Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

CABARAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA KINI

Cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam Penggunaan Media sosial dan teknologi digital (Kepintaran
Buatan (AI), Realiti Maya, alat mudah alih):

o kesediaan guru dan pelajar

o sokongan organisasi

o kesediaan teknologi

Tuliskan dibawah ini

MAWADDAH - Teknologi Maklumat dan Komunikasi telah digunakan secara meluas dalam pelbagai
bidang kehidupan. Sistem pendidikan kini juga tidak terlepas daripada menerima kesan pembangunan
teknologi ini. Semua pihak dalam bidang pendidikan perlu mengambil langkah proaktif untuk sentiasa
mendepani cabaran dan perkembangan dalam dunia TMK yang berlaku dengan sangat pantas.

Kesediaan guru dan pelajar merupakan aspek cabaran yang paling penting dalam usaha
mengintegrasikan proses PdPc dengan kemudahan TMK. guru perlu memanfaatkan sebaiknya
pengetahuan dalam 3 domain TPACK bagi memastikan proses PdPc berjalan dengan lancar dan
maklumat dapat disampaikan dengan baik kepada murid. Guru perlu mengetahui latar belakang murid
dalam aspek tahap penggunaan teknologi bagi memastikan murid dapat memanfaatkan penggunaan
teknologi dalam bilik darjah sepenuhnya. Sebagai contoh, guru yang mengajar di sekolah bandar
pastinya lebih mudah menguasai pembelajaran dengan menggunakan teknologi kerana kebanyakan
pelajar sudah mempunyai telefon pintar dan sering menggunakan media sosial untuk tujuan
berkomunikasi dan bersosial. Akan tetapi, bagi pelajar luar bandar, kesediaan pelajar dalam penggunaan
teknologi agak kurang kerana latar belakang kebanyakan pelajar tidak menggunakan peranti mudah alih
sebagai tempat berkomunikasi dan bersosial.

Penggunaan teknologi juga perlu dipastikan mendapat sokongan yang penuh dan padu daripada
organisasi pendidikan seperti pihak sekolah dan pihak berkepentingan. Dasar pendidikan juga perlulah
digubal selari dengan aspek penggunaan teknologi dalam bilik darjah. Sebagai contoh pihak KPM telah
memasukkan Elemen Merentas Kurikulum dalam DSKP yang menekankan mengenai TMK. oleh itu, guru
boleh merancang dan melaksanakan PdPc berdasarkan TMK. akan tetapi, antara cabaran dalam
sokongan organisasi ialah para pendidik dan pihak sekolah tidak mempunyai peruntukan kewangan yang
cukup dalam menyediakan kemudahan peralatan dan perisian TMK terutama sekolah-sekolah yang
terletak di luar bandar.

Kesediaan teknologi sedia ada merupakan salah satu cabaran dalam PdPc masa kini. Sebagai contoh,
berdasarkan video yang telah dibentang oleh Bernhard, beliau menyatakan bahawa teknologi kecerdasan
buatan pada masa kini membolehkan semua tugas dilakukan oleh komputer dan robot. Dalam bidang
pendidikan, guru perlu mengoptimumkan kesediaan teknologi sedia ada seperti kecerdasan buatan,
teknologi perantara, realiti maya dan alat mudah alih untuk memastikan murid mendapatkan maklumat
yang tepat dan pengalaman secara langsung dalam proses PdPc. sebagai contoh, guru boleh
menggunakan realiti maya dalam memberikan gambaran pengalaman secara langsung sewaktu
mengajar topik haji. Perkara ini pastinya lebih menambahkan kefahaman pelajar dalam topik tersebut.

Afiqah -

Media sosial ni adalah sejenis media yang digunakan terus secara atas talian dgn membolehkan
pengguna menyertainya dengan mudah.
Antara cabaran pdpc dalam penggunaan media sosial adalah dari segi kesediaan guru dan pelajar itu
sndiri. Contohnya, guru itu sendiri tak mampu nak awasi para pelajar dari membuka mana2 website atau
capaian internet yg terlalu meluas. Jadi boleh datangkan risiko kpd pelajar krn terlalu mudah utk akses
kpd perkara2 tersebut.

Dari segi kesediaan pelajar pula, mungkin tidak semua pelajar mmpu utk mempunyai kemudahan telefon
pintar atau komputer riba dan sebagainya. Ini adalah antara cabaran dlm penggunaan media sosial dlm
pdpc.

Syazwani - Antara cabaran aplikasi teknologi terkini dalam PdP ialah kesediaan guru dan
murid. Guru harus sentiasa meneliti latar belakang murid dalam aspek tahap penggunaan
teknologi untuk menyelesaikan rutin harian mereka. Contohnya pada zaman sekarang, murid
kebanyakannya memiliki peranti mudah alih dan menggunakan media sosial secara aktif untuk
tujuan berkomunikasi dan bersosial dengan dunia luar. Oleh itu, guru boleh menggunakan
platform tersebut dalam melakukan aktiviti PdP seperti penggunaan, Facebook, Whatsapp dan
sebagainya.

Seterusnya, cabaran dari segi sokongan organisasi. Penggubal dasar dalam organisasi
pendidikan, pentadbiran sekolah dan juga pihak berkepentingan (stake holders) perlu
memberikan kerjasama demi memastikan pengintegrasian TMK di dalam bilik darjah dapat
dilaksanakan dengan mudah di sekolah. Isu-isu yang selalu wujud dalam pengintegrasian TMK
di sekolah adalah faktor kekurangan perkakasan dan perisian komputer, masalah bantuan
kewangan, kekangan bantuan teknikal dan latihan.

Akhir sekali ialah kesediaan teknologi. Dalam Revolusi Industri 4.0, guru tidak lagi menjadi
sumber utama untuk menyalurkan maklumat malah guru akan mempunyai ciri-ciri konsultatif
dalam menyelesaikan masalah pembelajaran murid di dalam bilik darjah.

Fatin :
Antara cabaran pengajaran dan pembelajaran masa kini dalam penggunaan teknologi seperti
media sosial, dan teknologi digital (kepintaran buatan(AI), realiti maya dan alat mudah alih)
ialah kesediaan guru terhadap penggunaan teknologi dalam pelbagai aspek. Antaranya ialah
kurangnya penguasaan kemahiran kemahiran teknologi dalam kalangan guru.
Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan yang berkualiti, guru
merupakan agen perubahan yang penting. Oleh itu, penguasaan teknologi digital terkini dalam
kalangan guru adalah dituntut. Ia penting bukan sahaja untuk meningkatkan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran malah daripada aspek pentadbiran dan pengurusan
sekolah. Oleh itu, langkah-langkah seperti guru perlu proaktif untuk belajar secara sendiri
tentang penggunaan teknologi digital dan media sosial atau melalui bengkel dan kursus
berkaitan teknologi maklumat giat dijalankan untuk memantapkan guru-guru khususnya dalam
aspek berkaitan teknologi maklumat.
Selain itu, antara aspek lain ialah sikap guru tersebut terhadap penggunaan teknologi dalam
pembelajaran masa kini. Menurut Mukama dan Andersson (2007), guru-guru yang berusia
enggan untuk berubah ke arah pengintegrasian komputer di sekolah berbanding guru-guru baru
yang lebih mesra dengan teknologi maklumat. Ini menunjukkan golongan muda lebih terdedah
kepada teknologi baru. Justeru itu, ia meningkatkan tahap penerimaan dan penggunaannya.
Oleh itu, guru perlu berubah sikap dan pandangan terhadap teknologi dan menggalakkan
penggunaan media sosial seperti facebook sebagai medium perbincangan seiring dengan arus
pendidikan masa kini yang menggalakkan penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Wafa’- Antara cabaran pengajaran dan pemelajaran dalam penggunaan media social dan
teknologi digital ialah, dari sudut kesediaan guru dan pelajar, Antara cabaran yang dihadap
ialah mereka perlu menyesuaikan diri dengan pembelajaran atas talian, hal ini kerana, ini
merupakan satu nafas baru serta satu kemahiran dan ilmu yang baru terhadap guru dan juga
pelajar. Menjadi satu tambah nilai kepada guru di mana guru perlu mengikuti kursus atau kelas
cara penggunaan media sosial dan teknologi ini di dalam industri pendidikan. Seperti yang kita
sedia maklum, blended learning dalam sesi pengajaran sudah menjadi satu target dalam
mencapai pembelajaran bermakna. Bukan itu sahaja, dalam mengharungi Revolusi Industri 4.0,
bidang kepintaran buatan semakin meluas, hal ini memberi kesan kepada bidang pendidikan
juga di mana sesi pengajaran dan pembelajaran lebih kepada pembelajaran berasaskan
masalah, dan kemahiran berfikir yang tinggi dalam kalangan pelajar adalah elemen yang perlu
diterapkan dalam diri pelajar. Jadi pelajar dan guru memerlukan kesediaan yang penuh untuk
menghadapi satu pembaharuan di dalam bidang pendidikan.

Dari sudut sokongan organisasi, pihak atasan perlu memberikan sepenuh sokongan
dalam penggunaan media sosial dan teknologi digital di dalam pengajaran dan pembelajaran.
Jika kita lihat prasarana yang ada di sekolah hari ini, kita mempunyai jurang kemudahan-
kemudahan untuk mengecapi matlamat ini, di mana sekolah yang berada di luar bandar susah
untuk mendapat capaian internet atau kemudahan teknologi yang lain. Berbeza di sekolah
bandar atau sekolah bestari, kemudahan sangat banyak berbanding di sekolah luar bandar.
Secara tidak langsung cabaran kesediaan teknologi juga dihadapi oleh sekolah. Dalam ledakan
ilmu abad ke 20 ini, pelajar berpeluang untuk mengetahui semua pengetahuan. Sebagai
organisai atasan atau organisasi guru di sekolah sendiri, mestilah berganding bahu untuk
mencapai hasrat ini.

FAQIHAH

Teknologi mengubah cara kita belajar, mengajar dan mengurus pembelajaran dan pengajaran.
Melalui sumber teknologi juga berlakunya pelabgai cabaran yang mengekang proses
pengajaran dan pembelajaran. Soalannya bagaimana pengetua dan guru besar menghadapi
perkembangan ini terutama perubahan dari segi pedagogi dan akses maklumat yang begitu
banyak dalam Internet. Guru dan pelajar terutama pelajar zaman digital atau dipanggil digital
natives mahukan perubahan dalam P & P dan adalah menjadi tanggungjawab pentadbir
sekolah dan guru untuk memahami perubahan serta pelaksanaannya dalam bilik darjah.
Pengetua atau guru besar perlu memastikan integrasi teknologi pendidikan menyokong
produktiviti pembelajaran dan pengurusan. Antaranya dengan membina, melaksana dan
memantau polisi dan panduan untuk mempastikan keserasian dan kesesuaian teknologi
instruksional, menggunakan pengurusan berasaskan teknologi bersepadu dan sistem operasi.
Kemudian, memperuntukkan kewangan dan sumber manusia untuk memastikan pelaksanaan
plan teknologi instruksional yang menyeluruh dan lestari dalam kerjasama ke arah
meningkatkan proses pengurusan, pengajaran dan pembelajaran.

Dalam usaha untuk mencapai standard yang tinggi dalam pelaksanaan e-pembelajaran
berkesan, institusi perlu berupaya menyediakan prasarana yang baik untuk melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran melalui e-pembelajaran. Gaya e-pembelajaran adalah
sepenuhnya bergantung kepada komputer dan Internet. Oleh itu, perisian dan perkakasan
termasuk akses internet tanpa had perlu disediakan untuk pelajar bagi memastikan e-
pembelajaran dapat dicapai.

Kebanyakan guru menyatakan bahawa konsep pengajaran menggunakan


komputer adalah dengan kehadiran guru bersama-sama. Selain penggunaan projektor
LCD, penggunaan bahan bantu elektronik yang lain juga mampu meningkatkan
minat dan pemahaman pelajar. Penggunaan komputer dalam pengajaran bagi guru
adalah rendah dengan sebab mereka tidak selesa jika mengajarkan dengan
menggunakan komputer. Justeru itu para pendidik sewajarnya menggunakan ICT dalam proses
pengajaran dan pembelajaran.

TASNIM - Antara cabaran penggunaan media sosial dalam pengajaran dan pembelajaran islah
kesediaan guru dan pelajar. Walaupun terdapat pelbagai manfaat penggunaan ICT dalam
PdPc, masih terdapat segelintir warga pendidik yang enggan menerima perubahan dalam
konteks pendidikan. Hal ini mungkin berlaku kerana guru tidak dilatih dan dibekalkan dengan
kemahiran ICT supaya dapat melakukan inovasi dalam bilik darjah. Jika dilihat dari sudut
pelajar, tidak semua pelajar mempunyai status sosio ekonomi yang tinggi. Terdapat pelajar
yang berada pada tahap status ekonomi yang rendah membuatkan pelajar tidak berapa mahir
dalam penggunaan media sosial.

Selain itu, sokongan organisasi juga menjadi cabaran dalam penggunaan media sosial dalam
PdPc. Hal ini kerana stake holders atau pihak berkepentingan di sekolah perlu bekerjasama
dengan pentadbiran sekolah dalam memastikan pengintegrasian media sosial dalam bilik
darjah dapat dilaksanakan dengan mudah di seklah. Organisasi luar juga boleh tampil dengan
memberikan idea atau bantuan kewangan bagi menyediakan infrastruktur ICT di sekolah bagi
memastikan pengunaan media dalam pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.
Kesediaan teknologi turut menjadi cabaran penggunaan media sosial dalam PdPc.Dengan
ledakan revolusi Industri 4.0 yang menyediakan platform teknologi yang lebih inklusif bagi
membolehkan warga pendidik memanfaatkan sepenuhnya kekuatan teknologi ini dalam
merangka proes pembelajaran yang lebih kreatif dan inovatif, masih terdapat tanda tanya dalam
memanfaatkan semuanya seperti kecerdasan buatan, teknologi perantara dan pengkomputeran
awan. Oleh itu, dalam bergerak seiring dengan kesediaan teknologi yang berlaku, kemahiran
dan pengetahuan juga perlu dibekalkan seiring supaya kemudahan ini dapat dimanfaatkan
seoptimum mungkin.

AFIQ - Antara cabaran pengajaran dan pembelajaran dalam Penggunaan Media sosial dan
teknologi digital pada masa kini ialah dari aspek kesediaan guru dan pelajar. Masih terdapat
sebilangan guru yang belum bersedia menerima perubahan bentuk pengajaran dan
pembelajaran PAK-21 yang turut mendedahkan pelajar kepada penggunaan teknologi.
Terdapat juga guru-guru yang tidak mempunyai kemahiran asas ICT telah menyumbang
kepada cabaran pengajaran masa kini yang menggunakan media sosial dan teknologi. Pada
pihak pelajar pula, sedia maklum bahawa tidak kesemua pelajar mempunyai status
sosioekonomi yang baik dan mampu memiliki alatan yang membolehkan mereka turut serta
dalam pembelajaran yang berasaskan media sosial dan teknologi. Sudah pastinya pelajar di
kawasan pedalaman turut terkesan kerana capaian internet di kawasan mereka tidak seperti
capaian internet yang baik seperti di kawasan bandar.

Selain itu, aspek sokongan organisasi turut memberikan kesan kepada cabaran pengajaran dan
pembelajaran yang menggunakan media sosial dan teknologi digital. Apabila pihak pentadbiran
sekolah memberi sokongan kepada para guru sama ada dari segi kewangan ataupun
kesediaan alat teknologi di sekolah, pastinya akan memudahkan serta memberi peluang
kepada para guru dan pelajar untuk menggunakan teknologi dalam pembelajaran. Namun,
apabila usaha menggunakan teknologi tidak disokong oleh pihak pentadbiran ataupun
organisasi yang terlibat, guru-guru akan menghadapi kesukaran dari segi kesediaan alat
teknologi sebagai contoh kerana guru sendiri perlu keluarkan kos daripada poket sendiri dalam
merealisasikan pembelajaran menggunakan teknologi.

Akhir sekali ialah aspek kesediaan teknologi. Sehingga hari ini kita dapati begitu banyak sekali
aplikasi ataupun laman web yang dijadikan sebagai platform untuk melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu, setiap aplikasi ada kelebihan dan kekurangan
masing-masing. Ada aplikasi yang hanya terhad kepada permainan untuk tujuan pembelajaran.
Ada juga aplikasi yang hanya terhad kepada perbincangan tanpa ada perisian untuk menilai
tahap pencapaian pelajar. Adapun aplikasi penilaian yang diwujudkan, ianya masih berhajat
kepada guru untuk semak jawapan pelajar secara manual bahkan boleh jadi membebankan
guru dan pelajar kerana perlu mengatasi masalah teknikal yang dihadapi ketika mengendalikan
aplikasi atau tekonologi tersebut. Hal ini jelas menunjukkan bahawa teknologi yang ada pada
masa kini masih belum bersedia sepenuhnya untuk digunakan secara menyeluruh dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana teknologi kini masih berada dalam proses pembangunan
dan penambahbaikan yang berterusan dari masa ke masa.

Husna - Antara cabaran dan masalah penggunaan teknologi terkini dalam pengajaran dan
pembelajaran ialah kesediaan guru dan pelajar. Masih terdapat golongan warga pendidik yang
belum bersedia menerima perubahan. Penggunaan teknologi dalam pengajaran memerlukan
masa yang banyak bagi guru- guru menyediakannya. Ironinya, kebanyakan guru sedar tentang
kelebihan menggunakan teknologi tetapi kurang menggunakannya kerana kekangan masa,
masalah penyelenggaraan dan kemahiran. Satu cabaran juga untuk menyediakan kemudahan
prasarana dan bahan sokongan untuk guru dan semua pelajar. Ironinya pada hari ini,
pembekalan kemudahan ICT seperti komputer tidak seimbang antara bandar dan luar bandar.
Selain itu, sistem rangkaian dan jalur lebar di Malaysia masih tidak meluas yang menyukarkan
capaian kepada internet.

NISA - Media sosial dan teknologi digital dicipta untuk memberi pelbagai manfaat dan kemudahan
kepada manusia dalam berbagai-bagai aspek termasuk dunia pendidikan. Akan tetapi sudah tentu
kesan sampingannya juga datang sekali.

Antara cabarannya dalam dunia pendidikan ialah dari segi kesediaan guru dan pelajar. Guru
mestilah menguasai teknologi terlebih dahulu bagi menyediakan pdp bilik darjah yang berkesan.
Masalah berpunca apabila wujudnya jurang umur dimana kebanyakan guru veteran tidak dapat
mengikut perkembangan teknologi. Malah terdapat juga sesetengah guru muda yang kurang mahir
tentang penggunaan teknologi atau buta IT.

Manakala cabaran dalam kesediaan teknologi pula pihak sekolah perlu mengeluarkan kos yang
tinggi bagi menyediakan peralatan yang lengkap dan mencukupi untuk semua pelajar. Malah bukan
itu sahaja, pihak sekolah juga perlu menyediakan kos baik pulih kerana peralatan sebegini
mempunyai risiko kerosakan yang tinggi.
Nadia - Menjelang revolusi industri ke-5, teknologi dan manusia seluruh dunia kini tidak dapat
dipisahkan lagi. Mahu atau tidak mereka perlu menguasai teknologi. Hal ini turut melibatkan
sektor-sektor penting dunia. Antaranya , sektor pendidikan. Sektor pendidikan perlu
memberikan penekanan kepada semua pihak-pihak yang terlibat seperti guru, kakitangan dan
pelajar untuk menguasai teknologi sedia ada. Hal ini demikian kerana, melalui teknologi ini,
semua kerja atau tugasan dapat dilakukan dengan lebih pantas dan baik terutama dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran.. Namun terdapat beberapa cabaran yang perlu dihadapi dalam
memastikan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan media sosial dan teknologi
digital dijalankan dengan baik dan lancar.

Antaranya ialah cabaran kesediaan guru dan pelajar. Seperti yang kita maklum tidak
semua guru bersedia untuk menggunakan teknologi sepenuhnya dalam sesi pengajaran
mereka. Masih ada segelintir guru yang lebih selesa menggunakan kaedah tradisional yang
melibatkan penggunaan pen kertas, dan papan tulis sahaja sahaja ketika menjalankan sesi
pengajaran. Dan bagi pelajar pula, tidak semua pelajar mempunyai kedudukan status ekonomi
yang baik. Mereka tidak mampu untuk memilik alat teknologi seperti komputer riba, telefon
bimbit dan talian internet. Hal ini membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan
media sosial dan teknologi digital sukar untuk di laksanakan dengan baik dan konsisten.

Cabaran kedua ialah aspek sokongan organisasi yang sangat memberikan kesan
terhadap keberjayaan penggunaan media sosial dan teknologi digital dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran. Sokongan organisasi berlaku apabila pihak sekolah dapat menyediakan kos
pebelanjaan kepada guru untuk menyediakan bahan-bahan pengajaran. Selain itu pihak
sekolah atau pihak stokeholders juga boleh memberikan sokongan dengan menyediakan
komputer-komputer riba di sekolah untuk penggunaan pelajar yang tidak mampu atau untuk
penggunaan pelajar-pelajar di luar bandar dan pedalaman. Namun hal ini menjadi cabaran
kerana pihak sekolah tidak langsung berusaha untuk menyediakan kos pebelanjaan bagi guru
dalam menyediakan bahan-bahan pengajaran. Malah guru itu sendiri perlu membelanjakan duit
poket sendiri bagi memastikan semua pelajar dapat menguasai pembelajaran berasaskan
teknologi sedangkan itu bukan tanggungjawab guru tapi tanggungjawab sekolah. Selain itu,
pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi dilihat juga sebagai cabaran dari aspek
perbezaan jurang penggunaan komputer riba antara sekolah bandar dan sekolah luar bandar
dan pedalaman. Kerajaan dan stake holder dilihat terlalu memberikan fokus kepada pelajar-
pelajar sekolah bandar sahaja sehingga mengenepikan pelajar luar bandar dan pedalaman.
Seperti contoh, menyediakan komputer-komputer yang mencukupi di sekolah-sekolah bandar
sahaja sedangkan sekolah luar bandar dan pedalaman lebih memerlukan. Hal ini telah
membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran berasaskan teknologi sukar untuk dikuasai
pelajar terutama pelajar luar bandar dan pedalaman yang tidak mendapat bantuan komputer
yang mencukupi.

Aspek yang terakhir adalah melibatkan kesediaan teknologi. Dalam dunia teknologi
sekarang terlalu banyak platform digital dan aplikasi yang boleh guru dan pelajar gunakan
dalam berdiskusi berkenaan pembelajaran. Namun aplikasi dan platform sebegini bukan
semuanya sempurna. Malah terdapat banyak kelemahan berbanding kelebihan yang
menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran secara atas talian terganggu. Antaranya
aplikasi yang telah menyediakan penggunaan video dan audio. Namun apabila diakses, ia
tidak dapat digunakan langsung berikutan kerana ia hanya dapat diakses oleh alat peranti
telefon bimbit tertentu atau komputer riba yang tertentu. Talian internet yang tidak kuat atau
pantas juga membuatkan sesi pengajaran dan pembelajaran menggunakan media dan digital
teknologi sukar dijalankan dengan baik. Hal ini bukan sahaja meyukarkan pelajar untuk
mengikuti apa yang diajarkan oleh guru dan menghadiri kelas atas talian. Malah guru juga sukar
untuk mengabiskan silibus berikutan masalah-masalah pelajar melibatkan teknologi yang perlu
diberikan perhatian berterusan.

HASYA

Antara cabaran yang dihadapi semasa penggunaan teknologi dalam sesi pengajaran
dan pembelajaran adalah kesediaan guru dan murid.Hal ini kerana,kurangnya pengetahuan
serta kemahiran dalam kalangan guru dan murid berkaitan penggunaan teknologi.Oleh
itu,teknologi tidak dapat digunakan sepenuhnya semasa PdP dijalankan.Justeru,pentingnya
bagi guru-guru untuk melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran ICT serta
bersedia untuk menggunakan teknologi dalam PdP untuk memaksimumkan tahap
kecemerlangan pencapaian pelajar.Tambahan lagi,guru juga perlu maklum tentang tahap
kesediaan daripada pihak murid supaya proses PdP dapat dijalankan dengan berkesan.

Selain itu,sokongan organisasi juga merupakan cabaran dalam PdP berkaitan teknologi.
Kekurangan sokongan daripada pihak berkepentingan amat memberi kesan terhadap
keberkesanan penggunaan teknologi dalam PdP.Oleh itu,pihak kerajaan contohnya perlu
menyokong pendidikan bagi menyediakan peruntukan kewangan yang mencukupi dalam
menyediakan peralatan & perisian TMK.Selain tu,organisasi luar juga perlu tampil menyalurkan
bantuan kewangan.

Akhir sekali adalah cabaran dari segi kesediaan teknologi iaitu kos pembelanjaan yang
tinggi dalam penggunaan teknologi umpamanya.Hal ini kerana,dana pembelanjaan yang sedia
ada tidak mencukupi untuk membaiki komputer dan peralatan yang rosak.Seterusnya,komputer
yang dibekalkan di makmal komputer juga tidak mencukupi atau rosak kerana tidak
dibaiki.Kemudian,kemudahan internet di luar bandar dan pendalaman yang perlahan serta
kemudahan elektrik di pendalaman yang terhad juga melibatkan cabaran dalam kesediaan
teknologi.Oleh itu,segala kekangan ini menyebabkan proses PdP tidak dapat dijalankan dengan
baik walaupun teknologi mampu memudahkan pembelajaran.

You might also like