Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI JEJAWI

36000 TELUK INTAN


PERAK DARUL RIDZUAN Tel. No: 05-6552007
ABA 5015 No. Fax: 05-6552475
Kod Sek: ABA 5015
http://skjjv.ppdhilirperak.edu.my

Ruj. Kami:SKSJ19/08/17(PPKI)Bil,( 6 )
Tarikh : 30 April 2019

Pak Ali Food Industries Sdn. Bhd.,


Lot 420-421, 652-655,
Kawasan Perindustrian IKS Perda Tasek,
14120 Simpang Ampat,
Seberang Perai Selatan,
Pulau Pinang.

Tuan,

MEMOHON TAJAAN MAKANAN SEMASA LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE


PULAU PINANG BAGI MURID- MURID PENDIDIKAN KHAS DAN GURU.

Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah


Pembelajaran (PPKIBP) sekolah ini akan membawa murid-murid kami untuk mengadakan
lawatan sambil belajar ke Pulau Pinang. Sehubungan dengan itu pihak kami memohon jasa baik
pihak tuan untuk menaja bayaran makanan kepada pihak kami. Butiran lanjut adalah seperti
berikut:

Tarikh : 27- 28 Aaugust 2019


Tempat : Pulau Pinang
Bilangan : 15 orang murid
5 orang guru
: 24 orang ibu bapa

BIL PERKARA JUMLAH


1. SARAPAN PAGI 2 KALI
2. MAKAN TENGAH HARI 2 KALI
3. MAKAN MALAM 1 KALI
4. MINUM PETANG 2 KALI

No. talifon : 012- 348 3936 (penyelaras ppki- En Shaharudin)


: 0133922817 (Pn. Fazila)
3. Pihak kami sangat berbesar hati sekiranya pihak tuan sudi membantu kami untuk menaja
pihak kami. Sekiranya sumbungan pihak tuan berbentuk kewangan pihak tuan boleh menyalurkan
sumbangan tuan diatas nama : PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Jejawi melalui nombor akaun
08031010014434 (Bank Islam). Kami juga menerima jika pihak tuan mahu menyumbang kami
dari segi bahan makanan.
4. Untuk pengetahuan pihak tuan, pelajar-pelajar PPKI di sini terdiri daripada pelajar
istimewa yang mempunyai pelbagai masalah seperti Lembam, Kerencatan Akal Ringan, Down
Sindrom, Hyperaktif, dan Autisme.

Kerjasama dan tindakan daripada pihak tuan selanjutnya amatlah dihargai dan didahului dengan
ucapan terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

...................................................
( NOOR FADZILLA BT. MAHMAD RAZALI )
GURU PPKI SKSJ

You might also like