Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA


SURAT

1.0 PENGENALAN 3-4

2.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESATUAN SOVIET

a. PENINDASAN PEMIMPIN 5

b. DASAR GLASNOST 6

c. REFORMASI DEMOKRASI 7

3.0 KESAN KEJATUHAN KESATUAN SOVIET

a. PERPECAHAN YUGOSLOVIA 8-9

b. PERANG BOSNIA 9-10

c. TINDAKAN PBB 10-11

4.0 AKTIVITI KEGANASAN ANTARABANGSA

a. AL-QAEDA 11-12

b. ISRAEL-PALESTIN 12-13

c. TALIBAN 14

5.0 KESIMPULAN 15

6.0 RUJUKAN 16

PENGHARGAAN

[Date]
1
Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,terlebih dahulu saya ingin bersyukur
kehadrat ilahi keran dengan limpah kurniaNya memberikan saya peluang untuk
menyempurnakan kajian tindakan ini dengan sempurna.

Saya juga ingin menjulang sepenuh penghargaan kepada pensyarah GCI


1022 Dr. Mohd Fauzi Bin Fadzil di atas tunjuk ajar kepada saya sepanjang proses
penyiapan kajian tindakan ini.Selain itu,saya juga ingin berterima kasih kepada para
pensyarah daripada Jabatan Kajian Sosial,IPGKDA kerana turut memberi bimbingan
dan nasihat kepada saya.

Sementelahan itu,sayajuga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan kelas


saya yang telah banyak membantu saya sepanjang tempoh saya menyiapkan kajian
tindakan ini secara langsung atau tidak langsung.

Di samping itu juga,uacapan jutaan terima kasih saya tujukan kepada kedua-
dua ibu bapa dan keluarga saya yang banyak memberi dorongan dan kata-kata
semangat sama ada dalam bentuk kewangan atau sokongan moral.

Sekian,terima kasih.

1.0 PENGENALAN

[Date]
2
Kesatuan Republik Sosialis Soviet (juga dikenali sebagai Kesatuan Soviet atau
USSR atau KRSS) merupakan sebuah negara sosialis yang wujud pada 1922 -
1991. Dari 1945 hinggalah perpecahannya, ia merupakan salah satu kuasa besar
dunia selain Amerika Syarikat.Kesatuan ini merupakan sebuah negara yang sangat
luas dan ia bersempadan dengan 12 buah negara, enam dari benua Eropah dan
enam lagi dari benua Asia. Terdapat 22 bangsa yang mempunyai lebih 1 juta
penduduk.Pada November 1917, golongan Bolshevik, dibawah pimpinan Vladimir I.
Lenin telah menjatuhkan perwakilan pilihan rakyat Duma yang bertapak hanya
sementara selepas kejatuhan Tsar Nicholas II iaitu semasa Perang Dunia I.Dengan
itu,pada tahun 1922 KRSS secara rasminya ditubuhkan, yang merangkumi kesemua
wilayah jajahan bekas Empayar Rusia.

Kerajaan yang baru ini telah mengharamkan semua organisasi politik dan
melancarkan pemerintahan satu parti one-party rule, di mana kerajaan pusat
mengawal semua aspek politik, ekonomi, sosial, dan budaya rakyatnya. Lenin,
sebagai ketua parti Komunis, telah ditabalkan sebagai pemerintah pertama negara
ini. Berikutan kematian Lenin pada tahun 1924, Joseph Stalin pula memegang
tampuk pemerintahan dan mendapat gelaran The Great Terror kerana pemerintahan
kuku besinya (Mohd Ashraf,Aris Othman, 2015). Stalin berjaya memajukan KRSS
dengan memfokuskan bidang ketenteraan dan industri berat tetapi tidak menjaga
kebajikan rakyat. Disamping itu, banyak syarikat swasta dan kawasan pertanian
telah dirampas oleh kerajaannnya. Ini telah mengakibatkan rakyatnya hidup dalam
penderitaan dan sengsara. Berjuta-juta rakyatnya telah dibunuh, ditahan atau
dibiarkan kebuluran.

[Date]
3
Gambar 1:Peta kedudukan KRSS

Selepas kematian Stalin pada 1953,tampuk pemerintahan KRSS di ganti oleh Nikita
Khrushchev.Nakita ingin membawa kelainan dalam cara pemerintahannya berbanding
Stalin.Era pemerintahan beliau dikenali sebagai perlumbaan senjata nuklear dan
penjelajahan angkasa lepas. Pengganti Nikita ialah Leonid Brezhnev pada tahun 1964 yang
meneruskan polisinya iaitu détente dengan negara Barat dan penumpuan kepada
perindustrian berat dan ketenteraan (Siti Fatihah Abdullah,2015) .Polisi ini tidak merubah
ekonomi Soviet bahkan makin mundur.Kematian Leonid pada 1982 telah diganti oleh Yurii
Andropov dan Konstantin Chernenko.Mereka ini memegang kuasa dalam masa yang
singkat dan tidak meninggalkan perubahan.Gorbachev (1985-1991) merupakan Setiausaha
Agong Parti Komunis Kesatuan Soviet seterusnya mewarisi kepimpinan Soviet mulai Mac
1985.Gorbachev menghadapi banyak kemunduran dari segi politik dan sosioekonomi
selepas kematian Chernenko.Beliau terpaksa melakukan reformasi untuk mengatasi
masalah tersebut bagi mempertahankan Kesatuan Soviet melalui program
glastnost,perestroika dan uskoveniye. Pada 25 Disember 1991, Gorbachev meletakkan
jawatannya dan hari berikutnya, Supreme Soviet, badan kerajaan tertinggi KRSS,
membubarkan dirinya. Maka, secara rasminya KRSS dibubarkan sebagai satu kerajaan
berfungsi.

[Date]
4
Gambar 2:Stalin(1927-1953) Gambar 3:Lenin(1917-1927)

3.0 FAKTOR-FAKTOR KEJATUHAN KESATUAN SOVIET

a. PENINDASAN PEMIMPIN

KRSS menghadapi pelbagai krisis ketika pemerintahan Stalin sehinggalah Mikhail


Gorbachev.Penindasan ke atas rakyat merupakan fakor utama kejatuhan Kesatuan
Soviet.Pada ketika itu,Stalin telah merampas semua tanah dan ladang petani. Para petani
yang sebelum ini memiliki tanah atau ladang, kini hanya menjadi buruh tani. Beribu-ribu
pemilik tanah yang kehilangan tanah mereka dipindahkan ke tanah yang masih memerlukan
petani maksudnya mereka berpindah ke ladang atau tanah yang masih belum mempunyai
khidmat petani di situ untuk menjalankan aktiviti pertanian.Stalin juga telah merancang
pembunuhan secara sistematik ke atas pesaing politik mahupun rakyat yang dianggap
bahaya kepada parti dan Negara komunis (Ashraf Ibrahim,2015) .

Pembunuhan ini telah meragut nyawa manusia sehingga mencecah berjuta bilangannya
pada tahun 1917 hingga tahun 1987.Kemudian,jika tentera KRSS yang berundur dari
medan perang tanpa kebenaran mana-mana pihak perwakilan Stalin juga akan dibunuh oleh
Stalin.Dalam satu kejadian yang di namakan Holodomor,orang di rantau Ukraine mengalami
kebuluran yang dirancang oleh KRSS terhadap rakyat Ukraine dengan tujuan

[Date]
5
menghapuskan semangat kebangsaan rakyat Ukraine dan peristiwa ini telah menyebabkan
ramai rakyat Ukraine mati kebuluran.Ada yang terpaksa memakan mayat-mayat sebagai
alas perut bagi meneruskan hidup masing-masing.Kekejaman pemerintahan Stalin ini telah
mengorbankan kira-kira 20 juta rakyat antara tahun 1929 hingga tahun 1939.

Gambar 4:Korban
kelaparan di jalan-jalan

bandar Kharkiv, 1933.

b. DASAR GLASNOST

Kemudian,dasar glasnost turut menjadi punca kejatuhan KRSS (Syed Ismail dan Meor
Aris,2016).Dasar ini timbul pada tahun 1985-1990 iaitu sebagai langkah-langkah reformasi
yang bergelar perestroika,yang bertujuan untuk membendung gejala rasuah dan juga salah
guna kuasa oleh ahli politik.Dalam masa yang sama,glasnost bermaksud keterbukaan dan
kebebasan bersuara rakyat bagi membongkar kepalsuan dan kelemahan pentadbiran
melaluia media massa Kesatuan Soviet (Siti Fatihah,2015) .Dasar ini diperkenalkan oleh
Gorbachev semenjak beliau mengambil alih pemerintahan Chenenko(W. Shawaludin W.
Hassan,2016) . Dasar ini telah memberi peluang dan ruang kepada media massa untuk
menyiarkan kepincangan dan rasuah antara pemimpin-pemimpin Soviet.

Kewibawaan pemimpin-pemimpin Soviet dengan perlahan-lahan terlenyap akibat


penyiaran aktiviti jenayah politik yang dilakukan oleh para pemimpin.Walaupon tujuan
Gorbachev ini adalah untuk melenyapkan daripada golongan pemimpin Soviet tetapi ianya
menjadi tidak terkawal sehingga menyebakan kehilangan kepercayaan atau kredibiliti rakyat
terhadap parti komunis dan pemimpin-pemimpin Soviet.Bukan itu sahaja, amalan ini juga

[Date]
6
bercanggah dengan ideologi politik KRSS dan menyebabkan kemarahan ramai pemimpin
Parti Komunis.

Gambar 5:Ilustrasi yang


mengambarkan glasnost
dan perestroika

c. REFORMASI DEMOKRASI

Selain itu,kewujudan kefahaman manusia tentang demokrasi adalah salah satu factor
yang menyebabkan kejatuhan KRSS.Sejak dasar-dasar yang diperkenalkan oleh Gorbachev
misalnya,glasnost dan perestroika masyarakat di Eropah Timur telah mula berani
menyuarakan hak-hak mereka.Jadi, hasrat mereka selari dengan dengan pemimpin pada
ketika itu,Gorbachev iaitu ingin menjatuhkan pemimpin-pemimpin Soviet (Wan Syawaluddin
Wan Hassan,2000) .Oleh itu,suatu pergerakan reformasi ke arah demokrasi telah mula
digiatkan di sekitar Eropah Timur. Sehubungan dengan itu juga,kumpulan pemimpin pro
demokrasi telah banyak terpilih dalam pilihan raya pada Mac 1989 ke dalam Congress of
People’s Deputies dan antara pemimpin yang sangat berpengaruh dalam pemikiran
demokrasi ini adalah Boris Yeltsin.Beliau telah memenangi dengan majoriti sebagai
Presiden Republik Rusia pada Jun 1991 .

Kejayaan ini telah melemahkan Parti Komunis sekaligus rakyat dapat memegang tampuk
pemerintahan yang pada asalnya dipegang oleh pihak Parti Komunis.Pada sebelum

[Date]
7
ini,kumpulan pro demokrasi telah menyatakan hasrat mereka untuk merampas tampuk
pemerintahan daripada Parti Komunis dan sekaligus dapat mewujudkan kerajaan
berpelembagaan,pemilikan hak persendirian dan ekonomi pasaran.Tepat pada 7 Februari
1990,secara langsungnya Jawatankuasa Sentral Parti Komunis telah bersetuju untuk
menamatkan kuasa monopoli Parti Komunis dalam Kesatuan Soviet (Ashraf Ibrahim,2015).

Gambar 6:Boris yeltsin berada


di dalam Congress
Of People’s Deputies keempat
4.0 KESAN KEJATUHAN KESATUAN SOVIET

a. PERPECAHAN YUGOSLAVIA

Selepas tamatnya Perang Dunia Pertama,pada penghujung 1918,Yugoslavia terbentuk


daripda kesatuan Kingdom of Serbia,Kingdom of Montenegro dan sebahagian daripada
wilayah yang pernah menjadi milik Austri-Hungary.Negara ini terdiri daipada beberapa
kumpulan etnik Balkan dan majoritinya adalah etnik Serb (Ashraf Ibrahim,2015) .Pada tahun
1945,selepas Kuasa Bersekutu (Britain,Perancis dan Amerika Syarikat) memenangi Perang
Dunia ke-2,Negara Yugoslavia ditubuhkan semula tetapi kali ini sebagai sebuah Negara
sosialis.Pada ketika itu,Yugoslavia adalah sebuah persekutuan yang terdiri daripada enam
buah republic iaitu Slovenia,Crotia,Bosnia and Herzegovina,Serbia,Montenegro dan
Macedonia.Selepas Perang Dunia ke-2,Yugoslavia dipegang oleh Josip Broz Tito yang
berfahaman komunis.Beliau dengan jayanya dapat mengawal ketegangan yang berlaku
antara kumpulan etnik yang berbeza dengan menawarkan persaudaraan dan hubungan
damai antara keenam-enam republic dan terus menolak semangat nasionalisme.KRSS telah

[Date]
8
menyingkirkan Yugoslavia dari Cominform,sebuah pertubuhan negara-negara Komunis
Timur pada tahun 1948.

Kematian Tito pada 1980 kerap kali dilihat sebagai kejatuahan Yugoslavia.Pada
1980an ekonomi Yugoslovia mula merosot,ketegangan etnik mula membuak dan semangat
nasionalisme mula tersebar antara sesetengah daripada enam republik yang ada.Tambahan
pula,kejatuhan komunisme di seluruh dunia menyumbang kepada berlakunya Perang
Yugoslavia dan perpecahannya.Pada tahun 1986 Slobodan Milosevic menjadi ketua parti
Komunis Serbia dan menggunakan kuasa ketenteraan untuk menghapuskan penentangan
di Kosovo.Tuntasnya,Milosevic punca kepada perpecahan etnik di Yugoslavia.

Gambar 7:Milosevic
memberi ucapan ketika di “Rallies of Truth”

b. PERANG BOSNIA

Konflik di Bosnia sebenarnya bermula sejak awal tahun 1990.Pada ketika itu
Yugoslavia mula menghadapi masalah perpecahan dan muncul golongan pemisah dan

[Date]
9
nasionalis yang menuntut penubuhan negara-negara bangsa mereka sendiri (Ashraf
Ibrahim,2015) .Pilihan raya pelbagai parti telah diadakan di Croatia dan Slovenia pada bulan
April dan Mei 1990 yang menandakan negeri-negeri komponen Yugoslovia mula menuntut
perpecahan daripda sistem komunis.Bosnia-Herzegovina telah menjadi negara berdaulat
pada 7 April 1992.Ketika perpecahan Yugoslovia,Bosnia terpaksa memilih untuk terus kekal
dengan Yugoslovia atau mengisytiharkan kemerdekaan (Azlizan Mat Enh,2006)
.Namun,etnik Bosnia memilih untuk mengisytiharkan kemerdekaan.Hal ini telah menaikkan
rasa tidak puas hati etnik Serb dan mereka telah memboikot pengisyhtiharan itu.

Bukan itu sahaja,impian Serb juga terbatas iaitu ingin menjadikan Bosnia sebahagian
daripada The Greater Serbia.Demonstrasi anti Serb berlaku dan bertukar kepada
keganasan apabila pendemonstrasi diserang dengan senjata.Menurut Mohamed Borogavev
(2016) Sarajevo mula dilanda huru-hara apabila etnik Serb menzahirkan rasa tidak puas hati
mereka keatas kemerdekaan yang diisytiharkan.Bandar Sarajevo telah di serang dan dibedil
dengan meriam.Dalam masa yang sama,Presiden Bosnia,Izetbegovic telah mengarahkan
tentera Territorial Defence Force dengan harapan dapat mempertahankan kota Sarajevo
tetapi tindakan itu telah dikecam oleh Radovan Karadzic,pemimpim Serb Bosnia.

Kemudian,Kota Sarajevo telah diisytiharkan darurat kerana kekecohan yang berlaku


tidak dapat dikawal oleh pihak polis lagi.Lagi menyakitkan apabila JNA yang dikawal oleh
kerajaan persekutuan Yugoslovia dan juga bersikap pro Serb di Bosnia.Tentera Serb mula
menguasai Lembah Drina,Bijeina,Zvornik dan Visegrad.Mereka hanya tertumpu serangan
terhadapn penganut islam,menyebabkan mereka terpaksa meninggalkan kediaman dan
menjadi pelarian.

Gambar 8:Serangan di
Sarajevo

[Date]
10
c. TINDAKAN PBB

Dalam pergolakkan yang berlaku di Bosnia,pihak PBB tidak dapat membantu


menyelesaikan masalah tersebut kerana tidak mencukupi sumber dan kewangan.Oleh
sebab itu hanya terdapat tempat-tempat tertentu sahaja etnik Bosnia dapat selamatkan
misalnya, Sarajevo, Bihac, Tuzla, Mostar, Srebrenica dan Gorazde (Williams dan Scharf,
2002).Pelbagai kekejaman yang berlaku seperti pembunuhan,pemindahan paksa dan
pemusnahan Bandar.Oleh sebab itu badan-badan pemerhati antarabangsa seperti
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB telah merekodkan segala salah laku etnik Serb
terhadap etnik Bosnia.Dalam masa yang sama,pihak Serb merancang untuk mewujudkan
wilayah-wilayah yang hanya ada satu etnik sahaja serta menggunakan teknik ketenteraan
dalam sistem pemerintahan mereka keatas penduduk bukan Serb (Williams dan Scharf,
2002).Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslovia telah ditubuhkan pada 1993
iaitu sebagai sebuah badan PBB untuk membicarakan para penjenayah perang di Bosnia
ke muka pengadilan di The Hague, Belanda (Ashraf Ibrahim,2014).Antara nama-nama yang
telah didakwa ialah Dragan Nikolic,Zeljko Meakic,Momcilo Gruban dan Dusan
Knezevic.Kesannya,Gojko Jankovic,Janko Janjic,Dragan Zelenovic dan Radovan Stankovic
didakwa pada 26 Jun 1996 kerana terlibat dalam kes rogol dan penyeksaan di Foca (Aris
Othman,2015) .

Gambar 9:tentera
Serb menyerang etnik Bosnia

[Date]
11
5.0 AKTIVITI KEGANASAN ANTARABANGSA

a. AL-QAEDA

Keganasan mula berlaku apabila Amerika Syarikat ingin menjajah Afghanistan.Pada


asalnya al-Qaeda adalah sebagai hub untuk menyokong umat islam yang berperang dengan
KRSS ketika perang Afghanistan.Apabila KRSS berundur daripada perang tersebut,al-
Qaeda mula mengorak langkah untuk membuat serang balas keatas Amerika Syarikat dan
serang balas itu berlaku pada 7 Oktober 2001.Menurut Dowd (2018) seramai 19 orang
pengganas al-Qaeda telah merampas 4 buat kapal terbang milik Amerika Syarikat.Rentetan
kejadian tersebut,bangunan World Trade Center di Bandaraya New York telah dilanggar
oleh dua buah kapal terbang yang dirampas oleh pengganas al-Qaeda dan insiden ini
berlaku pada 11 September 2011.Oleh itu,bangunan setinggi 110 tingkat tersebut telah
roboh di bahagian atasnya.Hal ini telah menyebabkan ramai penumpang dan pekerja di
bangunan tersebut terkorban.

Kemudian,kapal terbang yang ketiga pula merempuh Pentagon yang merupakan Ibu
Pejabat Pertahanan Amerika Syarikat yang terletak di Arlington,Virginia.Kapal terbang
keempat pula terhempas di kawasan berdekatan dengan pekan Shanksville di negeri
Pennsylvania.Penumpang dan anak kapal ingin merampas kembali daripada pengganas
tersebut kerana pada asalnya pengganas al-Qaeda ingin menyasarkan kapal terbang
tersebut kearah White House dan akhirnya ia terhempas di kawasan lain.Menurut DeBord et
al. (2017),dianggarkan seramai 3000 orang mangsa termasuk 19 orang pengganas telah
terkorban dalam nahas tersebut.Bukan itu sahaja,Amerika mengalami kerugian yang teruk
akibat daripada insiden tersebut terutamanya industri penerbangan.Selepas mengetahui
dalang kepada serangan ini iaitu Osama Bin Laden,Amerika bertindak balas terhadap
kejadian ini dan mereka menyerang Afghanistan untuk menjatuhkan kumpulan Taliban yang
yang melindungi pengganas al-Qaeda (Ashraf Ibrahim et al ,2015) .

[Date]
12
Gambar 10:keadaan bangunan WTC selepas di

rempuh kapal terbang

b. ISRAEL-PALESTIN

Konflik bermula apabila Turki menyertai Perang Dunia Pertama dan menyertai Kuasa-
kuasa Pusat.British mula merancang Revolusi Arab terhadap Turki pada tahun 1915.Pada
tahun 1916,British telah membuat perjanjian rahsia dengan Perancis dan Rusia dalam
membahagikan Empayar Uthmaniyyah dan Zionis mendapat persetujuan dengan British
untuk menjadikan Palestin sebagai kawasan dominasi mereka (Abdul Halim
Ramli,2002).Walaupon negara Israel belum terbentuk secara rasminya tetapi pihak Zionis
dengan kejamnya melakukan pembunuhan keatas penduduk Palestin dengan harapan cra
tersebut dapat mengusir penduduk Palestin dari kediaman masing-masing (Ashraf
Ibrahim,2015) .

Pengusir melalui keganasan merupakan salah satu tindakan terancang oleh Zionis
ketika pembunuhan yang berlaku di dair Yaseen,Ain ez Zaiton dan Salah ed-Deen. (Abdul
Halim Ramli,2002).Menurut Dr. Mohd Roslan Mohd Nor (2008),sehari selepas pembentukan
negara Israel,negara-negara Arab,iaitu Lubnan,Syiria,Jordan,Mesir dan Iraq telah
menyerang Israel sebagai tanda bantahan kepada pembentukan negara itu.Pada 27
Disember 2008,Israel melancarkan serangan ke atas Gaza untuk menyerang tentera Hamas
dan melumpuhkan kemampuan ekonomi Gaza.Dalam serangan 14 November
2012,terdapat 130 orang Palestin di Gaza terbunuh dan 840 orang tercedera parah dan
menyebabkan bekalan elektrik dan air terputus.

[Date]
13
Gambar 11:penduduk Palestin membuat pemberontakan
ke atas Israel

c. TALIBAN

Taliban merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar Afghanistan


dari 1996 sehingga 2001, walaupun hanya mendapat pengiktirafan diplomatik dari tiga
negara Ahli-ahli paling berpengaruh, termasuklah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan
tersebut, merupakan ulama madrasah kampung biasa. Taliban bererti pelajar agama dalam
bahasa Pashto. Selepas kejatuhan Republik Afghanistan Demokratik yang disokong oleh
Russia pada tahun 1992, Afghanistan terjerumus dalam keadaan huru-hara perperangan
antara ketua perang mujahideen yang bersaing. Taliban muncul sebagai kuasa yang
mampu membawa kestabilan dalam kekosongan kuasa ini. Ia membawa kebaikan ekonomi
dengan menghapuskan pelbagai bayaran yang diperlukan oleh pelbagai ketua perang.

Sikap tertutup, tidak sensitif dan keras kepala Taliban disebabkan ideologi-ideologi
ekstrem mengundang kemarahan masyarakat seluruh dunia, khususnya penganut agama

[Date]
14
Buddha apabila mereka bertindak merobohkan patung Buddha Solsol yang dipercayai
patung tertinggi di dunia dan Shahmama di Bamiyan (Anton Kurnia, 2011).Kemudian,50
artifak patung Buddha yang dipamerkan di Muzium Nasional Afghanistan turut
dimusnahkan. Penduduk dan masyarakat yang menentang akan dibunuh dengan kejam
seperti disembelih dan ditembak mati. Golongan wanita pula ditindas teruk dan kes-kes
perogolan berlaku dengan berleluasa

Gambar 12:serangan Taliban di Shabra

6.0 KESIMPULAN

Tuntasnya,kita mestilah mengambil pengajaran daripada peristiwa yang telah berlaku


agar pisang tidak berbuah dua kali.Sebagai contoh,kejatuhan KRSS di Eropah Timur yang
pada asalnya disegani di mata dunia tetapi akibat penyelewengan pemimpin-pemimpin pada
ketika itu,telah menyebabkan perpecahan di antara anggota negara ahlinya sekaligus
memberi kesan kepada isu-isu politik dunia serta bermulanya konflik di Bosnia terjadi.Selain
itu,pemimpin juga perlu menitikberatkan hal kebajikan rakyatnya bukannya memberi
penyiksaan yang teruk .Hal ini demikian kerana rakyat berhak mendapat tempat tinggal
yang kondusif,bekalan makanan yang mencukupi dan kemudahan yang lengkap.Masyarakat
juga perlu berfikiran terbuka untuk menerima pandangan orang lain agar dapat menjamin
keharmonian hidup masing-masing.Merujuk kepada konflik yang berlaku ni Bosnia,ia
berpunca daripada ketidakpuashatian etnik Serb kerana etnik Bosnia mengisytiharkan
kemerdekaanya.Dengan itu,kita haruslah menjauhi sikap dengki mendengki kerana ia dapat
mengancam perpaduan rakyat terutamanya di dalam Malaysia yang juga mempunyai

[Date]
15
pelbagai bangsa. Hakikatnya, Perang Bosnia telah menjadi isu politik dan konflik yang besar
di Eropah Timur sehingga telah menyumbang terhadap aktiviti keganasan
antarabangsa.Para pengganas telah sedaya upaya untuk membela hak rakyat islam yang
ditindas ketika Perang Bosnia.Namun,perjuangan mereka telah dianggap sebagai serangan
berbentuk kekejaman yang diajar oleh Islam.Sehubungan dengan itu,wujudlah satu ideologi
tentang keganasan islam iaitu islamofobia .Oleh itu,kita sebagai rakyat Malaysia,haruslah
mencintai negara kita dengan memupuk semangat perpaduan dalam masyararakat
berbilang kaum agar perpecahan yang berlaku di Eropah Timur tidak berlaku di Malaysia.

7.0 RUJUKAN

Abdul Halim Ramli . (2002). Pemikir Islam Prof Ismail Ragi Al-Faruqi. Segamat: Gubah Publisher.

Anton Kurnia. (2011). Dari Penjara Taliban Menuju Iman. Selangor: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Azlizan Mat Enh. (2006). Reaksi Kuasa Besar Dalam Konflik di Bosnia Herzegovina. Malaysia Journal
of History,Politics and Strategic Studies, 29-44.

Cara Anna. (2019). Afghanistan Election in Doubt as US,Taliban Near Deal. Retrived from

https://www.apnews.com/5e53cba2df5d4ad793610aeeb3fad0d

Dr. Mohd Roslan Mohd Nor. (2008). Sejarah Kejatuhan Palestin dan Kewujudan Israel. Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Islam Sdn. Bhd.

Mohd Ashraf Ibrahim . (2015). Cabaran dan Isu Semasa Dunia. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

Muhamed Borogavac. (2016). The War in Bosnia. Amerika Syarikat: Xlibris Publisher.

Wan Syawaluddin Wan Hassan. (2000). Perpecahan Kesatuan Soviet. Tinjauan Tentang Punca
Keruntuhan, 25.

[Date]
16
http://www.nytimes.com/topic/organization/al-qaeda

[Date]
17

You might also like