunakan
untuk menyembah para dewa dalam kepercayaan masyarakat Cina,
termasuk menghormati Sang Buddha. Bagi orang Cina, Tokong Cina
hanya sebagai tempat ibadah untuk kegiataan ritual, tetapi juga salah
satu unsur budaya masyarakat Cina. (Kamus Dewan Edisi ke-4,2010)

Masyarakat Cina umumnya menganut agama Buddha,


Konfusianisme, dan Taoisme. Patung tokoh atau dewa yang ditemui
dalam bangunan tokong, antaranya ialah Sang Buddha, Guan-yin, dan
Tien. Patung-patung ini adalah patung tokoh dan dewa terpenting
dalam kepercayaan masyarakat Cina. Pada hari-hari kebesaran
masyarakat Cina seperti Tahun Baru Cina, tokong dikunjungi oleh
ramai masyarakat Cina untuk bersembahyang. (Menurut Datuk
Ching, 1989)

Pada permulaan perkembangan agama Buddha (sekitar abad


ke-3), kuil ialah tempat tinggal para sami yang dilengkapi dengan
caitya (tempat pemujaan) dan tempat menginap. Kini tokong
berkembang menjadi tempat sembahyang penganut Buddha yang di
dalamnya terdapat bilik semadi, bilik caitya (tempat pemujaan), dan
mazbah (altar) dengan patung Buddha. Istilah “tokong” berubah
menjadi “biara”. Dalam pengertian agama Buddha, tokong juga
digunakan untuk menunjuk tiga kediaman, iaitu kediaman dewa,
kediaman leluhur, dan kediaman mulia. (Irwan Amrizal, 2011).

3
970201086195

Dari segi pembinaan pula bangunan tokong terdiri daripada


uposathagara, dharmasala, kuti, dan perpustakaan. Uposathagara
ialah ruang pertemuan para sami yang di dalamnya dijalankan
pelbagai hal yang berhubung kait dengan aktiviti sangha
(persaudaraan). Uposathagara juga berfungsi sebagai ruang
dharmasala. Dharmasala atau dhammasala ialah tempat sembahyang
dan pembacaan dharma. Di ruang inilah penganut Buddha
melaksanakan sembahyang dan mendengarkan pembacaan dharma
yang dibacakan oleh seorang sami, pendeta, atau dharmaduta. Kuti
ialah tempat tinggal para biksu, biksuni, samanera, atau samaneri.
Pada umumnya tokong terdiri daripada bilik yang didiami oleh
seorang atau dua orang sami. Namun, kuti di tokong meditasi
selalunya hanya menempatkan seorang sami. Selain itu, tokong satu
dengan kuti yang lainnya berjarak cukup jauh. Di tempat ini mereka
hidup dan belajar dharma, melaksanakan dharma., merealisasikannya,
serta melestarikannya. (Sima Qian, 2010)

Secara umumnya, sami (biksu, atau dalam Bahasa Pali, bikku)


ialah mereka yang mengaku dirinya pengikut Buddha. Hanya sami
yang terikat pada kaedah-kaedah agama. Penganut Buddha menyebut
sami dengan kata hormat yang ariya, bererti “yang mulia”. Biksu
panggilan bagi pendeta lelaki, namun sebutan yang paling akrab ialah
bhante yang ertinya “yang terhormat”. Panggilan untuk seorang
biksuni (pendeta wanita) ialah ayya. Ekoran jarang digunakan, istilah
ini hamper dilupakan. Sekarang istilah untuk para biksuni sama
seperti istilah untuk para biksu. (Cheong Seong Keng, 2001)

Tokong Cina yang dibina mempunyai banyak kepentingan.


Antara kepentingannya ialah tokong Cina merupakan tempat untuk
memenuhi keperluan spiritual komuniti Cina setempat untuk
melaksankan penyembahan, upacara istiadat, dan perayaan
keagamaan. Tokong Cina juga berperanan sebagai pusat pengajian

4
970201086195

keagamaan dan pusat perkhidmat komuniti kepada penganut agama


dan para pengunjung. (Abdul Ishak bin Mohd Khadir, 2013)
Masyarkat Cina memerlukan tokong untuk pelbagai upacara
dan paling utama sekali ialah untuk menyambut Pesta Kuih Bulan dan
Hari Cap Goh Mei. Pesta Kuih Bulan juga merupakan perayaan yang
penting bagi masyarakat Cina. Pesta ini disambut pada 15 haribulan
pada bulan ke-8 dalam calendar cina. Pada hari itu, masyarkat cina
akan pergi ke tokong untuk bersembahyang dan kanak-kanak pula
akan bermain tanglung. (Cecillia Lim Gek Yong, 2014) Hari Cap Goh
Mei merupakan Tahun Baru Cina yang terakhir bagi masyarakat
Cina. Ia terjatuh pada hari ke-15 pada bulan 1 dalam kalendar cina.
Oleh itu, semua masyarakat Cina akan menyambutnya di rumah
kemudian mereka akan pergi ke tokong untuk bersembahyang
bersama ahli keluarganya. Tokong cina mempunyai pelbagai fungsi
dan tokong cina amat penting bagi masyarkat Cina untuk
menjalankan segala aktiviti. (Muhamad Nor Ariff, 2012)

Kajian ini turut meliputi kesan pelaksanaan aktiviti yang


dijalankan di tokong Cina. Antara aktiviti yang dijalankan di tokong
Cina telah memberi kesan yang sangat baik kepada masyarakat Cina.
Antara kesan tersebut ialah, masyarakat Cina dapat menjalinkan
hubungan silaturahim antara satu sama lain melalui aktiviti yang
dijalankan di Tokong Cina. (Abdul Ghani Ahmad, 2007) Selain itu,
masyarakat Cina dapat mengisi masa terluang dengan aktiviti
keagamaan dan matlamat lain yang menjurus kepada kebaikan
bersama. (Abdul Rasid Mahsin, 2010)

Kajian pengkaji akan menyentuh sedikit sebanyak tentang


kepentingan tokong Cina dan kesan pelaksanaan aktiviti yang
dijalankan di tokong Cina kepada masyarakat Cina. Rasional kajian
ialah pengkaji melakukan kajian ini di kawasan Taman Gopeng Baru.
Gopeng merupakan sebuah luar Bandar yang terlatak kira-kira 20
minit dari Ipoh. Kajian ini dilakukan untuk mengenal pasti

5
970201086195

kepentingan Tokong Cina Kon Yin kepada komuniti Cina di Gopeng


serta untuk

mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin
kepada komuniti Buddha di Gopeng.

Kajian ini dilakukan untuk memenuhi kehendak-kehendak yang berikut, iaitu:

Rasional kajian ini adalah ntuk memahami kepentingan Tokong Cina


dan kesan pelaksanaan aktiviti di tokong tersebut kepada komuniti Buddha.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat mengenali salah satu kepentingan Tokong
Cina kepada komuniti buddha dengan lebih mendalam. Pengkaji juga ingin
mengambil kesempatan ini untuk meningkatkan tahap pengetahuan pengkaji
terhadap agama pengkaji. Dengan ini, pengkaji akan dapat satu gambaran yang
lebih jelas tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tokong cina dan
kesannya terhadap komuniti buddha.

Rasional kajian dijalankan lagi ialah pengkaji mendapati kebanyakan


aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina mendapat sambutan masyarakat cina
kerana aktiviti ini memberi kesan yang baik kepada komuniti Buddha.
Keadaan yang sama juga berlaku di Tokong Cina Kon Yin Gopeng, Perak
Darul Ridzuan. Oleh itu, pengkaji sebagai seorang yang beragama Buddha
ingin mengambil kesempatan ini untuk mengetahui apakah kesan pelaksanaan
aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina kepada komuniti Buddha.

6
970201086195

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Kajian ini merangkumi dua objektif utama, iaitu:

2.1 Mengenal pasti kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada
Komuniti Buddha
2.2 Mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina
Kon Yin kepada komuniti Buddha

7
970201086195

3.0 LOKASI KAJIAN

Pengkaji melakukan kajian ini di kawasan Taman Gopeng Baru yang berada di
negeri Perak Darul Ridzuan. Pengkaji memilih lokasi ini kerana tempat ini
merupakan tempat tinggal pengkaji sejak lahir. Selain itu, populasi masyarakat
Cina di sini juga agak ramai dan ini akan memudahkan pengkaji untuk
menjalankan kaedah soal selidik, pemerhatian dan temu bual terhadap mereka
untuk mengutip maklumat tentang kepentingan Tokong Cina dan kesan
pelaksanaan aktiviti di tokong tersebut.

3.1 PETA

3.1.1 PETA PERAK DARUL RIDZUAN

Peta 1 : Negeri Perak Darul Ridzuan

8
970201086195

Sumber : Google Maps

Peta di atas merupakan peta negeri Perak Darul Ridzuan iaitu salah
satu negeri daripada 13 buah negeri yang membentuk Persekutuan Malaysia
pada hari ini. Perak mempunyai gelaran “Darul Ridzuan” yang membawa
maksud Diredai Tuhan (Suraya, 1995). Negeri yang mempunyai keluasan
21006 kilometer persegi ini bersempadan dengan beberapa buah negeri seperti
Pulau Pinang di utara, dan Kelantan di Timur. Negeri Perak terdiri daripada
10 buah daerah iaitu, Kinta, Hilir Perak, Perak Tengah, Batang Padang,
Kampar, Larut Matang, Kerian, Manjung, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.
Kuala Kangsar merupakan Bandar diraja bagi negeri ini manakala Ipoh
berperanan sebagai ibu negeri. Terdapat 710 789 tokong Cina di Negeri Perak.
Populasi komuniti Buddha di negeri ini merupakan 279 8,000 orang. (Banci
Penduduk dan Perumahan 2012)

3.1.2 PETA DAERAH KAMPAR

9
970201086195

Peta 2 : Daerah Kampar


Sumber : Google Maps

Peta di atas menunjukkan daearah Kampar. Kampar merupakan pekan


kecil yang berada di bawah daerah kinta, iaitu salah sebuah daerah yang
terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan. Kampar terletak kira-kira 39 kilometer
atau 50 minit dari Ipoh, iaitu ibu negeri Perak. Terdapat 9 tokong Cina di
daerah Kampar. Walaupun asal-usul daerah Kampar tidak dapat dibuktikan
dengan sokongan kajian sejarah yang kukuh, namun masyarakat di sini
mempunyai versi mereka tersendiri. Menurut kajian yang dijalankan oleh
pengkaji dalam kalangan masyarakat di daerah ini, terdapat satu versi
bagaimana pekan ini memperoleh nama Kampar.

3.1.3 PETA GOPENG

Peta 3 : Kawasan Gopeng


Sumber : Google Maps

10
970201086195

Peta di atas menunjukkan kawasan Gopeng. Gopeng merupakan sebuah


pekan yang kecil yang berada di bawah Mukim Teja dalam daerah Kampar.
Gopeng terletak kira-kira 20 kilometer atau 30 minit dari Ipoh. Nama asal
Gopeng ialah Kampung Mesah. Terdapat 1 tokong Cina di kawasan Gopeng.
Walaupun asal-usul Gopeng tidak dapat dibuktikan dengan sokongan kajian
sejarah yang kukuh.

3.2 GAMBAR

Gambar 1 : Kawasan depan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Gambar 2 : Bilik Memooja Tokong Cina Kon Yin, Gopeng


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

11
970201086195

4.0 METODOLOGI KAJIAN


Pendahuluan

Menurut Mugilan Krishna (2008), dan Siti Nisha binti Ahmad (2012)
metodolgi kajian merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan
kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur.
Tujuannya adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu pengkaji
sedaya upayanya memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan
kertas projek ini.

Oleh itu dalam bahagian ini pengkaji akan membincangkan reka bentuk kajian,
sampel kajian, batasan kajian, instrument kajian, dan prosedur analisis data
bagi menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih awal.
Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif
kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai.

4.1 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini berbentuk kajian tinjauan berbentuk deskriptif. Kajian


tinjauan ialah kaedah mengumpul maklumat dengan bertanyakan satu set
soalan kepada satu sampel individu yang dipilih daripada populasi yang
hendak dikaji (Mohd Ibrahim, 2010). Kajian ini bertujuan untuk
mengenalpasti kepentingan Tokong Cina Kon Yin kepada komuniti Buddha
dan untuk mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong
Cina Kon Yin kepada komuniti Buddha.

12
970201086195

4.2 INSTRUMENT KAJIAN

Instrument ialah proses menyediakan alat pengumpulan data menerusi


konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan, dan keterangan
latar belakang.

Jadual 1 : Kaedah instrument kajian.

Kaedah Instrument
Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Rujukan dan borang pemerhatian dan temu bual

Sumber : Kajian Lapangan 2016

4.2.1 SOAL SELIDIK

Soal selidik merupakan alat kajian kaedah kuantitatif. Menurut Sabitah


Marican, (2009) mengatakan bahawa soal selidik ialah salah satu cara untuk
membolehkan pengkaji mendapatkan jawapan bagi sialan penyelidikan
tentang objektif kajian. Pengkaji menggunakan borang soal selidik ini untuk
memenuhi 2 objektif iaitu mengenalpasti kepentingan Tokong Cin Kon Yin
kepada komuniti Buddha dan mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti di Tokong
Cina Kon Yin kepada komuniti Buddha.

Maklumat yang diperlukan hanya akan diperoleh setelah borang soal


selidik itu diisi dan dilengkapkan oleh responden kajian. Dalam kajian ini
borang soal selidik pengkaji menggunakan prinsip KISS (Keep It Short and
Simple) iaitu mengemukakan soalan-soalan yang mudah difahami oleh
responden yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.

13
970201086195

4.2.2 TEMU BUAL

Menurut Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman (2002), kaedah
temu bual merupakan salah satu kaedah tinjauan untuk mengumpul maklumat
utama dalam sesebuah kajian. Temu bual boleh dikategorikan sebagai temu
bual formal dan temu bual secara informal. Tujuan temu bual adalah untuk
mendapatkan maklumat tambahan bagi mengesahkan maklum balas daripada
responden soal selidik. Kaedah temu bual ini adalah lebih kurang sama dengan
kaedah soal selidik tetapi kaedah ini melibatkan interaksi secara berlangsung
antara individu.

Dalam kajian ini, pengkaji akan menjalankan temu bual dengan 5


orang informen kajian daripada komuniti Buddha. Tujuan utama temu bual
dijalankan adalah untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap tentang
Tokong Cina Kon Yin di Gopeng dalam kalangan komuniti Buddha. Jawapan
kepada kaedah temu bual ini akan diproses dengan menggunakan borang
matrik temu bual.

4.2.3 RUJUKAN (KAJIAN AKRIB)

Pengkaji juga turut menggunkan kaedah Rujukan untuk memperoleh


maklumat. Dalam konteks ini, pengkaji merujuk buku-buku ilmiah tempatan
bagi mengenal pasti kepentingan Tokong Cina kepada komuniti Buddha di
Malaysia kerana terdapat sedikit perbezaan dengan Negara China. Rujukan ini
banyak membantu pengkaji untuk memantapkan kajian yang dilakukan ini.

4.2.4 PEMERHATIAN

14
970201086195

Pengumpulan data untuk sesebuah kajian yang sedang dilakukan


adalah tidak lengkap tanpa kaedah pemerhatian. Data yang dikumpulkan
tentang sesuatu objektif kajian melalui pemerhatian dapat membekalkan
maklumat yang kaya dan boleh menambah kebolehpercayaan kepada
penyelidikan yang dijalankan (Rohana Abdullah, 2000)

Menurut Zaidatul Mazni, (2010), pemerhatian membolehkan pengkaji


untuk mengumpul data dengan membuat catatan tentang tingkah laku
seseorang dalam keadaan semulajadi berdasarkan umur, jantina, dan kerjaya.
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian secara tidak
langsung bagi menyokong objektif kajian pengkaji.

4.3 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang


melibatkan 30 orang yang terdiri daripada komuniti Buddha di Gopeng.
Responden kajian ini terdiri daripada satu etnik sahaja kerana kajian pengkaji
adalah tentang kepentingan Tokong Cina Kon Yin kepada komuniti Buddha
dan kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin
kepada komuniti Buddha. Oleh itu, kumpulan sasaran pengkaji hanya tertumpu
kepada komuniti Buddha yang terdapat di kawasan ini. Bilangan sampel kajian
pengkaji ini amat bersesuaian dengan kajian kuantitatif yang sesuai untuk
mewakili populasi yang dikaji, (Kok Mei Ling, 2007).

4.4 CARA PENGUMPULAN DATA


Data dan maklumat kajian ini dikumpul menggunakan pelbagai ara
seperti dokumentasi, borang soal selidik, temu bual, dan borang pemerhatian.

4.4.1 Dokumentasi
Kajian ini dimulakan dengan kajian terhadap bahan-bahan
bertulis yang telah diterbitkan seperti buku, dan sumber daripada internet bagi
mendapat maklumat berkenaan kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng

15
970201086195

kepada komuniti Buddha dan kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di


Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha.

4.4.2 Pemerhatian
Kaedah pemerhatian ini telah dijalankan selama satu hari di
sekitar kawasan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng. Borang pemerhatian ini
adalah sejenis borang pemerhatian terbuka iaitu pengkaji melihat aktiviti yang
dijalankan sepenjang tempoh berkenaan. Sesi pemerhatian ini telah dijalankan
pada Tarikh 13 Mac 2016 yang berlangsung pada jam 10.00 hingga 02.00
petang. Manakala, pada jam 02.00 hingga jam 04.00 petang adalah sesi jamaun
makan.

4.4.3 Soal selidik


Borang soal selidik yang sesuai telah pengkaji buat untuk
mendapatkan dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan
objektif kajian. Borang telah diedarkan secara rawak kepada responden di
kawasan kajian. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian iaitu
bahagian A, bahagian B, dan bahagian C. bahagian A adalah mengenai
maklumat diri responden. Bahagian B pula, adalah soalan yang berkaitan
kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng, manakala bahagian C adalah
soalan mengenai kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina
Kon Yin, Gopeng.

4.4.4 Temu Bual


Pengkaji menemu bual 4 orang informen kajian yang tinggal di
kawasan Gopeng. Pengkaji menyediakan borang temu bual yang mengandungi
3 soalan berstruktur. Tujuan utama temu bual ini adalah untuk mengetahui
kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha dan
kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin, Gopeng

16
970201086195

kepada komuniti Buddha di kawasan kajian. Pengkaji mengadakan sesi temu


bual bersama penduduk yang tinggal di sekitar kawasan tokong tersebut.
Pengkaji juga menemu bual pengurus Tokong Cina Kon Yin, Gopeng yang
menguruskan segala urusan tokong tersebut.

4.5 CARA ANALISIS DATA

Selepas data dikumpulkan melalui kaedah-kaedah tersebut, analisis


secara deskriptif telah dijalankan. Analisis secara kuantitatif telah dijalankan
atas data yang diperoleh melalui soal selidik. Kekerapan, peratusan, min, dan
rajah yang sesuai telah digunakan dalam analisis ini. Poin yang diberikan
untuk skala Likert yang digunakan dalam borang soal selidik adalah seperti
yang berikut:

SKALA POIN
Sangat tidak setuju (STS) 1
Tidak setuju (TS) 2
Tidak pasti (TP) 3
Setuju (S) 4
Sangat setuju (SS) 5

Di samping itu, analisis secara kualitatif pula dijalankan atas data yang
diperoleh melalui pemerhatian temu bual serta rujukam. Maklumat daripada
sumber-sumber tersebut ditafsirkan untuk menjadi data kajian.

5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN

Bab ini menerangkan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas


responden terhadap soal selidik, temu bual, rujukan, dan pemerhatian yang
telah dijalankan berkaitan kepentingan Tokong Cina Kon Yin dan kesan

17
970201086195

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN


UMUR

15 - 20
21 - 30
18% 20% 31 - 40
41 - 50
51 - 60
23% 15%

25%

JANTINA KEKERAPAN (ORANG) PERATUS (%)


Lelaki 24 60
Perempuan 16 40
aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin. Seterusnya, menganalisis
data terhadap Tokong Cina Kon Yin, Gopeng, Perak.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN

Jadual 2 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

18
970201086195

Rajah 1 : DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN UMUR


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Berdasarkan rajah 1, menunjukkan demografi responden berdasarkan


umur. Daripada 40 orang responden yang menjawab borang soal selidik,
seramai 8 orang responden berumur antara 15 tahun hingga 20 tahun
bersamaan 20%. Sementara itu, bagi responden yang berumur antara 21 tahun
hingga 30 tahun adalah 6 orang bersamaan 15%. 10 orang responden
bersamaan 25% adalah berumur 31 tahun hingga 40 tahun. Bagi responden
yang berumur antara 41 tahun hingga 50 tahun adalah 9 orang bersamaan
22.5%. Akhirnya, 7 orang bersamaan 17.5% adalah responden yang berumur
antara 51 tahun hingga 60 tahun.
Kesimpulannya, Bilangan responden yang berumur antara 31 tahun
hingga 40 tahun adalah paling ramai dan responden yang berumur antara 21
tahun hingga 30 tahun adalah paling sedikit.

KEKERAPAN ORANG
UMUR
BIL.ORANG PERATUS (%)
15 – 20 Tahun 8 20
21 – 30 Tahun 6 15
31 – 40 Tahun 10 25
41 -50 Tahun 9 22.5
51 – 60 Tahun 7 17.5

Jadual 3 : Demografi Responden Berdasarkan Umur


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

19
970201086195

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN


JANTINA

Lelaki
40% Perempuan

60%

Rajah 2 : DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN JANTINA


( Sumber : Kajian Lapangan, 2016 )

Berdasarkan rajah 2, menunjukkan demografi responden berdasarkan


jantina, responden yang menjawab soalan borang soal selidik. Daripada 40
orang responden, 24 orang responden bersamaan 60% adalah lelaki. Seramai
16 orang bersamaan 40% responden adalah perempuan.

Kesimpulannya, bilangan responden lelaki lebih ramai daripada


bilangan responden perempuan.

KEKERAPAN ORANG
KERJAYA
BIL.ORANG PERATUS (%)
Penjawat Awam 4 10
Penjawat Swasta 10 25
Pelajar 9 22.5
Bekerja Sendiri 6 15
Pesara 5 12.5
Lain-Lain 6 15
Jadual 4 : Demografi Responden Berdasarkan Kerjaya
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

20
970201086195

DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN


KERJAYA

Penjawat Awam
15% 10% Penjawat Swasta
Pelajar
Bekerja Sendiri
13% 25% Pesara
Lain-Lain
15%
23%

Rajah 3 : DEMOGRAFI RESPONDEN BERDASARKAN KERJAYA


( Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

Berdasarkan rajah 3, menunjukkan demografi responden berdasarkan


kerjaya masing-masing. Daripada 40 orang responden yang telah menjawab
soal selidik, seramai 4 orang bersamaan 10% adalah penjawat awam. Seramai
10 orang bersamaan 25% adalah penjawat swasta, manakala 9 orang
bersamaan 22.5% adalah pelajar daripada 40 orang responden. Sementara itu,
6 orang bersamaan 15% adalah pekerja sendiri. Selain itu, 5 orang bersamaan
12.5% adalah pesara dan 6 orang bersamaan 15%, adalah kategori lain-lain.

Kesimpulannya, Bilangan responden yang paling ramai berdasarkan


kerjaya adalah penjawat swasta dan Bilangan responden yang paling rendah
adalah penjawat awam. Hal ini demikian kerana, penjawat swasta adalah orang
yang mengetahui lebih tentang Tokong Cina Kon Yin, Gopeng.
5.2 MENGENAL PASTI KEPENTINGAN TOKONG CINA KON YIN
KEPADA KOMUNITI BUDDHA DI GOPENG

Jadual 3 menunujukkan kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada


komuniti Buddha.

Jadual 3 : Analisis kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada


komuniti Buddha

21
970201086195

STS TS TP S SS
Bil Item
 %  %  %  %  %
Tokong Cina Kon
Yin merupakan
tempat untuk
1 0 0 1 2.5 0 0 19 47.5 20 50
komuniti Buddha
menyambut Pesta
Kuih Bulan
Tempat untuk
komuniti Buddha
2 0 0 1 2.5 0 0 20 50 19 47.5
menyambut hari
Cap Goh Mei
Tokong Cina
3 merupakan tempat 0 0 0 0 0 0 22 55 18 45
tinggal para sami
Dapat membina
masyarkat yang
4 0 0 0 0 0 0 20 50 20 50
bernilai murni dan
bermoral
Tokong Cina Kon
Yin merupakan
5 0 0 1 2.5 0 0 19 47.5 20 50
tempat komuniti
Buddha beribadah
Tokong Cina Kon
Yin berperanan
6 sebagai pusat 0 0 1 2.5 0 0 22 55 17 42.5
perkembangan
ilmu
Tokong Cina juga
berperanan sebagai
7 0 0 0 0 0 0 15 37.5 25 62.5
lambang kekuatan
komuniti Buddha
Dapat membantu
8 penyebaran agama 0 0 1 2.5 0 0 20 50 19 47.5
Buddha

Salah satu
kepentingan
9 Tokong Cina 0 0 0 0 0 0 25 62.5 15 37.5
adalah untuk
mendisiplinkan diri
Tokong Cina
merupakan tempat
10 0 0 0 0 0 0 20 50 20 50
untuk memandikan
mayat
11 Tokong cina 0 0 1 2.5 0 0 14 35 25 62.5
merupakan tempat

22
970201086195

untuk mengadakan
upacara
perkahwinan
Tokong Cina
merupakan tempat
untuk komuniti
12 0 0 0 0 0 0 25 62.5 15 37.5
Buddha
menyambut Hari
Wesak
Komuniti Buddha
sering melakukan
13 0 0 1 2.5 0 0 21 52.5 18 45
latihan Tarian naga
di Tokong Cina
Tokong Cina Kon
Yin juga
berperanan untuk
14 0 0 0 0 0 0 21 52.5 19 47.5
meningkatkan
tabiat sosial
komuniti Buddha
Tempat untuk
15 meningkatkan 0 0 0 0 0 0 20 50 20 50
pengetahuan rohani

( Sumber : Kajian Lapangan, 2016 )

Berdasarkan jadual 3, rajah 5 menunjukkan tentang kepentingan Tokong


Cina Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha. Terdapat 15 item pernyataan
telah disenaraikan. Seramai 40 responden yang terdiri daripada kaum Buddha
telah menyatakan pendapatan mereka terhadap 15 item tersebut.

Item pertama bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina Kon Yin
merupakan tempat untuk komuniti Buddha menyambut Pesta Kuih Bulan.
Seramai 1 orang bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 19 orang

23
970201086195

responden bersamaan 47.5% telah memilih setuju dan seramai 20 orang


bersamaan 50% telah memilih sangat setuju. Tidak ada seorang responden
yang sangat tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara
keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Kadir H.Bin (1998) dalam
karya beliau.

Item kedua bagi soalan pertama adalah, tempat untuk komuniti Buddha
menyambut Hari Cap Goh Mei. Seramai 1 orang responden bersamaan 2.5%
telah memilih tidak setuju, seramai 20 orang responden bersamaan 50% telah
memilih setuju, dan seramai 19 orang responden bersamaan 47.5% telah
memilih sangat setuju dengan pernyataan item berikut. Tidak ada responden
yang sangat tidak setuju dan tidak pasti untuk pernyataan ini. Secara
keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Ini bermaksud bahawa Tokong Cina Kon Yin sangat penting
untuk komuniti Buddha di kawasan Gopeng. Dapatan ini turut disokong oleh
Abdul Halim (2000) dalam artikel beliau.

Item ketiga bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina merupakan tempat
tinggal para sami. Seramai 22 orang bersamaan 55% telah memilih setuju dan
seramai 18 orang bersamaan 45% telah memilih sangat setuju dengan
pernyataan berikut. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju,
tidak setuju, dan tidak pasti untuk pernyataan ini. Secara keseluruhannya,
hampir lebih daripada 80% responden bersetuju dengan pernyataan ini.
Dapatan ini turut disokong oleh Dzulkifli Suppin (2012) dalam artikel beliau.
Item keempat bagi soalan pertama adalah, dapat membina masyarakat
yang bernilai murni dan bermoral. Seramai 20 orang responden bersamaan
50% telah memilih setuju dan seramai 20 orang bersamaan 50% telah memilih
sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak
setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir
lebih daripada 70% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini
turut disokong oleh Chee Siew Mei (2001) dalam artikel beliau.

24
970201086195

Item kelima bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina Kon Yin
merupakan tempat untuk komuniti Buddha beribadah. Seramai 1 orang
responden bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 19 orang orang
responden bersamaan 47.5% telah memilih setuju, dan seramai 20 orang
responden bersamaan 50% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden
yang memilih sangat tidak setuju dan tidak pasti dalam pernyataan ini. Secara
kerseluruhannya, hampir lebih daripada 60% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Ini menunjukkan bahawa hampir setengah responden telah
memilih Tokong Cina Kon Yin sebagai tempat beribadah. Dapatan ini turut
disokong oleh Haji Talib bin Tapri (2010) dalam karya beliau.

Item keenam bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina Kon Yin
berperanan sebagai pusat perkembangan ilmu. Seramai 1 orang responden
bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 22 orang bersamaan 55%
telah memilih setuju, dan seramai 17 orang responden bersamaan 42.5% telah
memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju
dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih
daripada 50% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut
disokong oleh Lee Kim Lean (2000) dalam artikel beliau.

Item ketujuh bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina juga berperanan
sebagai lambang kekuatan komuniti Buddha. Seramai 15 orang responden
bersamaan 37.5% telah memilih setuju dan seramai 25 orang responden
bersamaan 62.5% telah memilih sangat setuju. Tidak ada seorang responden
yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan tidak pasti dengan
pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden
bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Rafikah
Ishak (2007) dalam karya beliau.

Item kelapan bagi soalan pertama adalah, dapat membantu penyebaran


agama Buddha. Seramai 1 orang responden bersamaan 2.5% telah memilih
tidak setuju, seramai 20 orang responden bersamaan 50% telah memilih setuju,
dan seramai 19 orang responden bersamaan 47.5% telah memilih sangat
setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak pasti

25
970201086195

dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 60%


bersetuju dengan pernyataan ini. Ini bermaksud bahawa Tokong Cina juga
berperanan untuk menyebarkan agama Buddha. Dapatan ini turut disokong
oleh Nor Saliza Shaharuddin (2000) dalam karya beliau.

Item kesembilan bagi soalan pertama adalah, salah satu kepentingan


Tokong Cina adalah untuk mendisiplinkan diri. Seramai 25 orang responden
bersamaan 62.5% telah memilih setuju dan seramai 15 orang responden
bersamaan 37.5% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang
memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan
ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 60% responden bersetuju
dengan pernyataan ini.

Item kesepuluh bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina merupakan


tempat untuk memandikan mayat. Seramai 20 orang responden bersamaan
50% telah memilih setuju dan seramai 20 orang bersamaan 50% telah memilih
sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak
setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir
lebih daripada 80% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini
turut disokong oleh Junaidah Hamid (2003) dalam karya beliau.

Item kesebelas bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina merupakan


tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan. Seramai 1 orang responden
bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 14 orang bersamaan 35%
memilih setuju, dan seramai 25 orang responden bersamaan 62.5% telah
memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju
dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih
daripada 60% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini bermaksud
bahawa kebanyakan komuniti Buddha mengadakan upacara perkahwinan di
Tokong Cina. Dapatan ini turut disokong oleh Fatimah binti Kamarul (2001)
dalam artikel beliau.

Item kedua belas bagi soalan pertama adalah, Tokong Cina merupakan
tempat untuk komuniti Buddha menyambut Hari Wesak. Seramai 25 orang

26
970201086195

bersamaan 62.5% telah memilih setuju dan seramai 15 orang bersamaan


37.5% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat
tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara
keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Ini bermaksud bahawa hampir setengah responden tidak
menyambut Hari Wesak di Tokong Cina. Dapatan ini turut disokong oleh
Murugaiya (2005) dalam artikel beliau.

Item ketiga belas bagi soalan pertama adalah, komuniti Buddha sering
melakukan latihan Tarian Naga di Tokong Cina. Seramai 1 orang responden
bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 21 orang bersamaan
52.5% telah memilih setuju, dan seramai 18 orang responden bersamaan 45%
telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak
setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir
lebih daripada 50% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini
turut disokong oleh Chew Pui Ling (2001) dalam artikel beliau.

Item keempat belas bagi soalan pertama adalah Tokong Cina Kon Yin
juga berperanan untuk meningkatkan tabiat sosial komuniti Buddha. Seramai
21 orang bersamaan 52.5% telah memilih setuju dan seramai 19 orang
responden bersamaan 47.5% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden
yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dengan
pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 70% responden
bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Junaidah
Ahmad (2001) dalam karya beliau.

Item terakir bagi soalan pertama adalah, tempat untuk meningkatkan


pengetahuan rohani. Seramai 20 orang reponden bersamaan 50% telah
memilih setuju dan seramai 20 orang responden bersamaan 50% telah memilih
sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak
setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir
lebih daripada 50% responden yang bersetuju dengan pernyataan ini.

27
970201086195

5.3 KESAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI


TOKONG CINA KON YIN, GOPENG KEPADA KOMUNITI BUDDHA

Jadual 4 kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin,
Gopeng kepada komuniti Buddha

Jadual 4 : Analisis kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina


Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha

28
970201086195

STS TS TP S SS
Bil Item
 %  %  %  %  %
Dapat menjalinkan
1 hubungan 0 0 0 0 0 0 22 55 18 45
silaturahim
Dapat
mencerminkan
2 0 0 1 2.5 0 0 23 57.5 16 40
identiti komuniti
Buddha
Dapat mewujudkan
semangat positif
3 0 0 0 0 0 0 19 47.5 21 52.5
antara satu sama
lain
Dapat memupuk
nilai-nilai murni
dalam kehidupan
4 0 0 0 0 0 0 30 75 10 25
kita melalui aktiviti
yang dilaksanakan
di Tokong Cina
Dapat mewujudkan
persefahaman dan
5 kemesraan di 0 0 0 0 0 0 14 35 26 65
kalangan komuniti
Buddha
Komuniti Buddha
dapat mengisi masa
6 0 0 1 2.5 0 0 21 52.5 18 45
terluang dengan
aktiviti keagamaan
Dapat memupuk
semangat
7 kerjasama dalam 0 0 0 0 0 0 20 50 20 50
kalangan komuniti
Buddha

Keharmonian hidup
8 dapat dikecapi 0 0 0 0 0 0 15 37.5 25 62.5
sampai bila-bila
Mengenali lebih
9 rapat antara satu 0 0 0 0 0 0 26 65 14 35
sama lain
Kehidupan
komuniti Buddha
akan bertambah
10 sejahtera melalui 0 0 0 0 0 0 15 37.5 25 62.5
aktiviti yang
dilaksanakan di
Tokong Cina

29
970201086195

Memupuk
semangat
11 perpaduan kaum 0 0 0 0 0 0 22 55 18 45
dalam kalangan
komuniti Buddha
Memupuk
12 persahabatan dan 0 0 0 0 0 0 20 50 20 50
sifat setiakawan
Dapat melahirkan
perasaan hormat
13 0 0 0 0 0 0 17 42.5 23 57.5
dan bermaaf-
maafan
Dapat menarik
14 kedatangan 0 0 1 2.5 0 0 14 35 25 62.5
pelancong asing
Dapat
meningkatkan imej
15 0 0 0 0 0 0 22 55 18 45
komuniti Buddha
di mata dunia

( Sumber : Kajian Lapangan, 2016 )

Berdasarkan jadual 4, rajah 6 menunjukkan tentang kesan


pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada
komuniti Buddha. Terdapat 15 item pernyataan telah disenaraikan. Seramai 40
responden yang terdiri daripada kaum Buddha telah menyatakan pendapatan
mereka terhadap 15 item tersebut.

Item pertama bagi soalan kedua adalah, dapat menjalankan hubungan


silaturahim. Seramai 22 orang bersamaan 55% telah memilih setuju dan
seramai 18 orang bersamaan 45% telah memilih sangat setuju. Tidak ada

30
970201086195

responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti
dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 50%
responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh
Evelyn Rebecca (1980) dalam karya beliau.

Item kedua bagi soalan kedua adalah, dapat mencerminkan identiti


komuniti Buddha. Seramai 1 orang responden bersamaan 2.5% telah memilih
tidak setuju, seramai 23 orang responden bersamaan 57.5% telah memilih
setuju, dan seramai 16 orang responden bersamaan 40% telah memilih sangat
setuju dengan pernyataan ini. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak
setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir
lebih daripada 60% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Ini bermaksud
bahawa Tokong Cina Kon Yin sangat penting untuk komuniti Buddha di
kawasan Gopeng untuk mencerminkan identiti komuniti Buddha. Dapatan ini
turut disokong oleh Dahlina Abdul Halim (2010) dalam artikel beliau.

Item ketiga bagi soalan kedua adalah, dapat mewujudkan semangat


positif antara satu sama lain. Seramai 19 orang responden bersamaan 47.5%
telah memilih setuju dan seramai 21 orang responden bersamaan 52.5% telah
memilih sangat setuju dengan pernyataan berikut. Tidak ada responden yang
memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti untuk pernyataan ini.
Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 80% responden bersetuju
dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Liew Len Siew (2009)
dalam karya beliau.
Item keempat bagi soalan kedua adalah, dapat memupuk nilai-nilai
murni dalam kehidupan kita melalui aktiviti yang dilaksanakan di Tokong
Cina. Seramai 30 orang responden bersamaan 75% telah memilih setuju dan
seramai 10 orang bersamaan 25% telah memilih sangat setuju. Tidak ada
responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti
dalam pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 75%
responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh
Haji Kammaruddin (2000) dalam karya beliau.

31
970201086195

Item kelima bagi soalan kedua adalah, dapat mewujudkan persefahaman


dan kemesraan di kalangan komuniti Buddha. Seramai 14 orang bersamaan
35% telah memilih setuju dan seramai 26 orang responden bersamaan 65%
telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak
setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dalam pernyataan ini. Secara
kerseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Noraziah binti Mohd Yussof
(2004) dalam artikel beliau.

Item keenam bagi soalan kedua adalah, komuniti Buddha dapat mengisi
masa terluang dengan aktiviti keagamaan. Seramai 1 orang responden
bersamaan 2.5% telah memilih tidak setuju, seramai 21 orang responden
bersamaan 52.5% telah memilih setuju, dan seramai 18 orang responden
bersamaan 45% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang
memilih sangat tidak setuju dan tidak pasti dalam pernyataan ini. Secara
keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan
pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Hajah Norlian (2011) dalam
karya beliau.

Item ketujuh bagi soalan kedua adalah, dapat memupuk semangat


kerjasama dalam kalangan komuniti Buddha. Seramai 20 orang responden
bersamaan 50% telah memilih setuju dan seramai 20 orang responden
bersamaan 50% telah memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang
memilih sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dengan pernyataan
ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 50% bersetuju dengan
pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Sen Mei Ling (2001) dalam
artikel beliau.

Item kelapan bagi soalan kedua adalah, keharmonian hidup dapat


dikecapi sampai bila-bila. Seramai 15 orang responden bersamaan 37.5% telah
setuju dan seramai 25 orang responden bersamaan 62.5% telah memilih sangat
setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan
tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih

32
970201086195

daripada 60% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut
disokong oleh Norhazira Osman (2010) dalam karya beliau.

Item kesembilan bagi soalan kedua adalah, mengenali lebih rapat antara
satu sama lain. Seramai 26 orang responden bersamaan 65% telah memilih
setuju dan seramai 14 orang responden bersamaan 35% telah memilih sangat
setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju,
dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih
daripada 75% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut
disokong oleh Subhagar Anand (2002) dalam artikel beliau.

Item kesepuluh bagi soalan kedua adalah, kehidupan komuniti Buddha


akan bertambah sejahtera melalui aktiviti yang dilaksanakan di Tokong Cina.
Seramai 15 orang responden bersamaan 37.5% telah memilih setuju dan
seramai 25 orang bersamaan 62.5% telah memilih sangat setuju. Tidak ada
responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju, dan tidak pasti dengan
pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 65% responden
bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh Hajah Robiah
(2011) dalam artikel beliau.

Item kesebelas bagi soalan kedua adalah, memupuk semangat perpaduan


kaum dalam kalangan komuniti Buddha. Seramai 22 orang bersamaan 55%
memilih setuju dan seramai 18 orang responden bersamaan 45% telah memilih
sangat setuju. Tidak ada responden yang sangat tidak setuju, tidak setuju dan
tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih
daripada 55% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut
disokong oleh Liu Kar Chun (2001) dalam karya beliau.

Item kedua belas bagi soalan kedua adalah, memupuk persahabatan dan
sifat setiakawan. Seramai seramai 20 orang bersamaan 50% telah memilih
setuju dan seramai 20 orang responden bersamaan 50% telah memilih sangat
setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju, tidak setuju dan
tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih

33
970201086195

daripada 60% responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut
disokong oleh Indira Subramaniam (2014) dalam artikel beliau.

Item ketiga belas bagi soalan kedua adalah, dapat melahirkan perasaan
hormat dan bermaaf-mafaan. Seramai 17 orang responden bersamaan 42.5%
telah memilih setuju dan seramai 23 orang responden bersamaan 57.5% telah
memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju,
tidak setuju dan tidak pasti dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya,
hampir lebih daripada 50% responden bersetuju dengan pernyataan ini.
Dapatan ini turut disokong oleh Ching Mei Ling (2000) dalam karya beliau.

Item keempat belas bagi soalan kedua adalah, dapat menarik kedatangan
pelancong asing. Seramai 1 orang responden bersamaan 2.5% telah memilih
sangat tidak setuju, seramai 14 orang bersamaan 35% telah memilih setuju,
dan seramai 25 orang responden bersamaan 62.5% telah memilih sangat
setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju dan tidak pasti
dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih daripada 60%
responden bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong oleh
Mohd Fadzli (2013) dalam artikel beliau.

Item terakir bagi soalan kedua adalah, dapat meningkatkan imej


komuniti Buddha di mata dunia. Seramai 22 orang responden bersamaan 55%
telah memilih setuju dan seramai 18 orang responden bersamaan 45% telah
memilih sangat setuju. Tidak ada responden yang memilih sangat tidak setuju
dan tidak setuju dengan pernyataan ini. Secara keseluruhannya, hampir lebih
daripada 55% bersetuju dengan pernyataan ini. Dapatan ini turut disokong
oleh Manisah Saddali (2009) dalam karya beliau.

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Pengenalan

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kepentingan Tokong Cina Kon Yin dan
kesan kepada komuniti Buddha di Gopeng. Objektif kajian ini adalah untuk

34
970201086195

mengenal pasti kepentingan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng kepada komuniti
Buddha dan mengkaji kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di Tokong
Cina Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha.

Bagi mencapai objektif kajian tersebut, seramai 40 orang penduduk yang


tinggal di kawasan kajian telah dipilih sebagai responden kajian ini. Bahagian
ini akan merumuskan hasil dapatan kajian.

6.1 KEPENTINGAN TOKONG CINA KON YIN, GOPENG KEPADA


KOMUNITI BUDDHA

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, Tokong Cina Kon Yin merupakan
tempat untuk komuniti Buddha menyambut Pesta Kuih Bulan mempunyai
90% daripada 40 responden. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan
komuniti Buddha di kawasan Gopeng menyambut Pesta Kuih Bulan di
Tokong Cina Kon Yin, Gopeng. Dapatan ini selari dengan temu bual pengkaji
bersama 5 orang Informen Kajian. Selain itu, Tokong Cina Kon Yin
merupakan tempat untuk komuniti Buddha menyambut Hari Cap Goh Mei
mempunyai 77.5% persetujuan. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan
komuniti Buddha di kawasan Gopeng menyambut hari Cap Goh Mei di
Tokong Cina Kon Yin, Gopeng. Dapatan ini selari dengan temu bual pengkaji
bersama 5 orang informen. Akhirnya, Tokong Cina Kon Yin merupakan
merupakan tempat untuk mengadakan upacara perkahwinan mempunyai
95.0% persetujuan. Hal ini menunjukkan bahawa kebanyakan komuniti
Buddha di kawasan Gopeng mengadakan upacara perkahwinan di Tokong
Cina Kon Yin, Gopeng. Kajian ini selari dengan temu bual pengkaji bersama 5
orang Informen Kajian.

6.2 KESAN PELAKSANAAN AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI


TOKONG CINA KON YIN, GOPENG KEPADA KOMUNITI
BUDDHA

35
970201086195

Berdasarkan kajian yang telah dibuat, melalui aktiviti yang


dijalankan di Tokong Cina komuniti Buddha memberi kesan yang positif
kepada komuniti Buddha. Antara kesan yang mendapat persetujuan yang
tertinggi adalah dapat mewujudkan persefahaman dan kemesraan di kalangan
komuniti Buddha mendapat 95.0% bersetuju. Dapatan ini turut disokong oleh
Abu Zahari Abu Bakar (1984). Selain itu, kesan yang mendapat persetujuan
yang tertinggi adalah dapat menjalinkan hubungan silaturahim
mendapat87.5% bersetuju. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti yang
dijalankan di Tokong Cina dapat menjalinkan hubungan silaturahim di
kalangan komuniti Buddha. Dapatan ini selari dengan pemerhatian pengkaji di
Tokong Cina Kon Yin pada 12hb Mac 2016. Kesan yang terakhir ialah dapat
meningkatkan imej komuniti Buddha di mata dunia mendapat 77.5%
persetujuan. Dapatan ini selari dengan temu bual pengkaji bersama 5 orang
Informen Kajian.

Kesimpulannya, kesan pelaksanaan aktiviti yang dijalankan di


Tokong Cina Kon Yin, Gopeng dapat melahirkan masyarakat Buddha yang
bertanggungjawab dan insan yang berguna pada masa yang akan datang.

6.3 KESIMPULAN

Hasil daripada kajian yang dijalankan, kepentingan Tokong Cina


Kon Yin, Gopeng kepada komuniti Buddha adalah Tokong Cina merupakan
tempat untuk para sami tinggal, tempat untuk komuniti Buddha menyambut
Hari Wesak, Pesta Kuih Bulan, dan Hari Cap Goh Mei, tempat untuk
mengadakan upacara perkahwinan, tempat untuk memandikan mayat, tempat
untuk melatih Tarian naga serta tempat untuk meningkatkan pengetahuan
rohani. Tokong Cina sangat penting bagi komuniti Buddha di kawasan
Gopeng, Perak.

Bagi kesan-kesan yang terutamanya daripada aktiviti yang dijalankan


di Tokong Cina Kon Yin, Gopeng adalah dapat menjalinkan hubungan
silaturahim, dapat meningkatkan identiti komuniti Buddha, dapat menarik

36
970201086195

kedatangan pelancong asing dan dapat mewujudkan semangat positif antara


satu sama lain. Kesan-kesan ini dapat melahirkan masyarakat cina yang
bertanggungjawab dan dapat memberi pendedahan kepada generasi akan
datang.

Daripada dapatan kajian, pengkaji berharap kajian ini dapat diteruskan


oleh pengkaji-pengkaji lain di peringkat sarjana muda dan peringkat pengajian
seterusnya. Dalam konteks ini, pengkaji-pengkaji di peringkat tersebut boleh
menggunakan sampel yang lebih besar untuk mendapatkan dapatanyang lebih
kukuh untuk menjawab persoalan kajian yang dijalankan.

LAMPIRAN

37
970201086195

Gambar 1 : Kawasan Sembahyang Tokong Cina Kon Yin, Gopeng


(Sumber: Kajian Lapangan, 2016)

Gambar 2 : Kawasan depan Tokong Cina Kon Yin, Gopeng


(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

38
970201086195

Gambar 3 : Penganut Buddha mendapatkan restu dari sami di Tokong Cina Kon Yin, Gopeng
(Sumber : Kajian Lapangan, 2016)

39

You might also like