Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Berdasarkan artikel yang diambil oleh saya yang bertajuk “Kecelaruan Gender

Intervensi Kerohanian” merujuk kepada individu yang mengalami kecelaruan gender


sehingga menyebabkan mereka disisih dan dipandang negatif oleh masyarakat. Kajian ini
dikaji oleh Mohd Nasir Bin Masroom dan juga Nurazmallail bin Marni (2018). Artikel ini
mencadangkan pemulihan secara psikologi dan kaunseling mengikut pandangan Islam.

Kecelaruan gender merupakan satu fenomena yang telah wujud sejak lama dahulu dan
ia dikesan berlaku di seluruh dunia serta tidak tertumpu kepada sesebuah negara tertentu
sahaja. Kewujudan golongan yang celaru gender ini telah mencetuskan kontroversi
terutamanya dalam kalangan masyarakat Islam yang melihat ia adalah satu masalah sosial
yang boleh membawa kepada keruntuhan moral dan akhlak ummat Islam. Fenomena ini
harus diberi perhatian yang serius dan sebagai ahli masyarakat yang bertanggungjawab, kita
seharusnya membantu golongan ini untuk memahami keadaan dan situasi yang mereka
sedang hadapi.

Terdapat dua kepentingan gender menurut pandangan Islam iaitu penegasan al-Quran
terhadap jantina dimana dinyatakan di dalam Al-Quran mengenai bilangan atau jumlah yang
disebut jantina sama ada lelaki dan perempuan. Dan kedudukan khunsa dalam syariat Islam.
Khunsa merujuk kepada seseorang individu mempunyai dua alat sulit iaitu lelaki dan
perempuan. Di Malaysia, fenomena ini jarang kita lihat dan ketemui individu yang memiliki
khunsa. Kebanyakkan daripada mereka menggubah ciptaan Allah ekoran menyatakan naluri
mereka seperti lelaki atau pun perempuan. Ibn Manzur (1995) dalam kamus besarnya Lisan
al-Arab mendefinisikan khunsa sebagai orang yang tidak tergolong dalam kategori lelaki
mahupun wanita.

Kemudian, kaunselor dan klien perlulah memahami bahawa Allah s.w.t telah
menjadikan manusia dari lelaki, perempuan, berbagai bangsa dan keturunan adalah bertujuan
agar mereka saling kenal mengenal, beramah mesra, tolong menolong, bantu membantu,
hormat menghormati dan berkasih sayang. Kita akan lihat mengenai strategi pemulihan bagi
golongan yang kecelaruan gender ini. Antaranya adalah yang pertama perlu memahami
hakikat kejadian insan, mempunyai kepercayaan berteraskan wahyu, dan mempunyai amalan-
amalan rohani peneguhan jiwa.

Bagi amalan-amalan rohani peneguhan jiwa, kita perlulah melakukan solat lima
waktu, solat sunat taubat, sentiasa berzikir kepada Allah, dan memperbanyakkan puasa sunat.
Kecelaruan gender merupakan masalah yang perlu ditangani dengan sebaiknya. Ini kerana ia
berkaitan dengan isu gamguan fizikal, psikologikal, mental dan jiwa rohani sesorang.

You might also like