Kuiz Moral

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Jawab soalan kuiz berikut.

(4:30-5:00)

1. Aliran pemikiran moral terbahagi kepada 4 . Huraikan aliran tersebut berdasarkan


situasi rakyat Malaysia dalam menangani Covid19.

Aliran pemikiran moral terbahagi kepada 4 iaitu, aliran rasionalis, naturalisme, intuisionis
dan juga emotivis. Rasionalis berasal daripada perkataan ‘ratio’ yang bermakna ‘reason’
atau sebab. Aliran pemikiran rasionalis sebenarnya membezakan antara manusia dan
binatang. Beza antara manusia dan binatang ialah akal. Manusia yang waras akan
menggunakan akal fikirannya untuk penaakulan, membuat keputusan dengan bijak,
menyelesaikan masalah, merekacipta sesuatu yang boleh dimanfaatkan manusia sejagat.
Sebagai contoh, masyarakat mampu berfikir dan menepati undang-undang yang ditetapkan
sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan kerana mereka boleh menggunakan akal untuk
menilai keburukan dan kesan yang akan berlaku jika mereka keluar dari rumah.

Seterusnya ialah aliran naturalisme. Naturalisme adalah salah satu aliran pemikiran
yang menggambarkan sesuatu dalam keadaanya yang sebenar. Manusia dikatakan
berfikiran naturalis apabila seorang individu mempunyai kehendak untuk menerima apa jua
keadaan yang sebenar. Sebagai contoh, ada segelintir masyarakat Malaysia yang masih
lagi keluar dari rumah walapun mengetahui mengenai jangkitan covid kerana mereka
berpendapat bahawa “ Jika tuhan sudah tentukan yang kita akan kena jangkitan ini, pasti
kena, jadi saya tidak kisah”. Pernayataan ini mengambarkan bahawa segelintir masyarakat
menerima keadaan yang sebenar dan tidak mengambil berat atau apa jua usaha untuk
membendung dan mengelakkan diri daripada menjangkiti penyakit ini.

Selain itu ialah aliran pemikiran intuisionis. Aliran pemikiran intuisiunis yang berasal
daripada perkataan Latin iaitu ‘intueor’. Intueor bermaksud pemandangan yang tepat
tentang sesuatu. Seseorang yang mempunyai pemikiran intuisionis akan ada kelebihan
untuk menjangkakan bahawa sesuatu perkara itu adalah baik ataupun buruk seperti orang
tua ataupun orang yang mempunyai pelbagai pengalaman hidup akan bijak mengenal pasti
sesuatu perkara yang baik dan buruk.Dengan ini, dapat difahami bahawa aliran pemikiran
intuisionis banyak memerlukan ilmu, kematangan fikiran dan juga pengalaman hidup.
Sebagai contoh bagi orang yang tidak mempunyai aliran pemikiran intuisiunis ialah seperti,
Abu yang tidak mendengar kata-kata ibu yang selalu menasihatnya supaya tidak keluar dari
rumah selepas pukul 8 sepanjang PKP ini sedar atas kesilapannya apabila dia ditangkap
oleh polis kerana melepak dengan rakannya di padang.
Akhir sekali ialah aliran pemikiran emotivis. Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia
yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka,
kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Sebagai contoh, salah
satu daripada pelajar Universiti yang admit di hospital selama 10 bulan dan memberi
peluang untuk pesakit covid menempat di hospital dan telah meninggal dunia beberapa hari
yang lalu. Perkara ini jelas membuktikan pelajar itu mengambil keputusan mengikut
perasaannya.
2. Buat perbandingan antara jenis-jenis nilai dalam menghadapi cabaran global.

Terdapat enam jenis nilai dalam pendidikan moral dan setiap jenis nilai mempunyai
keistimewaannya.

Nilai relatif dan nilai mutlak Kedua-dua nilai ini digunakan dalam
menunjukkan hubungan antara nilai.
Nilai Objektif dan Nilai Subjektif Nilai objektif dan Nilai subjektif berfungsi
untuk menunjukkan pandangan
seseorang terhadap sesuatu nilai.
Nilai intrinsik dan Nilai Instumental Kedua-dua nilai ini berfungsi untuk
(Ekstrinsik) menunjukkan apa yang telah dinilai.
Enam jenis nilai ini mempunyai perbezaan masing-masing. Di mana, nilai relatif dan
mutlak mempunyai beberapa perbezaan. Nilai relatif merupakan nilai yang berubah dari
masa ke semasa manakala nilai mutlak pula adalah sentiasa konsisten. Seterusnya, nilai
relatif merujuk kepada nilai-nilai yang diterima atau ditolak oleh sesuatu budaya tetapi nilai
mutlak pula merujuk kepada nilai umum yang sentiasa diterima oleh masyarakat. Sebagai
contoh nilai relatif, pakaian wanita yang berpostur pendek diterima oleh sesetengah budaya
tetapi juga terdapat budaya yang tidak terima sebegitu kerana kurang bersopan. Contoh nilai
mutlak pula adalah seperti menghormati orang tua yang telah diterima oleh setiap budaya.

Seterusnya juga terdapat perbezaan antara nilai objektif dan nilai subjektif. Nilai
Objektif adalah nilai yang diterima atau ditolak berdasarkan satu kriteria yang telahpun
disetujui oleh ramai manakala nilai subjektif pula merupakan nilai yang diterima atau ditolak
berdasarkan pandangan seorang sahaja. Sebagai contoh nilai objektif ialah ,penyakit
Kanser semakin serius dalam kalangan masyarakat dan mengancam nyawa seseorang
individu. Iaitu pandangan penyakit kanser diterima oleh ramai. Sebaliknya, contoh nilai
subjektif pula adalah Rani tidak bimbang penyakit kanser kerana rakan-rakanya tidak
menghidapinya. Ini menunjukkan, pandangan yang diterima oleh Rani sahaja.

Akhirnya adalah perbandingan antara nilai intrinsik dan nilai instrumental


(Ekstrinsik). Di mana, nilai intrinsik ialah sesuatu nilai yang tidak bergantung pada nilai
yang lain kerana ia merupakan matlamat akhir manakala, nilai ekstrinsik pula bergantung
pada nilai lain untuk mencapai sesuatu matlamat. Sebagai contoh nilai intrinsik ialah kasih
sayang guru terhadap anak muridnya iaitu, guru tidak mengharapkan apa jua balasan
daripada anak muridnya. Contoh nilai ekstrinsik pula ialah seperti , Raju yang rajin belajar
berjaya mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Raju telah mengamalkan
nilai rajin bagi mencapai matlamat hidup.

3. Bagaimana seorang guru itu dapat menjalankan peranannya dalam pembentukan


moral anak didiknya di sekolah.

Guru adalah satu golongan masyarakat yang khas. Memang dikatakan guru memainkan
peranan penting dalam menjayakan pendidikan moral dan nilai kerana ketika anak-anak
berada di sekolah guru-gurulah yang memainkan peranan sebagai ibu bapa. Oleh itu guru
mestilah menjalankan perananya dalam pembentukan moral anak didiknya.

Antara cara yang boleh digunakan ialah, guru berperanan membangunkan nilai
pelajar melalui pengamalan nilai murni dengan menjadikan diri sebagai teladan
kepada pelajar. Peranan guru sebagai model adalah penting kerana sesuatu adalah
mustahil untuk disampaikan kepada pelajar sekiranya guru berkelakuan seperti ketam
mengajar anaknya berjalan lurus. Jadi, guru sepatutnya menjadi teladan pelajar dengan
menjadi individu yang mengamalkan nilai murni walau di mana pun. Bertitik tolak dengan
peranan guru sebagai contoh, guru perlulah mengamalkan nilai peribadi asas, nilai
kepimpinan, nilai profesionalisme, nilai produktiviti dan juga nilai keagamaan. Dalam meneliti
pengamalan nilai peribadi asas, guru perlulah bersikap amanah, bertanggungjawab,
berdedikasi dan kesederhanaan dalam melaksanakan tugasnya sebagai pendidik. Begitu
juga nilai kepimpinan seperti adil dan berani perlulah ditonjolkan oleh guru dalam memimpin
anak muridnya. Guru juga seharusnya menunjukkan nilai profesionalisme dengan sentiasa
komited dengan tanggungjawab sendiri. Dengan penonjolan sahsiah guru yang baik, maka
murid akan meniru personaliti guru yang positif dan begitu juga dengan sebaliknya. Hal ini
demikian kerana pelajar yang masih keliru dengan identiti diri adalah begitu mudah
dipengaruhi oleh orang di sekelilingnya termasuklah guru. Oleh itu, peranan guru sebagai
teladan pelajar adalah begitu vital dalam meninggikan nilai pelajar melalui penerapan nilai
murni dalam jiwa pelajar.

Di samping itu, sikap guru yang prihatin terhadap pelajar adalah penting dalam
membentuk peribadi pelajar yang masih boleh dilenturkan. Sifat yang ditunjukkan oleh
guru adalah penting disebabkan kerencaman latar belakang murid yang membentuk
pengamalan nilai pelajar. Maka, sikap demikian yang ditunjukkan oleh guru dalam proses
pengajaran dan pembelajaran boleh menyebabkan pemahaman yang lebih lanjut terhadap
pelajar dan seterusnya membimbing pelajar untuk menjadi individu yang mengamalkan nilai.
Dalam melaksanakan usaha tersebut, keprihatinan guru boleh ditonjolkan melalui sentiasa
meluangkan masa untuk berinteraksi dengan murid. Tindakan yang senang seperti
memahami latar belakang pelajar, mendengar kesulitan yang dihadapi pelajar, memperoleh
pandangan berkaitan sesuatu isu yang diberikan pelajar dan sebagainya menyebabkan guru
boleh memberikan nasihat kepada pelajar supaya pelajar diingati untuk mengamalkan nilai
dalam menghadapi sebarang masalah. Walaupun penyampaian ilmu kepada pelajar adalah
penting, tetapi nilai yang didedahkan kepada pelajar dapat membentuk peribadi pelajar yang
unggul. Maka, guru berperanan untuk bersikap prihatin terhadap pelajarnya supaya nilai
pelajar dapat dibangunkan menerusi pengamalan nilai murni.

Selain itu, guru juga mestilah menggunakan cara pengajaran dan pembelajaran
yang kreatif dan inovatif mengikut pembelajaran abad ke-21. Contohnya, guru
seharusnya mempunyai kemahiran menggunakan pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai dengan tahap dan kebolehan murid. Hal ini demikian kerana, pada
masa dulu guru menggunakan kaedah yang bosan untuk mengajar yang membuatkan
murid-murid berasa bosan dan melibatkan diri dalam aktiviti yang tidak berfaedah seperti
ponteng kelas, merokok dan sebagainya. Jika guru menggunakan kaedah-kaedah yang
boleh menarik perhatian murid maka kita boleh menggelakkan daripada murid-murid
terjebak dalam perkara negatif.

Setersunya ialah, dari segi penerapan nilai-nilai moral dalam matapelajaran moral
dan juga pendidikan islam. Guru mestilah mengambil berat dalam mengajar perkara-
perkara yang penting dalam subjek-subjek ini untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam diri
pelajar. Penerapan nlai murni telah diwajibkan didalam semua mata
pelajaran. Persoalannya sejauhmanakah guru berjaya mengimplimentasikan penerapan nilai
tersebut dan adakah penilaian dibuat tentang proses dan produknya. Satu kaedah yang
dapat memupuk beberapa nilai murni ialah pengajaran secara kooperatif. Pembelajaran ini
bukan setakat pelajar duduk dalam kumpulan kecil tetapi kumpulan itu ada semangat
kekitaan yang manamurid dapat bantu membantu ahli kumpulan belajar dan meningkatkan
prestasi sendiri dan kumpulan.

Akhir sekali ialah menerusi pelbagai aktiviti kokurikulum seperti unit beruniform,
persatuan dan kelab serta sukan permainan. Pada umumnya disekolah satu hari pada
hujung minggu dikhususkan untuk kegiatan ini dan semua pelajar diwajibkanterlibat. Begitu
juga untuk guru, mereka perlu hadir sekolah pada hari Sabtu. Bila guru tidak datangmaka
pelajar pun begitu juga dan akhirnya aktiviti tidak berjalan langsung. Pengetua / guru besar
haruslah berhikmah dan memujuk guru-guru agar memenuhi tanggungjawab mendidik anak
bangsa melalui kokurikulum. Aktiviti ini perlu dijalankan dengan menarik. Apabila semua
pelajar sudah senang hati dan seronok, mereka tidak akan terfikir atau berpeluang untuk
keluar ke tempat-tempat awam. Dengan cara ini mereka terhindar dari gejala sosial yang
meruntuhkan akhlak. Jadi, guru mestilah melaksanakan kewajipannya dengan menjalankan
aktiviti kokurikulum dengan supaya dapat membentuk akhlak murid-murid yang positif atau
bermoral.

You might also like