Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

SEMESTER KEDUA SESI 2019/2020 (A192)

VSPA2041 KUMP C ARCHERY IV

BAHAGIAN OTOT YANG TERLIBAT DAN


FAKTOR-FAKTOR PENENTU KEJAYAAN
DALAM AKTIVITI MEMANAH

DISEDIAKAN OLEH : ABDUL LATIF BIN MOHD HAMIL


NOMBOR MATRIK: 261682
TARIKH : 7 APRIL 2020
NAMA PENSYARAH : TENGKU AZLAN BIN TUAN MAT
1.0 Pengenalan

Sukan memanah boleh dimainkan secara ‘outdoor’ dan ‘indoor’ yang memerlukan
suatu alat yang dipanggil busur panah dan beberapa anak panah. Memanah juga boleh
digambarkan sebagai sukan statik yang memerlukan kekuatan dan ketahanan bahagian atas
badan, khususnya lengan dan bahu. Menurut Ertan. H et. al. (2003), kemahiran dalam
memanah ditakrifkan sebagai keupayaan untuk melepaskan anak panah pada sasaran dalam
jangka masa tertentu dengan ketepatan. Dr Wayne C. Mc Kinney (1997) mengatakan,
"Archery is an easy sport to do, it's just very difficult to do well". Oleh itu, dapat disimpulkan
sukan memanah dapat dilakukan oleh semua orang yang memenuhi keperluan fizikal, mental
dan peralatan tetapi memerlukan latihan dan kemahiran yang spesifik untuk melakukannya
dengan baik.

Badan kerajaan yang bertanggungjawab untuk memajukan sukan memanah di


Malaysia ialah Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia atau “National Archery
Association of Malaysia” (NAAM) dibawah “Federation Internationale de Tir A L’Arc”
(FITA) di peringkat antarabangsa. Usaha-usaha NAAM dapat kita lihat melalui prestasi
pemanah-pemanah Malaysia yang dapat mempersaingkan pemanah-pemanah antarabangsa
negara lain dan kelahiran tunas-tunas pemanah baru yang berjaya memecahkan rekod
kebangsaan di pertandingan seperti Sukan Malaysia (SUKMA). Oleh itu, semangat positif ini
harus sentiasa diteruskan untuk meningkatkan lagi mutu sukan memanah di negara kita.

2.0 Bahagian Otot yang Terlibat dalam Memanah

Secara lebih terperinci, memanah boleh dinilaikan dalam dua aspek iaitu
biomekanikal dan juga analisis otot (McKinney & McKinney,1990). Analisis ini
memecahkan pergerakan memanah kepada tiga komponen asas merangkumi kestabilan dan
penggunaan antigraviti otot, pergerakan bow arm dan juga pergerakan draw arm. Postur atau
antigraviti otot hamstring, back, buttoks dan abdomen ialah kumpulan otot utama yang
menyediakan kestabilan dan mencegah pergerakan yang tidak diingini. Secara lebih spesifik,
otot-otot yang terlibat ialah gastrocnemius dan soleus untuk menyokong bahagaian calf,
kumpulan otot quadriceps femoris pada bahagian hadapan thigh, kumpulan otot erector
spinae pada bahagian belakang, dan gluteus maximus pada bahagian buttocks. Selain itu,
terdapat pelbagai kumpulan-kumpulan otot kecil yang juga membantu dalam menetapkan
tahap kestabilan dan berfungsi dalam mencegah pergerakan-pergerakan yang akan
mengganggu seseorang pemanah ketika sedang memanah.

3.0 Faktor yang Mempengaruhi Kejayaan Memanah


3.1 Keyakinan yang Tinggi
Roy Matthews (1987) dalam kenyataannya sangat bersetuju bahawa dalam
menentukan kejayaan seseorang pemanah ialah keyakinan yang tinggi dalam diri. Keyakinan
yang tinggi ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang berkaitan seperti latihan yang
mencukupi, teknik lakuan yang efisien, kawalan pernafasan yang baik, konsentrasi dan
tumpuan yang jitu, kekuatan mental yang maksimum dan banyak lagi. Oleh itu, keyakinan
yang tinggi akan membawa individu yang ingin memanah meningkatkan kualiti daripada
pelbagai aspek ketika melakukan aktiviti memanah.
3.2 Fokus dan Semangat yang Tinggi
Menurut Marten (1942), fokus dan semangat yang tinggi dalam mengendalikan setiap
pergerakan dan perlakuan ketika memanah penting dalam menentukan faktor kejayaan
pemanah. Beliau mengatakan :
 Archers are aware of their actions on the shooting line, but are not aware of the
awareness itself. They tend not see even the target.
 The archer’s attention is centered completely on executing perfect shots. They sense
the target is larger and the colors brighter.
 The archers have no concern for score. They know, by feel, they are on top of their
game. They lose all self- consciousness and generally have a reassuring feeling that
everything is going well.
 Their innermost thoughts tell them they are in control of their actions and the outcome
of the tournament
 5.The inner feelings of executing perfectly provide them with pure unambiguous
feedback of their performance.
3.3 Pengawalan Pengenduran Dalaman dan Luaran
Pendapat yang dinyatakan oleh John Holden (1987) menyatakan antara faktor kejayaan
bagi seseorang pemanah adalah bagaimana kemampuan mereka mengawal pengenduran
dalaman dan luaran semasa memanah. Pengenduran dalaman bermaksud konsentrasi yang
melibatkan bahagian otot dalaman manakala pengenduran dalaman lebih fokus kepada
bahagian badan yang terlibat serta fungsinya. Beliau menggariskan dua teknik asas relaxation
(pengenduran) utama iaitu :
 Aktif – yang mana melibatkan kontraksi pada kumpulan otot (tensing of muscle
groups) dalam proses menggalakkan pengenduran (relaxation).
 Pasif – yang mana melibatkan konsentrasi pada sesetengah bahagian badan dan
keseluruhan fungsinya.
3.4 Kestabilan

Bahagian atas badan harus sejajar dengan bahagian bawah badan. Seluruh badan
harus mencondong sedikit ke depan untuk mencapai 60/70% - 40/30% pengagihan tekanan di
kaki. Pusat graviti harus ditetapkan di posisi yang sama dan diletakkan lebih kurang di antara
kekuda kaki dan sedikit depan di tulang buku lali. Sternum (tulang dada) harus sentiasa
disimpan ke dalam dan turun untuk membenarkan ruang yang lebih di depan. Bahagian
punggung tidak harus dinaikkan kerana ini akan menyebabkan belakang badan membongkok
yang akan menolak bahagian dada ke depan dan akibatnya pusat graviti akan diubah. Selain
daripada itu, ia juga akan mengurangkan ruang untuk pelepasan tali busur. Kolum vertebra
(tulang belakang) menyokong berat badan dan kepala, oleh itu semasa “anchoring”, tulang
rusuk harus sentiasa dalam keadaan natural. Dengan ini, konfigurasi yang paling kuat dan
stabil dapat disediakan.
Jarak antara kedua-dua belah kaki harus seluas bahu kerana ini dapat mengagihkan
berat badan dalam satu garisan yang lurus melalui sendi-sendi badan dan mendorong kepada
daya yang dimampat. Cara berdiri yang terlalu luas akan menyebabkan peningkatkan daya
pintal di bahagian sendi, di mana ia adalah tidak efisien dan mempercepatkan lagi keletihan
semasa memanah. Sebalikanya, cara pembukaan kaki yang terlalu sempit akan menyebabkan
kewujudan satu platform yang tidak stabil. Dengan ini, badan pemanah akan bergoyang ke
mana-mana arah dan menghilangkan konsistensinya. Oleh itu, cara berdiri yang terlalu luas
atau terlalu sempit harus dielakkan untuk mencapai keseimbangan dan kestabilan yang paling
optima semasa memanah.
3.5 Konsistensi
Konsistensi segi tiga yang dibentuk oleh kedua-dua bahu dan dagu pemanah adalah
sangat penting untuk mencapai prestasi yang konsisten. Lokasi “bow hand” (tangan yang
memegang busur), dagu, mata, skapula dan siku “drawing arm” (tangan yang menarik tali
busur), jari yang menarik tali busur, pusat graviti dan posisi bahagian kaki mesti dalam
keadaan yang sama dalam setiap panahan untuk mewujudkan konsistensi. Oleh itu, adalah
sangat penting semua komponen badan dibentuk dengan sekuat yang mungkin secara
biomekanik. Ini akan membantu dalam mewujudkan susunan yang stabil untuk membentuk
asas dalam mencapai konsistensi yang penting.
3.6 Ketahanan Otot yang Terlibat
Otot yang kuat terutamnya otot di bahagian atas tubuh badan adalah sangat penting
dalam memanah kerana peningkatan ketahanan otot dapat membenarkan pemanah
menggunakan busur yang mempunyai “poundage” yang lebih berat. Dengan ini, trajektori
anak panah yang dilepaskan adalah lebih lurus. Ketahanan otot yang tinggi akan
menyebabkan sesi latihan adalah lebih lama di mana teknik pemanah tidak akan ubah dan
lemah semasa penat. Walau bagaimanapun, dalam sukan memanah, otot yang kuat di
bahagian kaki juga sangat penting untuk mencapai kestabilan yang paling maksima semasa
pemanah melakukan pergerakan memanah. Otot bahagian kaki yang kuat dapat menyediakan
satu asas yang kukuh kepada setiap panahan.

3.7 Teknik Pernafasan

Jika seseorang atlet memanah bernafas seperti tercungap-cungap sebelum pertandingan


berlangsung akibat terlalu berdebar dan takut untuk menghadapi perlawanan, konsentrasi
mereka turut akan terjejas. Ini akan menyebabkan mereka tidak dapat memberikan tumpuan
kepada persembahan mereka nanti. Apabila mereka terlampau takut dan gagal mengawal
pernafasan, maka ia sedikit sebanyak akan mengganggu fisiologi badan termasuk kestabilan,
daya tahan otot dan sistem peredaran darah. Maka, apa yang berlaku adalah, seseorang atlet
itu akan kehilangan kawalan faktor-faktor kognitif seperti kemampuan untuk memberi
tumpuan, kemampuan untuk memproses isyarat-isyarat yang terlibat dan berkaitan seperti
kawalan pernafasan yang efisien, kemampuan untuk memfokus kepada gerak hatinya ke arah
sesuatu yang lebih positif dan sebagainya.

4.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, sukan memanah merupakan sukan memanah dapat dilakukan oleh


semua orang yang memenuhi keperluan fizikal, mental dan peralatan tetapi memerlukan
latihan dan kemahiran yang spesifik untuk melakukannya dengan baik. Sukan memanah juga
melibatkan pelbagai otot yang mempengaruhi kestabilan dan konsistensi ketika melakukan
aktiviti memanah. Postur tubuh badan dan teknik yang betul penting dalam menentukan
kejayaan pemanah. Penekanan dalam ilmu, kemahiran dan kesihatan dalam memanah akan
meningkatkan kualiti seorang pemanah menjadi lebih berkebolehan dan berkemahiran tinggi.

You might also like