Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

15.04.

20

Bincangkan bagaimana perubahan unsur cuaca dan iklim dapat memberi kesan kepada
aktiviti pertanian di kawasan tropika lembab. ( 13 m )

Perubahan unsur cuaca dan iklim seperti peningkatan suhu akan memberi kesan kepada
aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap. Peningkatan suhu di suatu tempat akan
menyebabkan berlakunya fenomena kemarau atau fenomena El-nano. Kedua – dua fenomena ini
akan menyebabkan tanaman menjalankan proses sejatpeluhan dengan cepat. Proses sejatpeluhan
yang cepat akan menyebabkan tanaman kekurangan air dan mati kekeringan. Kekurangan air
memaksa aktiviti penyiraman dijalankan dengan kerap. Ini akan menjejeskan kegiatan aktiviti
pertanian di kawasan tropika lembap terganggu.

Seterusnya, penerimaan hujan yang banyak turut memberi kesan kepada aktiviti pertanian di
kawasan tropika lembap. Penerimaan hujan yang banyak akan menambahkan bekalan air di
dalam tanah. Bekalan air yang banyak akan membolehkan tanaman memperolehi air yang
mencukupi. Penerimaan air yang mencukupi akan membantu pertumbuhan tanaman dan
mengurangkan aktiviti penyiraman. Penerimaan air hujan ini akan membantu perkembangan
aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.

Kejadian ribut atau siklon tropika juga memberi kesan kepada aktiviti pertanain di kawasan
tropika lembap. Ribut atau siklon tropika yang melanda di kawasan pertanian akan menyababkan
aktiviti penanaman, penyiraman, dan penuaian hasil tidak dapat di jalankan. Tanaman seperti
kelapa sawit dan getah akan tumbang akibat tiupan angin ribut dan siklon tropika. Ini akan
menjejeskan aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.

Selain itu, penerimaan bahangan matahari yang sedikit memberikan kesan kepada aktiviti
pertanian di kawasan tropika lembap. Bahangan matahari yang sedikit akan membantutkan
pertumbuhan tanaman. Hal ini kerana tumbuhan memerlukan bahangan matahari yang cukup
untuk menjalankan proses fotosentesis bagi tumbesaran tumbuhan. Pertumbuhan tanaman yang
terbantut memyebabkan aktiviti penuaian tidak dapat dijalankan dengan segera. Hal ini akan
menjejaskan aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.
15.04.20

Kelembapan udara yang rendah juga menberi kesan kepada aktiviti pertanian di kawasan
tropika lembap. Kekurangan lembapan udara yang disebabkan oleh aktiviti pembakaran tapak
pertanian akan menyebabkan proses sejatpeluhan berlaku dengan cepat. Ini akan menyebabkan
tumbuhan kekurangan air akibat sejatpeluhan yang kerap. Hal ini akan menjejaskan kegiatan
pertanian di kawasan tropika lembap.

Disamping itu, litupan awan yang banyak juga memberi kesan kepada aktiviti pertanian di
kawasan tropika lembap. Litupan awan yang banyak akan mengurangkan jumlah penerimaan
bahangan matahari yang berlebihan. Ini membantu mengurangkan aktiviti penyiraman tanaman
kerana tanaman kurang menjalankan proses sejatpeluhan. Oleh itu, litupan awan yang banyak
akan mengembangkan aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.

Kesimpulanya, perubahan unsur cuaca dan iklim seperti peningkatan suhu, penerimaan
hujan yang banyak, kejadia ribut atau sikoln tropika, penerimaan bahangan matahari yang
sedikit, kelembapan udara yang rendah dan litupan awan yang banyak memberi kesan kepada
aktiviti pertanian di kawasan tropika lembap.

You might also like