Laporan Ringkas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Projek Tapak Mini Ekskavasi Pra-Sejarah

Projek Tapak Mini Ekskavasi Pra-Sejarah ini merupakan suatu usaha untuk
mempelbagaikan kaedah pengajaran sejarah agar lebih seronok dan mampu menarik minat
murid. Ini kerana, pendekatan pengajaran luar bilik darjah turut diaplikasikan melalui projek
yang mana suasana pembelajaran sejarah murid dapat dipelbagaikan. Tambahan, projek ini
juga mampu menjadikan subjek sejarah itu sesuatu yang bersifat praktikal bukan mendengar
fakta semata-mata kerana ia melibatkan penglibatan aktif murid dalam projek yang
dilaksanakan ini. Melalui projek ini juga murid dapat diberikan pendedahan awal berkaitan salah
satu elemen kemahiran pemikiran sejarah iaitu mencari sumber sejarah. Murid akan mendapat
gambaran awal berkaitan salah satu kemahiran mencari sumber sejarah yang penting iaitu
proses cari gali ataupun ekskavasi sumber sejarah. Secara tidak langsung, perspektif murid
berkaitan sejarah akan lebih meluas apabila mereka dapar berinteraksi secara langsung
dengan projek ini.

Pengaplikasian projek ini memerlukan murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan


kecil. Setiap kumpulan tersebut akan disediakan dengan bahan-bahan dan peralatan yang
disediakan di tapak mini tersebut. Beberapa buah bekas yang berisi tanah akan disediakan
kepada setiap kumpulan (rujuk rajah 1). Bekas-bekas tersebut mengandungi maklumat-
maklumat berkaitan zaman pra-sejarah yang perlu digali-cari setiap kumpulan (rujuk rajah 2, 3,
4, 5). Untuk proses cari gali tersebut, setiap kumpulan disediakan dengan peralatan tertentu
(rujuk rajah 6). Sebelum aktiviti ekskavasi dijalankan, murid disediakan dengan QR code
berkaitan zaman prasejarah serta aktiviti ekskavasi bagi membantu memberi idea serta
gambaran awal apa yang perlu dilakukan serta sebagai rujukan awal (rujuk rajah 7). Setiap
kumpulan juga disediakan dengan lembaran kerja untuk dipenuhkan berdasarkan kepada hasil
ekskavasi yang diperolehi mereka (rujuk rajah 8). Akhir sekali, setiap kumpulan akan
membentangkan hasil dapatan mereka manakala guru akan berperanan sebagai fasilitator
sepanjang proses pembelajaran berasaskan ekskavasi tersebut.
Rajah 1 : Bekas untuk proses ekskavasi / cari gali

Rajah 2, 3, 4, 5 : Antara maklumat yang ditanam dalam bekas ekskavasi


Rajah 6: Peralatan-peralatan ekskavasi (skop, cangkul, pencakar, berus)

Rajah 7 : Salah satu QR Code yang digunakan untuk projek tapak mini ekskavasi
Zaman Mesolitik Zaman Paleolitik

Zaman Neolitik Zaman Logam

Rajah 8: Lembaran kerja untuk projek ekskavasi

You might also like