Kenalpasti Apa Itu Aset Dan Liabiliti

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kenalpasti apa itu aset dan liabiliti

Aset dan liabiliti ni mudah saja nak dikenalpasti. Aset ialah benda kepunyaan yang memberikan duit
masuk ke poket kita. Contoh paling mudah ialah rumah sewa yang memberikan keuntungan kepada
kita pada setiap bulan. Contoh lain ialah pemilikan saham di akaun yang mendatangkan
keuntungan contohnya Bank Rakyat, ASB, ASN, Tabung Haji, dan sebagainya.

Liabiliti ialah benda kepunyaan yang mengeluarkan duit dari poket kita. Contoh paling mudah ialah


pemilikan kereta sendiri yang memerlukan komitmen kita dari segi installment, maintenance
dan sebagainya. Contoh lain liabiliti ialah langganan utiliti harian seperti Astro, internet,
suratkhabar, pembelian perabot secara insurans dan banyak lagi yang boleh mengeringkan poket kita.
Ya, sesetengah liabiliti ini merupakan keperluan dan kita tiada pilihan melainkan
terpaksa mengambilnya juga. Maka, pemilihan liabiliti yang sesuai dengan kemampuan
kita merupakan suatu keputusan yang penting dalam menjalani kehidupan seharian.

Sebenarnya bagi aku, aset dan liabiliti ini agak subjektif. Bergantung kepada cara penggunaan individu.


Contohnya seperti perkara berikut:

Kereta boleh dikategorikan sebagai aset sekiranya kita membuat bisnes kereta sewa yang


boleh mendatangkan keuntungan pada setiap bulan. Tapi berapa kerat dikalangan kita yang sanggup
menyewakan kereta sendiri kepada orang lain?

Pemilikan rumah untuk duduk sendiri merupakan liabiliti. Tapi sekiranya kita masih bujang dan sanggup


menyewakan bilik lebihan kepada penyewa lain, ia boleh menjadi aset.

Rumah sewa juga boleh menjadi liabiliti sekiranya kita perlu top up


duit sendiri pada setiap bulan untuk bayar kat bank disebabkan kadar sewa yang rendah dan instalment
bank yang tinggi. Biasanya rumah landed berlaku kesyang semacam ini.

Emas bagi aku bukan merupakan aset kerana ia melibatkan proses jual


beli dan tidak berlaku secara kerap. Bagi aku, emas merupakan perniagaan jual beli. Beli
pada harga rendah, jual pada harga lebih tinggi. Tiada beza dengan produk lain.

Sewa rumah merupakan liabiliti, tapi sekiranya kita pandai, kita sewakan pula kepada orang lain


dengan kadar yang lebih tinggi diatas persetujuan pemilik, ianya akan menjadi aset.

Penting untuk kita mengenali aset dan liabiliti kerana ia memudahkan kita untuk proses ke


arah kebebasan kewangan.
SYARIKAT SENDIRIAN BERHAD (SDN. BHD.)
Dikawal dibawah Akta Syarikat 1965 dan merupakan entiti yang sah terpisah daripada pemilik. Dimiliki
oleh 2 -50 orang pemegang saham.

Pemilik Syarikat mempunyai liabiliti terhad.

Pemilik/pemegang saham syarikat menyumbangkan modal Syarikat dianggota lembaga Pengarah


sekurang-kurang 2 orang untuk mengetahuai dasar dan matlamat Syarikat.

Pemegang saham yang memiliki 51% atau lebih daripada jumlah saham Syarikat berhak untuk mengawal
Syarikat tersebut.

Saham Syarikat boleh dijual beli tetapi tidak dilakukan di pasaran di pasaran terbuka.Penjualan mesti
dengan persetujuan pemegang saham yang lain.
Tidak disenaraikan di BSKL.

Jangka hayat perniagaan adalah panjang.

Boleh dikenali dengan mudah, ada perkataan Sendirian Berhad (Sdn. Bhd.) pada akhir nama Syarikat.
Contoh : Rasa Sayang Sdn. Bhd.

Syarikat ini ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965 dan sekurang-kurangnya 2 orang diperlukan bagi
menajanya, Ahli-ahli syarikat ini dihadkan kepada 50 orang sahaja dan satu-satu masa.

Mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh Akta Syarikat 1965 sesebuah syarikat sendirian
berhad mempunyai sifat-sifat seperti seorang manusia iaitu, Mempunyai namanya sendiri, Boleh didakwa
atau mendakwa atas namanya sendiri di Mahkamah, Mempunyai alamat yang tertentu, Mempunyai aset
atas namanya sendiri, Tertubuhnya bersepanjang sehingga tindakan diambil bagi membubarkannya,
(perpetual seccession) walaupun ada di antara ahli-ahlinya yang meninggal dunia.

Kelebihan:

Liabiliti perniagaan adalah terhad kepada sumbangan modal sahaja.

Kontuniti atau Syarikat terjamin – iaitu Syarikat tidak akan dibubar dengan kematian seseorang
pemegang saham.

Kemudahan untuk mendapat modal.

Kemudahan dari segi penukaran hakmilik.

Pemegang-pemegang saham dilindungi oleh perundangan.

Potensi untuk perkembangan luas.

Pemilik saham tidak dibebankan dengan tanggungjawab pengurusan.

Kekurangan:

Rumit untuk diuruskan serta terikat dan tertakluk kepada Akta Syarikat.

Cukai Pendapatan yang tinggi.

Saham Syarikat tidak boleh dijualbeli melalui Pasaran Saham.

You might also like