Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

PENGENALAN

Seni Dalam Pendidikan (SDP) iaitu seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Seni
Dalam Pendidikan merupakan komponen yang penting kerana dapat membantu
meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang pelajar, meningkatkan
perkembangan insan dan minda secara holistik. Demi menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran yang lebih menyeronokkan, saya telah mengintegrasikan seni visual, seni
muzik dan seni pergerakan ke dalam tajuk mata pelajaran yang akan saya ajarkan.

Seni dalam pendidikan meletakkan Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard
Gardner sebagai asas pemupukan minda murid untuk mencapai kecemerlangan [ CITATION
Joh93 \l 17417 ]. Teori ini jelas menyokong seni yang mengambil peranan penting dalam
kurikulum yang ada. Oleh itu, guru perlu menggalakkan murid untuk mengenal dan
menggunakan kelebihan yang ada pada diri mereka. Selain itu, guru juga perlu merancang
aktiviti pembelajaran yang pelbagai dan bersepadu untuk memenuhi keperluan murid yang
mempunyai gaya belajar yang berbeza, keinginan mencuba idea serta pendekatan dan
teknik yang baru seiring dengan persekitaran yang memberikan inspirasi.

Konstruktivisme ialah perspektif psikologi dan falsafah yang menyatakan individu


membentuk atau mengkonstruk tentang apa yang dipelajari dan difahami oleh mereka
[ CITATION Azi052 \l 17417 ]. Ia menekankan tentang kepentingan interaksi sosial individu
dalam pemerolehan kemahiran dan pengetahuan. Konstruktivisme merupakan teori
pembelajaran deskriptif iaitu cara seseorang belajar dan bukan teori pembelajaran preskriptif
iaitu cara yang sepatutnya seseorang individu belajar. Ia juga menegakkan fahaman
bahawa pembelajaran merupakan proses membina makna daripada pengalaman yang
dilalui. Pengintegrasian seni visual dalam Bahasa Malaysia merupakan salah satu
pengajaran konstruktivis yang mempunyai ciri-ciri seperti pengajaran pemusatan pelajar,
pengalaman pembelajaran aktif, lebih kepada interaksi pelajar-pelajar dan guru-pelajar, lebih
bekerja dengan bahan konkrit dan penyelesaian masalah realistik (Shuell 1996).

Dalam sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran saya, strategi yang saya
laksanakan ialah strategi pemusatan murid dan strategi pemusatan bahan pelajaran.
Peranan murid dan peranan bahan bantu mengajar diutamakan dalam proses pengajaran
saya. Saya telah menggunakan teknik penyoalanan, tunjuk cara dan memberi bimbingan
kepada murid supaya komunikasi dua hala dapat diwujudkan dan objektif pembelajaran
murid dapat diutamakan. Dari segi bahan bantu mengajar pula, saya telah bergantung
kepada Powerpoint, bahan konkrit dan muzik untuk mencapai objektif pembelajaran. Hal ini
disebabkan ia dapat mewujudkan pengajaran yang menarik dan berkesan. Selain itu, murid
juga dapat dilatih dalam kemahiran, kefahaman dan berdikari.

1
Seni Dalam Pendidikan akan menjadikan mata pelajaran yang dipelajari oleh murid
di sekolah menjadi lebih seronok. Selain itu ia membantu guru untuk memahami diri sendiri.
Ia juga membantu perkembangan intelek terutamanya dari aspek menyelesaikan masalah,
memotivasikan guru untuk menjadi lebih kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Seni Dalam Pendidikan juga membantu
perkembangan insan secara seimbang dan menyeluruh

2
1.0 TUGASAN 1

3
4
5
TUGASAN 2

2.1 PERSEMBAHAN

Nama : Ahmad Syahmi Bin Ahmad Sudir

Kelas : 2 Pendidikan Khas

Mata Pelajaran : Bahasa Malaysia Tahun Dua Pendidikan Khas

Bilangan Murid :6

Tarikh : 6 April 2016 (Rabu)

Masa : 60 minit

Tema : Warna

Tajuk : Perkataan KV+KV

Standard Kandungan 2.1: Asas membaca dengan sebutan yang betul.


Standard Pembelajaran 2.1.3: Mengeja suku kata tertutup dengan
sebutan yang betul.
Pengetahuan Sedia Ada i. Murid pernah belajar menyebut suku kata terbuka.
ii. Murid boleh menyatakan suku kata KV+KV yang utama

Objektif Pembelajaran Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:


i. Mengeja sekurang-kurangnya 2 daripada 4 suku kata
dengan sebutan yang betul.

Nilai Murni Kasih sayang, Kerjasama


Kemahiran Bernilai Tambah Kemahiran Berfikir: Menghubungkait
Kecerdasan Pelbagai: Verbal-linguistik, interpersonal,
Muzik, visual-ruang, kinestetik
Elemen Merentas Kurikulum Kreatif
Sistem Bahasa Tatabahasa : Kosa kata –datuk, adik
Bahan Bantu Mengajar Komputer, Powerpoint, kotak Kiub Huruf Berpusing,
keratan gambar, muzik, kacang merah, kacang hijau, biji
sagu,, muzik “Ikan Kekek”.

Langkah-langkah
Set induksi
a) Guru meminta murid menyebutkan 4 suku kata yang mereka tahu.

6
Aktiviti 1:

 Guru menunjukkan gambar berdasarkan kotak dan murid mencari suku kata
dengan memusingkan kotak tersebut.
 Apabila murid telah berjaya mencari suku kata kv+kv , murid dikehendaki
mengambil satu aktiviti berdasarkan gambar.
 Murid dikehendaki membaca aktiviti tersebut.

Seni pergerakan

 Murid menyanyi sambil bergerak mengikut video yang ditayangkan


 Murid menggerakkan kotak untuk mencari suku kata KVKV

Seni visual:

 Murid menggunakan pelbagai kacang untuk menulis KVKV

Seni muzik:

 Murid menyanyikan lagu

Penghuraian Berkaitan Pengintegrasian Aktiviti Seni yang Dipilih

Teori Kecerdasan Manusia (1983) oleh Howard Gardner mengesyorkan bahawa


terdapat sekurang-kurangnya tujuh jenis kecerdasan yang seharusnya disuburkan di
kalangan murid melalui pengenalan pelbagai mata pelajaran di sekolah. Howard Gardne,
(1983) menyatakan bahawa jika hanya satu sahaja pendekatan digunakan di dalam
pengajaran, murid tertentu sahaja akan mendapat bahan yang disampaikan. Ini disebabkan
murid mempunyai kebolehan menaakul dan menanggap dalam keadaan yang berbeza.
Pendekatan yang berintegrasi terhadap pelbagai jenis kecerdasan memudahkan
penerimaan pemikiran murid kepada yang lebih kreatif. Demi menjana kecerdasan minda
murid dengan lebih menyeluruh, saya telah mengintegrasikan aktiviti seni visual, aktiviti seni
muzik dan aktiviti seni pergerakan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya.

Dengan mengintegrasikan tajuk dengan seni muzik dan seni pergerakan. Tujuan
melaksanakan aktiviti ini adalah untuk memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan murid.
Irama lagu yang akan saya gunakan ialah lagu “Ikan Kekek”. Demi mengaitkan ilmu yang

7
diajar pada hari ini, saya telah mengubah lirik lagunya. Saya telah menerapkan perkataan-
perkataan yang diajar ke dalam lirik lagu tersebut. Sebelum murid belajar cara
menyanyikan lagu ini, murid diminta untuk membaca lirik lagu tersebut. Kemudian, saya
membimbing murid untuk menyanyi dan melakukan pergerakannya dengan mengikut video
tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja dapat memberi kecekapan psikomotor di kalangan murid,
ianya juga dapat mengelakkan kebosanan pengajaran dan pembelajaran ini.

Strategi yang saya aplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini ialah
strategi pengajaran berpusatkan pelajar. Dalam pelaksanaannya, murid berpeluang untuk
melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini seperti aktiviti mencari suku
kata KV+KV berdasarkan gambar, sesi soal jawab, aktiviti membaca pantun, aktiviti
menyanyi dan menari.

TUGASAN 3

(Refleksi)

8
Alhamdullilah bersyukur kepada hadrat ilahi kerana dengan izin dan inayahnya saya
telah dapat menyiapkan tugasan yang diberikan tepat pada masanya. Di dalam menyiapkan
tugasan yang diberikan ini pelbagai perkara, input dan ilmu baru telah saya perolehi. Namun
begitu dalam proses menyiapkan tugasan ini juga pelbagai masalah dan halangan yang
telah terpaksa hadapi. Namun dengan berkat ketekunan dan kesabaran akhirnya saya
dapat menyiapkan tugasan in dengan jayanya dengan berbincang bersama ahli kumpulan
dan menemui pensyarah sebagai tempat rujukan.tugasan yang diberikan ini banyak
memberikan makna dan ilmu yang berharga dalam diri saya untuk menjadi seorang guru
pendidikan khas yang cemerlang dimasa hadapan.

Hal ini kerana diawal tugasan lagi saya telah mengalami pelbagai cabaran dan
rintangan seperti terpaksa mencari buku yang sesuai mengenai cara membuat rancangan
pengajaran dan mencari buku seni seperti cara- cara untuk membentuk huruf menggunakan
bahan seperti kacang hijau, kacang merah, biji sagu dan sebagainya. Namun dengan usaha
yang dilakukan saya berjaya menemui nota dan langkah- langkah untuk menghasilkannya.
Selain itu dari segi pengurusan masa pula saya telah mengalami kesuntukan masa dimana
pada masa yang sama saya perlu menyiapkan empat tugasan yang lain. Namun dengan
jadual yang telah dibuat oleh saya akhirnya saya telah dapat menyiapkan dengan baik
walaupun banyak pengorbanan dari segi masa dan kewangan yang banyak dihabiskan.
Namun tanggungjawab sebagi seorang pelajar telah dipikul oleh saya dengan menerimanya
sebagai satu cabaran yang positif kepada diri sendiri. Hal ini kerana selagi bergelar sebagai
seorang pelajar tidak dapat tidak lari daripada tugasan. Kalau tidak pecahkan ruyung
manakan dapat isi sagunya, berakit- rakit kehulu, berenang- renang ke muara, bersakit-
sakit dahulu, bersenang- senang kemudian.

Dengan adanya tugasan sebegini pada semester ini, ia dapat menambahkan


pengetahuan yang baharu dan berguna kepada saya. Selain ianya menjadikan saya lebih
mahir dalam membuat pengajaran dan menyesuaikannya dengan kaedah- kaedah
pengajaran yang sepatutnya serta bahan bantu mengajar yang sesuai untuk proses
pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, dengan adanya pengetahuan yang berguna ini,
akan saya gunakan apabila menjadi seorang guru kelak, samada semasa praktikum nanti
mahupun semasa menjadi seorang guru nanti.

Akhir kata dengan selesainya tugasan yang telah diberikan ini, saya telah dapat
menguasai dan memahami isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh pensyarah penilai iaitu
Cik Siti Fatimah Binti Salleh dan Puan Nor Laini Che Mat, walaupun interaksi kami didalam
kelas adalah terhad. Dengan adanya tugasan seni didalam pendidikan dimana kombinasi

9
tiga elemen iaitu seni muzi, seni lukis dan seni gerakan saya yakin dan percaya ianya akan
memberikan kesan yang positif kepada bakal guru untuk mendidik anak bangsa dengan
cara yang menarik dan berkesan.

Dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia Pendidikan Khas Tahun 2, saya telah
mengintegrasikan Seni Dalam Pendidikan bagi tajuk “Warna”. Objektif pembelajarannya
ialah murid dapat mengeja sekurang-kurangnya 2 daripada empat suku kata dengan
sebutan yang betul pada akhir pengajaran dan pembelajaran.

Antara Kebaikan aktiviti ini ialah ia dapat merangsangkan perasaan ingin tahu para
murid. Murid akan berasa hairan terhadap suku kata yang mereka pelajari. Kebaikan kedua
ialah ia dapat memupuk nilai kerjasama dalam kalangan murid. Namun begitu, aktiviti ini
juga mempunyai kelemahannya. Kelemahan pertama, aktiviti ini tidak dapat melibatkan
semua murid. Hal ini disebabkan bilangan keratan gambar dan suku kata tidak sebanyak
dengan bilangan murid. Kumpulan murid yang tidak mendapat keratan gambar tersebut
akan berasa bahawa mereka diketepikan dalam aktiviti ini. Untuk menambahbaikkan aktiviti
ini, saya perlu memastikan bilangan keratan gambar adalah cukup untuk semua murid. Saya
juga harus memastikan semua murid mendapat bilangan keratan gambar yang sama agar
keadilan terhadap semua murid dipeliharakan.

Pada langkah 1 dan 2, saya telah menggunakan kaedah oral aural untuk
membimbing murid menyebut suku kata tertutup, membaca, mengeja dan membaca pantun
yang diberikan setiap perkataan dalam gambar tersebut. realistik dan secara berulang kali.
Kaedah ini membolehkan murid untuk mudah mengingat dan menyebut dengan tepat.
Tambahan pula, kaedah ini juga dapat dijadikan sebagai asas pembelajaran bacaan dan
tulisan. Terdapat kelemahan di mana murid semestinya tidak mampu untuk membacakan
pantun dengan baik, maka gurulah yang perlu membacakan pantun tersebut dan murid
hanya mendengar sahaja.

Dalam tajuk ini, pengintegrasikan aktiviti seni visual ialah saya membimbing murid
untuk membuat perkataan suku kata menggunakan aktiviti gam dan meletakkan kacang-
kacang yang disediakan di atas polisterin pinggan. Murid boleh mencantikkan lagi huruf
KVKV mereka mengikut kreativiti masing-masing dengan menggunakan bahan yang
disediakan seperti biji sagu, kacang merah, kacang hijau. Aktiviti ini bukan sahaja dapat
meningkatkan pemahaman dan pengekalan ingatan tajuk ini dalam minda pelajar, bahkan ia
juga dapat mengingatkan murid tentang pengetahuan mereka mengenai kacang-kacang
tersebut. Namun, kemungkinan sesetengah murid tidak suka aktivti ini disebabkan kadar
kekuatan dan kemahiran mereka dalam seni visual tidak tinggi dan penggunaan gam yang

10
diberikan pula adalah keras menyebabkan murid tidak dapat melakukan aktiviti ini dengan
baik. Dengan menggantikan gam tersebut kepada gam batang maka murid lebih mudah
untuk melakukan aktiviti tersebut. Seterusnya, aspek yang perlu diberikan perhatian ialah
semasa murid sedang menulis perkataan di atas polisterin pastikan murid menulis dengan
huruf yang kecil setiap perkataan KVKV.

Pada penutup pula, saya telah mengintegrasikan aktiviti seni muzik dan seni
pergerakan dengan membimbing murid untuk menyanyikan lagu “Ikan Kekek” sambil
membuat gaya pergerakannya. Demi mengaitkan lagu dengan isi tajuk ini, saya telah
mengubah lirik lagunya. Oleh itu, saya akan meminta murid membaca lirik lagu tersebut
sebelum menyanyikannya. Selepas itu, murid dikehendaki menggerakkan anggota
badannya mengikut video tersebut. Kebaikan aktiviti ini ialah ia memberi kecekapan
psikomotor dalam kalangan murid. Aktiviti ini juga boleh menimbulkan minat pelajar
terhadap pengajaran yang disampaikan oleh guru kerana murid berasa seronok [ CITATION
Sal93 \l 17417 ]. Fitrah kanak-kanak yang cenderung kepada pembelajaran lebih menarik.
Aktiviti ini boleh menimbulkan minat bagi pelajar yang mempunyai jenis kecerdasan muzik.
Ia juga dapat mencetuskan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan
murid. Terdapat penambahbaikkan yang perlu diletakkan di dalam video ini dimana aspek
perkataan nama orang adalah merupakan kata nama khas, ini bermakna ianya perlu diubah
pada huruf hadapan dalam perkataan itu dengan huruf yang besar seperti “Ahmad”.

4.0 RUJUKAN

11
Abdullah, J. B. (1993). Pendidikan Muzik Semasa. Selangor: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Ayob, S. (1993). Panduan Asas Teori Muzik. Kuala Lumpur: SMC Services (M) Sdn, Bhd.

Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya & Fawaziah Yahya. (2005). Aplikasi Kognitif Dalam
Pendidikan . Kuala Lumpur: PTS Professional.

5.0 LAMPIRAN

12

You might also like