Soalan Latihan KDC Tahfiz 2 PDF

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

SOALAN LATIHAN KDC TAHFIZ 2

1. Pentaksiran dalam konteks pendidikan merupakan proses untuk mendapatkan


maklumat tentang prestasi pelajar dalam pembelajaran.

a Nyatakan secara ringkas konsep asas pengujian dalam pendidikan

Pengujian ialah penggunaan instrument atau alat yang cuba menguji sebahagian
tingkahlaku pelajar. Perhatikan bahawa kita tidak boleh menguji segala tentang prestasi dalam
Bahasa Melayu seorang murid. Oleh itu kita mengambil sampel kebolehan dan keupayaan
murid tentang kemahiran membaca, kemahiran menulis, kemahiran mendengar dan kemahiran
bertutur. Antara instrumen yang lazim digunakan dalam Bahasa Melayu ialah ujian bertulis,
ujian lisan, jadual pemerhatian, ujian kemahiran mendengar, projek dan sebagainya. Sesuatu
ujian itu terdiri daripada soalan-soalan yang menguji tahap kebolehan dan keupayaan pelajar
secara teratur dan sistematik.

b Kebolehpercayaan sesuatu ujian merujuk kepada kestabilan dan ketekalan


untuk mengukur sesuatu konsep atau aspek.

Huraikan cara-cara untuk menentukan kebolehpercayaan dalam sesuatu ujian.

Kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian dalam mengukur apa yang hendak
diukur. Ujian yang mengukur sesuatu gagasan dengan skor yang tekal dikatakan mempunyai
kebolehpercayaan yang tinggi. Sebaliknya, ujian yang menghasilkan skor yang berubah-ubah
mempunyai kebolehpercayaan yang rendah. Sesuatu ujian yang mempunyai kebolehpercayaan
yang tinggi tidak semestinya sah. Bagaimanapun, sesuatu ujian yang sah biasanya boleh
dipercayai. Jika faktor-faktor lain serupa, sesuatu ujian yang mempunyai pekali
kebolehpercayaan yang tinggi perlu dipilih kerana ujian tersebut mempunyai ketekalan
pemeringkatan individu dalam kumpulannya.

Kebolehpercayaan ujian dipengaruhi oleh faktor yang tidak sistematik. Faktor tidak
sistematik adalah faktor yang menghasilkan perubahan atau variasi yang tidak dijangka yang
dikenali sebagai perubahan rawak. Ujian yang mengukur dengan pincang sesuatu konsep
boleh menghasilkan perubahan rawak. Ujian yang mengandungi arahan, soalan, butiran dan
pernyataan yang tidak jelas dan mengelirukan juga boleh menghasilkan perubahan tidak
sistematik.

Berikut adalah cara bagaimana guru boleh meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu


ujian yang dibina.
a. Arahan hendaklah jelas dan tepat.
b. Pernyataan soalan mestilah jelas dan tepat.
c. Soalan hendaklah seragam (homogen).
d. Situasi dan masa ujian dijalankan hendaklah piawai, serupa dan terkawal.
e. Elak ganguan kepada pelajar disebabkan arahan dan soalan tidak jelas.
f. Elak kebimbangan pelajar semasa mereka menjawab soalan.
2. Kementerian Pendidikan Malaysia telah melaksanakan transformasi sistem pentaksiran
yang bersifat lebih holistik dalam pelaksanaan pedagogi digital.

a Jelaskan tujuan utama pentaksiran formatif dilaksanakan semasa sesi


pengajaran.

Tujuan utama pentaksiran formatif dilaksanakan oleh guru untuk:

1. mengesan kelemahan dan pembelajaran pelajar secara individu sertamerta (cepat)

2. dapat memaklumkan kepada guru dan pelajar mengenai kefahaman mereka terhadap
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan.

3. membantu para pelajar lebih sedar mengenai kelemahan dan masalah yang mereka alami
dalam proses pembelajaran.

4. membolehkan guru untuk merancang pengajaran yang bersesuaian dengan pengetahuan,


kemahiran dan kesediaan pelajar untuk belajar.

5. membantu guru menyedari kelemahan pengajaran mereka yang dapat membantu mereka
untuk merancang pengajaran yang sesuai dengan pencapaian pelajar.

b Bandingkan kelebihan pentaksiran atas talian (Online Assessment) dengan


pentaksiran prestasi dalam transformasi pendidikan di Malaysia.

Pentaksiran atas talian merupakan kaedah penilaian yang digunakan oleh guru
menggunakan kaedah pentaksiran berbantukan komputer. Kaedah ini mudah dilaksanakan dan
dapat menarik minat pelajar untuk melaksanakannya. Para guru hanya perlu menyediakan
bentuk-bentuk ujian dan disimpan dalam bentuk “softcopy‟ dengan pelbagai soalan.

Antara kemudahan penggunaan pentaksiran atas talian ialah;

1. Dapat mengakses bahan pentaksiran dengan mudah.

2. Kepelbagaian bentuk ujian dapat dilaksanakan dalam sesuatu pentaksiran.

3. Meningkatkan kemahiran penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan guru.

4. Melaksanakan dan mengaplikasikan Pembelajaran Abad ke 21.

Manakala pentaksiran prestasi ialah bentuk pentaksiran yang mempunyai perbezaan


dari bentuk pentaksiran tradisional. Pentaksiran prestasi merupakan pentaksiran yang
digunakan untuk menilai proses penglibatan mereka dalam sesuatu tugasan. Dalam
pentaksiran ini, bentuknya tidak formal dan membolehkan para pelajar menggunakan daya
kreativiti dan kebolehan interaksi dalam kumpulan bagi membantu penyediaan tugasan yang
diberikan. Proses pentaksiran prestasi ini dapat mengintegrasikan pelbagai kemahiran seperti
membaca dan menulis dan digabungkan juga dengan pelbagai kaedah seperti portfolio, laporan
lisan, bercerita, sketsa, boneka dan temuduga, kaedah permainan, simulasi dan lain-lain lagi.

3. Perancangan dan pentadbiran ujian bermula dengan penyediaan jadual spesifikasi ujian
yang terperinci untuk suatu ujian.

a Jelaskan faktor-faktor yang perlu diambil kira semasa pembinaan jadual


spesifikasi ujian.

Terdapat beberapa faktor yang perlu diberi perhatian apabila menyediakan JSU.

i. Topik-topik yang dipilih


ii. Kemahiran-kemahiran yang hendak diuji
iii. Jenis-jenis Item Ujian
iv. Bilangan item mengikut topik, kemahiran & jenis
v. Aras kesukaran item ujian
vi. Agihan markah

b Perincikan langkah-langkah yang perlu dipatuhi dalam mentadbir ujian bagi


menjamin kebolehpercayaan dan kelancaran proses tersebut.

1.Peringkat Persediaan
2. Peringkat Pelaksanaan
3. Peringkat Penyelarasan
4. Penyemakan Kertas Ujian

4. Markah berikut diperoleh murid kelas 6 Anggun bagi ujian Bahasa Melayu.

Murid Bahasa Melayu


Hadi 85
Hikmah 89
Lee 50
Mary 49
Hilmy 23
Jimmy 30
a Hitungkan min, mod, median dan sisihan piawai bagi taburan markah ujian
tersebut.

Min:

ẋ = (85+89+50+49+23+30)/6

= 326/6

= 𝟓𝟒. 𝟑

Med :

ẋ = 23,30,49,50,85,89

= ( 49+50) / 2 = 99 /2 = 49.5

Mod : tiada

b Pembinaan bank item memudahkan penyediaan kertas ujian dan biasanya


dianggap sebagai amalan terbaik dalam pendidikan. Bincangkan sama ada
amalan pembinaan bank item sesuai atau tidak untuk dilaksanakan di sekolah.

Amalan pembinaan bank item sangat sesuai di laksanakan di sekolah. Dapat


mewujudkan keseragaman proses pengurusan bank item dan peraturan pemarkahan. Dan juga
memastikan kesahan, kebolehpercayaan dan keadilan terhadap item dan peraturan
pemarkahan peperiksaan akhir.

You might also like