Kertas 1 Trial

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

SULIT 02/1

Bahagian A
Soalan Aneka Pilihan
(Soalan 1-20)

Soalan 1-6
Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan memilih paling jawapan yang paling sesuai.

1. Apabila _____________ sahaja peristiwa ngeri, Pak Mail akan menangis sendirian
A termangu C terimbas
B terngiang D terngiang

2. Ibu membeli ____________ petai untuk dijadikan ulam makan tengah hari.
A secekak C seikat
B selonggok D setingkat

Soalan 3 berdasarkan gambar di bawah

3. Bendahara Ali____________ kerisnya ke pinggang sebelum menghadap sultan.

A menusukkan C menyusupkan
B menyisipkan D menyarungkan

4. Suasana di rumah Puan Auni _______________ dengan suara cucu-cucunya yang pulang
bercuti.
A riuh-rendah C kelam-kabut
B kucar-kacir D huru-hara

5. Para penonton yang hadir terhibur ______________ persembahan kumpulan nasyid itu.
02/1 2 [Lihat halaman sebelah]
SULIT
SULIT 02/1

A oleh C akan
B dengan D atas

Soalan 6 berdasarkan gambar di bawah.

6. Pokok yang tumbang itu telah _______ beberapa buah kereta di tempat letak
kereta itu.
A menghempap C menghenyak
B menghempas D menghimpit

Soalan 7 - 8
Ayat-ayat yang berikut mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan,
kesalahan itu telah ditandakan dengan A, B atau C dan jika tiada kesalahan telah ditandakan
dengan D. Pilih jawapan yang paling sesuai.

7. Majalah-majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca. Tiada kesalahan.

A B C D

8. Sultan Zanariah akan berangkat untuk bercemar duli dalam majlis jamuan diraja yang akan
A B C
diadakan di sebuah hotel terkemuka. Tiada kesalahan.
D

Soalan 9

02/1 3 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul.

9. I Dia meronta-ronta sekuat tenaga tetapi tidak juga lepas.

II Mereka tidak lepas daripada menghadapi pancaroba kehidupan.
III Lepas makan tengah hari, bolehlah kita berjalan-jalan.
IV Keterangan yang telah diberikan itu tidak begitu lepas.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 10 dan 11
Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan
bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi
kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan
.
10. Kami telah berjalan lebih dari dua setengah kilometer.
A dari dua kilometer setengah.
B daripada dua kilometer setengah.
C daripada dua setengah kilometer.
D dari dua setengah kilometer.

11. Semua gula-gula yang dibeli oleh saya sudah saya berikan kepada adik.
A Gula-gula yang saya belikan
B Gula-gula yang dibeli oleh saya
C Semua gula-gula yang saya beli
D Semua gula-gula yang dibeli oleh saya

Soalan 12

02/1 4 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau maksud yang paling hampir dengan ayat
yang dicetak tebal.

12. “Kalau awak ada masa lapang petang ini, datanglah ke rumah saya di
Taman Satria,” kata Aiman kepada Hafiz.
A Aiman mengajak Hafiz datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang ini kalau
Aiman ada masa lapang.
B Aiman berkata kepada Hafiz bahawa sekiranya awak ada masa lapang datanglah ke
rumahnya di Taman Satria.
C Hafiz dipelawa oleh Aiman supaya datang ke rumahnya di Taman Satria pada petang
itu jika dia ada masa lapang.
D Hafiz memberitahu Aiman bahawa dia akan datang ke rumahnya di Taman Satria pada
petang ini jika dia kelapangan.

Soalan 13 dan 14
Pilih ayat-ayat yang betul.

13. I Pemandangan di Kulim indah nian pada waktu malam.

II Encik Hamidon sangat sayang akan anak-anaknya.
III Pemain itu yang dikatakan paling handal sekali.
IV Inilah menara yang tertinggi sekali di Malaysia.

A I dan II sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

14. I Pengemis itu tidur berbantalkan dengan lengan.

II Pembungkus makanan itu melakukan kerja dalam keadaan yang bersih.
III Bomoh itu meletakkan kemenyan ke dalam perasap.
IV Pengembara sesat itu tiba di sebuah perkampungan orang asli.

A I dan IV sahaja
B III dan IV sahaja
C I, II dan III sahaja
D II, III dan IV sahaja

Soalan 15

02/1 5 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Pilih peribahasa atau maksud peribahasa yang paling sesuai.

15. Aida amat gembira apabila suaminya menghadiahkan seutas rantai walaupun dia hanya
mengharapkan sebentuk cincin sahaja. Keadaan ini diibaratkan
A orang mengantuk disorongkan bantal.
B kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan.
C pucuk dicita ulam mendatang.
D pungguk merindukan bulan.

Soalan 16-20

02/1 6 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

“ Parjo, kita ada projek baharu semester ini, “, kata professor Haida ketika kami
berada di makmal , sebaik-baik sahaja semester bermula. Entah mengapa Profesor
Haidar menyebut namaku. Tidak rakan-rakan sekuliahku. Barangkali kerana aku
menunjukkan minat yang mendalam terhadap kajian-kajiannya sebelum ini.

“Projek apa, prof ?” tanyaku sebagai member respons terhadap pensyarah

yang berjambang lebat itu.

“Projek tapai ubi!” spontan sahaja jawapan professor Haidar.

“Haaahhh…!” aku terkejut amat. Jeritan kecil itu membangkitkan

kehairanan rakan-rakan. Ada yang terlihat kecil melihat telatahku. Mereka tidak
tahu latar belakang aku. Mereka tidak tahu hubungan aku dengan tapai.

“Ya, projek tapai ubi. Kenapa?” Tanya Profesor Haidar apabila melihat aku
seperti terkejut besar akan katanya tadi.

Aku tidak menjawab. Fikiranku melayang ke zaman kanak-kanak. Teringat

aku akan bapa dan emak yang masih membuat tapai ubi hingga kini. Barangkali
bapa sedang mencabut ubi ketika ini. Atau barangkali emak sedang melumatkan
ragi pagi ini. Alangkah sukarnya mereka kini kerana tiada pembantu. Dalam usia
setua mereka, masih gigih mengusahakan perniagaan tapai ubi mereka. Aku
kagum dengan kegigihan itu

“Apa hubungan tapai ubi dengan bidang perubatan prof?”tanyaku, apabila

fikiranku tenang sedikit.

“Ada penemuan yang membuktikan tapai ubi dapat mengurangkan

serangan kanser. Jadi, kita perlu membuat kajian sama ada penemuantersebut
benar atau sebaliknya,” jelas Profesor Haidar dengan yakin.

(Dipetik daripada cerpen “Legasi Tapai Ubi”, oleh

Ghazali Lateh dalam Antalogi Bintang Hati, 2016)

02/1 7 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

16. Rangkai kata gigih mengusahakan perniagaan tapai menggambarkan ibu bapa Parjo orang
yang ___________________.
A gigih
B rajin
C berani
D berdikari

17. Mengapakah rakan-rakan Parjo kehairanan melihat dia terkejut setelah mendengar projek
baharu yang dinyatakan oleh Profesor Haidar?
A Mereka tidak tahu latar belakang hidup Parjo
B Mereka tidak mengetahui khasiat tapai ubi
C Selalu memandang rendah usaha Parjo
D Tidak yakin dengan kebolehan Parjo

18. Projek tapai ubi Profesor Haidar telah membangkitkan ingatan Parjo terhadap ibu bapanya.
Apakah yang dibayangkan oleh Parjo terhadap ibu bapanya ketika itu?
A Membayangkan bapanya sedang beristirahat
B Membayangkan bapanya sedang menjual tapai.
C Membayangkan bapanya sedang mencabut ubi.
D Membayangkan bapanya sedang melumatkan ragi.

19. Berdasarkan kesudahan cerpen “Legasi Tapai Ubi”, Parjo akhirnya__________________.

A menjadi seorang terkenal
B bertugas sebagai pensyarah di universiti
C mewariskan kepakarannya kepada anak-anak
D menubuhkan syarikat untuk mengeksport tapai ubi.

20. Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk meluaskan pasaran makanan tradisional?
A Makanan tradisional dijadikan makanan wajib kepada anak-anak.
B Hanya makanan tradisional yang boleh dieksport dijual di pasaran.
C Menjadikan makan tradisional sebagai hidangan pada hari perayaan
D Memperbanyak jualan makanan tradisional di pasar-pasar raya dan hotel.

Arahan :

02/1 8 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Bahagian B merangkumi tiga soalan. Soalan 1 ialah Sistem Bahasa, Soalan 2 ialah
Pemahaman dan Soalan 3 ialah Novel. Jawab semua soalan.

Bahagian B - Soalan 1
(Sistem Bahasa)

Kenal pasti ayat-ayat di bawah dan nyatakan jenisnya sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat
seruan atau ayat perintah.

i. Bunga orkid itu sangat cantik.

__________________________________________________________________________

ii. Wah, bergayanya awak hari ini!

___________________________________________________________________________

Iii. “Jemput datang ke majlis perkahwinan saya nanti”, pelawa Amalia kepada Farhan.

__________________________________________________________________________

iv. “Antara pasukan Pahang dengan Johor, manakah pilihan anda?” Tanya Hashim.

_________________________________________________________________________

v. “Usah kamu pakai pakaian yang menjolok bahasa itu,” tegah ayah kepada Hamimah.

__________________________________________________________________________

[5 markah]

Bahagian B - Soalan 2

02/1 9 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

(Pemahaman)

Baca bahan-bahan yang diberikan dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang
berikutnya.

Bintang Bawod
(Siti Zaleha M. Hashim) (Janathan Kandok)

Suatu malam aku duduk

Dia teringat pesan ibunya. Jika menang pun
di halaman rumah
kulihat cantiknya bintang-bintang tidak berguna. Jika ingin bersaing, bersainglah
menghias langit yang terbentang dalam pelajaran. Beluntung membulatkan
aku ingin terbang ke sana tekadnya. Dia mesti lulus peperiksaan darjah
membawa pulang bintang-bintang enam. Barangkali Tuyog juga faham tujuanku,
tentu ibu gembira bisik hati Beluntung. Akan tetapi yang jelas,
tentu ayah bahagia bapa mahu aku lulus. Biar semua orang tahu
melihat rumah ini
bahawa Beluntung yang berbau kerbau
penuh dengan cahaya.
menjadi pelajar terbaik SRK Timbang Pasir.
Tetapi kata ibu Bapa akan gembira. Ibu akan gembira. Orang
itu tidak perlu Kampung Layong tumpang gembira. Semua
ayah sudah ada bintang orang gembira. Kalau Si Gemuk mahu turut
begitu juga ibu gembira, boleh juga.
rumah sudah bercahaya
(Dipetik daripada Cerpen Bawod,
begitu juga jiwa mereka
Antologi Bintang Hati, Tingkatan 3)
bintang itu adalah aku
bintang hati ayah dan ibu.

(Dipetik daripada Sajak Bintang,

Antologi Bintang Hati, Tingkatan
3)

i. Berdasarkan Bahan 1 dan Bahan 2, nyatakan tindakan penulis untuk menggembirakan hati
kedua-dua ibu bapa. [3 markah]
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

02/1 10 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

ii. Berdasarkan kedua-dua petikan di atas, nyatakan dua persamaan nilai murni terdapat dalam
kedua-dua bahan tersebut. [3 markah]
________________________________________________________________________

iii. Anak-anak sangat penting dalam kehidupan sesebuah keluarga. Pada pendapat anda, apakah
yang perlu dilakukan oleh anak-anak untuk membahagiakan ibu bapa? [4 markah]
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

02/1 11 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Bahagian B - Soalan 3
(Novel)

Jawapan anda hendaklah berdasarkan satu daripada novel yang telah anda kaji di Tingkatan 3.

Perwatakan dapat melengkapkan watak utama dalam sesebuah novel.

Berdasarkan perwatakan yang dinyatakan, nyatakan tiga peristiwa yang dapat mengukuhkan
perwatakan tersebut.

Novel : Watak: Perwatakan:

Tawanan Farhani Seorang yang

Komander bertanggungjawab
Caucasus
[10 markah]

______________________________________________________________________________

02/1 12 [Lihat halaman sebelah]

_____________________________________________________________________________

02/1 13 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Jawab mana-mana satu soalan daripada bahagian ini.

Soalan 1
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan
tentang faktor-faktor berlakunya rasuah. Panjangnya ringkasan anda hendaklah antara 80
hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa
mengubah maksud asal petikan

Rasuah bukanlah satu fenomena baru yang wujud dalam kalangan masyarakat moden.
Kewujudannya telah dikesan sejak ribuan tahun yang lalu dan masalah ini berlaku dalam semua
lapisan masyarakat sejak manusia mengenal erti peradaban. Rasuah boleh diertikan sebagai
penyuapan, pemerasan atau penyelewengan dalam apa-apa juga bentuk kuasa sama ada
melibatkan kewangan atau perkhidmatan untuk sesuatu kepentingan
Salah satu punca yang menyebabkan kegiatan rasuah ini terus berleluasa adalah kerana
sikap segelintir masyarakat yang ingin mengejar kemewahan hidup. Kurang didikan agama dan
penghayatan terhadap nilai-nilai murni juga menjadi punca seseorang itu mudah tertewas dengan
tuntutan hawa nafsu ini. Apabila diri telah dikawal oleh nafsu, akhirnya jadilah dia seorang yang
lemah, mudah dikaburi wang ringgit, tamak, iri hati, dengki, tidak suka melihat kesenangan
orang lain dan tidak berasa puas hati dengan apa-apa yang dimiliki olehnya.
Seterusnya, rasuah berlaku disebabkan oleh kegagalan pegawai penyelia memantau
pekerja-pekerja di bawah tanggungjawabnya. Terlalu banyak penurunan kuasa tanpa pengawasan
yang bijak oleh pegawai atasan juga membuka banyak ruang berlakunya perbuatan rasuah. Hal
ini akan memudahkan individu tertentu mengambil peluang untuk melakukan penyelewengan,
penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Bagi menyelesaikan masalah ini komitmen dan sokongan
daripada semua pihak khususnya anggota masyarakat sangat diperlukan. Selain itu, sikap hidup
yang suka bermegah-megah seperti kata orang Perak “biar pape asal bergaye” menjadi amalan
yang menyebabkan berlakunya rasuah.
Lebih-lebih lagi, rasuah juga disebabkan kelemahan kepemimpinan dalam sesuatu
institusi yang berkaitan. Di samping itu, rasuah berlaku disebabkan oleh pemahaman bahawa
perbuatan itu bukan satu kesalahan tetapi lebih merupakan ganjaran atas bantuan atau
perkhidmatan yang diberikan. Keadaan ini berlaku kerana keuntungan yang diperoleh daripada
kegiatan rasuah itu adalah jauh besar berbanding risiko yang bakal dihadapi. Oleh sebab itu,
amalan rasuah di negara-negara dunia ketiga didapati lebih serius berbanding negara-negara lain.
Secara totalnya, rasuah merupakan gejala yang boleh merebak dan berjangkit sehingga
menjadi rangkaian kejahatan yang besar. Apabila keadaan ini berlaku, usaha untuk membanteras
rasuah akan menjadi lebih sukar. Memang tidak dinafikan rasuah tidak akan berlaku tanpa
adanya dua pihak iaitu pemberi dan penerima.
(Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memerangi rasuah hingga
ke akar umbi’Oleh Haji Samad bin Buang, Dewan Siswa, Jun 2011)

02/1 14 [Lihat halaman sebelah]

02/1 15 [Lihat halaman sebelah]

SULIT
SULIT 02/1

Bahagian C
(Pemindahan Maklumat)
Soalan 2
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis satu rumusan yang
panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan
ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Banyak usaha telah dijalankan untuk meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan
murid. Sebelum ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memperkenalkan
pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris. Kita tidak patut melihat masalah ini dari
sudut semasa tetapi juga cabaran yang bakal melanda negara ini pada masa akan datang. Selain
itu, peruntukan waktu bagi pengajaran mata pelajaran bahasa Inggeris di sekolah rendah dan
sekolah menengah turut ditambah sebanyak 80 hingga 90 minit seminggu.
Masalah kekurangan guru bahasa Inggeris yang berkelayakan juga sering dibangkitkan.
Oleh yang demikian, KPM berusaha menambah jumlah bilangan guru yang berkelayakan
terutamanya di luar bandar. Guru-guru sedia ada pula perlu menjalani latihan dan kursus
pedagogi yang cukup. Pada waktu yang sama, KPM melalui jemaah nazir hendaklah memantau
secara berterusan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah agar guru bahasa Inggeris menggunakan
bahasa Inggeris sepenuhnya ketika mengajar. Bagi memastikan murid memperoleh cara
menyebut bahasa Inggeris dengan betul, KPM perlu mengambil lebih ramai guru dari Amerika
Syarikat, Britain, Australia, dan New Zealand bagi mengajar bahasa Inggeris di sekolah.
Di sekolah pula, pihak pentadbiran pula hendaklah memastikan alat bantu mengajar
mencukupi, elok, dan berfungsi untuk digunakan dalam pengajaran bahasa Inggeris. Makmal
untuk pengajaran bahasa Inggeris di semua sekolah juga perlu dipastikan lengkap dan berfungsi.
Sebagai galakkan kepada para pendidik pula, KPM wajar memberikan inisiatif kepada murid
serta guru yang cemerlang dalam bahasa inggeris seperti dermasiswa dan sebagainya.
Kementerian Pendidikan Malaysia juga patut menubuhkan institut perguruan khas
bahasa Inggeris bagi melatih guru bahasa Inggeris. Dengan cara ini, sudah pasti pencapaian dan
tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid dapat ditambah baik. Sebenarnya,
desakan masyarakat menggunakan dasar lama disebabkan mereka bimbang murid akan gagal
untuk menguasai mata pelajaran Sains dan Matematik dengan baik hanya kerana mahu
memantapkan penguasaan bahasa Inggeris.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

02/1 16 [Lihat halaman sebelah]

KERTAS SOALAN TAMAT

02/1 17 [Lihat halaman sebelah]

SULIT

You might also like